" Jahat! Kejam! Saya benci awak Darius! Saya benci awak ERIC DARIUS ARRAYAN BIN ABDULLAH !! Arghhhhhhh !! " Teriak Alisya meluahkan rasa sakit di hati. Pasir-pasir pantai digenggamnya lalu dilemparkan ke laut.
Darius yang mendengar jeritan Alisya meluahkan isi hatinya itu hanya mampu berdiam diri. Ingin dimarahi Alisya kerana melabelkan dirinya kejam? Memang sah-sah la dia kejam!! Silap dia jugak, yang konon-konon ingin menjinakkan monyet liar itu dengan memberi buah pisang, tapi hakikatnya hampehh. Lain pula jadinya, dan sekarang isterinya itu sudah merajuk dengan dirinya.
"Nah, hadiah untuk kau. Ambiklah, jauh tau aku import benda alah ni semata-mata untuk kau " Ungkap Darius cuba membuka bual bicara dengan Alisya yang sudah masam mencuka wajahnya itu. Coklat yang berada di tangannya diberikan kepada Alisya berharap ia dapat meredakan gelodak rasa marah dan geram isterinya itu terhadap dirinya.
" Saya tak nak. Saya tak suka makan coklat. Awak importlah coklat ni dari New York ker, Afrika ker, saya tetap tak nak, dan takkan makan coklat awak ni. Saya MERAJUK dengan awak! Welkkkk! " Ungkap Alisya sambil dibuat aksi menjelir lidah seperti budak-budak kepada suaminya itu. Dirinya masih lagi marah akan apa yang telah berlaku. Terus dibuka langkah kakinya pergi menjauh dari Darius.
"Kalau kau taknak takpelah. Tapi, kau jangan menyesallah kalau aku bagi coklat ni pada Bunga. " Usik Darius lagi cuba untuk memujuk Alisya itu.
"What?! awak nak bagi coklat ni dekat Bunga? Hello, tadi awak dah beri dekat saya coklat ni, lepastu awak nak beri dekat Bunga pulak? Eee tangkai jering la awak ni, kalau saya tak sudi nak terima coklat ni , tak payahlah awak nak beri dekat Bunga pulak!! " Hembur Alisya menahan geram. Dibuka langkah kakinya seluas yang mungkin pergi semula ke arah Darius.
" Awak ni kan, kalau nak pujuk saya, pujuklah betul-betul! Dah coklat ni saya ambik "
Coklat di tangan Darius terus diambilnya dan tanpa berfikir panjang terus coklat itu dimasukkan ke dalam mulutnya.
Darius ketawa kecil melihat aksi Alisya yang cemburu itu apabila diusik ingin diberi coklat itu kepada Bunga.
" Awak! Awak ! " Jerit Alisya cemas.
Darius yang melihat Alisya memanggilnya dengan nada yang cemas terus berdiri rapat di sisi Alisya.
" Kau kenapa ni? Kau tercekik gula-gula aku ker? Kau oky tak ni? " Soal Darius prihatin.
"Ni tengok ni, awak beri coklat HACKS dekat saya. Awak, tak sangka yang awak ni sweet jugak kan. I love u abang!! " Luah Alisya dengan rasa gembira di hati. Plastik coklat itu dilihatnya dengan rasa berbunga-bunga.
" H.A.C.K.S. singkatan untuk Hanya Aku Cinta Kau Seorang, oloooo so sweet my hubby baby tayang bucuk ni " Ungkap Alisya terus dicubit kedua belah pipi suaminya itu. Terasa geram pulak, tapi bukan geram sebab sakit hati atau marah, tapi geram sebab Darius bersemut sangat. Romantik giteww.
Darius yang mendengar bait-bait kata Alisya itu berasa terkejut. Cuba berfikir apa yang dimaksudkan Alisya itu.
"Ouh, HACKS." Gerutunya kecil memberi isyarat dia memahami apa yang disampaikan oleh Alisya.
" Kau ni perasanlah!! HACKS tu maksudnya Hanya Aku Cacat Kepala Seorang !! Hah, tu baru betul!! " Bidas Darius.
" Whatever!! I don't care!! cacat ker,cicak ker, yang pasti hati saya ni kuat mengatakan yang C for cinta! dan awak cintakan saya!! " Nafi Alisya tetap bertegas akan pendiriannya itu. Dipeluk kemas suaminya itu meluahkan rasa gembira.
"Tapi, saya tetap nak merajuk dengan awak!! " Luah Alisya lagi apabila dia mula teringat buku kesayangannya telah diambil oleh monyet durjana itu!! Huhh!! tiada maaf bagimu monyet!!
"Tadi kan kau dah happy,kenapa kau sedih balik ni? Alaa buku tu, aku boleh beli lagi. Kau nak berapa seratus?seribu? semua tu aku boleh beli la " Pujuk Darius dengan nada yang lembut.
Pelukan Alisya dilepaskan. Terus dia memegang dagu Alisya dengan lembut. Mata Alisya ditatap dengan satu perasaan yang dia sendiri tidak tahu apa perasaan itu.
"Dah, jangan merajuk dengan aku lagi. Jenuh hati aku nak pujuk tau " Ungkapnya lagi.
Alisya hanya mengangguk kecil. Apakan daya, sudah itu jer yang Darius kata, hmm kena terima je la.
" Jom solat zuhur,lepasni aku nak ajar kau memasak pulak "
"Memasak? Awak nak ajar saya memasak? Really? saya ingatkan awak dah lupa " Soal Alisya ceria. Belum sempat Darius ingin membalas soalannya itu, terus ciuman hangat diberikan pada bibir Darius.
"Sebab awak dah rampas ciuman pertama saya, jadinya saya pun nak rampas jugak ciuman pertama awak " Bisik Alisya lembut di telinga kanan Darius.Langkah kakinya dibuka untuk beredar dari situ mahu mengambil wuduk. Ye la,nanti kalau lambat Darius tinggalkannya pulak solat sorang-sorang.
Darius terdiam. Terkejut ada, terkasima pun ada. Tidak menyangka Alisya akan mengucup bibirnya itu. Perlahan-lahan jari-jemarinya dibawa ke bibirnya yang menjadi tempat bibirnya dan bibir munggil Alisya bertemu.
***************************
"Assalamualaikum warrahmatullah " Salam diberi menandakan dirinya sudah selesai mendirikan solat. Badannya dipusingkan ke belakang sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Alisya. Namun hampa , apabila kelibat Alisya langsung tidak dilihatnya.
"Ke mana pulak kau pergi ni? Aish kau ni, asyik buat aku risau jer! " Desus Darius di hati.
"Alisya! Alisya! " Panggilnya.
"A.L.I.S.Y.A !! Tengku Alisya Riana binti Tengku Syahril Zafran!! " Kini nada suaranya lebih tinggi daripada sebelumnya. Dipanggil nama penuh isterinya itu setelah kelibat dan sahutan panggilannya tidak disambut oleh Alisya. Terus dibuka langkah meluru pergi ke dapur mininya cuba mencari kelibat Alisya yang sudah menghilangkan diri itu.
" Alisya! kau buat apa ni? " Soal Darius pelik apabila melihat Alisya sedang menyembur sesuatu pada badannya itu. Hidungnya kini dapat menghidu sesuatu yang berbau busuk.
" Saya sedang semburkan bau cinta saya pada awak laa, saya buat apa lagi. Biar hati awak tu dipenuhi dengan bau-bauan hangat cinta saya yang manis,yang bergula dan yang romantik ni, biar awak selalu fikirkan diri saya sorang jer " Tangannya kini tidak henti-henti menyemburkan perfume yang dipinjam daripada Bunga itu, berharap dengan wangian yang mencanak baunya mampu menggodakan dan mencairkan hati Darius.
" Bau busuk macam ni kau cakap wangian cinta? Bhahahahahahaha! Yang ni aku betul-betul terhibur ! Aduhh sakit perut aku sebab terlampau terhibur ni. Aduhh! " Gelak Darius sambil tangannya dibuat gaya lagak sedang memegang perutnya yang sakit. Dia tidak menyangka wangian cinta yang dikatakan oleh Alisya itu teruk bebernor baunya. Macam ni nak goda aku? Hmmm macam tak tergoda jer.
" Tak baik tau awak cakap macam tu. Perfume ni Bunga cakap dia beli dekat Australia tau. Takkanlah perfume dari luar negara yang mahal macam ni boleh bau busuk. Nama pun minyak wangi, mestilah wangi baunya! " Bidas Alisya cuba mempertahankan perfume yang dipinjam oleh Bunga itu. Tapi kalau diikutkan,memang betul-betul busuk bau minyak wangi ni. Dah macam bau minyak gamat.
" Hmmm,lantak kau lah. Aku just cakap benda yang betul, kalau kau tak nak percaya sudah " Ungkap Darius.
"Awak nak pergi mana tu? Kata nak ajar saya memasak. Awak! " Jerit Alisya apabila melihat Darius beredar dari situ meninggalkannya keseorangan di dapur mini itu.
"Kalau kau tak pergi mandi, hilangkan bau busuk badan kau tu, aku taknak ajar kau memasak. Titik! Full stop!! Understand my wife?! " Pesan Darius bernada serius, cuba memberi isyarat bahawa dia tidak main-main.
Alisya yang mendengar arahan Darius itu melepaskan keluhan kecil. Minyak wangi apelah yang Bunga bagi pinjam dekat aku ni? Bau dah macam minyak gamat adalah. Hishh, habis rosak plan aku!! Gerutu Alisya sendiri. Terus dibuka langkah kakinya menuju ke kamar mandi. Mandilah dah bau busuk macam minyak ubat ni takkan taknak mandi! Silap hari bulan, Darius tak ingin mengajarnya memasak pulak.
Share this novel