Bab 81.

Romance Completed 86682

Baris ayat terakhir surah Yassin dibacanya. Walaupun dia buta akan huruf Al-Quran, tapi dia tetap mencuba untuk membaca surah Yassin buat suaminya dan dia membacanya dalam huruf rumi.

" Ya Allah..aku menadah tangan dengan sepenuh hatiku..aku mohon, engkau berikanlah kesembuhan untuk suamiku. Engkau pulihkan la suamiku seperti sedia kala. Aku..aku..tak mampu untuk kehilangan orang yang aku sayang. Dia adalah separuh nyawaku..seandainya engkau ingin mengambil nyawanya..maka aku mohon engkau cabutkan la juga nyawaku..kerana aku tak mampu untuk teruskan hidup tanpa dia di sisiku...Aku begitu menyayangi dirinya..aku begitu cintakan dirinya.. " Dia mengetap bibir, cuba untuk tidak meraung menangis di situ. Luahan yang dituturkan olehnya itu adalah ikhlas daripada lubuk hatinya.

" Alisya " Panggil Rudy setelah melihat isteri sahabatnya itu teresak menangis di lobi hospital. Pantas sahaja kakinya dibawa menapak ke arah Alisya.

Mamat dan Syaza yang berada di belakang Rudy turut membawa diri menuju ke arah Alisya.

" Alisya..Alisya.." Panggil Rudy lagi, setelah melihat Alisya hanya terbungkam teresak menangis.

Syaza yang seolah-olah memahami situasi yang dialami oleh Alisya, terus melabuhkan punggungnya bersebelahan Alisya. Dibawa Alisya ke dalam pelukannya, lalu diusap tubuh belakang Alisya cuba untuk menenangkan.

" Alisya..saya tahu, sekarang bukan masa yang sesuai untuk saya tambahkan lagi rasa sedih dalam hati awak. Tapi, nak tak nak, saya kena bagitahu. Saya tak boleh kalau nama sahabat baik saya terus dan terus nampak buruk di mata awak. Awak kena tahu kebenaran yang sebenar " Ungkap Rudy. Dia sudah berazam, kebenaran yang sebenar harus dirungkaikan.

Alisya melepaskan dakapan daripada Syaza. Pipinya yang kebasahan dengan air mata itu diseka. Matanya dilirikkan melihat ke arah Rudy, setelah itu beralih pula melihat ke arah susuk tubuh yang sudah lama tidak kelihatan itu.

" Mamat " Matanya tercatap pada Mamat. Senyuman hambar dihadiahkan pada Mamat.

" Maafkan Darius. Maafkan suami saya kalau dia telah menyebabkan awak dilanda kesusahan ke apa. Saya harap sepanjang awak dipecat oleh suami saya, awak dah dapat kerja baru dan.. " Belum sempat dia ingin meneruskan bicaranya, terlebih dahulu matanya melihat Mamat tiba-tiba sahaja melutut dihadapannya.

" Bukan bos yang patut mintak maaf dan Cik Alisya pun tak perlu nak mintak maaf dekat saya. Yang perlu meminta maaf adalah diri saya dan juga Bunga "

" Apa maksud awak ni Mamat? Saya tak faham " Aju Alisya meminta penjelasan.

" Tiga bulan yang lepas, bos tak pernah pecat saya dengan Bunga. Bos tak pernah larang saya datang ke pulau. Saya ditipu Cik Alisya. Saya ditipu.. Bunga, Bunga dia tipu saya. Dia tipu saya hidup-hidup. Dia cakap, yang bos akan pecat saya kalau saya pergi pulau dan kalau saya call bos nak tanya pasal larangan ni, bos akan pecat saya. Sebab tu saya tak pergi pulau, jenguk Cik Alisya ke apa. Tapi, hakikatnya bos up kan gaji saya untuk tengok-tengokkan Cik Alisya dekat Pulau Rawa tu sepanjang bos tak balik sana. Bunga jahat Cik Alisya..saya teraniaya oleh dia dan saya tak tahu apa lagi yang Bunga cakap pasal bos dekat Cik Alisya. Tapi percayalah, Bunga yang jahat. Bos tak pernah jahat dekat diri saya dan pasal mak Bunga..mak Bunga masih hidup. Mak Bunga masih hidup Cik Alisya. Mak Bunga tak mati lagi "

Terbeliak luas biji matanya setelah mendengar omongan daripada Mamat. Sulit untuk dirinya percaya, tapi itu la hakikat yang dia harus terima. Orang yang dia begitu percayai telah mengkhianatinya dan telah berbuat jahat pada dirinya dan suaminya.

Allahu! Besar sungguh kesilapanku terhadap suamiku. Aku lebih percayakan orang luar daripada suamiku sendiri dan aku..dan aku percaya semua yang diberitahu oleh Bunga tanpa apa-apa bukti. Ya Allah, berdosanya aku.

" Jangan cakap selepas Encik Darius batalkan pasal rancangan candle light dinner tu, Encik Darius terus tak balik pulau selama tiga bulan? " Soal Syaza yang daripada tadi hanya menyepi. Matanya dikerlihkan melihat ke arah Rudy.

" Candle light dinner? " Soal Alisya pada perempuan yang berada di sisinya itu. Name tag nama bertulis Syaza dibacanya. Nampak macam setiausaha Darius jer. Tebaknya.

" Yup saya setiausaha Encik Darius. Nama saya Syaza" Ungkap Syaza seolah mampu menebak apa yang difikirkan oleh Alisya. Usai itu, terus dia bersuara kembali.

" Pasal candle light dinner tu, dulu ada sekali Encik Darius suruh saya buat tempahan. Tempahan bunga la, macam-macam lagi la. Lepastu masa tu, Encik Darius memang beria-ria nak jadi romantik. Lepas tu pulak, saya tak tahu apa masalah Encik Darius tiba-tiba masa hari nak buat candle light dinner tu, Encik Darius suruh cancel "

" Darius suruh cancel sebab pada hari tu, Darius dapat tahu pasal penyakit dia. Untuk pengetahuan awak Alisya, sepanjang Darius tak balik pulau, Darius dapatkan treatment untuk rawatan barah otak dia tu dan sepanjang tu jugak la Darius selalu termenung mungkin sebab dia masih terkejut dengan berita pasal penyakit dia tu, dan pada masa tu jugak, Darius selalu lukis gambar-gambar awak. Kalau awak balik KL nanti, pasti awak akan nampak gambar-gambar awak, yang dia lukis hasil daripada gambar yang dia curi-curi ambik sepanjang awak dengan dia spend time together dekat pulau tu, dan masa tu jugak Darius selalu cakap pasal kematian, dan dia ada suruh saya rakam video luahan hati dia tentang cinta dia pada diri awak. Kejap saya ada video Darius yang saya rakam dan saya sempat transfer dalam google drive saya. Kejap tau " Poketnya diseluk, iphone nya dibawa keluar. Setelah itu dia menghulurkan telefonnya itu kepada Alisya.

Alisya terdiam. Video berdurasi lima minit lebih itu dilihatnya. Jelas terpancar kekusutan Darius pada ketika itu. Rupa-rupanya Darius tak balik pulau, semuanya disebabkan penyakit barah otak tu... Ya Allah, kenapa engkau menguji diri suamiku sampai sebegitu sekali? Kenapa Ya Allah? Matanya berkaca-kaca sejajar dengan rasa hatinya ketika itu.

" Puan Alisya, doktor ingin berjumpa dengan puan "

Serentak itu kesemuanya menoleh ke arah nurse yang bersuara itu. Debaran di hati rancak berdetak, bayangan yang bukan-bukan ringan sahaja hadir bertandang dalam benak fikiran ketiga-tiga insan yang berada di situ. Terus kesemuanya melangkah mengekori nurse itu.

***************************************

Darius yang sudah sedarkan diri membuang pandang melihat ke atas. Alunan kipas syiling mengeluarkan rasa angin itu didengarinya. Keluhan kecil terbit pada bibirnya. Lama dia menatap kipas syiling itu, perlahan-lahan setitis demi setitis air mata tumpah mengalir keluar daripada empangan mutiara jernih itu. Perbualan dirinya bersama dengan si doktor berlagu bermain dalam fikirannya.

" Encik Darius..sukar untuk saya ungkapkan dan saya harap Encik boleh terima semua ni dengan hati yang terbuka. Sesungguhnya tiada apa yang kita mampu buat selain daripada berdoa, berusaha dan bertawakkal dalam mengubati penyakit yang dihidapi oleh Encik Darius "

Dia yang mendengar ungkapan daripada si doktor cuba untuk berlagak tenang. Senyuman manis bercampur hambar dihadiahkan buat si doktor.

" Encik Darius..your diease is progressing faster than I anticipated and you need to.. " Belum sempat si doktor ingin mengungkapkan kata-kata, terlebih dahulu Darius pantas memintas percakapan si doktor.

" Please.. please prescribe a great painkiller to numb the pain. So that..no one can tell that I'm DYING " Tuturnya bersahaja. Raut wajahnya cuba dikawal, cuba untuk berpura-pura kuat. Walaupun pada ketika itu dia sudah berasa bahawa dirinya sudah tiada harapan. Harapan untuk dirinya mengecapi bahagia bersama insan-insan yang dia cinta. Alisya, mommy, papa dan Rudy dan juga mungkin bakal anaknya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience