Angin pantai meniup lembut tudung yang tersarung di kepalanya itu. Dia tersenyum manis. Sandwich yang berada di dalam tupperware itu diambil menggunakan penyepit. Empat biji pinggan dicapainya untuk meletakkan sandwich-sandwich. Setelah itu, air tea dan jus oren dituangnya ke dalam cawan dan gelas.
Matanya dilirikkan melihat ke arah persisir pantai. Terlihat dua orang kanak-kanak sedang leka bermain membina istana pasir.
" Danial...Alisa. Meh makan. Sandwich dah ada atas pinggan ni haaaa " Panggilnya berharap dua orang kanak-kanak itu akan datang ke arahnya.
" Seronok sangat mereka berdua tu bermain yer " Sapa satu suara. Bibirnya mengukir senyuman manis. Lalu dia melabuhkan punggung duduk di atas tikar yang terhampar itu.
" Nak buat macam mana, cucu-cucu kita sedang membesar. Kita yang dah tua ni, kena ikutkan je la " Melissa mengukir senyum melihat ke arah Tengku Shahril. Pinggan yang berisi sandwich itu dihulurkan kepada sahabatnya.
" Semoga, kita diberi umur yang panjang untuk melihat cucu-cucu kita membesar dan diberi umur yang panjang untuk menjaga amanah daripada anak-anak kita " Ungkap Tengku Shahril. Mendatar sahaja suaranya pada ketika itu. Pinggan yang dihulurkan oleh Melissa disambutnya.
" In Sya Allah. Kita kena selalu berdoa pada Allah. Doa kan senjata untuk diri kita "
Tengku Shahril tersenyum setelah mendengar bait-bait kata daripada Melissa. Wajah Melissa dipandangnya. Alhamdulillah, sahabatnya itu sudah memeluk agama Islam.
" Granny..atuk. Tengok abang Danial ni, dia robohkan istana pasir Alisa " Adu Alisa. Salah seorang anak kembar daripada Alisya dan Darius.
" Abang Danial robohkan sebab istana tu besar sangat. Adik, kita dekat dunia ni tak boleh sangat nak nampak mewah ke apa. Bersederhana dah cukup untuk survive " Tutur Danial dengan panjang lebarnya.
Alisa mencebikkan bibirnya. Tidak berkenan dengan ungkapan daripada abang kembarnya itu. Dia duduk bersimpuh di sebelah Melissa. Lambat-lambat dia bersuara.
" Kenapa atuk dengan granny selalu bawak kita bercuti dekat pulau ni? Kenapa tak bawak pergi Disneyland ker, pergi dekat luar negara ker. Kat sini bosan la. Takda apa-apa "
" Aipp ! Siapa cakap kat sini takda apa-apa? Dekat sini ada ketenangan, ada kebahagian. Cuba adik tengok pokok-pokok dalam hutan tu. Dekat Disneyland takda tau semua pokok-pokok tu " Bidas Danial. Langsung dia tidak bersetuju dengan ungkapan adik kembarnya itu.
Alisa mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti. Danial yang melihat kerutan di dahi Alisa pantas sahaja menarik tangan adiknya untuk memberi ceramah perihal apa yang diperkatakannya itu. Dia membawa adiknya pergi bersiar-siar meneroka pulau Rawa.
Melissa dan Tengku Shahril tersenyum melihat telatah cucu-cucu mereka. Tidak ubah sikap kedua-duanya, sebijik dan persis seperti mommy dan daddy mereka.
" Boy pasti bangga dengan you Mell. Boy pasti gembira dengan penghijrahan you " Ungkap Tengku Shahril. Matanya dilirikkan melihat ke arah Melissa yang kini sudah bertudung.
" I tahu Shahril. Tapi, bukan boy jer yang berbangga dengan I. Pasti Alisya pun akan turut berbangga dengan penghijrahan I " Balas Melissa tersenyum ceria.
Tengku Shahril dan Melissa merenung laut biru dihadapan mereka. Setitis demi setitis air mata kebahagian mengalir keluar membasahi pipi tua milik mereka.
" Pasti anak-anak kita akan bahagia dekat sana. Pasti mereka selalu nampak kita dekat sini kan? " Soal Melissa sayu.
" In Sya Allah. Kita berdoa jer untuk mereka " Ungkap Tengku Shahril membalas pertanyaan daripada sahabatnya itu.
" Cinta sejati takkan pernah terpisah oleh kematian, tapi..ia akan berkesinambungan di syurga kelak jika Tuhan mengkehendaki " Tutur kedua-duanya. Mereka saling berpandangan. Usai itu, mereka saling menguntum senyuman manis.
Tujuh tahun yang lalu, mereka kehilangan Eric Darius Arrayan. Meskipun pembedahan itu berjaya, takdir Allah tiada siapa yang tahu. Setelah itu, mereka kehilangan Tengku Alisya Riana. Alisya pergi kerana komplikasi semasa bersalin. Mungkin itulah suratan takdir buat mereka. Takdir yang terindah. Selamat tinggal Darius dan Alisya. Berbahagia la kedua-duanya di sana.
**************************
Kalsom menutup wajahnya menggunakan payung ditangannya itu. Sebal hatinya memikirkan dia mesti sentiasa bersembunyi jikalau ingin melalui jalan yang berhadapan dengan rumah Salmah. Matanya diliarkan, berharap susuk tubuh yang selalu mengganggunya itu tiada. Baru ingin melafaz rasa lega di hati, tiba-tiba sahaja dia merasakan kakinya dipaut oleh seseorang.
" BUNGA !! Ish..lepaslah !! Aku bukan mak kau la !! AKU BUKAN EMAK KAU !! Mak kau dah lama mati la !! " Teriak Kalsom. Payung yang ada ditangannya itu digunakan untuk memukul tubuh Bunga, berharap Bunga akan berhenti daripada memaut kakinya itu.
" Bunga..Bunga mintak maaf mak. Bunga mintak maaf. Bunga dah balik..ni tengok ni, Bunga dah balik la mak " Senyuman diberikan kepada Kalsom menampakkan barisan giginya yang dahulu putih kini sudah kekuningan. Rambutnya yang sudah panjang berkusut itu cukup memberitahu bahawa dia sudah lama tidak membersihkan diri.
" Eh orang gila !! Aku bukan mak kau la !! Dasar gila !! " Pantas sahaja payungnya dilibaskan ke arah Bunga. Setelah merasakan kakinya sudah tidak lagi dipaut oleh Bunga, terus dia membuka langkah seribu pergi berlari meninggalkan Bunga yang sudah menjadi gila itu.
" Bunga mintak maaf mak. Bunga dah balik. Jangan la tinggalkan Bunga !! " Teriak Bunga seolah-olah dia melihat Mak Cik Kalsom itu adalah emaknya.
Mamat yang melihat adegan itu hanya menyepi. Entah, dia sudah buntu macam mana lagi ingin mengubati Bunga. Semenjak Mak Cik Salmah pergi, Bunga seakan-akan meroyan atau lebih tepat telah menjadi gila. Banyak kali sudah Bunga dimasukkan ke dalam tanjung rambutan, tapi ia tetap tidak mampu untuk mengubati penyakit gila yang dihidapi oleh Bunga.
" Mamat, jom aa. Aku nak pergi pulau ni " Rudy menepuk lembut bahu milik Mamat. Dia ingin mengikut serta percutian Tengku Shahril dan Melissa.
Mamat tersenyum tipis. Dia membuka langkah ingin menuju ke jeti. Ingin memandu bot untuk membawa Rudy ke pulau.
Rudy mengekori langkah Mamat sambil tangannya tidak henti bermain dengan cincin pertunangannya. Akhirnya, aku akan menikah jugak. Yahooooo !
TAMAT.
Share this novel