Bab 17.

Romance Completed 86682

Selesai makan malam, Darius mengatur langkah menuju ke persisir pantai,ingin mententeramkan jiwanya itu.

Darius mendongak ke langit. Melihat bulan dan bintang yang berkelipan.Deruan ombak laut yang didengarinya menyebabkan rasa tenang dan nyaman hadir menjengah di hati.

"Ya Allah, perlu ke aku meneruskan perancangan aku? Perlu ke aku terus dan menerus menguncinya di dalam penjara yang aku ciptakan ini? Dia sudah berubah seperti apa yang aku inginkan, mengenal erti Islam dan mengenal siapa tuhan yang sebenar, tapi, jika aku tamatkan penjara ini dan bawaknya pulang ke Kuala Lumpur, macam mana pula dengan imannya? Mampukah dia beristikhamah di jalanmu ini? " Rintih Darius. Pelbagai persoalan muncul di benak fikirannya. Dia buntu, Alisya sudah berubah, tapi, mengapa dirinya masih ingin mengurung dan mengunci Alisya dalam penjara yang diciptanya itu?

Alisya melihat Darius termenung melihat bulan dan bintang. Senyuman nakal mula dipamerkan di wajahnya itu. Berharap rancangannya pada malam ini berhasil. Kata Bunga inilah salah satu cara nak pikat suami. Segala persiapan telah siap dia lakukan. Baju seksi yang dipakainya itu ditilik.

"Ni macam aku rela hati sangat nak serah diri jer" Gerutu Alisya seorang diri. Dia memakai baju tidur yang Bunga tolong belikan sewaktu Bunga ke pekan tempoh hari. Tapi tidak disangka sampai seksi begini sekali Bunga belikan untuknya. Arghh lantak dia la, seksi ke,serah diri ke, ada dia kisah? Dariuskan suaminya,dah halal pun kan!

"Abang! My hubby bucuk tayang, tadaa! " Sergah Alisya. Badannya itu dipusingkan berkali-kali, ingin memberitahu bahawa penampilannya pada malam itu sangat cantik dan seksi! Menggoda gitew!

Darius yang melihat penampilan Alisya itu berasa terkejut. Sedikit sebanyak, nafsu lelakinya itu mula menguasai diri. Mengenakan baju yang separas peha , jarang pulak tu. Tali halus baju yang dipakai Alisya itu menyebabkan bahunya terdedah, ditambah lagi dapat dilihat warna bra yang dipakai Alisya itu.
"Glup" Air liur ditelan, cuba menyedarkan dirinya, cuba dikawal nafsunya itu.

Alisya yang melihat Darius diam tidak berkutik itu mula membuka langkah pergi menuju kepadanya. Terus dipaut leher jinjang suaminya itu. Dijinjitkan kakinya cuba untuk berbisik di telinga Darius.

" So,macam mana? Abang tergoda tak? " Bisik Alisya perlahan. Suaranya dibuat sehabis lunak, cuba menggoda suaminya itu. Terus jari jemarinya mula bermain di dada bidang Darius. Rambutnya yang panjang ikal mayang dilepaskan. Disisir rambutnya menggunakan tangan cuba membangkitkan lagi aura keseksiannya.

Darius hanya diam. Cuba ditahan dan ditahan lagi perasaan bahayanya itu. Dia taknak tergoda dan dia taknak langsung menyentuh Alisya itu meskipun Alisya halal buatnya. Sebab? sebab dia tidak cintakan Alisya. Yer dia tidak cintakan isterinya itu! Terus dia membuka langkah pergi beredar dari situ.

Alisya yang melihat Darius pergi meninggalkannya berasa terkejut. Rasa sedih dan kecewa mula bertandang di hatinya. Takkan sampai begitu sekali Darius tidak mencintai dirinya? Takkan langsung Darius tidak tergoda melihat penampilannya yang seksi itu.

Esakan kecil keluar daripada bibirnya. Lututnya terasa lemah menyebabkan dia terduduk di atas pasir pantai. Hancur, remuk dan kecewa itu yang dia rasakan. Tapi, dia tidak boleh berputus asa! Darius suaminya! Dia mesti dan mesti membuatkan Darius jatuh cinta padanya! Semangat Alisya! Fighting!

****************************
Darius berasa tidak sedap hati. Teruk sangat ke perbuatannya menolak kemahuan Alisya itu? Arghh! Fikirannya buntu. Dia berjalan ke hulu ke hilir,entah apa yang difikirkannya sudah seperti cacing kepanasan gayanya.

"Aku tak boleh macam ni! Aku kena buat sesuatu" Desus Darius sendiri, terus dibuka langkah kakinya menuju kembali ke tempat dia dan Alisya bersinetron tadi.

"Alisya! Alisya ! " Teriaknya kuat. Rasa cemas mula dirasakan dirinya apabila Alisya tidak mengendahkan sahutannya itu.Terbuntang biji matanya apabila Alisya terus dan menerus berjalan menuju ke arah air laut. Sudah gilakah dia? Dia nak bunuh diri ker? Terus dia berlari menuju ke arah Alisya yang sudah separuh badannya ditenggelami air laut.

"Kau dah gila ker?! kau memang dah hilang akal?! kau memang tak sayang nyawa kau ker?! Kau tak takut dosa?! " Jerkah Darius sambil menggoncang bahu Alisya agar Alisya menyedari sikapnya yang berbahaya itu.

" Kau dah bisu?! kau takda mulut nak jawab soalan aku?! Jawablah ALISYA! " soal Darius menahan marah.
"Arghh! kenapa kau buat aku macam ni?! kenapa kau sentiasa buat aku rasa risau dan prihatin dekat kau?! kenapa Alisya?!" Luah Darius. Diramas kasar rambut dan wajahnya itu.

Alisya hanya diam. Cuba menghandam apa yang sedang berlaku. Wajahnya terpinga-pinga apabila tiba-tiba Darius datang meluru kepadanya,lepastu dirinya dimarahi pula.

" Awak dah kenapa? Kenapa awak tiba-tiba herdik saya pulak ni? Saya tak gila lagi nak bunuh diri! Sejahil saya pun,saya masih tahu la mana baik mana buruk,mana halal dan mana haram " Hembur Alisya. Rasa sebal menyebulungi dirinya apabila dia menyedari dirinya dituduh ingin bunuh diri. Hello Alisya yang dulu,bukan Alisya yang sekarang la!!

"Habistu,yang kau berjalan masuk ke dalam air laut macam orang hilang akal tu apa pulak? Aku panggil kau,kau tak sahut pun panggilan aku, kalau kau langsung tak ada niat cubaan nak bunuh diri,terus kau cuba buat apa haaa?! " Tanya Darius ingin mendengar penjelasan isterinya itu.

"Saya nak mandi. MANDI ! bukannya nak bunuh diri macam yang awak maksudkan tu " Jawab Alisya jujur. Sengaja ditekan perkataan mandi itu biar Darius tahu yang tuduhan Darius itu salah.

"Kau nak mandi? Hello, malam-malam macam ni kau nak mandi dekat tengah-tengah laut ni? Kau tak nampak ker tu ombak kuat macam tu,kau still nak mandi? Kerja orang gila jer la yang mandi, berenang dekat tengah-tengah laut malam-malam macam ni " Bebel Darius cuba menahan sabar. Dia punyalah risau macam nak tercabut jantungnya itu apabila melihat Alisya berkelakuan selamba menerjah masuk ke dalam air laut, tapi alih-alih dijawabnya dia nak mandi? What?!

"Memang saya gila pun. Saya gilakan cinta awak! Gilakan cinta dari suami saya sendiri! dan bila saya jadi gila, saya akan buat apa yang semampu daya dan kudrat yang saya ada untuk pikat hati awak! untuk curi hati awak yang keras macam batu tu! " Luah Alisya bersungguh-sungguh. Ni Alisya la, kalau dah ditanam azam ingin dipikat suaminya itu, memang tak akan terpadam dan terhapuslah azamnya itu! Lautan api sanggup dia renangi !

"Hmmm, lantak kaulah! Kau gila la sorang-sorang. Nanti aku suruh Mamat hantar kau dekat tanjung rambutan " Bidas Darius acuh tak acuh. Terus dibuka langkah mahu menuju ke darat semula.

" Gila saya ni awak tak perlu hantar ke tanjung rambutan, cukup awak hantar saya ke dalam hati awak confirm gila saya ni akan sembuh!! " Teriak Alisya meluahkan rasa di hati.

Darius hanya berlagak selamba. Cuba tidak mendengar teriakan Alisya itu.

Sebab Alisya la yang buat aksi macam nak bunuh diri tu,habis dia pun turut serta mandi air laut yang masin ni. Baru lima langkah kakinya berganjak pergi dari situ, terus Alisya merenjiskan air laut pada dirinya. Apalagi, bulatlah biji matanya melihat Alisya berani mati buat macam tu.

"Welkkk ! padam muka! wuuu buuuu ! " Ejek Alisya dengan melakukan aksi macam budak kecik.

Darius yang melihat ejakan Alisya itu berasa tidak puas hati. Terus dipercikkan balik air laut kepada Alisya membalas balik perbuatan isterinya itu.

Malam dan bintang menyaksikan adegan gurauan pasangan suami isteri itu. Mereka tertawa dan mereka tersenyum, betapa gembiranya diri mereka itu. Tapi, adakah cinta Darius akhirnya akan menjadi milik Alisya? Mampukah Alisya memikat dan mencuri hati batu suaminya itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience