Motor skuter miliknya dipandu laju. Informasi penting yang didengarinya itu cukup panas sepanasnya. Kampung sebelah ditujunya, cuba untuk mencari Salmah.
" Timah, laju la sikit kau bawak motor ni. Aku dah tak sabar nak jumpa Salmah ni " Leter Kalsom.
Timah mengeluh. Sabar je la itu yang dia mampu. Well, Kalsom kan ketuanya.
" Timah, stop, stop " Arah Kalsom setelah matanya menangkap kelibat insan yang dicarinya itu.
" Woii Salmah!! " Panggil Kalsom setelah melihat Salmah terkedek-kedek berjalan.
" Apa? " Soal Salmah.
" Anak kau, Bunga hampir nak kena rogol !! " Jelas Kalsom. Dia membawa diri turun daripada motor milik kawannya itu, lalu berdiri berhadapan dengan Salmah.
" Salmah !! Anak kau, Bunga, hampir nak kena rogol !! " Ungkap Kalsom lagi setelah melihat Salmah hanya menyepi.
" A..a..anak aku nak kena rogol? " Aju Salmah setelah lama menyepi.
" Yerrr, hampir nak kena rogol dengan Mamat, budak kampung ni " Tutur Kalsom.
Salmah terdiam. Luruh jantungnya usai mengetahui bahawa Bunga hampir dirogol, tapi lebih membuatkan jantungnya ingin luruh ke tanah setelah mendengar insan yang ingin merogol anaknya itu adalah Mamat. Apa ni?! Kebetulan atau dirancang oleh Bunga?!
*****************************
Helaan nafas dihembus. Matanya redup memandang ke arah tubuh kaku dihadapannya itu, setelah puas dia memandang ke arah situ, kini bebola matanya dilirikkan melihat ke arah si gadis yang daripada tadi tidak henti menangis.
" Haji, macam mana sekarang ni? Apa tindakan yang kita kena buat? " Aju satu suara memecahkan keheningan suasana pada ketika itu.
" Tindakan apa lagi, kita buat laporan polis jer. Kita suruh polis siasat pasal kes ni. Ni dah kira kes berat tau " Bidas satu suara lagi cuba memberi idea.
Mak Cik Salmah yang baru sahaja sampai cepat-cepat turun daripada motor skuter milik Timah itu. Kalsom yang membawa motor itu turut ikut serta mengekori Salmah. Timah? Hmm dah kena tinggal dekat kampung sebelah, well Kalsom kan ketua, so Timah kena akur ler.
" Haji.. " Sapa Salmah.
Haji Embong menoleh, senyuman hambar diberikan kepada Salmah.
" Hahh Salmah, kau tahu tak anak kau ni hampir nak kena rogol? Tu kau tengok jantan tu, jantan tu la yang nak merogol anak kau Salmah oi. Harap muka jer baik, tapi perangai macam setan!! " Hembur salah seorang penduduk kampung yang berada disitu.
" Kita semua tak ada masa kejadian ini berlaku. Kita tak menengok sama ada betul ke tidak, lelaki ni nak merogol anak perempuan Salmah. Jangan cepat menghukum dan jangan cepat menunding jari " Ungkapnya bernada tegas setelah lama dirinya menyepi.
Kesemua yang berada disitu serentak mendiamkan diri. Tiada lagi kata-kata mahupun bisikan-bisikan berunsur mengumpat, mengata dan mencela kepada Mamat.
Haji Embong adalah ketua kampung di kampung ini. Namanya cukup dikenali kerana perwatakannya yang baik serta seorang yang warak. Disebabkan itu, kesemua mereka menyepi usai sahaja Haji Embong bersuara kerana masing-masing mempunyai rasa hormat yang tinggi pada Haji Embong.
" Salmah, aku terlambat datang sini. Semasa aku sampai kat sini, aku tengok-tengok, budak lelaki ni dah teruk dikerjakan oleh penduduk kampung " Jelasnya sambil tangannya menunjuk ke arah Mamat yang sudah tidak sedarkan diri itu.
" Anak kau pulak asyik menangis bagitahu pada penduduk kampung yang budak ni nak rogol dia, tapi kan, lepas lama aku berfikir, aku rasa macam tak logik yang budak lelaki ni nak merogol anak kau " Ungkap Haji Embong lagi.
Kesemua disitu mengerutkan dahi tanda tidak mengerti. Apa yang tidak logiknya? Nak kena rogol perlukan logik akal jugak ker? Pelbagai persoalan timbul dalam diri masing-masing.
Bunga yang daripada tadi menangis tergamam. Rasa berdebar menyelubungi dirinya setelah Haji Embong menuturkan kata tidak logik itu.
Mak Cik Salmah diam. Dirinya sabar menanti ungkapan yang akan terbit daripada Haji Embong, maklumlah setiap kata-kata Haji Embong pasti terselit fakta yang tidak dapat diragui dan disangkal.
" Kalau betul Bunga anak kamu tu nak kena rogol, kenapa masa penduduk kampung sampai kat sini, baju dan kain batik anak kamu elok jer ada dekat lantai. Langsung tiada koyakan, mahupun bekasan yang menunjukkan pergolakan atau paksaan atau kasaran telah berlaku "
Serentak itu kesemua penduduk kampung memandang ke arah Bunga. Masing-masing sibuk menilik baju dan kain batik yang dipakai oleh Bunga. Usai itu masing-masing membisikkan sesuatu, seolah-olah dapat meneka apa yang ingin disampaikan oleh Haji Embong.
" Kita semua sendiri maklum, istilah 'paksa' dan 'rela' , dua perkataan ini ada perbezaan. Jadinya, kalau betul Bunga nak dirogol, kenapa baju dan kain batik dia langsung tiada koyakan? Elok seeloknya, seolah-olah 'nak' dirogol itu tidak wujud disitu " Tambah Haji Embong lagi berserta fakta yang kukuh. Mukanya dipalingkan melihat ke arah Bunga.
" Bunga, awak ada apa-apa nak disampaikan ker? " Soal Haji Embong, lagak seperti seorang hakim yang sedang membicarakan kes di mahkamah.
" Tak..tak ada " Gugup suaranya menjawab soalan Haji Embong itu.
" Lepastu Haji, apa yang kita nak buat sekarang ni? " Tanya seorang penduduk kampung yang berada disitu.
" Kita tunggu budak lelaki ni sedarkan diri. Lepastu kita buat satu pertemuan sesi menceritakan apa yang sebenarnya telah berlaku atau kita buat laporan polis. Tapi, untuk membuat laporan polis, saya perlu meminta izin daripada empunya tuan badan yang nak dirogol ni " Jari telunjuknya ditunding ke arah Bunga yang sedang menundukkan kepala.
" Kalau kita buat laporan polis, perkara ini dapat diselesaikan dengan cepat. Tapi, sekiranya salah seorang didapati menipu, hmmm itu dia faham-faham sendiri la apa nasib dia selepas tu " Ungkap Haji Embong serius.
Bunga yang mendengar ungkapan Haji Embong terus mengangkat wajahnya.
" Saya rasa tak perlu kot kalau kita buat laporan polis, sebab saya ada komitmen lain menyebabkan sukar untuk saya ulang-alik naik turun mahkamah dan pergi ke balai polis " Alasan diberikan oleh Bunga. Cuba mengelak daripada memperbesarkan keadaan. Sungguh tajam pemikiran orang tua ni, sampai kau buat aku terperangkap dalam perangkap aku sendiri. Tak guna kau orang tua!! Hembur Bunga di dalam hati.
" Kau ada komitmen apa Bunga? Kau kan tak kerja, duduk rumah, mesti ada banyak masa untuk kau buat semua benda-benda tu " Celah Kalsom setelah lama dirinya menyepi.
" Jaga mak Bunga. Mak Bunga tak sihat, jadinya Bunga nak jaga mak Bunga. Kaki mak Bunga tak larat nak jalan lama-lama. Tu la salah satu komitmen Bunga " Tipu Bunga cuba untuk mengelak.
Mak Cik Salmah diam. Tiada kata-kata ingin dilontarkan. Dia pasrah, dirinya hanya mengikut rentak semua orang disitu. Biarlah apa pun yang nak berlaku, dia redha, dia sudah tidak larat ingin menghadap karenah Bunga yang semakin menjadi-jadi jahatnya itu.
" Kalau macam tu, saya putuskan untuk kita buat satu sesi pertemuan seperti apa yang saya perkatakan sebentar tadi. Budak lelaki ni saya akan bawak dia balik ke rumah saya memandangkan saya mendapat tahu bahawa dia merupakan anak yatim piatu, dan sudah menjadi tanggungjawab saya merawat dan mengubati setiap luka-luka yang dilakukan oleh manusia-manusia yang berlagak seperti malaikat kat sini. Cepat jatuhkan hukum tanpa sebarang usul periksa " Kata-kata yang dikeluarkan olehnya cukup memberi kesan yang mendalam dalam hati penduduk kampung disitu. Kata-kata yang penuh dengan maksud tersirat.
Setelah melihat semua orang sudah pulang ke rumah masing-masing, Salmah mengorak langkah menuju ke arah Bunga.
" Kalau betul kau rancang semua benda ni, kau memang manusia bertopengkan syaitan Bunga. Aku menyesal beranakkan kau " Pilu hatinya menuturkan bait-bait kata itu. Matanya berkaca-kaca mengenangkan kejahatan anaknya. Langkah kaki dibuka meninggalkan Bunga keseorangan dibawah rumah kayu itu.
Share this novel