Bab 64.

Romance Completed 86682

Tengku Shahril, Melissa dan Rudy memerhati setiap pergerakan doktor yang sedang memeriksa Darius. Masing-masing berasa berdebar, tidak tahu apakah berita yang bakal disampaikan oleh doktor lelaki dihadapan mereka sebentar nanti.

Helaan nafas dihembus. Kekuatan dicari untuk membuka kata menceritakan kondisi pesakit yang dirawatnya itu. Matanya redup memandang ke arah ahli keluarga pesakit. Sampul berwarna coklat yang berada ditangan nurse sudah bertukar tangan. Kini sampul itu dibuka dihadapan tiga gerangan insan yang berwajah sugul.

" Berdasarkan imbasan CT-scan yang telah dilakukan terhadap Encik Darius, saya dapati beliau telah menghidap penyakit barah otak " Jelasnya. Matanya melihat ke arah si ibu yang sudah menangis teresak usai mendengar penjelasannnya itu.

" Beliau juga disahkan memiliki tumor kira-kira satu milimeter (mm) iaitu sebesar syiling 20 sen yang perlu dibuang segera. Ketumbuhan berada pada 'brain stem', yang berperanan mengawal fungsi asas penting termasuk pernafasan, denyutan jantung dan tekanan darah " Jelasnya lagi sambil menunjukkan hasil imbasan CT-Scan kepada keluarga pesakit dan kini si ibu sudah terduduk meraung tidak mampu untuk mempercayai ungkapannya itu.

" Boleh saya tahu, sebelum ni pesakit pernah menerima apa-apa rawatan ker? " Soalnya pula. Matanya tertumpu ke arah Tengku Shahril yang daripada tadi hanya menyepi, usai itu matanya dilirikkan pula melihat ke arah Rudy yang turut membatukan diri.

" Saya pernah dapatkan rawatan. Rawatan Radioterapi Moden Intensiti (IMRT) " Celah satu suara menjawab pertanyaan si doktor.

Serentak itu kesemua mereka berpaling ke arah Darius yang sudah sedarkan diri. Melissa yang terduduk di atas lantai terus berdiri dan meluru ke arah anaknya.

" Apa maksud boy ni? Mommy tak faham " Soal Melissa inginkan penjelasan.

" Rawatan tu tak mampu nak ubati penyakit saya ke doktor? " Aju Darius membiarkan pertanyaan Melissa tergantung.

Doktor lelaki itu menghela nafas panjang. Senyuman manis dan ceria diberikan kepada Darius bagi menenangkan hati pesakitnya.

" IMRT dapat memberi rawatan barah otak dengan dos yang tinggi dan tepat sekali gus mengurangkan kesan sampingan. Tapi, untuk menyembuhkan, ianya bergantung pada saiz tumor dan tahap kesihatan pesakit "

" Jadinya doktor nak cakap yang penyakit saya ni tak mampu nak disembuhkan? Macam tu ker doktor? Saya akan mati ke doktor? Saya akan mati ker?! " Soal Darius bertubi-tubi.

Melissa memeluk kemas anaknya itu cuba untuk menenangkan. Rudy terdiam, matanya berkaca-kaca setiap kali mendengar ungkapan si doktor mengenai perihal kesihatan sahabatnya. Tengku Shahril menyepi. Kelu lidahnya untuk membuka kata.

********************************

Bunga dan Alisya saling berbalas pandang. Situasi janggal wujud antara mereka. Mungkin kerana sudah lama tidak bertemu.

Alisya berdeham kecil, cuba untuk membuka perbualan. Sudah tiba masa untuk dirinya bertanya dengan lebih lanjut perihal pemecatan Bunga dan Mamat. Isu itulah yang ingin dibincangkan olehnya.

" Bunga.. " Panggil Alisya.

Bunga terdiam. Rasa berdebar wujud dalam dirinya. Seperti sudah dapat meneka isu apa yang ingin dibincangkan oleh Alisya, terus dia memeluk Alisya erat. Esakan kuat keluar daripada mulutnya.

" Bunga, kenapa ni? " Soal Alisya prihatin. Pelukan antara dirinya dan Bunga dilepaskan. Pipi Bunga yang sudah lecun dengan air mata itu diseka lembut.

" Bunga, kenapa ni? Kenapa Bunga nangis ni? Saya ada buat salah ker Bunga? " Aju Alisya prihatin setelah Bunga hanya mendiamkan diri. Ditatap sayu wajah Bunga yang sugul itu.

" Mak Bunga..Mak Bunga dah takda "

Alisya terdiam usai mendengar jawapan daripada Bunga. Terus dia mendakap erat tubuh Bunga.

" Mak Bunga meninggal sebab kena serangan jantung. Mak Bunga meninggal sebab terkejut bila Bunga cakap dekat mak Bunga yang bos pecat Bunga " Esakan kuat terbit daripada bibirnya. Air mata palsu membasahi pipi. Dia sanggup menipu perihal kematian emaknya itu, asalkan kejahatannya tidak terbongkar.

Alisya termanggu. Tiada kata-kata mampu dilontarkan kepada Bunga. Dirinya berasa bersalah setelah mendengar bait-bait kata daripada Bunga bahawa emaknya meninggal disebabkan terkejut kerana Darius memecat Bunga. Apa ni? Kesian Bunga. Desusnya di dalam hati.

" Disebabkan bos nak dera Cik Alisya, habis mak Bunga yang tak bersalah terlibat sama dalam rancangan jahat bos tu. Kalau yer pun bos nak dera Cik Alisya, janganlah sampai pecat Bunga. Bunga takda duit, lepastu arwah mak Bunga sakit, tapi Bunga tak mampu nak belikan ubat apatah lagi nak bawak mak Bunga pergi klinik ke apa. Sampai hati bos buat macam ni dekat Bunga. Bunga dah takda siapa-siapa. Bos kejam !! Kejam sangat-sangat !! " Esak Bunga dengan lakonannya kalah drama sinetron. Air mata palsunya itu deras gugur membasahi pipinya, cuba meraih simpati daripada Alisya, atau lebih tepat cuba untuk memburukkan Darius dan menambahkan lagi rasa benci Alisya terhadap Darius.

Alisya terdiam. Kelu lidahnya untuk bersuara. Ibarat ada tembok menghalangnya untuk mengeluarkan kata-kata.

" Bos kejam. Bos sangat-sangat kejam Cik Alisya. Kalau bos tak pecat Bunga, mesti mak Bunga tak mati. Mesti mak Bunga hidup lagi. Sampai hati bos " Raung Bunga berpura-pura. Melihat Alisya hanya mendiamkan diri, senyuman syaitan terpacul diwajahnya.

" Ikut saya Bunga. Saya akan tuntut keadilan untuk awak " Ungkap Alisya tegas setelah lama dirinya mendiamkan diri. Rasa marah meluap-luap dalam dirinya. Pergelangan tangan Bunga dipegang kemas, agar menuruti langkah kakinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience