Bab 46.

Romance Completed 86682

" Dua puluh minit awak dah habis. Dah, saya nak bangun. Lepaskan saya !! " Lingkaran tangan sasa milik suaminya itu dialihkan daripada terus memeluk pinggang rampingnya.

Kini, dia sudah bangkit berdiri berhadapan dengan Darius yang turut bersama-sama bangkit daripada pembaringan di atas pasir pantai itu.

" Sayang nak pergi mana? " Soal Darius apabila melihat Alisya berkira-kira ingin beredar dari situ. Tangan Alisya diraihnya.

" Pergi mana lagi, pergi mandilah " Jawab Alisya dingin. Malas ingin berbual dengan Darius yang sudah mendapat tempat api kebencian di dalam hatinya.

" Okay. Abang ikut " Ungkap Darius selamba. Tangan Alisya yang berada di genggamannya dikemaskan membawa Alisya bersama-sama dengannya pergi ke arah kamar mandi.

Alisya yang melompong dengan ungkapan selamba badak suaminya itu terkejut. Terus direntap kasar tangan sasa Darius daripada terus menarik dirinya bersama-bersama menuju ke arah kamar mandi.

" Awak ni dah gila ke apa?! Lepaskan sayalah. Saya nak mandi. MANDI !! Takkan saya nak mandi, awak pun nak ikut " Perkataan mandi sengaja ditekan memberi isyarat bahawa dia perlukan privasi untuk membersihkan dirinya.

" So, mandi je la. Tapi abang pun nak ikut sekali, sebab badan abang ni pun dah melekit. Abang perlu bersihkan diri abang ni haaa " Darius membuat mimik muka manja lagak seperti anak kecil.

Alisya terdiam. Dipejam rapat matanya cuba menghadam, bahawa Darius yang dihadapannya itu sudah betul-betul berubah. Mana Darius yang hati batu dulu tu?! Desusnya di dalam hati.

" Jom kita mandi. Yeayy mandi, mandi, mandi. Yahoo !! " Teriak Darius bersorak gembira. Diraih kembali tangan isterinya itu. Baru dia ingin mengorak langkah meneruskan hajatnya itu terus kakinya disepak oleh Alisya.

" Sakitlah sayang " Adu Darius manja.

" Tahu pun sakit. Yang awak suka-suka hati nak ikut saya mandi sekali ni dah kenapa? Ni, mata saya ni lagi sakit tau, bila tengok muka selamba badak awak tu " Jelingan sinis diberikan kepada Darius. Kecik besar kecik besar je dia melihat suaminya itu. Ada ke patut nak mandi pun dia nak ikut? Hello dia tu ingat dia tu siapa nak join sekali aku ni mandi !! Gumam Alisya di dalam hati.

" Abang ni suami Alisya. Suami yang sah di sisi agama. So, tak salahkan kalau abang turut serta ikut isteri abang pergi mandi? " Sampuk Darius tiba-tiba seolah-olah mampu mendengar omelan Alisya itu.

" Memang tak salah. Tapi saya nakkan privasi. PRIVASI !! " Jawab Alisya.

" Alaa, jangan privasi sangatlah. Abang dah tengok dah semuanya. Dari A to the Z abang dah tengok semuanya " Ungkap Darius selamba. Senyuman gatal terpancar di wajahnya.

" Dah tengok semuanya? Apa maksud awak ni? Saya tak faham " Aju Alisya tidak mengerti dengan ungkapan suaminya itu.

Melihat Darius asyik memandang ke arah tubuhnya dari atas ke bawah, lepastu ditambah pula dengan senyuman nakal suaminya itu, terus matanya terbeliak, seolah-olah memahami omongan suaminya itu. Kini, dihalakan matanya melihat ke arah tubuh badannya.

" Arghhhhhhh !! Baju ni, baju ni, ni bukan baju yang saya pakai semalam. Baju ni, baju ni macam mana boleh tersarung dekat badan saya? Apa ni?!! " Teriak Alisya. Hatinya sudah berdegup laju, resah memikirkan seandainya andaian yang berada di fikirannya itu tepat.

Darius menukar baju dia ker? Darius dah nampak semuanya ker? Soalnya di dalam hati. Terus matanya dihalakan ke arah raut wajah tampan suaminya itu yang sudah tersengih seperti kerang busuk.

" Awak buat apa dekat saya ni? Awak buat apa ni?! Darius !! " Teriaknya lagi. Penjelasan harus dipinta oleh suaminya itu.

" Baju ni, dia bersifat benda tau. Lepas tu, baju ni pulak, dia takda tangan, takda kaki yang boleh bergerak-gerak, berjalan-jalan pergi dengan sendirinya ke arah tubuh seseorang untuk diminta dipakaikan. Melainkan kalau, kalau... "

" Kalau apa?! Kalau apa hah?!! Kalau awak yang tukarkan baju ni dekat badan saya. Macam tu?! " Soal Alisya memintas percakapan Darius yang terselit unsur gatal dan miang di situ.

Darius yang mendengar soalan daripada Alisya tersenyum kecil. Dianggukkan kepalanya memberi isyarat bahawa memang benar dia yang menukarkan baju isterinya itu.

" Tak sangka, saiz cup isteri abang saiznya B. Ingatkan C ker atau D ker, tapi takpelah, asalkan tulen sudah " Ungkap Darius selamba. Cuba mengusik Alisya yang sudah berona merah pipinya menahan malu.

" What?!! Awak ni kan, awak ni kan " Baru sahaja Alisya ingin membuka mulut terus satu ciuman hinggap di bibirnya.

" Banyak cakap sangat, kan dah kena cium " Ungkap Darius selamba. Terus didekatkan badannya mendekati Alisya.

" Kalau sayang nak tahu kan, abang bukan setakat tengok dari A to the Z je tau, tapi, abang pun dah tinggalkan satu gigitan love bite abang dekat sayang " Bisik Darius bernada menggoda di telinga kanan Alisya. Diselak rambut panjang isterinya itu, terus disentuh bekasan love bite itu, terus dicium lembut ke tempat gigitannya itu.

Alisya yang berasa terkejut dan geli dengan ciuman suaminya itu terus menolak dada bidang Darius daripada terus datang mendekat ke arahnya.

" Saya benci awak !! Bekasan ni, saya nak letak clorox la bagi hilang. Lepastu, kalau awak berani cium bibir dan leher saya ni tanpa keizinan diri saya, saya akan pukul awak punya telur tu !! Tau tak?!! " Diusap lembut leher jinjangnya itu. Terus dibuka langkah beredar dari situ.

Darius yang mendengar ugutan Alisya hanya tersenyum kecil. Ugutan isterinya itu langsung tidak menakutkan dirinya, malahan rasa seronok pula melihat raut wajah Alisya yang sudah berona merah menahan malu.

" Ish dia ni kan, dia ingat dia tu siapa?! Suka hati nak tukarkan baju aku, lepastu nak gigit leher aku ni. Arghhh geramnya !! " Gerutu Alisya sendiri sambil langkah kakinya tidak henti berjalan, mengorak ke arah kamar mandi. Tak sabar nak hilangkan love bite Darius yang tak bertauliah tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience