Bab 6

Romance Completed 86682

Angin laut meniup lembut rambut hitam ikal mayangnya itu. Dipejam rapat matanya cuba menghandam akan apa yang telah berlaku pada dirinya. Menjadi seorang isteri dalam sekelip mata, ditambah pula dikurung di dalam pulau yang dia langsung tidak tahu di mana. Kejamkah Darius merangkap suaminya itu? Kenapa dia yang harus diuji dengan sebegini rupa? Satu keluhan kecil dilepaskan.

" Awak ni isteri Encik Darius ea? " Soal seorang gadis memecahkan kesunyian bayu ombak.

Alisya yang mendengar soalan itu hanya mengangguk kecil. Dikerling gadis di hadapannya itu. Cantik, satu perkataan terbit dari bibir munggilnya itu. Memuji kecantikan asli si gadis di hadapannya itu.

" Nama saya Bunga. Saya pekerja Encik Darius. Tak sangka yang Encik Darius terbuka hati untuk menikah " Ungkap Bunga meluahkan rasa kecewa di hatinya. Jujur dia akui, sepanjang dia bekerja dengan Darius, hatinya sudah terpaut dengan bosnya itu. Ingin diluahkan rasa cinta kepada Darius, dia takut, kerana Darius yang dia kenal adalah seorang lelaki yang berhati batu. Tapi, macam mana Darius boleh menikah dengan gadis yang berada di hadapannya itu. Persoalan itu hanya dibiarkan tergantung tanpa ada jawapan.

" Apa maksud awak? Darius berhati batu? " Tanya Alisya dengan kerutan di dahinya. Berasa pelik akan setiap apa yang diungkapkan oleh Bunga sebentar tadi.

" Encik Darius dia seorang yang dingin. Hati dia macam seolah-olah tertutup untuk mana-mana perempuan. Sebab tu saya cakap, yang saya langsung tak sangka yang Encik Darius sudah menikah, dan awak pula isteri dia. " Jawab Bunga. Senyuman manis hambar diberi kepada Alisya.

Belum sempat Alisya ingin bertanya lagi, Bunga terlebih dahulu membuka langkah meninggalkan dia yang terkontang-kanting masih tidak mengerti akan apa yang dibicarakan oleh Bunga sebentar tadi.

"Hmmmm,malaslah aku nak fikir. Lebih baik aku fikir macam mana aku nak larikan diri aku, daripada pulau yang kosong entah apa-apa ni!! " Gerutu Alisya seorang diri. Dia mesti mencari jalan macam mana ingin keluar dari dunia kejam yang diciptakan oleh Darius. Yee betul! Dia mesti! Kalau tak boleh jadi gila dia terperangkap di sini lama-lama!!

*************

"Bunga, sini kejap" Arah Darius kepada pekerjanya itu.

Bunga yang mendengar panggilan daripada bosnya itu mula membuka langkah meluru ke arah Darius.

"Ada apa bos panggil saya? Tu apa pulak?" Tanya Bunga setelah melihat satu bungkusan plastik hitam di tangan Darius.

"Nah, ambiklah. Aku rasa baju dan tudung dalam plastik ni sesuai untuk kau. Ambiklah sebagai hadiah aku kepada kau, sebagai tanda terima kasih daripada majikan kepada pekerjanya." Ungkap Darius mendatar. Kini plastik hitam sudah bertukar tangan. Senyuman hambar dihadiahkan kepada Bunga. Kalau diikutkan hati, sebenarnya baju dan tudung itu dibelikan untuk Alisya,isterinya itu. Entah apa ribut yang melanda hatinya tiba-tiba belikan Alisya pakaian sebegitu. Walhal, dia tahu, Alisya takkan pakai punya baju dan tudung tu. Sebab tu la dia bagi kepada bunga.

"Terima kasih bos, tak sangka bos hadiahkan saya baju dan tudung. Terima kasih bos. Saya," Belum sempat Bunga habiskan kata-katanya Darius meluru pergi meninggalkannya.
"Ahhhh, takpelahh sebagai majikan dan pekerja pun, yang pasti hadiah daripada Darius." Ungkapnya sendiri. Berbunga hatinya apabila Darius ,pemilik hatinya memberi hadiah sebegitu kepadanya. Tersenyum riang raut wajahnya menandakan betapa gembiranya dirinya.

*****************
Alisya menguis-nguis tanah dengan menggunakan ranting ,sambil itu otaknya ligat cuba berfikir macam mana ingin lari dari pulau itu. Perutnya pula tidak henti-henti memberi isyarat lapar.
"Huhh!" Keluhan kecil dilepaskan. Dia sudah tidak tahan. Dia harus mencari Darius, meminta makanan dan memujuk Darius untuk membawanya keluar dari sini.

" Oiii Darius!! " Panggilnya apabila melihat Darius sedang elok termenung, memikirkan apa dia pun malas nak ambil tahu.

Darius yang melihat Alisya menghampiri dirinya hanya memberi pandangan kosong. Tiada sahutan diberi. Mukanya dingin sambil berpeluk tubuh.

" Aku lapar. Aku nak makan, dan aku nak kau bawak aku keluar dari sini. Pulau yang penuh dengan pokok-pokok ni, bukan dunia aku. Aku nak balik! " Ungkap Alisya. Mukanya sehabis comel dia buat, dengan harapan Darius bersimpati, namun hampeh, langsung tiada tindak balas diberikan daripada Darius.

" Darius! D.A.R.I.U.S! " Panggil Alisya dengan nada yang lebih tinggi daripada tadi. Terus dihampiri dirinya berhadapan dengan Darius.
Keluhan kecil dilepaskannya apabila melihat si jejaka di hadapannya masih diam tidak berkutik. Langsung tiada tanda-tanda ingin menjawab panggilannya itu.

Tanpa dia sangka, terus badannya dibawa ke dalam pelukan Darius. Setiap hembusan nafas Darius dapat dirasakannya. Entah kenapa, hatinya tiba-tiba mengalunkan irama kompang. Adakah dia , sudah mula jatuh cinta akan Darius merangkap suaminya itu?

"Darius, kau , kau dah kenapa? Kau dah hilang akal ker? Lepaskan aku lahh!! " Gerutu Alisya apabila pelukan antara dirinya dan Darius semakin erat. Lemas rasanya apabila berkeadaan sebegitu. Bukan apa, wangian perfume Darius yang harum mencanak masuk ke dalam rongga hidungnya , dan ini membuatkan nafsu batinnya goyah. Well, perempuan pun bernafsu oky!

Darius yang mendengar permintaan Alisya itu hanya diam. Dipejamkan matanya, terus ditongkatkan dagunya ke bahu Alisya. Entah kenapa, dia berasa selesa dan lega bila berkeadaan sebegitu dengan Alisya. Terus dieratkan lagi pelukannya itu seolah cuba membuang segala masalah yang dialaminya.

Alisya hanya membiarkan perlakuan Darius itu. Entah dia sudah malas melawan, kalau dia melawan bukannya dia menang,maklumlah Darius lelaki, kudratnya lebih kuat daripada dirinya, ditambah pula badan Darius yang tegak dan sado itu.

Sepuluh minit berkeadaan sebegitu, perlahan-lahan Darius melepaskan pelukannya.

"Alisya" Panggilnya dingin.

"Apa?" jawab Alisya malu-malu. Malu la berpelukan kot. Bukan sekejap , sepuluh minit kot. Diulangi, sepuluh minit weii.

"Kau busuk" ungkap Darius bersahaja.

"What?! Kau cakap aku bau busuk?! Hello kau peluk aku 10 minit dan 10 minit tu bukan sekejap, dan kalau betul aku busuk, hebatlah deria hidung kau, boleh bertahan dengan bau aku yang busuk ni! " Perli Alisya dengan bara di hati. Sesedap rasa dia cakap aku busuk. Sudahlah peluk aku macam tak nak lepas, tetiba cakap aku busuk . Kurang asam punya orang!

"Hidung aku selsema, tersumbat semasa aku peluk kau tadi. Ni dah okay, so dapatlah aku bau badan kau yang busuk tu" Ungkap Darius. Entah betul ke tidak apa yang dikatakan si Darius ini. Jejaka dingin yang berhati batu ni susah nak diteka isi hati dan apa yang difikirnya.

Belum sempat Alisya ingin menjawab , Darius terlebih dahulu membuka langkah pergi meninggalkannya keseorangan. Dari jauh dapat didengar Darius berpesan menyuruhnya membersihkan diri di pondok. Katanya semua kelengkapan mandi dia dah sediakan. Nak tak nak, Alisya hanya mengangguk dan menuruti apa yang diperintahkan oleh Darius.

" Kata busuk, ni tak busuk pun aku bau. Perfume aku yang mahal tu harga RM 400 ringgit yang boleh tahan 48 jam,takkanlah boleh jadi busuk badan aku" Ungkap Alisya seorang diri sambil aksinya lincah mencium baju yang dipakainya ingin memastikan betul ke apa yang diperkatakan Darius itu tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience