Darius memegang erat tangan mulus milik Alisya. Wajah Alisya yang berada di sisinya dikerling, usai itu dirinya mengukir senyum, namun tidak lama selepas itu, perlahan-lahan senyuman itu mati. Langkah kakinya yang ingin menapak beredar daripada mall itu terhenti. Serentak itu dirinya dan Alisya berhenti di tengah-tengah laluan pintu keluar masuk mall.
Alisya mengerutkan dahinya. Aneh dirasakannya setelah tiba-tiba sahaja Darius memberhentikan aturan langkah.
" Kenapa awak? " Soal Alisya.
" Tak..tak..tak ada apa-apa. Cuma rasa macam, macam.." Tergagap-gagap dirinya ingin membuka kata. Entah lidahnya seakan-akan kejang untuk bergerak, namun dia tetap cuba untuk beriak seperti tiada apa-apa.
Alisya merenung wajah milik Darius. Tangannya diletakkan pada dahi Darius, cuba untuk memeriksa sama ada suaminya itu demam ker apa.
" Tak panas pun. Tapi kenapa awak berpeluh ni? " Soal Alisya lagi setelah melihat dahi Darius sudah merencip dengan peluh. Malahan seakan-akan dilihatnya seolah-olah dada bidang Darius ketika itu sedang berombak.
Darius memejam rapat kedua-dua matanya, giginya diketap kuat, cuba untuk melepaskan rasa sakit yang tiba-tiba menjengah di kepalanya. Senyuman manis sehabis mungkin diberikan kepada Alisya, cuba beriak seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
" Okay, 1,2,3 senyum "
Satu suara menyentakkan Alisya dan Darius. Pantas kedua-duanya berpaling melihat ke arah gerangan insan yang besuara itu.
" Awak buat apa ni? " Soal Alisya setelah melihat seorang remaja perempuan berdiri dihadapannya dengan memegang sebuah kamera polaroid.
Darius yang melihat karenah remaja perempuan itu hanya menyepi. Dikerlingkan kornea matanya melihat ke arah Alisya.
" Abang, nak..nak..ke tandas kejap " Gagap tutur katanya meminta pintaan. Pantas dia membuka langkah menapak pergi ke arah laluan tandas.
Alisya mengangguk kepala tanda mengerti. Hanya matanya sahaja menghantar pandang kelibat Darius yang sudah menapak ke arah tandas. Kalau diikutkan, sudah lima kali suaminya itu meminta izin untuk pergi ke tandas. Mungkin sakit perut kot? Tebak Alisya di dalam hati.
" Akak, dah siap " Si gadis remaja yang memegang kamera polaroid itu membuka kata. Dia mengatur langkah menuju menghampiri Alisya.
" Apa yang dah siap? Awak ni siapa ea? " Soal Alisya setelah melihat si gadis remaja itu seolah-olah mengenali dirinya pula. Matanya dilirikkan melihat ke arah penampilan si gadis itu. Memakai baju t-shirt dengan mempunyai corak kamera, ditangannya pula terdapat sebuah kamera polaroid dan dibahunya pula terdapat sebuah beg galas dengan design ikon kamera.
" Akak, gambar dah siap ni "
Suara si gadis remaja itu menghentikan lamunan Alisya. Matanya kini dialihkan melihat wajah si gadis itu, usai itu dikerlihkan pula melihat sekeping gambar polaroid yang berada ditangan si gadis remaja itu.
" Gambar akak dengan suami akak "
Kini, gambar itu sudah bertukar tangan. Alisya melihat foto polaroid itu dengan senyuman manis. Tak sangka, walaupun candid, Darius tetap masih nampak hensem. Tapi sedikit kecewa, setelah melihat di dalam gambar itu terselit seorang budak berdiri di tepi Darius. Hmmm merosakkan gambar jer budak ni. Monolognya di dalam hati.
" Sepuluh sen kak. Sepuluh sen " Pinta si gadis itu.
" Apa yang sepuluh sen? " Soal Alisya tanda tidak mengerti.
" Sepuluh sen untuk bayaran upah saya ambikkan gambar akak dengan suami akak "
Alisya yang mendengar penerangan daripada insan yang berada dihadapannya itu membuat mulutnya berbentuk ' o ' tanda mengerti. Usai itu dia bersuara.
" Dik, akak bukan taknak bayar sepuluh sen tu, cuma akak takda duit. Suami akak ada duit, tapi tu la, suami akak pergi tandas " Lemah lembut dirinya menutur kata buat si gadis remaja itu. Senyuman manis dihadiahkan buat remaja itu berharap remaja itu tidak akan memarahi dirinya.
" Ish mana boleh macam tu ! Orang dah ambik gambar dia, jadi kena la bayar dekat orang ! Nak sepuluh sen ! Nak sepuluh sen ! "
Si gadis remaja itu sudah menjerit-jerit meminta sepuluh sen. Alisya gugup, matanya melihat ke arah sekeliling, perasaan malu hadir dalam dirinya setelah melihat dia dan si gadis itu menjadi tumpuan orang ramai yang berada di mall itu.
" Emm, akak pergi mintak sepuluh sen dengan suami akak yer. Adik jangan la jerit-jerit macam ni. Tu, tengok tu, ramai orang tengok kita, tak malu ker? " Soal Alisya. Bahu si gadis itu diusap lembut cuba untuk menenangkan.
" Arghhhh ! Tak kira, nak sepuluh sen sekarang jugak!" Bentak si gadis tidak menghiraukan kata-kata Alisya.
Alisya buntu, tidak tahu ingin membuat apa, gugup dirasakannya setelah melihat si gadis itu semakin menjadi-jadi amukannya. Baru dia ingin berbicara kembali, terlihat ada seorang lelaki yang agak berusia datang menghampiri si gadis itu.
" Ena tak boleh macam ni. Ena tak boleh mengamuk macam ni, nanti kalau customer Ena lari taknak suruh Ena ambik gambar macam mana? Nanti, bankrupt perniagaan Ena ni " Kata-kata pujukan diberikan buat si gadis itu.
Alisya yang melihat hanya menyepi. Matanya sahaja melihat sesi pujuk-memujuk yang berlaku dihadapannya itu. Mungkin ayah dia kot? Tebak Alisya.
Lima minit sesi pujuk-memujuk itu berlasung, si gadis sudah berhenti amukannya, dan dia mara mendekati Alisya.
" Akak, gambar akak dengan suami akak tu bertiga tau. Orang cakap, kalau gambar bertiga, orang yang ada dekat tengah-tengah tu akan mati. Terima kasih daripada photographer Ena " Langkah kaki dibuka pergi meninggalkan Alisya.
Alisya tersentak, gugup dirasakannya setelah mendengar omongan si gadis remaja itu. Pantas sahaja matanya menilik kembali gambar polaroid itu. Terus hatinya berdetak laju, setelah menilik gambar itu, yang berada di tengah-tengah adalah suaminya.
" Maaf yer dik. Anak saya tu autism, jadi dia punya agresif tak boleh nak kawal " Ungkap lelaki yang memainkan peranan memujuk remaja yang mengamuk itu.
Alisya tersenyum tipis, kepalanya dianggukkan tanda mengerti.
Lelaki yang melihat anggukkan Alisya turut tersenyum membalas senyuman daripada Alisya. Dia kemudiannya beredar meninggalkan Alisya, ingin menuju ke arah anaknya pula yang entah sudah pergi ke mana.
Alisya merenung gambar itu dengan perasaan yang gementar. Kelu lidahnya untuk membuka kata. Ungkapan si gadis remaja itu berlegar-legar dalam fikirannya. Lama dia merenung gambar polaroid itu, terus dia menapak ke arah tong sampah. Gambar itu dibuangnya sekaligus cuba membuang perasaan gundah dalam hatinya.
" In Sya Allah, takda apa-apa. Jangan difikirkan sangat kata-kata tu. Huppp semangat Alisya! " Kata-kata positive dilontarkan pada dirinya sendiri. Cuba menempis segala pemikiran negatif itu. Takda siapa yang akan mati la !!
***************************
Darius mengetap gigi, peluh sudah merencip di dahinya. Urat-urat pada lehernya menegang, kerutan di dahinya berkerut seribu, seolah-olah rasa sakit itu semakin hari semakin perit untuk dirinya menanggung.
Pintu tandas dikuak kasar, matanya berpinar namun cepat-cepat sahaja dirinya cuba untuk menghalau rasa sakit itu daripada terus menyinggah otaknya ketika itu. Sampai sahaja di dalam toilet, dengan pantas dirinya menyeluk poket seluarnya. Botol ubat painkiller diambil lalu dibuka. Tanpa menunggu lama, terus dia menelan beberapa biji ubat painkiller itu.
" Arghhhhhhhhhhh !! " Teriak Darius setelah merasakan sakit itu semakin mencanak-canak menyerang kepalanya. Jikalau dulu, rasa sakit itu ibarat jarum halus yang mencucuk-cucuk kepalanya, tapi kini, rasa sakit itu ibarat pisau tajam yang mencucuk-cucuk tanpa henti otaknya ketika itu.
Dadanya sudah berombak kencang, berombak kerana begitu perit untuk dirinya menanggung rasa sakit kepalanya. Tanpa dia sedari, air mata kesakitan mula berjuraian membasahi pipi. Dia terduduk, lemah longlai dirasakannya.
" Ya Allah, hapuskanlah rasa sakit ini. Aku, aku ingin mengecapi kebahagian dengan isteriku " Rintih Darius sayu. Air mata kesakitan dan kedukaan tidak henti berjuraian membasahi pipinya.
Huhu sorry guys lama tk update :) Nash ada banyak tugsn work kena siapkan..huhu maaf yer semua. Selmat membaca :) Sikit jer lagi, novel penjara cinta akan temui penamatnya..huhu :)
Share this novel