Bab 73.

Romance Completed 86682

Alisya mencebikkan bibirnya. Matanya merenung tajam ke dalam anak mata hazel milik Darius. Bibirnya diketap geram, malahan hatinya juga berasa geram melihat tingkah-laku Darius ketika itu.

" Awak, boleh tak kalau awak makan tu jangan gelojoh sangat? Saya rasa tau, dah lebih sepuluh kali pipi awak tu comot dengan jem roti ni, dan lebih sepuluh kali jugak tangan saya ni tak henti-henti bersihkan pipi awak tu " Ungkap Alisya geram. Napkin yang berada ditangannya dibawa ke pipi milik Darius. Lalu disapu bekasan jem roti yang melekat itu.

Darius tersenyum. Bibirnya dimuncungkan manja, manakala matanya dikerdipkan beberapa kali, lagak seperti anak kecil meminta si ibu membersihkan diri untuknya. Dia hanya membiarkan Alisya mengesat kesan comot pada pipinya itu.

" Awak, saya cakap dengan awak ni " Omel Alisya apabila melihat Darius hanya berlagak bersahaja. Berasa sebal dihati, terus napkin ditangannya itu ditekan-tekan manja pada pipi Darius.

Darius membuat muka toya. Dia menongkat dagu melihat ke arah Alisya. Rasa seronok pula mengenakan isterinya itu. Lama dirinya membiarkan aksi Alisya yang menekan manja pipinya itu, terus tangan sasanya memegang lembut tangan milik Alisya.

Alisya terkejut, baru dia ingin membuka bicara, terlebih dahulu Darius memagut lembut bibir miliknya. Usai itu, tangannya yang masih berada dalam genggaman tangan milik Darius, telah dicium lembut oleh suaminya itu.

" Dulu-dulu kan, sayang pernah jugak buat aksi macam ni dekat abang. Sayang pura-pura comotkan pipi sayang dengan nasi, semata-mata untuk abang usap pipi sayang. So, tak salah kan, kalau abang ulangi perbuatan yang pernah sayang buat dekat abang dulu? " Matanya dilirikkan melihat anak mata milik isterinya itu bersama satu garis senyuman romantik.

Alisya berdeham kecil. Malu pula dirasakannya apabila Darius membangkitkan memori lama itu. Geli hatinya memikirkan bagaimana dirinya begitu bersungguh-sungguh memikat hati Darius dan akhirnya, cinta itu telah pun menjadi miliknya.

" I love you Tengku Alisya Riana " Tutur Darius bernada romantik.

" I love you too Eric Darius Arrayan " Balas pula Alisya.

Kedua-duanya saling berbalas pandang, meluahkan rasa hati yang terbuka dalam jiwa mereka.

" Jom, abang bawak sayang jalan-jalan. Kita teroka sikit bandar negeri Terengganu ni " Ajak Darius. Dirinya sudah bangkit, lalu dia menghulurkan tangannya meminta agar Alisya menyambut huluran tangannya itu.

Alisya tersenyum, dirinya turut bangkit berdiri disisi Darius. Huluran tangan milik Darius disambutnya, lalu dengan sedikit menjinjit kakinya, dia mencium lembut pipi milik Darius.

" Sayang? Auchh ! So sweet " Dicubit lembut dagu milik Alisya. Sungguh dirinya berasa terharu dengan ciuman yang diberikan oleh isterinya itu. Sudah lama dia tidak merasakan ciuman hangat daripada Alisya.

" Let's go my prince " Kenyitan mata dihadiahkan buat Darius. Kepalanya disandarkan pada bahu milik suaminya itu.

Darius mengangguk kecil. Diusap lembut ubun-ubun milik Alisya. Terus kedua-duanya melangkah beriringan menuju keluar daripada rooftop itu.

*******************************

Alisya meliar-liarkan kornea matanya, tingkap kereta diturunkan. Berasa pelik kenapa tiba-tiba Darius mengajaknya ke shopping mall di situ, terus dia melontarkan persoalan buat Darius.

" Awak cakap nak bawak saya bersiar-siar dekat Terengganu. Tapi, kenapa awak bawak saya dekat mall ni pulak? Saya tak ada mood la nak shopping ke apa " Bibirnya dicebikkan manja.

Darius tersenyum, dicubit lembut hidung milik isterinya itu.

" Abang nak beli barang kejap kat sini. Kalau sayang taknak ikut takpe la, sayang duduk je dalam kereta ni. Okay? " Cadang Darius.

" Tak okay. Saya nak ikut awak jugak. Saya taknak langsung berenggang dengan suami yang saya cinta ni. Mana tahu kan, dalam mall ni tetiba ada perempuan gatal nak mengorat awak ke apa kan? Better kalau saya ikut " Kenyitan mata dihadiahkan buat Darius.

" Mengorat? Sayang, abang ni tak hensem pun la. Siapa la yang nak mengorat abang. Tengok ni, dah la badan abang ni macam roti gardinea, siapalah yang nak mengorat abang kan " Ungkap Darius dengan nada seakan-akan merajuk. Kemeja putih yang tersarung pada tubuhnya itu dibuka butang ditengahnya, menyerlahkan six-pack miliknya itu.

Alisya terpempam. Matanya sudah terbeliak besar, berasa terkejut dengan aksi Darius yang selamba sahaja membuka butang kemeja yang tersarung pada tubuhnya itu. Terserlah ketulan-ketulan six-pack milik Darius, terus sahaja pipinya itu berona merah. Malu!

" Sayang..oo sayang, abang cakap dengan sayang ni " Tangan sasanya dilambai-lambaikan di depan muka Alisya.

Alisya menggit hujung lidahnya setelah dia tersedar daripada mengelamun atau lebih tepat tersedar daripada merenung six-pack milik Darius. Lambat-lambat dirinya bersuara.

" Awak ni kan, selamba jer awak buka butang baju kemeja awak tu. Awak nak tunjuk ke siapa haa awak punya batu-bata tu? Nak suruh satu malaysia ni tengok six-pack awak tu? " Omel Alisya tidak berpuas hati. Terus tangannya dibawa ke arah dada milik suaminya itu untuk membutangkan balik butang-butang yang dibuka oleh Darius.

" Alaa abang tunjuk dekat sayang je pun. Kenapa tergoda? " Aju Darius bersama satu sengihan nakal. Terus tangan milik Alisya dibawa menyentuh dadanya itu.

Alisya terkejut, serta-merta tangannya menampar lembut dada bidang milik Darius.

" Gatal ! " Jelingan mata dihadiahkan buat Darius. Melihat Darius tersengih miang macam ulat bulu, terus kakinya dibuka langkah menapak keluar daripada perut kereta. Tidak tahanlah dengan aksi Darius yang miang di siang hari. Fuhhh kus semangat!

Lima minit dirinya menunggu di luar kereta, berharap Darius akan menapak keluar daripada perut kereta, satu keluhan kecil dilepaskan, apabila Darius masih lagi berada di dalam kereta. Baru sahaja mulutnya ingin berbicara, automatik mulutnya itu terbuka luas, menunggu bila-bila masa sahaja lalat akan masuk bertandang menjadi tetamu.

" A..awak " Matanya terbeliak luas setelah melihat Darius mengenakan kaca mata hitam. Ditambah pula rambutnya yang disisir rapi, selepas itu mengenakan kemeja putih yang mempunyai tambahan warna hitam pada lengannya itu dan berseluar slek jeans hitam cukup menyerlahkan ketampanan wajah Darius ketika itu. Hensem nak mampus ! Kalau still pakai kot tuxedo itu, confirm lagi meletop kebaboom ketampanan wajah milik suaminya itu.

" So, camne? Hensem tak abang? " Soal Darius dengan membuat aksi lagak seperti seorang model ingin membuat photoshoot.

" Tak hensem ! " Jawab Alisya serta-merta, sedangkan dirinya ketika itu cuba untuk menghilangkan rasa gugup berhadapan dengan Darius. Entah, kalau di pulau biasanya Darius hanya memakai baju t-shirt, dan sekarang bila memakai baju kemeja, dirinya sedikit sebanyak seperti mahu dan mahu jatuh cinta buat kali kedua terhadap Darius.

" Okay " Sepatah kata dibalas oleh Darius. Tangannya dibawa menyeluk poket seluarnya yang cukup menyerlahkan lagi gaya machonya itu. Kaki dibuka langkah menapak ke arah pintu mall.

Alisya yang melihat gerak-geri Darius menjegilkan biji matanya. Langsung tidak menyangka, suaminya itu tidak menghulurkan tangan ke apa, untuk bersama-sama masuk ke dalam mall. Terus kakinya dibuka langkah berlari anak mengekori Darius.

" Wehh hensemnyaa "

" Kau tengok tu muka dia tu, aduhh muka macho gila weii !! "

" Ha'ah, lepastu dengan pakai spek mata hitam lagi, pakai baju kemeja pulak tu, lepastu dia lipat pulak hujung baju kemeja dia, lepastu nampak pulak urat-urat lengan sasa dia tu. Aduhhh tak tahan la aku. Rasa nak pergi tegur jerr "

Kedengaran suara-suara miang menyapa gegendang telinganya. Dilirikkan matanya melihat ke arah sekumpulan gadis yang tidak henti melihat Darius daripada atas sampai bawah. Mulutnya berdecit, terus langkah kakinya dibuka meluru ke arah Darius yang sudah berjalan dihadapannya itu.

" Abang...ololololo abang bucuk tayang intan payung ni " Cebikan manja dihadiahkan buat Darius. Tangannya memaut erat lengan sasa milik Darius.

Darius tergamam. Matanya dikerdipkan beberapa kali, tidak menyangka Alisya akan membuat gaya manjannya itu.

" Ooo, awak tak respond ea? Suka sangat la sebab ada perempuan lain tengok-tengok awak? Huhh?! " Omel Alisya mengetap gigi.

Darius pelik, dahinya berkerut tanda tidak mengerti dengan apa yang disampaikan oleh isterinya itu. Matanya diliarkan melihat ke arah sekeliling, terus satu sengihan terbit pada bibirnya.

" Jelous ea? Hmmm jelous ea? " Soal Darius.

" Saya tak jelous, buat apa saya nak jelous? Lagipun saya ni dah ada tempat dekat hati awak. Maklumlah saya ni kan ISTERI AWAK ! " Ditekan perkataan 'isteri awak', cuba untuk memberitahu kepada si gadis-gadis yang gatal nak mampus tu bahawa Darius adalah miliknya. Hashtags sudah berpunya yer teman-teman sekalian.

Gadis-gadis yang berada tidak jauh daripada Alisya dan Darius, berdecit. Hampa dirasakan oleh mereka, setelah jejaka hensem yang digosipkan itu sudah menjadi milik orang. Terus kesemua mereka mengorak langkah pergi menjauh daripada Alisya dan Darius.

" Dekat mall ni takda matahari. So tak silau, jadinya wahai Encik Darius, mari saya simpankan spek mata awak ni " Tangannya menanggalkan spek mata yang dipakai oleh Darius.

Darius terkedu, setelah itu senyuman manis dihadiahkan buat Alisya. Usai itu, terus tangan milik Alisya diraihnya, dipegang kemas seolah-olah tidak mahu dilepaskan.

Alisya tersenyum ceria. Ditepuk lembut dada milik suaminya itu, lalu dikenyitkan mata buat Darius.

" Jangan buat muka comel macam tu, kalau tak..abang drive kereta, kita balik hotel " Bisik Darius perlahan di cuping telinga milik Alisya.

" Gatal ! " Ungkap Alisya mencubit lembut perut milik Darius.

Darius mengadu kecil. Pegangan tangannya dan Alisya dikemaskan. Lalu kedua-duanya menapak pergi berjalan di mall itu, pergi mencari barang yang ingin dibeli oleh Darius. Barang apa, Alisya pun tak tahu. Dirinya hanya menuruti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience