Bab 24.

Romance Completed 86682

" Cik Alisya !! " Sergah Bunga bernada ceria. Rasa rindu pulak nak berborak dengan isteri bosnya itu, maklumlah dia kan diberi cuti dua minggu untuk Cik Alisya jalankan misi memikat majikannya itu.

" Ya Allah ! Bunga, terkejut saya tau. Kalau saya terlepas pegang kuali ni macam mana? Tu nanti tak pasal-pasal saya pergi baling kuali ni dekat awak pulak " Ungkap Alisya yang berasa terkejut dengan sergahan Bunga itu.

" Cik Alisya tu yang terlalu fokus sangat memasak, sampai Bunga bagi salam pun Cik Alisya tak dengar " Luah Bunga sambil membuat mimik muka sedih. Berpura-pura merajuk la katakan.

Alisya yang mendengar ungkapan Bunga itu tersenyum. Terus dia menghentikan aksi memasaknya itu.

"Sorry tau Bunga, saya ni kan baru jer pandai memasak, jadinya kena la beri tumpuan lebih sikit pada masakan saya ni. Kalau hangus dibuatnya masakan saya ni, hmmm melepaslah peluang saya nak memikat hati suami saya tu " Luah Alisya jujur. Ye la, dirinya baru sahaja pandai memasak, jadinya kenalah berjaga-jaga sikit, takut tak sedap macam hari tu, nayalah dibuatnya. Melepaslah peluang dia nak memikat hati suaminya itu. Well, kalau nak pikat hati suami, kita mesti kena pikat perutnya dulu kan? Hmm entahlah betul ke tidak apa yang dibahasnya itu, asalkan air tangannya disukai oleh Darius.

" Ouh macam tu. Baiklah, Bunga faham akan apa yang cuba disampaikan oleh Cik Alisya yang cantik manis ni " Angguknya tanda memahami.

" Tapi, Cik Alisya belajar memasak dengan siapa? " Soal Bunga. Rasa pelik pun ada. Ye la, selama ni apa-apa yang isteri bosnya itu tidak tahu pasti akan belajar dengan dirinya.

" Saya belajar memasak dengan suami sayalah " Jawab Alisya bernada ceria. Terus dia menyambung melakukan aksi memasaknya itu.

" Ouh. Bos pandai memasak ker Cik Alisya ? " Soal Bunga lagi kerana dirinya berasa terkejut tidak pernah menyangka bahawa Encik Darius nya itu pandai memasak. Sempurnanya majikannya itu.

" Mestilah pandai. Hari tu masa saya sakit kaki, dialah yang masak untuk saya " Jawab Alisya, manakala tangannya lincah membalikkan ikan yang digorengnya itu.

" Ouh. Untunglah Cik Alisya dapat suami yang cukup lengkap pakejnya tu. Zaman sekarang ni kan, bukan senang tau kita nak cari lelaki yang pandai masak, lepastu berharta pulak tu, ilmu agama pun ada. So kira macam beruntung sangat-sangat Cik Alisya dapat suami macam bos tu " Ungkap Bunga jujur. Rasa cemburu mula menghimpit perasaanya itu, namun cepat-cepat sahaja ditepisnya.

" Cukup lengkap kalau hati keras macam batu tak syok jugak Bunga. Asyik-asyik saya jer tau yang kena buat sweet-sweet. Lepastu bos awak tu langsung tak tergoda dengan saya " Luah Alisya. Sakit pulak hatinya bila memikirkan suaminya itu berhati batu, macam langsung tak ada perasaan, dasar hati batu !! Batu pun tak keras macam hati dia tu. Gerutu Alisya di dalam hati.

Bunga yang melihat riak masam mencuka isteri bosnya itu hanya mampu tersenyum. Terus dipegang kedua-dua belah tangan Alisya dan digosoknya lembut.

" Cik Alisya, kalau Cik Alisya sayangkan, cintakan bos tu, Cik Alisya jangan mengalah. Cik Alisya tetap kena kuatkan semangat, gigih berusaha pikat dan cairkan hati bos tu. Saya yakin, yang bos tu sebenarnya ada hati dekat Cik Alisya, tapi bos malu atau ego, nak beritahu pada Cik Alisya bahawasanya bos tu dah jatuh cinta dekat Cik Alisya " Ungkap Bunga menitipkan kata-kata semangat buat Alisya.

" Macam mana awak tahu yang Darius sukakan saya? " Soal Alisya ingin mengetahui dari mana Bunga mampu mengetahui isi hati suaminya itu. Sedangkan dirinya langsung dia tak tahu.

" Cik Alisya, cinta ni, ia bukan semata-mata perlu diluahkan melalui mulut kita, tapi diluahkan melalui perbuatan kita, bila hati kita terdetik mengatakan yang kita dah cinta, dah sayang dan dah sukakan seseorang, maka dari situ ia akan terluah sendiri melalui perbuatan kita. Caring pasal kita ker, atau apa-apa yang seangkatan dengannya " Terang Bunga panjang lebar dengan fakta dan berserta contoh. Rupa dah macam lagak gaya seperti seorang doktor cinta.

Alisya yang mendengar penerangan daripada Bunga itu hanya mengangguk kecil tanda memahami.

" Tapi, Darius tu dia caring ker dekat saya? " Soal Alisya yang masih belum dapat mencari jawapan akan penerangan Bunga itu.

" Meh sini Bunga bagi idea dekat Cik Alisya, kalau Cik Alisya nak tahu caring ke tidak bos tu pada Cik Alisya. Cik Alisya nak tak? " Tanya Bunga bersama satu sengihan nakal. Dia yakin, dengan idea dia ni, Alisya akan dapat tahu bahawa suaminya itu sebenarnya cintakan diri dia.

Alisya mengangguk tanda mahu mendengar idea Bunga itu. Terus dirapatkan telinganya mendengar bisikan perancangan misteri Bunga.

**************************

" Jeng jeng jeng !! Tadaaaa !! Terimalah air masakan daripada permaisuri kerajaan hati Eric Darius Arrayan. Hehehehe " Ungkap Alisya dengan senyuman manis di wajahnya. Lauk ikan goreng dan telur goreng berserta nasi putih dan kicap manis dipersembahkan. Maklumlah hanya itu jer yang dia mampu masak tambah-tambah pula kalau nak makan makanan yang best-best susah sikit,maklumlah duduk di tengah-tengah pulau kan.

" Ceh permaisuri konon, sape yang lantik kau jadi permaisuri dalam hati aku ni? Emmm siapa? Jadi permaisuri dalam hati aku tak mintak izin aku pun, ni raja sedang murka ni " Ungkap Darius pulak sambil membuat muka lagak seperti seorang raja sedang murka pada rakyat jelatanya.

" Maafkan patik beta, patik cuma ingin menjadi insan yang bertakhta di hati beta " Jawab Alisya pula dengan nada seperti seorang rakyat jelata memohon keampunan daripada rajanya. Entah betul ke tidak dia punya kosa kata bahasa istana dia pun tak tahu.

" Jikalau ingin bertakhta di hati beta, beta mahu santapan ayam golek, daging rusa , dan rusa pulak mestilah rusa daripada negara Jerman, lepastu nasi pulak mestilah daripada beras kerajaan Cina. Beta tidak mahu santapan ikan goreng dan telur goreng ni, beta dah muak makan menu yang sama tiap-tiap hari " Ungkap Darius dengan nada seperti seorang raja sedang bertitah.

" Awak ni kan, banyak songeh tau tak. Saya penat masak-masak, lepastu awak mintak lauk ayam golek la, lepastu daging rusa dan rusa pulak nak rusa daripada Jerman, nasi pulak nak nasi daripada kerajaan Cina. Eeee banyak songehnya. Hargai la sikit masakan saya ni " Bentak Alisya menahan gelora rasa marah di hati. Walaupun Darius hanya sekadar bergurau dengan dirinya tetapi dia tetap berasa marah dan sedih. Ye la, masakan pertamanya, air tangan pertamanya mestilah dia ingin diberi kata-kata pujian bukannya ungkapan-ungkapan macam Darius tu.

Darius yang mendengar hemburan api kemarahan Alisya itu hanya tersenyum kecil. Rasa seronok pula dirinya mengusik Alisya. Terus dia menghampiri Alisya.

" Aku gurau je pun, takkan tu pun tak boleh? Alaa, janganlah marah dekat aku. Takut tite tau " Pujuk Darius dengan mukanya dibuat meminta simpati. Gaya percakapannya pulak dibuat seperti anak kecil yang baru pandai bercakap.

" Ala, manja-manja bucuk-bucuk macam intan payung tite ni, janganlah buat muka masam macam tu, dah tak lawa dah " Pujuk Darius lagi apabila Alisya tetap tidak ingin bercakap dengan dirinya itu. Terus dipegang kedua belah bahu Alisya itu. Dipegang dagu Alisya menyuruh Alisya melihat wajahnya.

" Alisya, dah la janganlah kau merajuk lagi. Aku mintak maaf ea. Aku tak berniat pun nak ejek masakan kau " Ungkap Darius dengan nada yang lembut. Matanya memandang kedua biji mata Alisya mengharap kemaafan daripada isterinya itu.

Alisya pula hanya mendiamkan diri. Kata-kata maaf Darius itu tidak dapat mengubati luka di hatinya. Geram, sebal, sakit hati, itulah yang dia rasakan sekarang ini.

" Ni tengok ni, aku makan masakan kau ni. Bestnya rasa macam masakan daripada bidadari syurga. Emmm cedapnyaa. Mama Alisya taknak makan ker? Papa Darius makan sampai habis ni, cedap emmm, rasa sting " Ungkap Darius dengan gaya percakapan pelatnya. Masakan isterinya itu dijamahnya dengan raut wajah yang berselera. Walaupun ikan yang digoreng Alisya ini hangus sedikit, tetapi hatinya dah cukup berbunga apabila isterinya itu sudi memasak untuk dirinya.

" Apa mama-mama? apa papa-papa? Saya belum ada anak lagi tau, jangan nak berangan jadi anak saya pulak la,sebab awak tu suami saya, kalau berangan nak jadi anak saya, saya tak bagi. Tapi kalau awak nak anak daripada saya ,saya boleh bagi. Awak nak berapa orang anak? Sepuluh ? Dua puluh? Tiga puluh? Semuanya saya mampu berilah " Ungkap Alisya dengan nada yang ceria. Macam tak sabar pulak nak ada anak, kalau dia dan Darius ada anak mesti comelkan.

Darius yang mendengar kata-kata Alisya itu terdiam. Rasa macam tak percaya dengan bilangan anak yang dinyatakan Alisya itu. Fuh ramai, kalau macam ni, dah boleh buat pasukan bola sepak.

" Cepatlah, awak nak berapa orang anak? Bagi tahu la pada saya. Kalau saya kan, saya nak sepuluh orang anak. Sebab kalau ada anak ramai dah tak bosanlah saya " Luah Alisya. Rasa sedih pulak apabila dia memikirkan hidupnya yang tiada siapa-siapa itu. Hanya ada papa dan Mak Tam sahaja. Mama? Hmmm dia pun tak tahu sama ada dia masih ada mama atau tak. Sejak dia lahir hanya Mak Tam sahaja yang besarkan dia. Kasih sayang seorang ibu langsung dia tidak pernah rasai.

Darius yang mula menyedari kesedihan isterinya itu seperti sedang memikirkan sesuatu mula membuka kata.

" Aku nak anak sepuluh orang jugak. Baru best ada anak ramai-ramai kan? Dah la kita cakap pasal anak ni, kita makan ea. Aaa nganga mulut, kapal terbang Darius nak mendarat ni " Ungkap Darius mengalihkan topik perbualan. Terus disuakan nasi kepada Alisya sambil membuat gaya seperti kapal terbang yang ingin mendarat masuk ke dalam mulut isterinya itu.

Alisya yang melihat aksi suaminya itu berasa terhibur. Mulutnya dibuka luas memberi ruang untuk kapal terbang imaginasi Darius itu mendarat di dalam mulutnya.

" Nak lagi? " Soal Darius prihatin.

" Nak. Aaaaa " Jawab Alisya. Mulutnya dinganga seluas mungkin menunggu Darius menyuapnya.

" Ambiklah sendiri. Kapal terbang aku limited, sekali seumur hidup jer " Ungkap Darius selamba. Nasi ditangannya itu disuakan pada mulutnya sendiri.

" Awak !! Sampai hati, saya dah buka mulut saya ni tau " Ungkap Alisya rasa tidak puas hati dengan sikap Darius itu. Kejam !! Jahat !! Gerutunya di dalam hati.

Darius yang melihat Alisya tidak berpuas hati itu tersenyum kecil. Rasa seronok pula mempermainkan Alisya.

" Apa? Kau nak apa pandang- pandang aku? " Tanya Darius pelik apabila Alisya memandangnya seperti ada yang tidak kena.

" Ish kau ni, dah tahu nasi ada dekat pipi kau tu, kau sapulah sendiri. Nak mengharapkan aku, buat apa " Luah Darius tidak berpuas hati. Barulah dia mengerti yang Alisya memandangnya kerana ingin dia menyapu nasi pada pipi Alisya itu. Ingatkan dia ada buat salah ker apa, hampeh punya isteri.

" Alisya, kau tak boleh makan elok-elok ? Ke kau dah tak tahu camne cara nak makan nasi dengan betul-betul? " Hembur Darius menahan rasa geram di hati. Mana nak tak geramnya, dah lebih lima kali kot pipi Alisya melekat nasi. Macam sengaja pun ada.

" Alaa awak ni, saya nak buat sweet pun tak boleh. Dah saya dah habis makan, terima kasih yer sebab sudi guna jari awak ambil biji-biji nasi yang melekat di pipi saya ni " Ungkap Alisya tersenyum manis. Rasa gembira pulak apabila Darius hanya melayankan guraun manjanya itu. Terus dibuka langkah ingin beredar pergi ke dapur mini, tapi sebelum tu satu ciuman hangat diberikan pada bibir Darius.

Darius yang terkejut dengan ciuman Alisya itu hanya membatukan diri. Terasa getaran hebat di dadanya. Irama kompang rancak berdendang. Diambil jari jemarinya menyentuh bekasan kucupan hangat isterinya itu.

" Ya Allah, jika benar hatiku ini mula terpaut dengan isteriku, aku mohon engkau berilah petunjuk kepadaku " Doa Darius di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience