Bab 80.

Romance Completed 86682

" Cinta sejati.. takkan pernah terpisah oleh kematian, tapi ia akan berkesinambungan di syurga kelak jika Allah mengkehendaki... Eric Darius Arrayan selamanya cinta akan Tengku Alisya Riana... "

Getaran jantungnya semakin hebat berdetak, kolam air matanya semakin deras merembes membasahi pipinya. Bait-bait ayat yang ditulis oleh suaminya itu dibaca. Draf sms yang dibuat oleh Darius sebelum Darius tidak sedarkan diri dibacanya berulang kali.

Tangannya terketar-ketar, ungkapan si gadis autisme bermain dalam fikirannya. Seakan-akan suara si gadis itu sentiasa berputar menyapa deria pendengarannya.

" Akak, gambar akak dengan suami akak tu bertiga tau. Orang cakap, kalau gambar bertiga, orang yang ada dekat tengah-tengah tu akan mati "

" Tak...tak..TAK !! Suami aku takkan mati !! Darius takkan mati !! Darius sihat, Darius sihat !! DARIUS SIHAT !! " Telinganya ditekup dengan kedua-dua tangannya. Cuba mengusir suara si gadis itu daripada terus menyapa gegendang telinganya.

" Puan Alisya "

Dia menoleh usai mendengar namanya dipanggil. Wajah keruh si doktor ditatapnya dengan rasa debar di jiwa.

" Suami saya macam mana? Suami saya macam mana doktor? Suami saya hidup lagi kan? Suami saya tak mati kan? Suami saya tak sakit kan? Darius sihat kan? Darius sihat kan doktor?! " Soal Alisya bertubi-tubi tanpa langsung memberi ruang untuk si doktor mengungkapkan kata-kata.

" Suami saya macam mana?! Doktor..cakap dengan saya yang suami saya, dia tak sakit apa-apa kan? Suami saya dia cuma jatuh pengsan sebab sakit perut je kan? Doktor? Kenapa diam?! Kenapa diam?! " Teriak Alisya setelah soalannya itu dibiarkan sepi. Kusut sudah raut wajahnya ketika itu, tudung yang dipakainya sudah herot ke tepi, air mata membasahi wajah putihnya. Jelas menunjukkan lara dalam hatinya.

Seorang nurse datang menghampiri Alisya. Diusap lembut bahu dan belakang tubuh Alisya cuba untuk menenangkan Alisya yang sudah meraung duka ketika itu.

Si doktor memandang sayu perilaku Alisya. Lambat-lambat dirinya bersuara.

" Encik Darius masih tidak sedarkan diri dan berdasarkan pemeriksaan saya terhadap suami puan, dan juga berdasarkan tanda-tanda yang ada pada suami puan, saya dapati beliau telah menghidap penyakit barah otak.. "

Ibarat kaca terhempas, hatinya remuk usai mendengar penerangan daripada si doktor. Dia menggigit hujung bibirnya, cuba untuk mencari kekuatan. Barah otak? Penyakit yang boleh membawa maut? Darius hidap penyakit tu? Soalnya di dalam hati.

" Boleh saya tahu, pesakit sebelum ni pernah mendapat apa-apa rawatan sebelum ini? Atau pernah di transferkan ke mana-mana hospital sebelum ni? Saya perlu dapatkan data-data lepas pesakit untuk memudahkan saya membuat rumusan awal berkaitan kondisi pesakit "

" Suami saya pernah dimasukkan ke Hospital Besut Terengganu " Jawab Alisya dengan nada yang lemah. Dia terduduk, hatinya meraung setelah mendapat khabar duka mengenai penyakit suaminya itu. Lirikan matanya sahaja menghantar pergi kelibat si doktor yang sudah berlalu pergi daripada situ. Mungkin ingin menelefon pihak hospital di sebelah sana untuk mendapatkan data mengenai suaminya itu.

" Puan, puan kena banyakkan bersabar. Doa yang paling penting untuk segala masalah yang kita hadapi dan doa adalah keajaiban untuk semua perkara yang kita alami. Puan banyakkan bersabar yer.. " Nurse itu menitipkan kata-kata semangat untuk dirinya. Satu garis senyuman dihadiahkan buat Alisya.

Alisya memandang kosong senyuman itu. Air mata deras berjuraian membasahi pipinya. Terketar-ketar dirinya ketika itu.

" Penyakit ni.. tak boleh bawak maut kan? Suami saya..dia akan sembuh kan? Suami saya..dia takkan mati kan? " Soal Alisya cuba untuk menyedapkan hatinya.

Nurse itu tersenyum tipis. Tiada kata mampu diberikan buat Alisya. Tisu yang berada di dalam poket uniform nursenya itu dihulurkan buat Alisya. Usai itu, terus dia berdiri dan beredar pergi meninggalkan Alisya keseorangan di situ untuk menyambung melakukan tugasnya.

Alisya terdiam. Pelbagai bayangan negative mula menghantui dirinya. Pantas sahaja dia bangkit dan menapak masuk ke dalam bilik wad yang menempatkan suaminya itu. Dari hujung matanya, dapat dilihat Darius masih tidak sedarkan diri. Perlahan-lahan kakinya dibawa menghampiri katil pembaringan Darius.

Matanya kian berkaca-kaca setelah melihat wayar-wayar berselerak di samping suaminya itu. Wajah pucat dan lesu milik Darius ditatap sayu. Usai itu, tangannya dibawa mengusap lembut pipi milik Darius.

" Ma..ma..maafkan saya. Saya tak pernah ambil tahu pasal tahap kesihatan awak. Walaupun dah banyak kali awak selalu pengsan depan mata saya " Tutur Alisya sayu. Dia memejam rapat kedua-dua matanya, cuba untuk mencari kekuatan dalam dirinya. Sungguh dia tidak mampu melihat kondisi Darius ketika itu.

" Awak nak sakit, nak mati sekalipun saya tak hairan la. Awak dengar tak apa yang saya cakap ni? Saya cakap, kalau awak nak SAKIT, NAK MATI SEKALIPUN SAYA TAK HAIRAN LAA !! Kalau awak nak sakit ker nak mati sekali pun, awak sakit la sorang-sorang. Tapi jangan pernah libatkan diri saya "

Ungkapan yang pernah dia tuturkan buat Darius menjengah benak fikirannya. Allahu ! Apa yang aku dah buat? Apa yang aku dah buat Ya Allah? Kenapa aku kejam sangat? Kenapa aku butakan hati aku, pekakkan telinga aku setelah banyak tanda yang diberikan kepada aku? Tanda, suami aku..Darius..yang dia sedang sakit. Monolognya di dalam hati.

Terketar-ketar tangannya menyentuh lembut tangan sasa Darius yang kini sudah dipenuhi dengan wayar-wayar hospital. Diusap tangan itu dengan penuh rasa penyesalan di jiwa. Usai itu, tangan sasa milik Darius dikucup syahdu. Tanpa dia sedari, air mata kesedihan menitik tumpah membasahi tangan sasa milik Darius.

" Maafkan saya..maafkan saya..saya bersalah. Saya ego, saya tak pernah fikirkan pasal awak. Saya ego, saya ego. Saya..saya mintak maaf sangat-sangat. Saya biarkan awak sorang-sorang lawan penyakit ni. Maafkan saya awak..maafkan saya.."

Maaf itu mungkin tak indah, tapi ia akan menjadi indah apabila kita terbuka untuk memaafkan. Hidup ini terlalu singkat untuk sebuah penyesalan. Maafkan dan lupakan setiap luka yang dilakukan olehnya..kerana ia pada akhirnya pasti mendatangkan sinar kebahagian yang terindah buat luka-luka yang pernah tercipta.

" Tolong.. tolong jangan tinggalkan saya. Saya sayangkan awak Darius. Saya tak mampu hidup tanpa awak. Saya tak mampu.. " Pinta Alisya sayu. Hanya doa mampu dia lakukan berharap akan ada keajaiban buat suaminya itu.

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia penjara cinta..maafkan NASH sebb terlalu lama tak upadate bab ii bru..NASH mempunyai komitmen yang perlu dilakukan. Komitemen apa? Hehe rahsia :) Tapi jangan risau, jika NASH ada masa lebih dan free NASH akan up chapter baru tau..Huhu maafkan NASH yerr semuanya..Sayang korang semua tau :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience