Bunga berasa sungguh terkejut. Seakan tidak mampu untuk mempercayai setiap apa yang diperkatakan oleh Mamat.
" Kau jangan tipu aku Mat. Baik kau cakap betul-betul yang bos balik sini hari ni kan? Bos jadi balik kan? " Soal Bunga tidak percaya akan apa yang disampaikan oleh Mamat.
Encik Darius tak jadi balik pulau hari ni? Dan takkan pernah balik ke sini lagi? Sungguh akalnya tidak mampu menerima akan apa yang disampaikan oleh Mamat.
" Aku tak tipu. Sumpah aku pun terkejut bila tahu pasal ni. Encik Darius call aku tengah hari tadi, bagitahu pasal ni. Aku ingatkan bos gurau jer dekat aku, tapi ni tak, dia siap pesan dekat aku suruh masuk hutan hari ni, cari stok kayu api lebih untuk Cik Alisya guna nanti " Ungkap Mamat jujur yang turut berasa terkejut mendengar pesanan daripada bosnya itu.
" Habis tu, kita nak buat apa ni Bunga? Kalau Cik Alisya tahu pasal bos tak jadi balik hari ni, pasti Cik Alisya sedih " Tanya Mamat prihatin akan nasib yang menimpa isteri bosnya itu.
Bunga yang mendengar bait-bait kata daripada Mamat hanya mampu memejamkan matanya. Sungguh dia tidak sanggup ingin menceritakan hal yang sebenar kepada Alisya. Sudahlah Alisya bertungkus lumus memasak untuk bosnya, malahan Alisya turut memakai cantik-cantik untuk menyambut kepulangan bosnya.
" Kita diamkan jer dulu. Kita bagitahu hal yang sebenar bila Cik Alisya sendiri yang tanya. Oky? " Cadang Bunga.
Belum sempat dia dan Mamat ingin bersama-sama mencapai kata sepakat untuk merahsiakan hal ini, tiba-tiba Alisya datang menyampuk perbualan mereka.
" Suami saya mana? Darius mana Mamat? Bos awak mana? " Aju Alisya bertubi-bertubi. Matanya diliarkan mencari kelibat gerangan insan yang dirinduinya itu. Namun hampa, hanya Bunga dan Mamat sahaja yang berada di situ.
" Mamat, bukan sepatutnya awak datang sini dengan suami saya ker? Mana dia? Mana Darius?? Suami saya mana? " Soal Alisya lagi apabila Mamat hanya mendiamkan diri.
Dibuka langkah kakinya menuju ke arah tempat kebiasaan Darius dan Mamat menaiki bot. Sangkanya Darius akan ada di situ, namun hampa, apabila matanya hanya dapat menangkap kelibat bot yang tiada penumpang.
" Suami saya mana?! Mana suami saya Mamat?! Suami saya mana?! Kenapa awak sorang jer yang balik sini?! Kenapa?! " Soal Alisya berkali-kali. Hiba dirasakannya, apabila gerangan insan yang dirinduinya itu tiada di depan mata. Terasa lemah lututnya ketika itu bila dia menyedari Darius tidak pulang bersama Mamat.
Bunga yang melihat Alisya sudah mula teresak menangis, cepat-cepat dibuka langkah kakinya pergi ke arah Alisya.
" Cik Alisya, bos, bos ada urusan dekat company dia. Sebab tu bos tak dapat balik sini hari ni. Cik Alisya janganlah sedih macam ni " Pujuk Bunga mengusap lembut bahu Alisya. Sengaja dia membuat cerita bahawa bosnya itu ada urusan di KL, entah betul ke tidak apa yang dikatakannya itu.
Mamat yang melihat Alisya teresak-esak menangis kerana bosnya itu tidak pulang bersamanya turut berasa ingin menangis. Siapa yang tak menangis kan? Hari tu bosnya jugak yang berjanji dekat Alisya yang dia akan datang balik ke pulau ni semula. Tapi apa? Bosnya cakap dia takkan balik sini lagi? Habistu Alisya macam mana?
" Bunga tak tipu saya kan? Suami saya busy kerja, sebab tu dia tak balik sini kan? Esok lusa Darius akan balik sini kan? Darius tak tinggalkan saya kan? " Soal Alisya cuba menenangkan hatinya sendiri.
" Bunga tak tipu. Bunga yakin, yang bos akan balik sini. Bunga yakin " Ungkap Bunga. Entah mulutnya berkata yakin, tapi hatinya seolah-olah berkata yang Darius tidak akan balik ke sini lagi.
Alisya yang mendengar ungkapan Bunga tersenyum kecil. Lega hatinya kerana Darius akan balik sini esok lusa, mungkin busy sebab tu tak jadi balik hari ni kan. Diseka mutiara jernih di pipinya itu. Terus dia berdiri ingin menukar baju, maklumlah Darius kan tak jadi balik, mesti esok atau lusa Darius akan balik. Tak ingin dress yang dipakainya itu busuk, kerana esok dia ingin memakai dress yang sama.
" Cik Alisya nak ke mana? " Soal Bunga.
" Saya nak tukar baju. Esok suami saya balik. Saya nak pakai baju ni jugak. Nak nampak cantik di mata suami saya " Jawab Alisya tersenyum manis.
Bunga dan Mamat yang mendengar ungkapan Alisya, yang masih berharap bosnya itu akan balik sini esok, hanya mampu mendiamkan diri. Sungguh dia berasa kasihan melihat Alisya. Mengapa bosnya sanggup memperlakukan isterinya sebegini?
************************
Darius memakirkan kereta mercedes benz nya di perkarangan rumah banglo milik Tengku Shahril. Maklumlah orang kaya, sekejap kereta Audi sekejap kereta mercedes. Rambutnya diramas kuat. Entah dia sendiri buntu, apakah tindakannya ini betul atau tak? Tapi, ini sahaja jalan yang dia ada. Hentikan semua benda-benda yang telah merimaskan fikirannya.
Melissa yang sedang menyiram bunga di perkarangan rumah sahabatnya itu berasa pelik. Tidak tahu pula Shahril mempunyai kereta mercedes benz.
" Boy !! " Ungkapnya terkejut apabila melihat gerangan insan yang keluar daripada pintu kereta. Setiap gerak-geri jejaka itu sangat sebijik seperti arwah suaminya.
Darius yang melihat seorang wanita chinese yang sudah berumur merenunginya hanya berlagak selamba. Disandarkan tubuhnya pada badan kereta miliknya.
Melissa yang baru sahaja ingin menerpa ke arah insan yang dirinduinya telah dihalang oleh Mak Tam.
" Puan, Puan sabar yer. Kita suruh Encik Darius masuk ke dalam rumah dulu yer. Baru seronok kita boleh bercakap dalam rumah. Dekat luar panas, takda penghawa dingin " Pujuk Mak Tam lembut. Dia harus menghentikan niat Melissa yang ingin memeluk Darius. Tengku Shahril sudah berpesan kepadanya jika Darius datang sini, tindakan pertama yang harus dilakukannya adalah menelefon Tengku Shahril. Apa-apa yang berlaku, Tengku Shahril mesti ada di situ sebagai orang tengah. Tidak mahu ada peperangan meletus lagi.
Darius yang melihat Mak Tam orang gaji kepada Tengku Shahril ada di sisi wanita chinese itu mula membuka langkah menuju ke arah mereka.
" Tengku Shahril mana? Call dia sekarang, yang Eric Darius Arrayan datang nak jumpa dia. Call sekarang !! " Arah Darius dengan nada yang tegas.
Melissa yang melihat anaknya sudah ada di depan matanya tersenyum ceria. Baru dirinya ingin mengeluarkan kata-kata, Mak Tam sudah mencelah.
" Tan Sri dah on the way balik. Ye la, hari ni hujung minggu, Tan Sri cuti. Tan Sri pergi belajar mengaji dekat tahfiz hujung taman ni " Ungkap Mak Tam.
" Encik Darius jemputlah masuk dulu. Kat sini panas, ye la dah tengah hari kan. Meh jemputlah masuk Encik Darius " Ungkap Mak Tam menjemput Darius masuk ke dalam rumah. Dipimpin erat tangan Melissa agar turut mengikutinya masuk ke dalam rumah.
Darius hanya mengangguk kecil. Nak tak nak dia harus juga menjejakkan kaki masuk ke dalam rumah bapa tirinya merangkap bapa mertuanya. At least, duduk di dalam rumah bolehlah menghilangkan sakit kepalanya itu yang sejak akhir-akhir ini banyak masalah berada di fikirannya.
Share this novel