Alisya memandang hiba suasana persekitaran pulau itu. Pulau yang begitu banyak menyimpan kenangan dan memorinya bersama Darius. Di pulau inilah dia mula mengenal erti Islam yang sebenar, dan di pulau ini jugaklah dia mengenal erti perasaan cinta, cinta terhadap suaminya iaitu Eric Darius Arrayan.
Ditatap sayu pondok yang dijadikannya sebagai tempat berteduh ketika hujan datang menyapa, pondok yang dijadikannya sebagai tempat untuk dia membuai lena. Dilirikkan pula matanya melihat pelita api yang elok tergantung. Memori ketika dia bertekak mulut dengan Darius menjengah di ruang mindanya. Senyuman kecil terbit saat dia mengenangkan memori itu.
" Ya Allah, begitu sukar untuk hatiku meninggalkan pulau ini. Begitu banyak kenangan manis aku bersama dengan suamiku " Rintih Alisya sayu. Mutiara jernih perlahan-lahan menuruni membasahi pipinya itu.
Alisya menoleh setelah merasakan jari-jemari Darius menyeka lembut air mata dipipinya.
Darius tersenyum. Usai menyeka air mata isterinya itu, terus dia membawa Alisya ke dalam pelukannya.
" Dah, jangan sedih. Buruk muka isteri abang bila menangis macam ni, dah macam muka penguin " Usik Darius cuba untuk menggembirakan hati Alisya.
Alisya mencebikkan bibir. Pelukan Darius dilepaskan. Matanya menatap ke arah anak mata hazel milik suaminya itu.
" Awak, lain kali kita datang sini balik yer " Pinta Alisya.
Darius menyepi hanya senyuman terlakar diwajahnya. Perlahan-lahan dia menganggukkan kepala, lalu membawa Alisya ke dalam pelukannya semula. Dicium syahdu ubun-ubun isterinya itu.
Rudy yang melihat adegan romantik pasangan suami isteri dihadapannya itu membuat aksi lagak seperti mahu muntah, maklumlah dirinya kan single availabe.
" Dah la tu Darius oii. Bot dah nak bertolak ni. Semua orang duk menunggu kau dengan Alisya bila nak bersiap, lepastu, ehh tengok-tengok kau berdua duduk beromen kat sini. Kalau yer pun dah tak tahan, tunggu sampai dalam bilik lerr, kat sini ramai yang memerhati. Jaga sikit hati orang single macam aku ni " Rajuk Rudy membuat gaya seperti drama sinetron.
Alisya mengetap bibir, pipinya berona merah mendengar usikan Rudy itu. Darius pula hanya berlagak bersahaja.
"Jom, sayang " Huluran tangan diberikan kepada Alisya. Lama dirinya melihat isterinya itu merenung ke arah tangan sasanya itu, terus tangannya meraih jari-jemari Alisya.
Alisya terkejut, namun tiada tanda protes ingin diberikan buat Darius.
Sekali lagi Rudy membuat gaya ingin muntah, usai melihat adegan Darius yang konon romantik itu.
" Sabar je la Rudy oi, ni la ujian buat orang single macam kau " Desusnya di dalam hati.
Tengku Shahril dan Melissa tersenyum setelah melihat kelibat Darius dan Alisya berpimpin tangan menapak ke arah mereka.
" Kalau macam ni, mommy rasa macam bunga-bunga cinta dah nak berkembang semula ni " Usik Melissa.
" Tiada lagi la bunga-bunga cinta yang layu dipusara " Tengku Shahril pula mengusik.
Darius tersenyum senget, rasa gembira pula bila diusik sebegitu oleh mommynya dan papa.
" Sayang, abang rasa macam betul-betul dah tak sabar nak balik rumah ni. Abang tak sabar nak masuk bilik " Bisik Darius nakal dicuping telinga Alisya cuba untuk menyakat isterinya itu.
Alisya membeliakkan biji matanya usai mendengar ungkapan suaminya yang gatal tu. Terus dia mencubit halus perut Darius.
" Gatal !! " Gumam Alisya. Dijelingkan matanya kepada Darius.
Darius mencebik manja bibirnya, cuba untuk mengadu rasa sakit akibat cubitan daripada isterinya itu. Belum sempat dia ingin bersuara, terlebih dahulu Alisya mencelah.
" Awak jangan nak menggatal ea. Jangan ingat bila saya beri peluang dekat awak untuk peluk saya, tarik hidung saya, pegang tangan saya, itu tak menunjukkan yang saya dah maafkan awak. Kita balik KL nanti kita ikut persetujuan kita, yang saya akan balik rumah papa, saya tak nak balik rumah awak " Bisik Alisya perlahan takut didengari oleh papa dan mommy. Walaupun dalam keadaan berbisik, nadanya tetap berbaur tegas disaat melontarkan ungkapan itu. Syarat yang dipersetujui antara dirinya dan Darius sebelum dia bersetuju untuk pulang ke KL diingatkan kembali kepada suaminya.
Darius menyengeh, langsung tidak terkesan dengan ketegasan nada isterinya. Malahan pinggang ramping Alisya dirangkulnya hingga Alisya betul-betul melekat disisinya.
" Jom sayang, kita gerak naik atas bot " Kenyitan mata dihadiahkan buat Alisya.
Alisya yang sudah menepek macam gam gajah disisi suaminya mengkacip gigi. Cuba untuk bersabar dengan tindakan Darius yang enak mengenakannya itu.
Tengku Shahril dan Melissa yang melihat adegan bersemut anak-anak mereka tertawa kecil.
" Ada perubahan yang baik " Serentak kedua-duanya mengungkapkan kata.
" Haaa, kamu Rudy dah kenapa? Cemberut jer muka kamu ni " Soal Tengku Shahril setelah melihat wajah Rudy masam mencuka.
" Uncle, Rudy pun nak kahwin jugak "
Serentak itu Tengku Shahril dan Melissa ketawa besar. Terasa lucu di hati melihat Rudy yang cemburu kerana dirinya masih lagi single.
********************************
Pintu bilik emaknya dikuak kasar. Matanya ligat mencari kelibat emaknya itu. Setelah puas melihat tiada bayangan emaknya disitu, terus dia membuka langkah menuruni anak tangga menuju ke dapur. Namun hampa, apabila kelibat emaknya itu tetap juga tidak kelihatan.
" Kau pergi mana a orang tua? Asal kau tiba-tiba menghilang ni " Omel Bunga menahan marah di hati. Kakinya dihentak kuat cuba melemparkan rasa geram terhadap emaknya itu.
" Kau siaplah orang tua, kau tak kenal lagi siapa Bunga yang sebenar !! Kau belum nampak lagi kejahatan dalam diri anak kau ni !! Arghhhhhhhh!! " Pinggan mangkuk dibaling ke lantai meluahkan rasa geram dan marah yang betul-betul sudah mengusai dirinya itu.
Salam Maulidur Rasul semua :) selamat membaca :)
Share this novel