Bab 54.

Romance Completed 86698

Kicauan unggas berlagu sesama sendiri. Sang mentari munculkan diri memancarkan sinar. Angin pantai beralun lembut menghadirkan rasa nyaman di hati.

Darius tersenyum melihat wajah lena Alisya. Hilang segala kesakitan dalam dirinya setelah melihat gerangan insan yang dicintainya itu ada disisinya. Lingkaran tangan sasanya yang melingkari pinggang ramping Alisya dikemaskan. Ubun-ubun rambut si isteri dikucupnya dengan rasa cinta dan kasih.

" I love you my wife " Luahan isi hati meniti dibibir.

Alisya yang berasa tidak selesa seolah tidurnya diganggu menggeliat kecil. Bibirnya dicebikkan manja, menunjukkan rasa protes di hati.

Darius yang melihat raut wajah manja Alisya itu tersenyum ceria. Cup! Bibirnya memagut lembut bibir Alisya yang merah bak delima itu.

Alisya yang merasakan seperti ada yang tidak kena, terus membuka mata. Terbeliak besar biji matanya melihat wajah Darius yang begitu dekat dengan dirinya dan bibirnya ketika itu sedang dicium oleh Darius.

" Morning my princess " Ungkap Darius romantik setelah bibir Alisya dilepaskan daripada terus dipagut.

" A..a..wak dah bangun? " Soal Alisya polos. Dirinya masih mamai, maklumlah baru terjaga daripada tidur.

Darius menyepi. Hanya senyuman manis terlakar di wajahnya. Pelukan antara dirinya dan Alisya dilepaskan. Perlahan-lahan tangannya turun menyentuh dada Alisya yang terselak.

Alisya yang melihat perlakuan suaminya hanya diam berkutik. Dapat dirasakan kehangatan tangan sasa Darius menyentuh kulitnya itu.

" Lain kali, kalau nak buka baju, tunggu kita duduk dalam bilik yer. Dekat sini terbuka sayang. Ada pokok-pokok, ada burung-burung yang memerhati. Tutup sikit, biar abang jer yang boleh tengok. Understand my sweetheart? " Lunak suara Darius menutur intipan pesan buat isterinya itu.

Butang baju terakhir Alisya dikacingnya sambil senyuman yang menggoda tidak lengkang di bibir. Mata hazelnya tidak henti merenung ke dalam anak mata Alisya. Renungan yang penuh dengan rasa romantik dan kehangatan cinta.

Alisya menelan air liur. Panahan mata Darius cukup membuatkan jantungnya berdetak laju. Tipu la kalau dia cakap yang dia sudah tidak mencintai suaminya itu. Pipinya berona merah setiap kali kehangatan tangan Darius menyentuh dadanya itu.

" Sa..sa..saya, cuma, emmm cuma, emmm " Suara Alisya tergagap-gagap, ibarat ada satu tembok menghalang suaranya untuk keluar daripada anak tekaknya.

Sekelip mata dirinya terkejut, apabila wajah Darius mula mendekat di wajahnya. Helaan nafas suaminya itu dapat dirasakan. Kini, jatungnya semakin laju berdentak. Dia gugup untuk merenung wajah Darius yang tidak lengkang memberi senyuman menggoda buat dirinya.

" A..a..wak..Saya, emmm, saya.. Emm awak dah sihat? " Tiba-tiba satu pertanyaan meniti keluar di bibirnya.

Darius terbungkam. Entah, soalan yang diajukan buat dirinya cukup membuatkannya berasa down. Senyuman ceria di wajahnya sudah hilang. Raut wajahnya bertukar dingin. Dijauhkan dirinya daripada Alisya. Dia menyandar badannya di bawah pokok.

Alisya terpempam. Rasa terkejut melihat Darius tiba-tiba berubah. Mana senyuman ceria dan panahan menggoda suaminya itu? Kenapa Darius muram? Persoalan demi persoalan timbul dibenak fikirannya.

" Awak.. saya ada buat salah ke? " Soal Alisya polos.

Sepi, tiada jawapan diberikan buat persoalan Alisya itu. Tubir mata Darius bergelinang dengan mutiara jernih, yang bila-bila masa sahaja akan gugur membasahi pipinya. Rasa sedih hadir dalam dirinya, apabila setiap kali mengenang penyakit yang dihidapinya itu.

Alisya menapak ke arah Darius. Luka di kakinya tidak diendahkan.

" Awak.. " Tangan sasa Darius dicapai. Belum sempat dia ingin membuka kata, Darius terlebih dahulu menyembamkan wajahnya di dada Alisya.

Alisya terkejut. Dirinya tergamam, perlahan-lahan tangannya mengusap lembut rambut hitam suaminya itu. Matanya menangkap lebam-lebam di bahu sasa Darius kesan daripada dihempap dahan pokok. Disentuh lembut bahu Darius yang sudah ada kesan luka-luka serta darah yang sudah mengering.

" Awak.. terima kasih. Terima kasih sebab telah selamatkan saya. Terima kasih sebab awak ada disaat saya perlukan awak " Ungkap Alisya. Dia cukup tersentuh dengan tindakan Darius yang sanggup terluka untuk menyelamatkan dirinya.

" Sayang dah maafkan abang? Sayang dah tak marahkan abang? " Aju Darius. Matanya sayu memandang wajah Alisya, berharap isterinya itu sudah memaafkan dirinya.

" Maaf itu tak indah Darius " Ungkap Alisya dingin. Senyuman hambar diberikan kepada Darius.

Belum sempat Darius ingin membuka suara, bunyi enjin bot menyapa gegendang telinganya. Serentak itu dia dan Alisya berpaling.

" Papa " Ungkapan papa terpacul keluar daripada kedua-dua bibir itu. Senyuman gembira terukir diwajah Alisya dan Darius.

*********************

" Mel, hati-hati. Nanti kalau you tersilap langkah, ada jugak yang mandi laut " Seloroh Tengku Shahril apabila melihat Melissa terkial-kial takut untuk turun daripada bot.

Rudy tersengih, rasa lucu mendengar gurauan Tengku Shahril. Melissa mencebikkan bibir. Rasa geram melihat sahabatnya dan Rudy seronok mengusik dirinya itu.

" Your joke is not funny la Shahril !! " Omel Melissa setelah akhirnya dia berjaya mendarat di atas pasir-pasir pantai itu.

" Papa !! "

Serentak itu ketiga-tiga mereka berpaling. Melissa menekup mulut, tidak tahu mahu memberi reaksi terkejut atau reaksi apa, setelah melihat kelibat dua gerangan insan yang dirinduinya itu menapak ke arahnya. Begitu juga dengan Tengku Shahril dan Rudy turut memberi reaksi yang sama.

" Awak, rambut saya " Bisik Alisya perlahan setelah melihat kelibat Rudy yang turut berada di situ. Dirinya kini berada dalam dukungan Darius. Maklumlah kaki dia terluka, jadinya Darius berkeras ingin mendukungnya, walaupun sudah puas dirinya menghalang kerana suaminya itu turut terluka, malahan lebih banyak luka daripada dirinya.

Langkah kaki Darius terhenti daripada terus menapak ke arah tiga gerangan insan yang berada sedikit jauh darinya dan Alisya.

" Rudy !! Kau pejam mata kau sekarang !! Kalau tak aku korek biji mata kau !! " Teriak Darius memberi arahan kepada sahabatnya itu. Aurat isterinya harus dijaga dan hanya dirinya sahaja yang boleh melihat mahkota isterinya itu.

Rudy yang mendengar arahan Darius tersengih sumbing.

" Acah-acah gentleman konon, dengan tak berbajunya kau, lepastu dukung bini pulak, elehh jangan nak jadi macam hang tuah laa !! " Teriak Rudy pula, sengaja mencari pasal, namun matanya tetap dipejam, menghormati permintaan rakannya itu.

Melissa yang mendengar teriakan Darius membuka langkah besar menuju ke arah Darius dan Alisya.

" Pakai ni sayang " Scarf hijau muda dilehernya itu dipakaikan kepada Alisya. Sengaja dia mengenakan scarf dileher sebagai fesyen menggayakan penampilan, dan tidak sangka fesyen yang digayakannya itu memberi manfaat buat Alisya pada hari ini.

" Terima kasih aunt.."

" Bukan aunty, tapi mommy " Senyuman manis dihadiahkan buat Alisya.

Tengku Shahril menghela nafas.

" Nampak gaya, kena buat presentation pulak la aku nanti "

Rudy yang mendengar ungkapan Tengku Shahril tersenyum. Ditepuk lembut bahu Tengku Shahril.

" Get ready uncle. All the best for you " Usik Rudy. Kenyitan mata dihadiahkan buat papa Darius.

Share this novel

ellalovenus
2020-10-25 09:10:13 

keep it update sis...rajin2 hihi... good job


NovelPlus Premium

The best ads free experience