Bab 60.

Romance Completed 86682

Rudy terbungkam. Dirinya mati kata-kata setelah melihat sahabatnya itu rebah tidak sedarkan diri. Deringan iphonenya yang nyaring berbunyi dibiarkan. Dadanya berdegup kencang melihat wajah Darius yang pucat rebah tidak sedarkan diri itu. Perlahan-lahan dia menapak ke arah Darius.

" Wei, kalau kau nak bergurau dengan aku, ni bukan masanya bro. Sumpah kau punya gurauan langsung tak kelakar. Wei Darius !! Darius !! " Bahu Darius digoncang kasar cuba menyedarkan sahabatnya daripada terus pengsan. Sepi, tiada reaksi diberikan daripada Darius.

Manusia-manusia yang lalu-lalang disitu turut menapak ke arah dirinya dan sahabatnya yang tidak sedarkan diri itu.

" Kenapa ni dik? "

" Muka dia pucat ni, akak rasa kawan kamu ni tak sihat, sebab tu dia jatuh pengsan "

" Tolong sesiapa call ambulans, dia memang betul-betul dah tak sedarkan diri ni "

Suara-suara cemas berkumandang mengeluarkan kata-kata pertolongan. Manusia-manusia yang lalu-lalang disitu ramai-ramai berkerumun ke arah Rudy dan Darius.

" Tolong jangan cakap ni adalah masanya " Desus Rudy sayu.

*******************************

Motornya diparking betul-betul di hadapan rumah Bunga. Helmet dikepalanya ditanggalkan lalu diletakkan di atas seat motornya itu. Dengan langkah seribu dia menapak ke arah pintu rumah kayu di hadapannya itu.

" Assalamualaikum. Bunga..Bunga..Bunga !! " Ketukan bertalu-talu bergema apabila tangannya tidak henti mengetuk pintu rumah kayu itu.

" Bunga !! Kau keluar sekarang !! Bunga !! " Panggil Mamat lagi dengan nada yang tinggi. Hatinya sudah bergelegak ingin mengetahui perkara sebenar. Siapa yang bersalah dalam hal melarangnya pergi ke pulau. Persoalan itu harus dipinta daripada rakan sekerjanya iaitu Bunga.

Bunga yang berada di dalam bilik kecur air liur. Gugup dirasakannya apabila suara Mamat menerjah telinganya.

" Takkan dia dah tahu semua tu " Hatinya berbisik. Glup! Air liur ditelan, tangannya terketar-ketar memikirkan kejahatannya itu sudah terbongkar. Langkah kaki dibuka menuruni tangga menuju ke dapur untuk bersembunyi. Ruangan bawah meja makan dijadikan tempat untuk dia bersembunyi.

Mamat yang melihat tiada sahutan daripada Bunga mula menuju ke arah pintu belakang rumah milik Bunga. Melihat pintu tidak berkunci, terus dia menerjah masuk. Setapak demi setapak dia membawa dirinya masuk ke segenap ruang dapur rumah usang itu. Matanya yang diliarkan daripada tadi untuk mencari Bunga terhenti, apabila matanya menangkap kelibat Bunga yang sedang bersembunyi di bawah meja.

" Yang kau nak sembunyi daripada aku dah kenapa?! Mesti sebab kau ada buat salah kan?! " Tempelak Mamat sinis. Terus tangannya menyambar pergelangan tangan Bunga dengan kasar.

Bunga yang berada dibawah meja kecur. Kini dirinya sudah tertangkap, dan dia sudah berada berhadapan dengan Mamat. Panahan tajam mata rakan sekerjanya itu cukup membisukan dirinya untuk bercakap.

" Ma...mana ada aku buat salah " Tepis Bunga gugup cuba untuk menafikan. Pegangan tangan Mamat ditangannya direntap kasar.

" Kau jangan tipu aku Bunga. Baik kau beritahu jujur dekat aku, yang kau adalah orang yang bertanggungjawab reka cerita, tipu dekat aku pasal bos larang aku pergi pulau?! Kau kan?! Kau yang tipu aku kan?!! Jawab Bunga !! " Tempelak Mamat lagi. Dadanya berombak kencang menahan amarah di hati. Walaupun perbualan dirinya dengan bosnya itu tergantung, tapi dia sudah dapat meneka bahawa Bunga adalah dalang untuk segala-galanya.

Bunga yang tadi tergagap-gagap kini beriak selamba. Senyuman sinis dihadiahkan buat Mamat. Sudah terbongkar semuanya, buat apa dia nak terus menafikan?!

" Yer !! Memang aku yang reka cerita pasal bos larang kau pergi pulau. Memang aku !! Kenapa kau nak lempang aku?! Kau nak marah aku?!! Hello Mamat, sepatutnya kau bersyukur tau sebab apa, sebab kau tak payah susah-susah pi kerja. Kau cuma duduk rehat, terus duit kau masuk dalam akaun bank. BERSYUKUR LA!! " Bidas Bunga. Matanya turut merenung tajam ke arah Mamat.

Mamat yang mendengar ungkapan Bunga tergamam. Sungguh dirinya tidak menyangka bahawa Bunga tega melakukan semua ni.

" Bersyukur kau cakap?! Kau cakap bersyukur? Mana otak kau ni?! Kau ni gila ke apa?! Bos bayar gaji dekat aku sebab bos suruh aku kerja, KERJA !! Bukannya ambik duit tapi tak buat kerja !! " Bidas Mamat pula. Uratnya sudah bertegang menahan marah di hati.

Bunga menjongket kening. Bibirnya dicebikkan menunjukkan rasa menyampah.

" So, ada aku kisah? " Sinis dia membidas.

" Kenapa kau jadi macam ni Bunga? Kau tak takut dosa ker bila kau tipu aku? Kau tak takut dosa? Hahh kau tak takut? " Aju Mamat.

" Tak !! Langsung aku tak takut !! "

Mamat menghela nafas. Rambutnya diramas kasar, cuba menghadam aksi selamba rakan sekerjanya itu.

" Bunga, kenapa dengan kau? Kenapa kau tipu aku pasal bos larang aku pergi kerja? Kenapa Bunga? Apa salah aku sampai kau buat aku macam ni? Apa Bunga?! Apa?!! " Aju Mamat.

Bunga berdecit sinis sambil berpeluk tubuh. Rambutnya yang terlurut di dahi kerana tidak sempat untuk bertudung ditiup lembut.

" Siapa cakap yang aku buat semua ni sebab kau ada buat salah dekat aku? Hmmm siapa cakap? " Soal Bunga mengejek.

Mamat mengerutkan dahi tanda tidak mengerti. Belum sempat dia ingin membuka mulut, Bunga terlebih dahulu mencelah.

" Aku, buat semua ni, bukan sebab kau yang buat salah dekat aku. Tapi, aku buat semua ni, disebabkan ada perempuan gila yang meroyan tunggu kepulangan seorang lelaki yang langsung tak cintakan dia. Aku buat semua ni disebabkan dia !! Yes !! Aku buat semua ni disebabkan dia !! " Luah Bunga mengejek.

" Siapa dia tu? Cik Alisya? " Teka Mamat.

" Yes !! Seratus markah untuk kau !! Hahahahahahhahahha !! " Bergema ruangan dapur itu dengan suara ketawa dibuat-buatnya.

" Tapi kenapa? Apa salah Cik Alisya dekat kau Bunga? Jangan kau cakap, yang kau pun tak pergi kerja selama ni? Kau..kau..kau tinggalkan Cik Alisya sorang-sorang dekat pulau tu? Hahh Bunga?! Kau tinggalkan Cik Alisya sorang-sorang dekat pulau tu?!! JAWABLAH BUNGA !! " Soal Mamat serius. Bahu Bunga digoncang kasar.

" Yup, aku pun tak pergi kerja jugak selama ni. Tiga bulan aku tinggalkan Cik Alisya sorang-sorang dekat pulau tu. Biar padam muka dia !! Biar dia mati sorang-sorang kat sana " Hembur Bunga selamba dengan senyuman sinis.

Mamat terbungkam. Tidak pernah menyangka Bunga yang dia kenal, yang baik orangnya sanggup menganiayai isteri majikannya itu. Poket seluar diseluknya, handphone nokia miliknya itu diambil, punat nombor yang menghubunginya sebentar tadi ditekan. Dia harus menelefon majikannya untuk memberitahu perihal Cik Alisya yang keseorangan di Pulau Rawa dan mendedahkan sikap buruk rakan sekerjanya itu.

Bunga yang melihat perlakuan Mamat mengetap bibir. Tanpa dia berlengah terus handphone Mamat dirampasnya.

" BUNGA !! Bagi balik telefon aku !! Bagi balik !! " Jerkah Mamat. Pergelutan antara dirinya dan Bunga telah berlaku. Dirinya cuba untuk merampas telefon miliknya yang sekarang sudah berada ditangan Bunga.

" Arghhhh !! " Teriak Mamat, apabila Bunga mengigit kuat pergelangan tangannya.

Bunga yang melihat Mamat berada dalam kesakitan itu terus membuka langkah seribu menuju ke biliknya. Tongkat maknya diambil, lalu menghentak kuat telefon milik Mamat itu. Namun hampa, apabila hentakannya itu langsung tidak mengalami sebarang kerosakan.

Mamat datang mendekat, pintu bilik Bunga ditendang kuat. Urat dilehernya sudah tegang menahan marah dihati.

" Kau, kau jangan nak datang dekat !! Kau jangan pernah mimpi, yang kau dapat rosakkan rancangan aku. Kau jangan pernah mimpi yang kau boleh bocorkan kejahatan aku dekat bos !! " Jerkah Bunga kuat. Senyuman sinis terlakar dibibirnya. Terus phone Mamat itu dibuka casingnya, dan dibuka baterinya. Lalu, simkad digi itu dibawa keluar dan dipatahkan dua.

Mamat yang melihat terkedu. Dadanya sudah berombak kencang menahan gelegak marah dihati. Senyuman sinis turut terpancar diwajahnya.

" Kau ingat, bila kau patahkan simkad aku tu, kau dapat gagalkan niat aku nak bagitahu perkara yang sebenar dekat bos? Bodoh!! Kalau aku tak boleh call, aku boleh pergi pulau bagitahu semua kejahatan kau dekat Cik Alisya " Ungkap Mamat sinis. Langkah kaki dibuka ingin menapak keluar daripada situ. Tak dapat call, aku pergi dekat rumah bos laa !!

" Arghhhhhhhhhh !! Tolong !! Tolong !! " Teriak Bunga kuat meminta tolong.

Mamat berpaling, rasa pelik melihat Bunga yang tiba-tiba sahaja menjerit meminta tolong. Belum sempat dia ingin membuka kata, alangkah terkejut dirinya apabila melihat Bunga dengan selambanya menanggalkan kain batik yang dipakainya itu.

" Kau buat apa ni Bunga?! Hahh kau dah gila ker?!! " Jerkah Mamat.

Matanya terbeliak sekali lagi, apabila melihat Bunga dengan selamba membuka baju dihadapannya, menyerlahkan tubuhnya yang gebu itu.

Bunga tersenyum sinis. Perlahan-lahan dia menapak ke arah Mamat.

" Mungkin kau boleh pergi pulau, tapi setelah aku ciptakan perangkap untuk kau, kau takkan mampu untuk jejak kaki pergi ke pulau berjumpa dengan perempuan gila tu " Sinis dia mengutarakan bait-bait kata itu. Tanpa berlengah, terus dia menjerit kuat meminta pertolongan.

" Tolong!! Tolong!! Ada orang nak rogol saya!! Tolong!! TOLONG!! " Teriak Bunga sambil tersenyum mengejek.

Mamat terdiam. Terbungkam saat dia mendengar ungkapan 'rogol' itu. Kain selimut yang berada di atas katil diberikan kepada Bunga. Cuba untuk menutup mahkota indah Bunga itu.

" Kau buat apa ni Mamat?!! " Jerkahan kuat bergema di dalam bilik. Perlahan-lahan dia berpaling. Jantungnya ibarat berhenti berdegup usai melihat orang-orang kampung memandang serong kepadanya.

" Tolong, dia..dia.. dia nak rogol saya " Tipu Bunga sambil berpura-pura menangis.

Mamat terpanar. Tuduhan palsu telah diberikan oleh Bunga kepadanya. Belum sempat dia ingin membidas, satu tumbukan hinggap di mukanya. Satu demi satu pukulan mendarat di tubuhnya itu.

" Ya Allah, tolong aku Ya Allah. Aku tak bersalah " Rintih Mamat bermonolog di dalam hati. Satu persatu pukulan hinggap ditubuhnya. Sungguh dia tiada kudrat untuk membuka mulut apatah lagi ingin membuka suara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience