Alisya membuang pandang melihat luka di kakinya yang sudah sembuh sepenuhnya.Dua minggu telah berlalu, di mana Darius telah menjaganya lagak seperti dia seorang permaisuri di situ. Ke manakah perginya sifat kejam dalam diri Darius dia sendiri tidak tahu. Masih ingat kejadian pada malam dia mendengar doa Darius itu.
"Alisya" panggil Darius dingin.
Alisya yang baru sahaja ingin melelapkan matanya mula mengeluh kecil. Nak apa lagi la mamat ni. Desusnya di dalam hati.
" Hmmm kau nak apa? "tanya Alisya sepatah. Diubah posisinya daripada berbaring terus menghadap ke arah Darius.
"Hadiah untuk kau" ungkap Darius sambil menghulurkan tiga buah buku kepada Alisya.
"Ambiklah. Nanti,kalau kau ada masa lapang kau bacalah. Tak rugi pun kau baca buku ni. Bye, selamat malam" ungkap Darius bersahaja. Terus Darius pergi meninggalkan dirinya keseorangan di situ.
" Cara-cara untuk menjadi muslimah sejati, mari kenali apa itu Islam, dan cara-cara menjadi isteri solehah " Bacanya satu persatu tajuk tiga buah buku yang dihadiahkan oleh Darius padanya sebentar tadi.
Satu perasaan aneh mula hadir dalam hatinya apabila bibirnya membaca bait-bait tajuk buku-buku itu. Entah dia tidak tahu apa perasaan ini, dan dia rasa dia malas nak ambil tahu. Terus diletakkan buku-buku itu di sudut hujung pondok itu.Dibaringkan tubuhnya untuk kembali beradu membuai mimpi seperti apa yang dia lakukan sebentar tadi.
Keesokan harinya, alangkah terkejut dirinya apabila ada sehelai selimut menutupi dirinya dan satu biji bantal di kepalanya yang menandakan bahawa malam tadi, dia tidur beralaskan bantal dan diselimuti selimut. Siapakah yang melakukan itu? Dariuskah? mungkin ,sebab hanya dia dan Darius sahaja yang ada di tengah-tengah pulau ini.
"Amboii, senyum panjang nampak Cik Alisya ni. Tengah fikirkan apa tu? Sampai senyum panjang meleret ke telinga.Fikirkan Encik Darius ea?"Sergah Bunga dengan nada mengusiknya.
"Ehh tak adalah, buat apa saya nak termenung fikirkan Darius tu, eee tak kuasa saya, hidup segan mati tak mau lah" Jawab Alisya malu-malu. Aduh macam manalah boleh kantoi ni kan.
"Eleh, habistu tak akan Cik Alisya fikirkan diri saya pulak kan? " Usik Bunga lagi apabila melihat pipi isteri bosnya itu mula bertukar warna merah. Malu la tu.
"Hmmm memang saya fikirkan pasal awak pun. Ni awak pergi mana? Baru hari ni saya nampak wajah awak kat sini" tanya Alisya. Peliklah jugak dirinya dua minggu hanya dia dan Darius jer yang ada kat pulau ni. Kata Bunga pekejarnya, tapi kenapa dah dua minggu tak masuk kerja? Pelik kan?
"Bunga tak ponteng kerja tau, cuma Bunga kerja kat pekan,sebab Encik Darius cakap,dia boleh tengok-tengokkan tanaman kat sini, so Bunga ikut jer "Jawab Bunga.
" Mesti Cik Alisya confius kan Bunga kerja apa kat sini kan? Meh jom ikut Bunga " Ungkap Bunga. Terus ditarik tangan Alisya. Dibawa Alisya pergi ke satu tempat.
"Cantiknya Bunga. Saya tak pernah tahu pun yang kat pulau ni ada tanaman hijau kat sini. Segar-segar tanaman kat sini. " Luah Alisya rasa teruja di hati. Patutlah Darius tiap-tiap hari masakkan aku menu sayur-sayuran. Sangkanya ada pasar ke apa,rupa-rupanya ada kebun kat sini. Amazing! Ada sayur bayam,kangkung,sawi, terung dan banyak lagi. Pokok pisang,mangga, rambutan pun ada dekat sini.Yang lebih menarik apabila setiap tanaman di sini disusun atur dengan baik.Dah macam landskap sayur-sayuran pulak.
" Encik Darius tu suka bercucuk tanam, padahal bos tu dah ada syarikat sendiri, nama apa saya lupa sebab skop pekerjaan saya hanyalah dalam bidang penjagaan tanaman. Sepatutnya ada tiga orang lagi pekerja lelaki kat sini, tapi sebab Cik Alisya tinggal di sini, bos arahkan saya sorang jer. Betapa sayangnya bos dekat Cik Alisya, takut aurat Cik Alisya dilihat lelaki-lelaki lain" Ungkap Bunga bersungguh-sungguh.
"Dan untuk pengetahuan Cik Alisya, tanaman ni semua, bos tak komersialkan. Bos tanam semua ni sekadar untuk hobi dan buat sedekah kepada haiwan-haiwan liar kat sini. Baikkan Encik Darius tu. Bertuah Cik Alisya dapat suami yang baik, lepastu hensem pulak, berduit pulak, macam Encik Darius tu" Ungkap Bunga memuji Darius. Hatinya sudah redha,bahawa cintanya itu sudah menjadi hak orang. Dia perempuan Islam,tak sanggup dia meruntuhkan masjid yang telah dibina dan merampas hak orang. Uisshh dosa besar! Tak nak lah dia. Bak kata orang, kumbang bukan seekor.
Alisya yang mendengar bait-bait kata yang diucapkan Bunga itu hanya tersenyum kecil. Entah hatinya seolah-olah ada perasaan halus mula menjalar dalam dirinya. Satu persatu kebaikan Darius dapat dia tahu. Masih ingin lagikah dia mahu memberi gelaran kejam kepada Darius? Tapi kenapa Darius mengurungnya di sini? Arghhh serabutnya fikirannya itu.
" Hari ni, Encik Darius tak balik pulau. Kata Encik Darius seminggu kot dia tak balik sini. Jadinya apa-apa yang Cik Alisya nak mintak tolong,lapar ker atau apa-apa je la just bagitahu saya yer, tapi lari dari pulau ni saya tak boleh tolong" Ungkap Bunga. Pesanan whatsap yang diterima dari bosnya itu mesti disampaikan kepada Alisya. Itukan amanah.
"Ouhh yer ker. Terima kasih Bunga sebab jadi peneman saya kat sini " Balas Alisya sekadar menutup rasa sedih di hatinya. Sedih ker? Kenapa pula dia mesti rasa sedih bila Bunga cakap yang Darius tak balik sini seminggu. Sudah jatuh cinta ker dia pada Darius merangkap suaminya itu?
***********************
Tok tok, ketukan di pintu memecahkan kesunyian ruang bilik kerja Darius itu.
"Masuk" sepatah kata diarahkannya.
"Darius, kau oky tak ni? Tadi masa meeting Kak Syaza cakap muka kau pucat " Tanya Rudy prihatin kepada Darius. Setelah dapat tahu Darius merangkap kawan baiknnya itu telah masuk ofis hari ini,terus cepat-cepat dibuka langkah kakinya menuju ke bilik sahabatnya itu. Namun hatinya berasa tidak sedap hati apabila Kak Syaza PA Darius beritahu padanya bahawa sahabatnya itu tidak sihat.
"Aku oky jer. Cuma tu la, kepala aku tak berhenti berdenyut dari tadi. Aku pun tak tahu kenapa." Luah Darius sambil tangannya tidak henti memincit kepalanya yang sejak akhir-akhir ini asyik berdenyut sahaja.
"Aku rasa kau ni sakit kepala mungkin sebab wife kau, Alisya preganant kot " Tebak Rudy dengan wajah excitednya. Ye la biasa dalam drama kalau orang laki-laki sakit kepala lepas kawin tak lain tak bukan mesti nak jadi bapak ni.
"Banyak la kau bini aku pregnant. Dah la, daripada kau terus beri fakta-fakta yang tak masuk akal ni,better kau angkat kaki keluar dari sini. Dahh blahhh " Hembur Darius. Langsung tak membantu kawannya itu.
"Ala,kau ni aku tekalah sebab kau kan dah berkahwin, lepastu lama pulak tak masuk ofis so aku fikir kau dah mieow mieow dengan bini kau " Tebak Rudy dengan wajah miangnya itu.
Darius yang mendengar kata-kata Rudy terus menggelengkan kepalanya.
"Macam mana aku nak buat meow meow kalau,bini aku garang macam singa,lagipun aku baru nak kenal-kenal dengan dia,so kau faham-faham je la " Jawab Darius bersahaja.
"Ala kalau dia singa,kau jadilah kucing, haaa baru hubungan tu oky harmoni jer " Rudy memberi cadangan.
"Lagi satu, sampai bila kau nak kurung Alisya tu dekat pulau yang kau beli tu? Kau jangan teruk sangat membuli dia, sebab well dia kan wanita,so kau lemah lembut la sikit " Nasihat Rudy kepada sahabatnya itu. Dia tahu Darius buat sebab tu semuanya bersebab, well siapa tak kenal dengan Tengku Alisya Riana, bini Darius tu yang dunianya penuh dengan hiburan,berfoya sana sini kan.
Darius hanya membatu,tiada jawapan ingin diberi. Entahlah dia pun tidak tahu sampai bila dia nak kurung si Alisya tu, sedangkan baru dua minggu lebih Alisya duduk di pulau yang dulu perancangan awalnya dia hanya suka-suka beli dan kini digunakan untuk dijadikan penjara buat isterinya itu Entah, bila diingatkan kembali hari pertama dia menguji kecekalan wanita itu, Alisya sudah menangis, dan dia tidak mampu melihat air mata jernih itu keluar dan membasahi pipi isterinya. Sudah mula sayangkah dia terhadap isterinya itu ?
Rudy yang melihat Darius termenung fikirkan sesuatu mula pamit. Dia tahu sekarang ini sahabatnya itu perlukan ketenangan untuk berfikir.Sebelum dia keluar daripada bilik Darius sempat dia berpesan menyuruh Darius pergi klinik, ye la risau juga dia menengok Darius yang pucat wajahnya macam tertelan biji kapur itu.
Satu pesanan whatsaap diterima daripada Bunga. Beserta sekeping gambar Alisya yang sedang sibuk menjemur pakaian.
[Bos saya ada kat pekan sekejap ni,sebab bini bos rasa nak makan pizza. Dalam hutan saya tak boleh nak masak pizza ke bini bos. Nasib Mamat ada datang kat pulau tadi hantar baja,sebab tu saya boleh ke pekan ni. Bos jangan marah yer
~ Bunga]
Entah rasa berbunga-bunga hatinya melihat gam ar Alisya menjemur pakaiannya. Ada tanda-tanda macam dah nak beransur ke arah yang baik ni. Desus hatinya.
Share this novel