Alisya mengelap peluh di dahi dan pipinya. Rasa penat dan letih menguasai dirinya. Hmmm baru basuh baju dan jemur baju,tapi dia sudah rasa penat macam ni. Macam manalah Darius mampu buat semua kerja-kerja ni , lepastu ditambah pula memasak, bercucuk tanam, mengangkat air untuknya mandi. Hebatnya Darius,pujinya di dalam hati. Memori dua minggu yang lalu kembali berlegar di ingatannya.
"Kau boleh ker mandi sorang-sorang ni? Tu kaki kau bengkak lagi tu. Kalau luka tu berdarah balik macam semalam macam mana? " Soal Darius. Sekejam-kejam dirinya dia masih lagi suami kepada Alisya, dan Alisya pula adalah isterinya. Di saat isterinya sakit, mestilah dia yang kena menjaga dan merawatnya.
"Boleh jer. Kau tu yang terlebih overcaring dah kenapa?! Kaki aku ni boleh gerak lagi, belum lumpuh lagi " Bidas Alesya masih dengan kedegilannya itu. Belum sempat dia ingin mengarahkan Darius pergi dari situ, bushh satu cedokan air telah diambil oleh Darius membasahi tubuhnya itu.
"Dah sakit,buatlah cara sakit! Jangan nak jadi bodoh sombong boleh tak?! sekarang baik kau diam,jangan cakap banyak, kalau tak, aku jadi harimau jadian kat sini terkam kau, aummmm! " seloroh Darius beserta senyuman miangnya itu. Seronok rasanya melihat wajah cuak Alisya yang ketakutan itu. Takut sangat kena terkam,padahal dah halal pun.
Alisya yang mendengar bait-bait kata Darius itu membatukan dirinya. Takut jika betul-betul dimaksudkan oleh Darius itu.Eee tak nak!!
Syukur rasanya apabila selesai dia membersihkan tubuhnya itu, Darius memberi ruang kepadanya untuk memakai baju and lain-lain.
"Dah siap wahai bibikku" Gurau Alisya, setelah dia siap menyarungkan baju kemeja Darius dan kali ni, of course dia tak nak pakai seluar, yer la baju dah besar gedebak macam ni nak pakai seluar? buat rimas jer. Tapi yang dalam ii tu mestilah pakai,hihihihi.
Darius yang melihat Alisya itu cepat-cepat menelan air liur dan beristighfar di dalam hati. Nafsu batinnya mula menguasai diri. Dah kenapalah minah ni pakai macam ni? dengan kemeja putih aku dirembatnya, tak berseluar pulak,aishh peha gebu tu nak goda aku ker? Desus Darius di dalam hati.
"Kenapa? ada masalah dengan gaya penampilan aku ker? ke kau tak izinkan aku pakai baju kemeja kau? " Soal Alisya apabila Darius hanya diam, tiada respon ingin dibalasnya.
"Hari tu kau yang pesan suruh aku pakai baju kau,ni hmm macam tak izinkan jerr" Tambah Alisya lagi dengan nada dibuat sedih.
"Kau tak boleh ker pakai seluar ker, kain pelikat aku ker? peha kau tu,kau ingat cantik? dah macam peha lembu tahu tak! " Ungkap Darius bersahaja. Terus dibuka langkah kakinya beredar dari situ.
Alisya terkejut apabila Darius menyamakan pehanya yang putih gebu tu dengan kaki lembu. OMAIGOD!! YOU ARE SO CRUEL DARIUS!! bentaknya di dalam hati. Baru dia ingin berdiri mahu keluar dari ruang mandi itu tiba-tiba Darius datang dan menutup pehanya itu.
"Peha kau ni putih, gebu pulak tu. Aku ni pulak lelaki, kalau nafsu lelaki dah control diri aku ni,kau jangan nak menyesal pulak, silap hari bulan perut kau tu ada isi! "Ungkap Darius bersahaja. Tangannya lincah menutup peha gebu isterinya itu menggunakan kain pelikat miliknya. Sentuhan jarinya dengan kulit putih Alisya sudah cukup menegakkan bulu romanya, namun cepat-cepat ditepis perasaan bahaya itu.
Alisya yang melihat perlakuan Darius hanya diam tidak berkutik. Ada benarnya juga apa yang dikatakan Darius itu. Direnungnya raut wajah tampan jejaka di depannya, ditilik satu persatu raut wajah itu,hensem, satu pujian keluar daripada bibirnya.
"Aku memang hensem, tapi tak payahlah kau tengok aku macam nak terkeluar biji mata kau tu! Aku cungkil baru tahu,lepastu aku bagi harimau dalam hutan ni makan,baru buta kau seumur hidup " Usik Darius bersahaja. Terus dicempung badan isterinya itu untuk dibawa ke pondok. Kaki Alisya belum sembuh lagi, tak sanggup dia menengok kaki isterinya itu berdarah kembali seperti semalam.
Alisya hanya menuruti akan setiap apa yang dilakukan oleh Darius. Ye la ,kaki dia sakit, takkan dia nak melawan kan. Silap hari bulan berdarah macam semalam tak ke naya dia , lagi lambatlah nak baik semula dan lagi banyaklah aksi-aksi prihatin yang akan diberikan oleh Darius.Ee taknak dia, takut, nanti terjatuh hati pula.
"Caring jugakkan dia tu dekat aku " Ungkap Alisya sendirian,apabila memorinya bersama Darius dua minggu yang lalu diimbas kembali.
"Memanglah bos tu caring dekat Cik Alisya, sebab Cik Alisya kan bini bos " Suara Bunga mencelah. Apelah yang ditermenungkan bini bosya itu,sampai dia dah lima minit dekat sini Alisya tak sedar.
"Ehh Bunga, bila sampai ni? Tak perasan pun Bunga ada dekat sini " Raut wajah Alisya berona merah,habis kantoi dia dengan Bunga, ye la kantoi mengimbas kembali moment-moment bersama Darius.
"Macam mana nak sedar,kalau orang tu mengelamun fikirkan suami " Usik Bunga lagi.
Alisya hanya membalas senyuman kekok, tidak tahu nak bagi jawapan apa lagi, sebab apa yang dikatakan oleh Bunga itu betul.
"Bunga, kenapa eak Darius tu kejam dengan saya? " Tanya Alisya. Sudah lama dia inginkan jawapan akan persolannya itu tapi tu la,tidak tahu ingin ditanya kepada siapa. Sebab dia dan Bunga sahaja ada di situ, dia tanya Bunga je la,dah tu jer pilihan yang dia ada.
"Kejam? Bunga tak rasa yang bos tu bersifat kejam dengan Cik Alisya " Dalih Bunga bersama kerutan di dahi. Kejam kat mana dia langsung tak tahu, sebab yang dia tahu bosnya itu baik,cuma dingin sikit.
"Kejamlah, cuba Bunga tengok, ada ke suami kat dunia ni pergi letak isteri dia kat pulau yang cuma ada pokok,ada air laut, tu semua tak kejam ker? " Tanya Alisya .
"Dah la letak isteri dekat pulau, lepastu kemudahan apa pun langsung tak ada. Berteduh di pondok yang kecik ni,takda elektrik, mandi tak ada sabun,tak ada syampu,lepastu nyamuk gigit sana sini. Ni semua tak kejam Bunga? " Ajunya lagi.
"Nope. Langsung tak kejam. Bunga tengok bos buat semua ni bersebab. Bunga bukanlah nak buat Cik Alisya terasa hati, tapi Bunga adalah terdengar gosip-gosip yang Cik Alisya ni suka berfoya-foya ,berhibur kan, so bagi pandangan Bunga, apa yang bos buat,cuma nak beri keinsafan kepada Cik Alisya." Luah Bunga jujur.
"Tapi kenapa tempat ni yang dia pilih? kenapa bukan di bandar, bawak ke masjid ker? " Tanya Alisya yang masih tidak berpuas hati.
"Cuba Cik Alisya renungkan,fikirkan. Kalau bos letak Cik Alisya di bandar,bawak ke masjid, tu semua tak akan beri kesan yang mendalam kepada jiwa dan rohani Cik Alisya. Dekat sini, mungkin pada pandangan mata kasar Cik Alisya tiada apa-apa, kosong yang ada cuma pokok-pokok,bunyi unggas, cengkerik, air laut, tapi kalau Cik Alisya lihat dari sudut hati, Cik Alisya akan dapat ketenangan dekat sini. Nikmat yang indah dari Allah SWT ni,mampu menenangkan jiwa makhluknya,hambanya, iaitu kita.Bunga rasa bos buat semua ni,sebab bos nak isteri dia berubah ke arah yang lebih baik dan nak suruh Cik Alisya kenal erti bersyukur, erti Islam yang sebenar " Jelas Bunga panjang lebar. Senyuman manis dihadiahkan kepada Alisya. Dia akui Alisya cantik,semuanya cukup lengkap ada pada wanita di hadapannya, cuma agama yang kurang, dan dia yakin sebab itulah bosnya ciptakan penjara buat Alisya. Tangannya mengelus lembut tangan Alisya,berharap Alisya sedar apa yang Darius lakukan adalah untuk kebaikan Alisya sendiri.
Alisya diam. Setiap apa yang dikatakan oleh Bunga semuanya tepat. Perlahan-lahan dia mengukir senyum, rasa sebak mula bertandang di hatinya. Ternyata selama ini dia membuat tafsiran yang salah terhadap Darius ,suaminya itu.
Share this novel