Bab 45.

Romance Completed 86682

Pelita api dihidupkan cuba untuk memberikan rasa hangat menyenggah di tubuhnya dan juga tubuh Alisya yang sudah basah kuyup itu.

Tangannya mengoles lembut pipi Alisya yang sedang enak membuai mimpi . Satu senyuman kecil terbit daripada bibirnya melihat Alisya mengerutkan dahinya, seolah-olah tidak berasa selesa dengan sentuhan Darius.

" Abang sayangkan Alisya " Ungkap Darius bernada romantik. Digenggam erat jari-jemari Alisya meluahkan lagi rasa rindu, cinta dan kasih buat isterinya itu.

" Sejuk..Sejuk.." Bibir pucat Alisya menggigil kesejukan.

Darius yang mendengar ungkapan isterinya itu mula berfikir sesuatu. Tindakan apa yang harus dilakukan untuk memberi kehangatan pada badan Alisya. Terus matanya terpandang baju yang dipakai oleh Alisya sudah basah kuyup, kesan daripada hujan lebat sebentar tadi.

" Kalau aku buat semua ni, nanti apa reaksi Alisya ea? Dia marahkan aku ker? Tapi kalau aku tak buat semua ni, nanti dia demam sebab kesejukan " Gumam Darius sendiri. Berkira-kira mahu menukarkan baju Alisya yang sudah basah kuyup itu atau tak.

Lama dirinya berfikir, satu keluhan dilepaskan. Berbekalkan doa di hati, dia berharap dia mampu untuk mengawal nafsu batinnya itu.

Perlahan-lahan tangannya mula menyentuh butang-butang baju yang dipakai oleh Alisya. Baru dua butang baju ditanggalkannya, jantungnya sudah berdegup kencang melihat lurah dada Alisya yang terselak.

" Fuuuhh, cool Darius, you can do it !! " Kata-kata semangat dititipkan buat dirinya. Matanya dipejamkan cuba untuk tidak melihat keindahan tuhan yang satu.

Glupp !! Air liur ditelan, apabila dirasakan tangannya telah menyentuh dada milik Alisya. Bulu roma sudah menegak, nafsu lelakinya hadir membisikkan padanya untuk melakukan nafkah batin buat Alisya. Digelengkan kepalanya cuba menghilangkan rasa itu.
Lama dirinya berperang menukarkan baju Alisya, kini dirinya sudah dapat menarik nafas lega. Peluh di dahinya kesan daripada aksi berperang dengan nafsunya itu dikesat lembut. Entah apa yang dimimpikan oleh isterinya itu, tiba-tiba sahaja tubuh sasanya dipeluk kemas.

" Tidurlah, ooo baby tidurlahh " Nyanyi Alisya lagak seperti mendodoikan seorang bayi. Tangannya pula menepuk punggung Darius berkali-kali.

Darius yang mendengar nyanyian Alisya tersenyum kecil. Pelukan Alisya dibalasnya. Rasa rindu yang menggunung di hatinya akhirnya dapat dilepaskan.

******************************

Alisya yang masih mamai menguap kecil. Rambutnya yang jatuh di dahi diselak. Baru dia berkira-kira ingin bangkit daripada posisi tidurnya, terus matanya terbeliak luas apabila melihat ada lingkaran melilit di pinggang rampingnya itu.

" Arghhhhhhh !! " Teriak Alisya.

Darius yang terjaga kesan jeritan Alisya memisat kedua-dua belah biji matanya.

" Kenapa ni? Sayang okay tak ni? " Soal Darius cemas. Risau sekiranya ada apa-apa yang berlaku terhadap isterinya itu.

Alisya terbungkam. Matanya dipejam rapat, berharap ini semua mimpi. Dicubit pipi kanannya itu mahu menduga ini realiti atau mimpi.

" Auchhh !! " Adu Alisya kesan daripada cubitannya itu.

" Rasa sakit, maknanya aku tak bermimpi. Darius betul-betul balik sini. Dia betul-betul balik sini " Desus Alisya. Sungguh dia langsung tidak menyangka insan yang sudah lama hilangkan diri itu tiba-tiba sudah munculkan diri dihadapannya.

Belum sempat Alisya ingin membuka kata, tiba-tiba sahaja Darius mencium bibirnya. Tidak cukup dari itu, badannya telah dibawa ke dalam pelukan hangat Darius.

" Abang rindukan Alisya. Abang rindu sangat-sangat dekat isteri abang ni " Ubun-ubun rambut Alisya diciumnya.

" Sayang? Pergi mati la dengan ungkapan sayang awak tu Darius " Ungkap Alisya sinis. Pelukan Darius dengan dirinya dilepas kasar. Tidak betah berlama di situ, langkah kakinya dibuka ingin pergi menjauh daripada Darius. Sakit hatinya setiap kali melihat wajah suaminya itu.

Darius terpanar, Alisya sudah berubah. Apakah Alisya sudah tidak mencintai dirinya? Terus dibuka langkah kakinya mengekori Alisya yang sedang menuju ke arah pesisir pantai.

" Sayang dah tak sayangkan abang? Sayang dah tak cintakan abang? " Soal Darius.

" Awak janji dengan saya yang awak akan datang dekat sini ambik saya. Tiap-tiap hari saya tunggu awak macam orang gila dengan harapan awak akan balik. Saya pegang janji awak Darius. Saya pegang, sebab apa? Sebab saya cintakan awak, dan saya percayakan awak, yang awak akan tunaikan janji awak. Tapi apa?! Tapi apa?! Mana awak Darius?!! Mana?!! " Hembur Alisya.

" Cinta dan kasih saya untuk orang yang bernama Eric Darius Arrayan dah lama mati. DAH LAMA MATI !! Sekarang ni awak ceraikan saya !! CERAIKAN SAYA ERIC DARIUS ARRAYAN !! " Matanya tajam menikam raut wajah Darius. Raut wajah yang sangat dibencinya.

Alisya sengaja enggan mengikut papanya pulang ke KL, kerana dia ingin Darius sendiri yang menamatkan semua ini. Menamatkan penyeksaan yang begitu kejam untuknya, dan hari itu telah tiba. Talak harus dia pinta daripada suaminya yang dayus itu !!

" Abang mintak maaf. Abang tahu abang dah buat sayang kecewa. Sayang nak marah dekat abang, abang terima. Tapi tolong, jangan pernah sebut permintaan cerai tu " Jari jemari Alisya diraihnya cuba untuk memujuk. Sungguh dia tidak mampu untuk melafazkan talak buat Alisya. Dia tidak mampu !!

" Abang? Sayang? Bukan dulu awak jugak ke yang cakap, yang awak tu bukan abang saya. Boleh pulak ea awak dengan selamba gelarkan diri awak tu abang " Ungkap Alisya melemparkan paku buah keras buat suaminya.

Belum sempat Darius ingin membidas ungkapan Alisya, kepalanya tiba-tiba berasa pening. Dia tiba-tiba hilang daya untuk berdiri.

" Kenapa? Sakit? Sakit dah nak mati ker?! " Perlian sinis diberikan kepada Darius yang sudah terduduk di atas pasir pantai. Dibuka langkah kakinya pergi menjauh daripada Darius.

" Alisya, Alisya, sa...kit, a..bang sa..sa..kit " Ungkap Darius terketar-ketar. Penyakitnya datang menjengah kepalanya mungkin disebabkan semalam dia terlupa untuk makan ubat kerana terlalu risaukan isterinya itu.

" Awak nak sakit, nak mati sekalipun saya tak hairan la. Awak dengar tak apa yang saya cakap ni? Saya cakap, kalau awak nak SAKIT, NAK MATI SEKALIPUN SAYA TAK HAIRAN LAA !! " Hembur Alisya sinis.

Setelah lama Darius mendiamkan diri. Dirasakan seperti ada yang tidak kena, terus dia berpaling melihat ke arah Darius.

" DARIUS !! " Langkah kaki dibuka meluru ke arah suaminya yang sudah tidak sedarkan diri itu. Mutiara jernih mula membasahi pipinya. Tipulah kalau dia cakap dia dah tak cinta terhadap Darius. Tapi apakan daya, Darius kejam, hati dia terluka dengan penantian yang menyeksakan yang diciptakan oleh Darius.

" Cakap dah tak sayang, tapi menangis untuk abang. Ni bukan tanda sayang ker? " Aju Darius tiba-tiba. Diseka air mata yang membasahi pipi isterinya itu.

Alisya yang merasakan dirinya ditipu terus menggigit tangan sasa Darius.

" Auchh !! Sakitlah sayang. Kalau nak gigit pun, bukan kat sini, tapi kat sini, tak pun kat sini, emm yang kat sini la lagi best " Usik Darius. Jarinya tidak henti bergerak menunjuk ke arah dadanya, lepastu beralih pulak ke arah lehernya, lepastu beralih pulak ke arah bibirnya yang sudah tersengih miang itu.

Alisya yang mendengar ungkapan selamba badak suaminya membeliakkan kedua biji matanya. Rasa geram pulak melihat senyuman miang Darius yang dah macam ulat bulu tu.

" Gatal !! " Ungkap Alisya. Baru sahaja dia ingin berdiri beredar dari situ, tiba-tiba sahaja pergelangan tangannya ditarik lembut oleh Darius. Terus dia terbaring menindih tubuh badan Darius yang sasa itu.

" So macam mana? Sedapkan pegang dada abang yang berketol, berotot, dan sasa ni? " Bisik Darius tersenyum nakal.

Alisya yang tidak mengerti dengan ungkapan Darius mengerutkan dahinya. Dada abang? Gulp air liur ditelan, terus matanya dibawa ke bawah melihat ke mana arah tangannya sedang berada.

" Saya, sa..ya, saya tak berniat nak sentuh awak punya dada laa " Pipi Alisya sudah berona merah. Rasa malu mula hadir dalam dirinya. Baru dia ingin beralih ingin bangkit daripada pertindihan tubuh yang mengasyikkan itu, terus Darius mengemaskan lagi lingkaran tangan sasanya di pinggang ramping Alisya.

" Lepaskan saya, lepaskan saya la !! " Alisya cuba menumbuk dada bidang Darius itu, namun langsung tidak berhasil.

" Dua puluh minit please " Bisik Darius bernada romantik. Terus dikemaskan lagi pelukannya itu.

Alisya yang sudah berada di dalam dakapan Darius mengeluh kecil. Nak tak nak, dia terpaksa mengalah. Kudratnya tiada untuk terus bergaduh dengan Darius. Dapat dirasakan degupan jantungnya dan Darius saling berdendang memainkan irama kompang. Entah, cintakan Darius? Hati dia dah lama mati la untuk suaminya itu !!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience