Bab 15.

Romance Completed 86682

Darius terdiam. Dia tidak tahu mahu memberi reaksi apa. Nak dimarah Alisya? dia tidak sanggup. Air liurnya ditelan melihat semua makanan yang dimasak oleh Alisya itu. Hangit, hangus? Mestilah,bukannya isterinya itu pandai memasak pun.

"Uishhh, ni sedap ni. Awak janganlah buat muka terkejut macam tu. Saya masak ni confrim sedap. Walaupun rupa dia tak cantik, awak jangan ingat tak sedap pulak, bak kata orang putih, don't judge a book by a cover " Luah Alisya cuba memujuk Darius untuk merasa air tangannya itu tetapi dalam masa yang sama cuba menyedapkan hatinya. Ye la,dah rupa hangus hitam macam tu, sape berselera nak makan kan? tapi at least dia tunjuklah usaha memasak untuk Darius.

Darius yang mendengar ungkapan Alisya itu hanya diam. Perutnya dah berbunyi dari tadi, apa nak dibuat lagi? makan je la. Baru sesuap nasi dan ikan yang dimasak oleh Alisya itu dimakannya,terus dimuntahkan kembali.

"Abang! Darius, awak oky tak? "Tanya Alisya cemas. Terus dia meluru pergi ke arah suaminya itu. Digosok lembut belakang suaminya itu, dihulurkan juga air kosong kepada Darius cuba menenangkan situasi.

" Kau masak ke tak ni? Asal ikan ni hanyir, nasi pulak macam separuh masak jer. Kau nak bunuh aku ker apa Alisya?! " Soal Darius menahan sabar. Terus seleranya terbantut. Baru dia ingin berdiri berlalu dari situ, tangannya dipegang.

"Saya mintak maaf. Saya langsung tak berniat nak buat semua ni. Saya cuma nak jadi isteri yang sempurna di mata awak. Saya nak jaga awak, awakkan sakit,jadinya biarlah saya yang masakkan untuk awak. Saya mintak maaf Darius " Luah Alisya, terus esakan kecil keluar dari mulutnya. Dia rasa bersalah, dia tak mampu untuk jadi isteri sempurna di mata suaminya itu.

Darius yang melihat Alisya mula menangis terus diambil kembali tempatnya itu. Duduk berhadapan isterinya. Diusap lembut pipi Alisya yang sudah basah dengan air mata.

"Kalau kau tak pandai masak,kau beritahu jujur dengan aku. Jangan buat-buat pandai, jangan tipu aku, aku tak suka" Ungkap Darius lembut.

" Kalau kau tak pandai masak,itu aku tak kisah, sebab benda tu kau boleh belajar, dah jangan nangis lagi,nanti aku suruh Bunga ajarkan kau memasak yer " Pujuk Darius lembut. Dipegang kedua tangan Alisya itu, terus dikucupnya.

Alisya mengangguk lemah. Pujukan Darius itu membuatkannya sedar,bahawa berkata benar itu adalah lebih baik daripada memberi harapan palsu.

"Awak" Panggil Alisya lembut.

Darius yang baru sahaja ingin berlalu dari situ berpaling apabila Alisya memanggilnya
"Apa?" Soalnya.

"Saya taknak Bunga yang ajar saya memasak, tapi, saya nak awak yang ajar saya, boleh? " Pinta Alisya. Dia kini berdiri di hadapan suaminya itu. Raut wajahnya dibuat sehabis comel berharap Darius sudi mengajarnya memasak.

"Aku tak pandai masak" jawab Darius dingin.Matanya dialihkan ke arah lain,tidak sanggup melihat kecomelan wajah isterinya itu. Ingin sahaja dicubit pipi gebu itu.

"Alaaaa, dulu masa saya sakit kaki, awak tolong masak untuk saya tu apa? sedap apa masakkan awak,jadinya awak ajar saya memasak ea? " Pinta Alisya kini dengan nada yang menggoda. Jari jemarinya mula bermain di dada bidang suaminya itu.

Darius yang berasa geli cuba menahan rasa, lemah lutut rasanya apabila Alisya berubah menjadi selembut itu. Tidak mahu terus berkeadaan sebegitu,terus dianggukkan sahaja tanda setuju. Lebih baik dia bersetuju,daripada terus berlama berkeadaan sebegitu,nanti lain pula jadinya.

Alisya berasa gembira dan teruja. Terus dipeluk sekemas mungkin suaminya itu. Ciuman bertalu-talu dihadiahkan di pipi Darius. Kiri dan kanan pulak tu. Apa lagi terkejutlah Darius. Nafsu lelakinya mula hadir. Bimbang terjadi perkara lain, terus dibuka langkah kakinya beredar dari situ.

"I LOVE U! MUAHHHHHHHH!! " Jerit Alisya apabila Darius laju meninggalkannya keseorangan di situ. Melompat-lompat dirinya berasa begitu excited , bahawa Darius sudi mengajarnya.

" Ni tandanya, plan aku nak buat dia jatuh cinta dekat aku dah mula berhasil. Yahooo! " Jeritnya kecil. Senyuman gembira terpancar di wajahnya.

Darius merasakan degupan jantungnya tidak berhenti berdegup laju. Terus disentuh dadanya itu. Sudah jatuh cintakah dia terhadap isterinya itu? Keluhan kecil dilepaskan.
"Huh! Sakit kepala dah hilang, ni takkan sakit jantung pulak nak datang. Jangan macam-macam kau Darius! " gerutunya sendiri. Terus diambil langkah mengambil wuduk. Waktu zuhur sudah masuk, dia mesti mengerjakan kewajipannya itu.

**************************
Salam diberikan tanda dia sudah siap menunaikan solat zuhur. Bagai nak luruh jantungnya apabila melihat Alisya lengkap bertelekung putih sedang merenung tajam ke arahnya. Dah la warna putih,lepastu muka masam mencuka macam tu, mana tak terkejut dirinya.

"Apa ni?! Awak tak tunggu saya pun. Sampai hati awak. Sepatutnya awak tunggulah saya, kita solat sama-sama, awak jadi imam saya,kita solat berjemaah,pahala pun kita dapat kutip banyak " Luah Alisya menahan marah. Mana tidak marahnya, suaminya itu solat tidak mengajak pun dirinya.Mulutnya dimuncungkan tanda dia merajuk. Dia duduk berhadapan Darius,berharap suaminya itu memujuk dirinya.

"Errrr, aku tadi dah tunggu kau la! kau tu yang lambat, jadinya aku solat je la. Lagipun tak baik melambatkan solat " Dalih Darius, harap-harap jawapan yang diberikannya itu mampulah Alisya terima. Terus dia berdiri ingin beredar dari situ.Baru dua langkah dia berjalan, terasa kakinya dipaut, siapa lagi yang paut, si Alisya la.

"Bila-bila kalau awak nak solat, awak kena ajak saya sekali. Lainlah kalau saya period ker apa. Hari ni saya maafkan awak,kalau hari lain awak buat macam ni lagi, saya tak nak kawan dengan awak " Ungkap Alisya. Tangannya yang memegang kaki Darius berlapikkan telekungya itu dilepaskan. Terus dia berdiri menunaikan kewajipannya itu.

Darius ketawa kecil. Terasa lucu pulak melihat perangai Alisya yang dah macam budak kecik itu. Dia rasa bersyukur kerana Alisya sudah mula berubah ke arah yang lebih baik, tapi, sikapnya yang berubah menjadi macam ulat bulu tu, dia rasa bersyukur jugak ker?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience