Bab 42.

Romance Completed 86682

Tiga bulan kemudian.

Buah pisang di tangannya dihulurkan kepada monyet-monyet di hadapannya itu. Tiga bulan tinggal di pulau tanpa siapa-siapa di sisi menjadikan dirinya berubah menjadi seorang pencinta alam semula jadi.

" Dah habis la, jadinya korang semua kena tunggu pokok pisang aku berbuah lagi yer " Alisya bercakap dengan monyet-monyet liar dihadapannya. Tiga bulan di sini, dia sudah menjadi lagak seperti tarzan. Bercakap dengan pokok, bercakap dengan laut. Maklumlah ingin bercakap dengan manusia, hanya dia sahaja yang ada di situ.

" Tengku Alisya Riana !! " Suara garau menyapa gegendang telinganya. Senyuman ceria terpancar di wajahnya, terus dibuka langkah berlari ke arah gerangan insan yang sangat dirinduinya itu.

" Papa !! " Alisya memeluk kemas papa kesayangannya melepaskan rindu di hati.

" Aduh !! Sakitnya papa. Kuatnya kamu peluk papa ni, aduhhh " Adu Tengku Shahril berpura-pura sakit kesan pelukan tiba-tiba daripada anaknya itu.

Alisya yang mendengar gurauan papanya mencebikkan bibir. Pelukan dilepaskan. Diambil tangan Tengku Shahril lalu disalaminya dan dicium sebagai tanda hormat.

" Kenapa papa tak datang minggu lepas? Papa cakap nak datang sini. Tup tup, tak nampak batang hidung pun " Rajuk Alisya sambil raut wajahnya dibuat sedih.

" Papa ada meeting tiba-tiba dengan client papa. Sorry tau sebab papa tak tunaikan janji papa nak datang hari tu. Maafkan papa ea " Tipu Tengku Shahril, sedangkan alasan yang sebenar dirinya tidak ke mari kerana menemani Darius melakukan rawatan penyakitnya itu.

" Alisya tak marah pun. Lagipun tunggu-menunggu ni dah sebati dah dalam jiwa Alisya " Ungkap Alisya dengan makna yang tersirat.

Tengku Shahril terdiam. Kata-kata Alisya sungguh mempunyai makna yang tersembunyi.

" Nah, pizza favourite kamu " Kotak pizza di tangannya diberikan kepada Alisya.

" Yum yum !! Sedapnyaa, dah lama tak makan pizza ni " Ungkap Alisya bernada ceria. Huluran papanya itu disambut. Terus dengan serta merta dia duduk di atas pasir pantai membuka bungkusan pizza yang lazat itu untuk dimakan.

" Papa suruh kamu balik KL kamu tak nak balik. Kalau kamu balik KL, tiap-tiap hari kamu dapat makan pizza tau " Leter Tengku Shahril kepada anaknya. Sudah puas hatinya memujuk Alisya pulang ke KL tapi langsung dibuat tidak endahnya.

" Darius yang penjarakan Alisya kat sini, so Darius la yang kena bebaskan Alisya. Sebab tu Alisya tak nak balik " Ungkap Alisya bersahaja.

Belum sempat Tengku Shahril ingin membidas ungkapan anaknya itu, tiba-tiba sahaja Alisya sudah menyuapkannya pizza ke dalam mulutnya.

" Dah makan, jangan banyak cakap. Okay papa? " Matanya dikenyitkan buat papanya. Cuba menghentikan topik Darius daripada terus menjadi perbualan hangat.

**********************

Ketukan pintu kedengaran dari luar. Perkataan masuk terpacul di bibirnya, namun langsung tidak menghentikan pergerakannya yang tekun sedang melukis.

" Boy, mommy buatkan sup ayam untuk boy hari ni. Jom makan " Pelukan di bahu diberikan pada Darius.

" Boy tak lapar. Lagipun boy belum siap melukis ni " Tangan Darius tidak henti melakukan aksi melukis di atas kertas putih.

Melissa tersenyum. Ditatap lukisan indah anak lelakinya itu.

" Kalau boy rindukan isteri boy, pergilah jumpa dia. Melukis wajahnya tak sama dengan menatap dan mencium wajah Tengku Alisya Riana yang cantik jelita ni " Lukisan gambaran seorang gadis yang tersenyum ceria disentuhnya. Cantik, puji Melissa di dalam hati.

Darius membatukan dirinya. Tiada balasan ingin diberikan buat ungkapan mommynya itu. Melissa yang melihat Darius tekun melukis tersenyum kecil.

" Kalau dah siap, nanti turun makan tau " Pesan Melissa sebelum langkah kakinya dibuka berlalu dari situ.

**********************

Rudy mengeluh kecil. Tidak tahan mendengar arahan Darius yang terlalu cerewet itu. Kamera di tangannya diletakkan di atas katil.

" Kau ni kan, kalau kau nak suruh aku tolong kau, jangan banyak songeh boleh tak? Kau ingat aku ni orang gaji kau ker? " Bebel Rudy.

" Alaa, kau tolonglah aku. Nanti, bila aku dah mati, dah tinggalkan dunia ni, kau dah tak payah dah tolong aku. Sebab Eric Darius Arrayan ni dah pun pergi buat selama-lamanya " Ungkap Darius bersahaja. Kemeja putih dibadannya diperbetulkan agar kelihatan kemas.

" Kau ni kan, boleh tak kalau kau jangan sebut pasal mati tu semua. Kau hidup lagi kan, so please jangan sebut benda yang bukan-bukan tu " Kamera dicapainya. Dengan perasaan sebal di hati, Rudy menuruti arahan Darius.

Darius berlagak selamba. Nafas ditarik dan dihembus sebelum mengeluarkan kata-kata.

" Assalamualaikum, saya Eric Darius Arrayan bin Abdullah ingin menyusun sepuluh jari saya untuk memohon maaf kepada sesiapa yang mengenali diri saya. Tiga bulan yang lalu, saya telah disahkan menghidapi penyakit dan saya mungkin akan pergi bila-bila masa sahaja. Buat isteri yang saya cintai, Tengku Alisya Riana, maafkan abang kerana telah penjarakan sayang. Maafkan abang kerana telah hadir dalam hidup sayang membawa seribu kedukaan buat sayang. Abang akan pergi tinggalkan dunia ni, hidup abang dah tak lama, sebab tu abang terpaksa buat semua ni. Abang tak mahu isteri abang yang sentiasa ceria dan gembira jadi sedih "

Belum sempat Darius meneruskan sesi luahan hatinya, Rudy terus menerpa ke arah sahabatnya itu.

" Kau boleh tak jangan cakap benda-benda yang negative macam ni. Kau bukan tuhan, yang boleh ramal masa depan kau " Omel Rudy. Pelukan erat diberikan kepada Darius.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience