Kesemua yang ada di situ terdiam. Masing-masing melayani perasaan duka dan lara setelah mendengar penjelasan daripada seorang doktor mengenai kondisi kesihatan Darius.
" Patient perlu menjalani pembedahan segera disebabkan saiz tumor sudah membesar dan penyakit yang dihidapi oleh Encik Darius merebak dengan pantas. Nak tak nak, pembedahan membuang tumor itu perlu dilakukan segera.."
Meraung duka hati ketiga-tiga insan yang berada di situ. Mata kesemua yang ada di situ juga sudah berkaca-kaca. Syaza mengusap lembut bahu Alisya yang sudah teresak menangis. Rudy dan Mamat kelu untuk bersuara dan akhirnya dua lelaki tersebut hanya mendiamkan diri.
" Ini adalah satu keajaiban buat Encik Darius kerana beliau masih mampu untuk bertahan. Mampu untuk mengingati insan-insan yang dia sayang, masih mampu untuk bertutur, kerana..kalau diikutkan berdasarkan sejarah patient-patient yang mengalami nasib yang sama seperti Encik Darius, kebanyakkan daripada mereka, sudah tidak bermaya " Tutur si doktor yang berasa terkejut dengan keajaiban patient yang bernama Eric Darius Arrayan.
" Jadi.... doktor nak cakap, yang suami saya..masih ada harapan untuk sembuh? Masih ada harapan untuk bebaskan diri daripada penyakit berbisa dalam diam ni? " Soal Alisya yang sudah mula menaruh harapan bahawa penyakit suaminya itu dapat diubati dan disembuhkan serta hidup sihat seperti sedia kala.
" Sulit untuk seorang doktor membuat kesimpulan awal mengenai kondisi pesakit barah otak ni. Tapi..apa yang saya mampu beritahu.. pembedahan ini akan mempunyai beberapa kesan sampingan...atau lebih tepat berisiko "
" Apa maksud doktor? " Debaran di hati mula bertandang kembali. Matanya meningkam tajam melihat wajah si doktor. Tidak sabar untuk mengetahui apa risiko yang dimaksudkan itu.
" Apabila pembedahan dilakukan, selepas pembedahan mestilah saya hanya berharap Encik Darius dapat bangun tanpa apa-apa komplikasi. Tapi untuk pengetahuan Puan Alisya, seseorang pakar bedah seperti saya mungkin akan merosakkan saraf otak Encik Darius tanpa saya ketahui dan saya berasa bimbang sekiranya ia akan menyebabkan kerosakan lebih besar. Saya memang seorang doktor, tapi saya cuma manusia biasa. Tidak semestinya ilmu yang saya pelajari berguna untuk semua aspek. Tapi, Puan Alisya jangan risau, saya akan cuba sedaya upaya untuk menyempurnakan pembedahan ni, dan tujuan saya memberitahu semua ni..kerana, saya berharap sekiranya apa-apa yang berlaku di luar jangkaan saya, Puan Alisya jangan salahkan pihak hospital "
Alisya terdiam. Tangannya bermain sesama sendiri, bibirnya digigit, cuba untuk tidak meraung duka di situ. Perit untuk dirinya menghadam bait-bait penjelasan daripada si doktor. Apa yang harus dia lakukan? Operate dengan tidak operate, kedua-duanya mempunyai pro and kontra tersendiri, dan kedua-duanya tidak mampu memberi kata putus yang positive mengenai kesihatan Darius.
" Alisya! "
Suara Tengku Shahril memanggil namanya. Serentak itu, perbualan bersama dengan doktor terpadam dalam kotak memorinya. Dia menoleh, wajah cemas milik papanya menyapa pandangan matanya. Usai itu, matanya dikerlihkan melihat ke arah Melissa yang sudah sugul raut wajahnya. Jikalau dia sudah meraung duka sebegini, bagaimana pulak mommy kepada Darius? Mesti sulit untuk diri seorang ibu menerima khabar duka mengenai anaknya. Pantas sahaja dirinya meluru ke arah Melissa.
" Mommy..." Tubuh Melissa dipeluknya, cuba melepaskan rasa sedih dalam hatinya.
Melissa terkedu, pelukan daripada menantunya itu dibalasnya. Kelompak matanya melimpah, merembes membasahi pipi putihnya itu.
" Alisya tak kuat mommy...Alisya tak kuat.. "
Melissa teresak menangis setelah mendengar luahan hati Alisya. Dia melepaskan pelukan Alisya, lalu tangannya memegang kedua-dua belah pipi milik Alisya. Matanya memandang tepat ke arah wajah Alisya yang sugul itu.
" Mommy pun tak kuat..mommy pun tak kuat sayang..I'm not strong.. but..what can I do? I don't have a power to save my son..mommy tak ada kuasa untuk sembuhkan boy. Mommy pun tak nak kehilangan anak mommy..mommy pun tak nak kehilangan boy.." Tuturnya lemah. Air mata di pipi Alisya diseka lembut.
" Berdoa dan meminta pada Tuhan, itu adalah kuasa yang kita ada " Ungkap Tengku Shahril mendatar. Dirinya cuba untuk berpura-pura kuat di hadapan Alisya dan Melissa.
" Betul. Rudy setuju dengan apa yang uncle cakapkan tu. Kita berdoa, buat solat hajat, solat tahajud meminta keajaiban daripada Allah yang satu " Tutur Rudy menambah perihal bicara doa yang diungkapkan oleh Tengku Shahril.
Syaza dan Mamat kedua-duanya mengangguk kepala, memberi tanda bahawa mereka menyokong ungkapan daripada Tengku Shahril dan Rudy.
" Cik Alisya, kalau Cik Alisya tak pandai nak solat hajat dengan solat tahajud tu..Bunga boleh tolong ajarkan " Senyuman manis dihadiahkan buat Alisya. Dia bersuara setelah lama dirinya menyepi.
Alisya yang mendengar ungkapan daripada Bunga berdecit. Senyuman sinis terpancul keluar pada bibirnya. Perlahan-lahan dia menapak ke arah Bunga.
" Kenapa dengan tangan tu? " Soal Alisya dingin setelah melihat tangan Bunga berbau minyak ubat dan sedikit membengkak.
" Jatuh bilik air. Aunty Mel suruh Bunga basuh baju dalam bilik air. Basuh guna tangan, lepastu lantai licin, terus Bunga terjatuh. Kalau Aunty Mel tak suruh Bunga basuh baju..pasti tangan Bunga tak jadi bengkak macam ni. Tapi takpelah, Bunga dah biasa kena buli semua ni " Suaranya dibuat sedih, mukanya dibuat beriak muram. Cuba untuk memburukkan Melissa dan mendapat simpati daripada Alisya.
Melissa berdecit, hujung matanya sahaja melihat raut wajah syaitan bertopengkan manusia tu. Malas ingin masuk campur, dia membuka langkah pergi menuju ke arah bilik wad yang menempatkan anaknya.
Alisya tersenyum sinis. Dia berpeluk tubuh, jarak kedudukan dirinya dengan Bunga didekatkan.
" Tangan tu sakit tak? " Mulutnya dijuihkan ke arah tangan Bunga.
" Sakit...sakit sangat-sangat. Kalau Bunga angkat barang berat ke apa, mesti rasa macam tangan Bunga ni dah patah, tapi nasib baik tak patah lagi "
Alisya tersenyum sinis. Matanya meningkam tajam melihat ke arah Bunga. Sekelip mata tangan Bunga yang membengkak itu dipegangnya kasar.
" Auchhh! Cik Alisya, sakit...auuuu sakit "
Alisya yang mendengar jeritan kesakitan daripada Bunga beriak selamba. Lama dia memegang kasar tangan Bunga, perlahan-lahan dia lepaskan.
Bunga mengaduh kesakitan, bibir hujungnya digigit, jelas menunjukkan tanda tidak suka dengan perlakuan daripada Alisya itu. Belum sempat dia ingin bersuara satu tamparan hinggap pada pipinya.
PANG!!
Bergema ruangan laluan bilik pesakit. Jelas tamparan itu cukup padu. Serentak itu, Rudy, Mamat, Syaza dan Tengku Shahril tergamam. Tidak menyangka Alisya akan menampar pipi Bunga dan ke empat-empat mereka hanya menyepi. Tiada niat ingin menghalang tindakan Alisya, kerana Bunga sememangnya wajar ditampar oleh Alisya.
" Cik Alisya.." Pipinya yang terasa pijar itu diusap. Raut wajah selamba Alisya ditatapnya. Jangan cakap, kejahatan aku dah terbongkar? Baru dia ingin bersuara, sekali lagi tamparan padu diberikan buatnya.
PANG!!
Terteleng sudah wajahnya ketika itu. Pijar dia rasakan pada kedua-dua belah pipinya. Giginya diketap, matanya meningkam tajam melihat ke arah Alisya. Okay, kalau dah terbongkar semuanya, buat apa dia still nak kena berlakon lagi? Terus tangannya cuba untuk membalas balik tamparan daripada Alisya. Namun sempat dihalang oleh Rudy.
" Aku tak sangka, disebalik tudung yang kau pakai ni, disebalik wajah ayu manis dan sopan-santun ni, ada bangkai busuk yang kau sembunyikan " Tutur Rudy sinis.
" Apa salah saya Bunga? Apa yang saya dah buat dekat awak? Dan apa salah suami saya? Apa yang Darius dah buat dekat awak sampai awak sanggup buruk-burukkan pasal dia? APA BUNGA?! " Soal Alisya sayu. Tidak menyangka Bunga tega melakukan semua tu.
Bunga diam. Matanya dilirikkan ke bawah, tidak sanggup merenung tikaman pandangan mata oleh semua insan yang berada di situ.
" Saya percayakan awak.Saya anggap awak sebagai kawan baik saya. Tapi apa? Awak duri dalam daging, gunting dalam lipatan, awak diam-diam cuba hancurkan rumah tangga saya. Apa yang awak tak puas hati daripada saya Bunga? Huhh?! APA BUNGA?! " Soal Alisya lagi, ingin mengetahui punca sebenar kenapa Bunga sanggup berbuat jahat pada dirinya.
" Memang aku tak puas hati dekat kau ! Kau dapat segala-galanya, kau dapat kecantikan rupa paras kau, kau dapat seorang suami yang cukup perfect..ada harta, ada agama dan..kau jugak adalah anak orang kaya. Kau ada apa yang aku takda !! Aku..aku tiap-tiap hari berdoa, buat baik dekat mak aku, aku tunaikan kewajipan DIA, tapi apa?! Aku terus dan terus duduk dalam lubuk kemiskinan ni. Tapi kau..kau tak pandai mengaji..kau tak solat selama kau hidup dekat atas bumi ni, kau minum arak..kau pergi clubbing, tapi..DIA still lagi bagi kekayaan dekat kau, dan aku..aku yang siang malam duduk bertahajud, jaga mak aku yang sakit..aku buat apa yang DIA suruh buat, tapi apa yang aku dapat?! AKU TAK DAPAT APA-APA !! Aku tak dapat hidup mewah, dan aku tak dapat cinta pertama aku!! Kau ada semuanya..tapi aku? Aku takda apa-apaa?!! " Hemburnya melepaskan rasa terbuku dalam hatinya. Matanya mencerlung tajam melihat ke arah Alisya. Tidak ubah gayanya itu seperti orang yang sudah tidak waras akal fikirannya.
Alisya menggelengkan kepalanya. Dia menyandarkan badannya di dinding hospital. Hemburan Bunga cuba dihadamnya. Setelah itu dia bersuara.
" Awak silap Bunga, awak silap. Cemburu dalam diri awak telah menyebabkan hati awak mati, menyebabkan mata awak buta dalam celik. Awak tak nampak apa yang ada dalam diri awak, dan apa yang tiada dalam diri saya. Mungkin saya ada segala-galanya, tapi saya tiada apa yang awak ada. Awak ada agama dalam diri awak, dan saya tiada. Mungkin saya ada harta kekayaan yang melimpah ruah, tapi saya tak ada harta kekayaan yang paling berharga dalam hidup awak. Saya takda harta seorang ibu dan awak ada harta tu Bunga. Ibu adalah harta yang paling mahal nilainya dan ibu adalah harta yang tiada ganti. Harta ni..kita tak boleh cari tau..harta ni..kita tak boleh beli..dan harta ni..dia cuma ada hanya sekali, pergi dirinya, maka tiadalah dia..dan awak ada harta yang paling mahal sekali nilainya..dan harta tu..jauh lebih mahal daripada semua harta yang saya ada " Ungkap Alisya sayu. Mutiara jernih mengalir merembes membasahi pipinya. Perit setiap kali dia mengungkapkan mengenai perihal seorang ibu. Kenapa? Sebab dia sudah pun kehilangan seorang ibu.
Bunga terdiam. Panahan tajam tertusuk hatinya setelah mendengar ungkapan daripada Alisya. Ibu? Ibu aku? Ibu aku adalah harta yang paling berharga? Harta yang paling bernilai?
" Balik la Bunga, pergi la balik. Mak awak pasti rindukan awak..mak awak pasti sedang menunggu kepulangan awak.Balik laa Bunga..." Tutur Alisya ikhlas.
" Shahril ! Alisya ! "
Serentak itu kesemuanya memandang ke arah Melissa. Wajah sugul Melissa ditatap dengan rasa debaran di jiwa.
" Kenapa aunty? " Soal Rudy cemas.
" DARIUS !! " Melissa terduduk dan meraung menangis setelah nama anak lelakinya itu terpacul keluar meniti daripada bibirnya.
Alisya gugup, gundah-gulana hatinya ketika itu. Melihat Melissa meraung, hatinya turut meraung. Pelbagai bayangan negatif hadir dalam benak fikirannya.
" Kenapa dengan Darius? Kenapa dengan Darius?! " Soal Tengku Shahril cemas. Dia menapak menuju ke arah Melissa yang sudah terduduk teresak menangis.
Share this novel