Bab 28.

Romance Completed 86682

Darius membuang pandang melihat deruan ombak biru di hadapannya itu. Angin pantai yang menolak lembut rambutnya yang jatuh di dahi menyerlahkan ketampanan wajahnya.

Alisya yang melihat suaminya itu termenung jauh memikirkan sesuatu mula pergi mengahampiri Darius.

" Awak !! " Sergah Alisya ceria lalu memeluk Darius daripada belakang. Rasa tenang hadir dalam dirinya setelah dapat mendakap suaminya itu.

Darius hanya membatu. Langsung tiada tindak balas setelah isterinya itu memeluknya. Setiap lenggok tubuh badan Alisya mampu dirasainya, namun dia hanya membiarkan. Sepuluh minit berkeadaan sebegitu, terus dia melepaskan pelukan Alisya.

" Alisya " Panggil Darius lembut. Jari-jemari Alisya diraih lalu dikucupnya. Diangkat dagu isterinya itu untuk mendongak melihat lirikan matanya.

" Ye awak " Sahut Alisya manja. Senyuman manis dihadiahkan buat suaminya.

" Awak, kenapa ni? Kenapa muka monyok jer ni? Tengok ni dah tak hensem dah suami saya. Kenapa ni awak? Saya ada buat salah apa-apa ker? " Soal Alisya apabila Darius tidak membalas sahutannya itu malahan Darius hanya merenunginya.

" Kau tak buat salah pun la. Aku cuma terpegun tengok isteri aku yang cantik ni " Ungkap Darius tersenyum manis. Dicubit kedua-dua belah pipi Alisya dengan rasa geram di hati , ye la siapa suruh cute sangat kan?

" Auch ! Sakitlah awak. Pipi saya ni bukan spring tau yang awak boleh tarik ke kanan ke kiri " Ungkap Alisya sambil membuat riak wajah merajuk. Mulutnya dimuncungkan sehabis mungkin memberi isyarat kepada Darius bahawa dirinya sedang berada dalam fasa merajuk.

" Ololololo. Sejak bila kau merajuk mulut kau jadi macam burung bangau ni? Nanti aku cium baru kau tahu " Ujar Darius cuba mengusik isterinya itu. Terus dia membawa Alisya ke dalam pelukannya. Pelukan yang erat diberikan kepada isterinya itu. Entah mengapa setiap saat dia dan Alisya berpeluk, pasti dia akan berasa tenang dan nyaman. Sudah jatuh cintakah dirinya pada isterinya itu?

" Awak yang buat mulut saya jadi macam ni. Kalau awak taknak mulut saya jadi macam burung bangau tu, awak kiss la saya cepat " Ungkap Alisya bersahaja. Pelukan Darius dilepaskan lalu bibirnya dimuncungkan memberi isyarat agar Darius menciumnya.

Darius yang melihat telatah Alisya itu tertawa kecil. Terus dipagut bibir merah isterinya itu dengan lembut manakala Alisya pula membawa tangannya memaut leher jinjang suaminya itu. Lama berkeadaan sebegitu Darius perlahan-lahan melepaskan bibirnya daripada terus memagut bibir Alisya.

" Nanti, bila aku balik KL, kau duduk sini elok-elok yer. Kau jangan nakal-nakal, kalau tak aku rotan kau. Leher kau tu aku gigit-gigit nanti. Jadi vampire aummmm !! " Seloroh Darius sambil membuat aksi lagak seperti puntianak.

Alisya yang melihat kelakuan suaminya itu tertawa kecil. Terus diambil tangan Darius itu, diciumnya lembut.

" Saya tak akan nakal-nakal la awak. Saya akan dengar cakap awak, kan hari tu saya dah janji yang saya takkan tipu awak lagi. Sebab sayakan nak jadi isteri solehah " Ungkap Alisya bernada romantik.

Darius yang mendengar ungkapan isterinya itu tersenyum manis. Lega rasanya apabila Alisya berjanji takkan nakal-nakal lagi. Well selama dia berkampung di pulau ini bersama Alisya, sudah banyak ragam yang Alisya lakukan. Tapi, ragam itulah yang membuatkannya tersenyum sepanjang hari. Aishh dah jatuh cinta ker Darius ni?

****************************

" Mamat !! Suami saya mana? " Soal Alisya bernada cemas apabila langsung tidak melihat kelibat suaminya itu. Kata Darius petang ni dia akan bertolak balik, tapi bila dia sampai jer dekat bot yang dipandu oleh Mamat, kelibat Darius langsung tidak dilihatnya.

" Tu la Cik Alisya. Saya pun dari tadi lagi tau tunggu bos ni, tapi bos tak sampai-sampai. Saya ingatkan bos ada dengan Cik Alisya " Jawab Mamat bernada risau. Matanya juga mencari kelibat bosnya itu seiring dengan nadanya yang bernada cemas.

" Ya Allah, Mamat, macam mana suami saya nak ada dengan saya, kalau daripada tengah hari tadi saya sibuk memasak dengan Bunga " Ungkap Alisya. Matanya dilirikkan melihat bekalan makanan yang berada pada tangannya itu. Bekalan makanan yang dimasak olehnya khas untuk Darius.

" Mamat, jom kita pergi cari Darius. Saya takutlah kalau jadi apa-apa pada suami saya. Awak sendiri tahu kan, yang bos awak tu seorang yang tepati masa. Dia takkan pernah lambat buat sesuatu perkara kalau dia dah janji " Ungkap Alisya lagi.

Rasa risau, cemas, sedih semuanya bercampur aduk di dalam hatinya. Risau dan cemaslah kalau terjadi apa-apa pada suaminya itu, tambahan lagi semalam Darius jugak yang beritahu padanya yang dia sakit kepala sebab mencari dirinya di hutan, dan rasa sedih pun ada disebabkan dia leka memasak, langsung dia tidak ambil tahu pasal Darius yang akan berangkat pulang ke KL hari ni.

Baru dia ingin membuka langkah pergi mencari Darius tiba-tiba,

" Surpirse !! " Sergah Darius bernada gembira. Bunga tahi ayam di tangannya itu dihulurkan buat Alisya.

" Awak !! Apa semua ni?!! Saya mati-mati risaukan awak, lepastu awak datang bawak bunga tahi ayam ni dah kenapa? " Hembur Alisya menahan geram di hati. Punyalah dia risaukan suaminya itu, ehh tiba-tiba datang munculkan diri bawa bunga tahi ayam lagi. Nasib baik, bekal makanan yang dipegangnya itu tidak terjatuh.

Darius yang mendengar hemburan Alisya hanya berlagak selamba. Terus dibawa badan isterinya itu ke dalam pelukannya.

" Aku nak buat surpirse untuk kau je pun. Tak payahlah nak marah aku macam tu. Nanti aku nangis, kau sudi ker nak pujuk aku? " Bidas Darius bernada manja. Mukanya dibuat-buat seperti anak kecil yang sedang menangis.

" Sayakan Tengku Alisya Riana, isteri kepada Eric Darius Arrayan ni. Kalau suami saya yang segak, tampan macam ni nangis, memang saya sudilah nak pujuk " Ungkap Alisya lembut. Dicubit pipi Darius dengan manja.

" Tapi awak, saya takut kalau yang nangis tu adalah saya, bukannya awak " Luah Alisya pula. Tangan Darius dibawa ke dadanya manakala matanya mula memandang sayu pada wajah suaminya itu. Rasa sedih kerana Darius akan pulang ke KL menguruskan kerja-kerja syarikatnya.

" Aku suruh kau ikut aku balik KL kau taknak. Dah jangan sedih-sedih. Ni tengok ni, aku ada bawakkan untuk kau lima kuntum bunga tahi ayam. Special untuk wanita yang bernama Tengku Alisya Riana " Pujuk Darius lembut. Dibawa bunga tahi ayam itu diberikan kepada Alisya.

" Ish awak ni, tak romantik langsung. Bunga tahi ayam awak beri dekat saya? Sepatutnya awak berilah bunga ros ker, bunga mawar ker, bunga yang melambangkan cinta. Bunga tahi ayam ni tak melambangkan apa-apa pun " Ungkap Alisya yang sungguh tidak mampu nak mempercayai bahawa Darius akan menghadiahkannya bunga tahi ayam. Hmm redha je la Alisya kau dapat suami yang tak pandai buat sweet-sweet ni. Gerutunya di dalam hati.

" Ala, kau ni, mana aku nak cari bunga ros, bunga mawar semua tu. Ni pulau, bunga tahi ayam jer yang aku mampu cari untuk kau. Bukan senang tau, jejaka tampan macam aku ni nak bagi bunga dekat perempuan. Kira beruntung la kau sebab kau wanita pertama yang dapat bunga daripada aku " Luah Darius dengan nada riaknya. Keningnya dijongket menyerlahkan riaknya itu.

" Eee perasannya. Kalau bunga buat apa, ni cinta awak tu yang saya nak. Tapi tak dapat cinta, dapat bunga tahi ayam ni pun okylah " Bidas Alisya mencebikkan bibirnya. Dia berharap ini merupakan permulaan untuk Darius mula membuka pintu hatinya untuk menerima dia sebagai ratu di dalam hatinya yang keras macam batu tu.

" Bos, lambat lagi ke nak gerak ni? Semuanya dah siap ni bos " Tanya Mamat setelah lama menunggu bosnya menaiki bot.

Darius yang mendengar soalan daripada anak buahnya itu memberikan isyarat untuk tunggu sebentar.

" Kau jaga diri tau. Kau jangan nakal-nakal. Kalau kau nak apa-apa, kau tanya Bunga sebab dia akan temankan kau duduk sini. Mamat pun akan datang hantar baja kat sini, jadinya pasal kayu-kayu api tak cukup ke apa, kau cakap kat dia jer, nanti dia pergi tolong carikan untuk kau " Pesan Darius serius pada isterinya itu. Dihulurkan tangannya memberi ruang untuk Alisya bersalam dengannya.

Alisya yang melihat huluran tangan daripada Darius yang memberi isyarat untuk menyalaminya itu hanya menuruti. Ciuman hangat dirasakan di ubun-ubunnya menandakan Darius menciumnya.

" Dah, kau tunggu aku balik. Kau jangan nangis-nangis macam ni. Dah tak cantik isteri aku ni " Ungkap Darius lembut sambil tangannya menyeka air mata Alisya yang sudah berjuraian membasahi pipi merahnya itu.

" Awak janji tau, yang awak akan balik sini. Awak janji tau yang awak akan datang sini bawak saya pulang ke KL semula. Awak jaga diri yer " Pesan Alisya pula sambil tangannya dibuat gaya seperti budak-budak sedang berjanji.

Darius yang melihat perlakuan Alisya hanya menuruti, membut aksi yang sama seperti isterinya itu. Digosok lembut ubun-ubun rambut isterinya yang berlapikkan tudung itu sebelum dia membuka langkah bersedia untuk menaiki bot.

" Eric Darius Arrayan !!! Saya Tengku Alisya Riana cintakan awak !! Saya akan tunggu awak balik sini !!! Saya sayang awak !!! " Teriak Alisya setelah bot yang dinaiki Darius sudah bergerak menjauh darinya. Dilambai tangannya kepada suaminya itu.

Darius yang mendengar teriakan Alisya tersenyum gembira. Dah macam budak-budak isterinya itu. Tangannya juga dibuat aksi melambai-lambai pada isterinya itu.

Setelah melihat kelibat Darius menghilang dari pandangan matanya, alangkah terkejutnya dia apabila bekal yang ingin diberikan pada Darius tidak dihulurkan pada suaminya. Keluhan kecil dilepaskan. Rasa sebal pula kerana dia telah terlupa.

" Ish, bekal aku tak ingat nak bagi dekat suami aku. Hmmm sedihnya, tapi takpelah, nanti dia balik sini aku masak lagi untuk dia " Desusnya sendiri cuba memujuk hati yang berasa sebal dan kesal kerana dia boleh terlupa pula nak bagi bekal kepada suaminya itu. Aishh jenuh tau dia berperang di dapur mini yang tak cukup lengkap kelengkapan semata-mata ingin memasak untuk suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience