Bab 8.

Romance Completed 86698

Hari mulai gelap, senja mula melabuhkan tirai. Dia termenung, berbagai persoalan muncul di benak otaknya. Hampa itu yang dia rasakan, apabila semua soalan-soalan yang muncul itu dia langsung tidak dapat mencari jawapan. Diambil kedua belah tangannya diletakkan di dadanya. Irama kompang sudah kurang berdendang tidak seperti tadi.Sudah jatuh cintakah dirinya terhadap Darius yang kejam itu?

"Huhhhh," keluhan kecil dilepaskan. Matanya meliar-liar mencari kelibat Darius. Entah kemana pergi si Darius dia langsung tidak tahu. Diamatinya pondok kecil yang sedang didiaminya itu.

"Kalau hujan, petir ,kilat ribut, agak-agak pondok ni runtuh tak ea? Boleh ker pondok ni dijadikan tempat untuk aku berteduh? " Gerutu Alisya seorang diri. Sudahlah tiada bantal,tiada tilam untuk dia jadikan alas tidur.Macam manalah dia nak tinggal kat sini lama-lama? Mampu ker dia? Soalnya di dalam hati.

" Kau nak mandi tak? " Soal Darius membantutkan lamunan Alisya.

Alisya terpinga-pinga ye la,tiba-tiba disergah, disergah pulak dengan soalan, memang terpinga-pinga la dia. Matanya dilirikkan melihat pelita api yang dibawa oleh Darius.

"Ni pelita, bolehlah kau guna untuk dapatkan cahaya. Dekat pulau ni takde bekalan elektrik, so faham-faham je la yerr " Ungkap Darius bersahaja apabila melihat Alisya yang masih terpinga-pinga cuba menghadam apa yang disampaikannya.

"What?! pelita?! benda buruk ni kau nak suruh aku guna untuk dapatkan cahaya? Darius,come on, aku budak bandar, aku tak biasa duduk dalam situasi macam ni. Aku bukan tarzan! " bidas Alisya,setelah dapat menangkap akan apa yang diperkatakan oleh Darius. Mukanya dikerutkan tanda tidak puas hati. Ni Alisya oky, gadis bandar! bukan gadis hutan!

"So? kau nampak muka aku ni macam kisah ker dengan title kau yang acah-acah budak bandar tu?! Kalau kau taknak pelita ni, its sokay, aku tak kisah, tapi kau berani ker nak bermalam kat sini, dekat tengah-tengah pulau yang ada harimau,beruang, kau berani? " Seloroh Darius cuba menakutkan Alisya. Hati dia perlu banyak bersabar, bukan senang mahu membimbing dan mendidik seorang insan agar menjadi insan yang berguna pada negara dan masyarakat kan? Cehhh ayatt klise gilerr, hampehhhh.

"Kau kan ada. Aku tidur dengan kau, so buat apa aku nak takutkan? " Jawab Alisya bersahaja. Ye la Darius kan ada, so buat apa nak takutkan.

"Siapa yang nak ajak kau tidur dengan aku? Badan bau busuk macam kambing, ada hati nak tidur dengan aku. Never! " Bidas Darius bersahaja. Bukan apa dia takut,bukan harimau hutan yang menerkam Alisya, silap hari bulan harimau jadian, so untuk elakkan daripada berlaku, better not to sleep together.

"Kalau macam tu aku pergi mandi sekarang. Bila dah mandi,so badan aku automatik bau harum dan segar." Ungkap Alisya. Yer dia perlu mandi, baru badan dia harum, so that Darius akan ajak dia tidur bersama. Tapi, air yang aku angkut tadi tu, huhhh, keluhan kecil dilepaskan memikirkan apa yang berlaku petang tadi.

Darius yang seolah-olah tahu akan apa yang difikirkan Alisya mula bersuara
" Aku dah ambik air yang baru untuk kau. Jadi kau janganlah fikirkan sangat apa yang berlaku tadi" Ungkapnya mendatar.

Alisya yang mendengar bait-bait kata daripada Darius mula tersenyum. Akhirnya dia dapat mandi. Melekit dekat tubuhnya mampu dihilangkan nanti. Arghhhh tak sabarnya nak mandi gerutunya di dalam hati. Baru dia ingin berdiri, terus kakinya mula rasa sakit. Mungkin kerana kakinya bengkak terlanggar akar pokok yang besar tu tambah-tambah lagi ada kesan luka.

Darius mula mendekati Alisya. Terus didukungnya Alisya untuk dibawa ke ruangan mandi, walaupun rupanya tidaklah seperti bilik mandi,tapi bolehlah untuk dijadikan ruangan bersihkan diri.

Alisya yang terkejut akan perlakuan Darius menjegilkan biji matanya. Menandakan dia tidak puas hati dan tidak merestui apa yang dilakukan Darius.
"Turunkanlah aku, aku mampu untuk berdiri,berjalan, aku bukan OKU oky! " ungkap Alisya berharap agar Darius menurunkan dirinya. Dia tidak mahu hatinya berdendang irama kompang lagi.

Namun hampa, Darius hanya diam. Tiada tanda-tanda ingin menuruti permintaan Alisya itu. Apa lagi, tidak puas hati la Alisya. Alisya bukan apa,dia taknak hatinya terjatuh cinta dengan Darius,jejaka yang dianggap kejam itu. Dia tidak mahu! Tambah-tambah lagi, hati perempuankan mudah cair.

*******************
Cedokan air yang terakhir dinikmatinya dengan penuh nikmat. Nikmatlah wei dapat bersihkan diri, walaupun syampu,sabun tiada , at least rasa melekit di tubuhnya mampu dia hilangkan. Digagahkan kakinya cuba berdiri, mengambil tuala yang disangkut pada pintu papan di hadapannya itu. Namun hampa, dia tidak mampu, rasa sakit di kaki mula mencanak-canak. Nampaknya pertolongan mesti dipinta.

"Darius, Darius!" Panggilnya. Namun hampa tiada sahutan berbalas. Entah tiba-tiba rasa sedih pula, yer la tadi bukan main Darius pesan,kalau ada apa-apa nak mintak tolong panggil jer dia, tapi ni? Dah dipanggil,sahutan pun tak berbalas.

"Aku kena kuat, yup kuat! Setakat kaki bengkak luka macam ni, aku tak kisah! Takpe kita lupakan dulu title budak bandar,kita guna pula title budak hutan! Huppp!! Fighting!! " Gerutu Alisya cuba menguatkan dirinya. Dia harus kuat! Dia tidak boleh lemah! dan yang pasti dia tidak boleh jatuh hati dekat mamat kejam tu! Never!

Berbekalkan semangat di hati,dia gagahkan juga kakinya untuk berdiri, dan yes! Dia boleh, walaupun sekejap, tapi sempat untuk diambil tualanya itu. Dikeringkan badannya itu,terus dipakaikan adik beradik pada badannya, terus disarung sehelai t-shirt hitam milik Darius. Kata Darius dia tak sempat nak belikan baju untukknya, tapi segala adik beradik dia sempat pula dia belikan. Pelikkan? Tapi malaslah dirinya nak ambil pusing. Melihat baju t-shirt yang dipakainya itu lebar dan besar, dia ambil inisiatif tak nak pakai seluar, well dah tutup dia punya aset so,tak payahlah, dia kan budak bandar.

Perlahan-lahan dia cuba berdiri lagi, well bila semangat mengusai hati dan jiwa, sakit, perit mampu dia tepislahh, this is Alisya oky! Dibuka langkah kakinya perlahan-lahan untuk beredar dari kamar mandi itu.

Langkahnya terhenti apabila melihat jejaka di hadapannya itu sedang menadah tangan membaca doa, dan doa yang dibaca oleh Darius itu mampu didengarinya.

"Ya Allah, aku insan mu yang lemah,aku banyak melakukan kesilapan, setiap saat diri ini sentiasa melakukan dosa, ampunilah aku ya Allah. Aku mohon kepada mu,engkau bukakanlah pintu hati isteriku, untuk menerima agamamu di dalam hidupnya. Engkau kuatkanlah aku dalam membimbing dan mengajarnya mengenal erti Islam yang sebenar. Aku mohon ya Allah,makbulkanlah doaku. Aamiin Ya Rabbal Alamin" Rintih Darius.Diusap perlahan wajahnya itu, lega dapat dirasakannya setelah dapat meluahkan rasa hatinya kepada sang pecipta Yang Maha Esa.

Alisya yang mendengar bait-bait doa daripada suaminya itu mula merasa sebak di dada. Sungguh,dia tidak pernah menyangka Darius yang dianggapnya kejam itu sanggup berdoa untuk kebaikan dirinya. Air mata mula membasahi pipi, dia akui dia hanya Islam pada nama,bukan pada rohani. Khilafnya dia.

"Auchhh" aduhnya kecil,apabila dia tidak lagi dapat menahan rasa mencanak-canak sakit pada kakinya itu.

Darius yang mendengar aduhan Alisya cepat-cepat membuka langkah menuju ke isterinya itu. Nafsu lelakinya goyah melihat Alisya yang berpakaian berbaju sahaja,pehanya yang putih gebu itu cukup membuatkan bulu romanya menegak. Namun cepat-cepat perasaan itu dibuang jauh.

" Kan aku dah cakap, kaki kau tu sakit, kenapa kau ni keras kepala sangat? Tak boleh nak dengar arahan aku?" Ungkap Darius serius. Matanya dilirikkan melihat kaki Alisya yang sudah mula berdarah. Walaupun lukanya itu kecil, tapi kalau tak dijaga dengan sebaiknya boleh jadi parah.

" Aku dah panggil kau, tapi kau solat, so aku taknak kacau " jawab Alisya dengan kerutan di dahi cuba menahan sakit di kakinya itu.

"Jangan dukung aku. Aku boleh jalan sendirilah. Just pimpin aku jer" Ungkap Alisya dingin.

Darius yang mendengar apa yang dikatakan oleh Alisya hanya menurut. Ye la,lebih baik diturutkan daripada didukung Alisya yang hanya berbaju tu. Nanti lain pula jadinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience