Bab 26.

Romance Completed 86682

" Ya Allah, engkau peliharakanlah keselamatan isteriku. Engkau letakkanlah dia di dalam jagaan mu. Engkau pertemukanlah aku dengannya " Doa Darius di dalam hati. Setiap saat matanya sentiasa mencari kelibat Alisya.

" Alisya !! Alisya !! ALISYA !! " Teriaknya kuat dengan harapan isterinya itu mampu mendengar teriakannya. Namun hampa, sahutannya itu hanya berbalas dengan bunyi-bunyi unggas.

Dibuka langkah kakinya menuju kembali ke tempat dirinya dan Alisya bertengkar. Sepenuh harapan dia berharap agar Alisya ada di situ. Namun hampa, insan yang dicarinya itu tetap tidak dapat dia jumpai.

" Alisya, kau kat mana? Kau pergi mana? Kau janganlah tinggalkan aku. Kau janganlah buat aku risau macam ni " Luahnya sayu. Hatinya mula sebak apabila memikirkan Alisya keseorangan di dalam hutan ini. Meskipun hutan ini tidaklah setebal mana, dia dapat merasakan Alisya akan berhadapan situasi sukar, kerana Alisya budak bandar, tidak pernah merasai aktiviti-aktiviti lasak sebegini.

Satu jam dia mencari dengan harapan isterinya itu akan dijumpai, namun hampa dia rasakan apabila kelibat Alisya langsung tidak kelihatan. Senja sudah melabuhkan tirainya, malam mula mengambil alih tugasnya, bunyi cengkerik mula kedengaran tetapi, Alisya tetap tidak dapat dijumpai.

" Alisya !!! ALISYA !! TENGKU ALISYA RIANA BINTI TENGKU SHAHRIL ZAFRAN !! " Laungnya sepenuh tenaga. Berharap dengan sahutan itu ia mampu didengari oleh isterinya itu.

" Maafkan aku Alisya. Maafkan aku. Aku langsung tak berniat nak tengking kau. Aku langsung tak berniat ingin tinggikan suara dekat kau. Maafkan aku Alisya " Rintihnya sayu.

" Aku tak boleh hidup tanpa kau Alisya. Aku sayangkan kau. Aku nak kau balik Alisya. Tolonglah Alisya " Luah Darius sayu. Air matanya sudah mula gugur membasahi pipinya. Inilah kali pertama dirinya menangis disebabkan perempuan lain. Selama ini air matanya itu hanya untuk arwah mamanya, tapi hari ini air matanya itu tumpah untuk isterinya iaitu Tengku Alisya Riana.

Digagahi jua kudratnya itu untuk terus mencari Alisya. Entah mengapa tiba-tiba rasa sakit kepala mula menyerangnya. Rasa sakit itu mencanak-canak menyebabkannya hilang keseimbangan badan untuk terus berdiri.

" Tak, aku tak boleh jatuh pengsan !! Aku harus kuat !! Aku mesti mencari Alisya !! Aku tak boleh biarkan dirinya keseorangan di dalam hutan ni !! Kau kena kuat Darius !! Kau kena kuat !! Demi isteri kau, kau kena kuat !! " Desusnya sendirian. Kata-kata semangat dititipkan buat dirinya, agar tidak berputus asa mencari Alisya yang mungkin telah sesat.

Dengan rasa sakit yang mencanak-canak di kepalanya itu, dia tetap gigih mencari kelibat Alisya. Dipatahkan ranting-ranting kayu untuk dijadikan petunjuk buat Alisya menemui dirinya.

" Uwekkkk !! " Darius memuntahkan segala isi di dalam perutnya. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia tiba-tiba merasa loya di tekak. Mungkin disebabkan dia makan masakan Alisya yang sedikit hangus itu, atau mungkin kerana dia mengalami keracunan makanan. Tapi takkan lah sampai begitu sekali air tangan isterinya punca dia menjadi sebegitu.

Merasakan dirinya sudah tidak berdaya untuk meneruskan langkah mencari Alisya, terus badannya direbahkan di bawah sebuah pokok. Perlahan-lahan matanya mula tertutup.

" Alisya, aku mohon kau datanglah padaku. Aku risaukan kau. Aku tak boleh tanpa kau di sisi aku. Ya Allah, engkau jagakanlah keselamatan isteriku di sisi mu. Engkau pertemukanlah aku dengan dirinya " Doa Darius sebak. Terus matanya terpejam, pengsan itulah yang dapat digambarkan keadaanya ketika itu.

****************************

Mamat yang melihat Bunga masih lagi tercegat di pondok mula membuka suara. Sudah lama dia menunggu Bunga untuk menaiki bot, maklumlah waktu kerja dah habis, tapi Bunga pulak masih lagi termanggu duduk di pondok.
" Bunga, lambat lagi ker kau nak gerak ni? Aku nak balik dah ni. Cepatlah Bunga, nanti aku tinggalkan kau sorang-sorang kan "

" Mamat, aku, aku rasa macam ada sesuatu la yang terjadi dekat bos dengan Cik Alisya " Ungkap Bunga bernada risau. Ye la sudah malam macam ni, tapi kelibat bosnya dan Cik Alisya langsung tidak kelihatan.

" Apa maksud kau Bunga? " Soal Mamat dengan riak muka terkejut.

" Petang tadi, bos dan Cik Alisya masuk ke dalam hutan ni haa, sebab bos nak cari kayu api untuk aku dan Alisya memasak bila bos balik KL. Lepastu Cik Alisya pergilah temankan bos. Lepastu masa aku dah siap buat kerja-kerja tanaman ni semua, aku nampak bos jer yang balik sini sorang-sorang. Masa tu Cik Alisya tak ada dengan bos. Lepastu bila aku tanya Cik Alisya mana, terus bos cakap yang dia ingat Cik Alisya dah balik sini, tapi padahal Cik Alisya tak balik sini pun " Terang Bunga dengan panjang lebar cuba memberitahu perihal yang sebenar.

" Lepastu? Bila kau tanya bos yang Cik Alisya tak balik sini, bos terus cari bini dia ker ? " Tanya Mamat lagi.

" Yup. Sebab tu aku risau sekarang ni. Bos pergi cari Cik Alisya yang hilang, alih-alih bos pulak yang hilangkan diri sama-sama dengan Cik Alisya. Sebab tu aku duduk kat sini dari tadi. Aku tunggu kepulangan bos dan Cik Alisya la " Luah Bunga bernada risau.

" Yang kau tak bagitahu dekat aku awal-awal kenapa? Kalau kau beritahu pasal ni dekat aku dari tadi, dah lama aku pergi cari bos " Ungkap Mamat berasa kesal dengan tindakan Bunga yang tidak memberitahunya awal-awal tentang perkara ini.

" Mamat !! Tunggulah aku. Aku nak join jugak kau cari bos dan Cik Alisya " Jerit Bunga apabila melihat Mamat sudah membuka langkah bersedia untuk mencari Darius dan Alisya.

******************************

Dia buntu, dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Dua jam berada di tengah hutan, dia langsung tidak dapat mencari jalan keluar. Meskipun hutan ini tidak setebal seperti hutan tropika atau hutan simpan yang lain, dirinya tetap tidak tahu arah mana yang harus dia pergi untuk pulang semula ke pondok. Deruan ombak pantai mampu dia dengari, tapi setiap langkah dia berjalan, dia hanya menemui jalan buntu.

" Ya Allah, apa yang aku harus lakukan? Aku sudah sesat ini ya Allah. Engkau bantulah aku " Doa Alisya meminta pertolongan daripada Allah Yang Maha Esa.

" Maafkan saya awak. Mungkin ini adalah karma untuk saya. Saya tipu awak, saya tak dengar cakap awak. Maafkan saya awak " Rintih Alisya. Rasa menyesal dan bersalah bersarang di hatinya. Sungguh dia menyesal kerana menipu Darius, dan jika inilah hukuman untuknya kerana menipu suaminya itu dia redha.

Walaupun dia bukanlah seorang gadis yang lasak, tapi apakan daya? Dia tetap juga mesti meneruskan langkah mencari jalan pulang. Bunyi cengkerik malam, dan sahutan burung-burung hantu cukup membuatkan dirinya berasa takut. Namun, dia tetap harus memberanikan diri untuk terus berjalan berbekalkan doa di hatinya.

" Ranting kayu? Adakah ini merupakan isyarat yang aku harus berjalan mengikuti ranting-ranting kayu ini, yang seolah-olah sengaja dipatahkan oleh seseorang? " Desus Alisya sendirian apabila matanya mula melihat ranting-ranting kayu yang sengaja dipatahkan di atas tanah.

" Jika ini bukan disengajakan, takkanlah ranting-ranting ini mampu tersusun rapi " Desusnya lagi apabila dia turut menjumpai ranting-ranting kayu yang telah dipatahkan dan tersusun rapi sama dengan keadaan ranting-ranting kayu yang dijumpainya sebentar tadi.

Tanpa berfikir panjang terus dia mengikuti arah ranting-ranting kayu itu. Sepuluh minit dia berjalan dengan menggunakan isyarat ranting kayu itu, alangkah terkejutnya dia apabila melihat Darius berada di bawah sebuah pokok tidak sedarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience