Bab 11.

Romance Completed 86682

Darius mengerling jam di tangannya. Matanya meliar mencari ke mana gerangan insan yang ditunggunya itu masih lagi tidak munculkan diri.Keluhan kecil dilepaskan. Terasa dirinya dipermainkan pula.

"Maaf papa lambat. Jalan jem tadi masa papa on the way ke sini " Jelas Tengku Syahril cuba memberitahu sebab dia lambat ke sini. Terus diambil tempat duduk berhadapan menantunya itu.

Darius hanya diam. Tiada rasa ingin memulakan perbualan. Entah memori dulu masih lagi segar di ingatannya. Betapa kejam dan tidak berperikemanusian insan durjana di hadapannya itu merangkap bapa tiri dan bapa mertuanya. Air nescafe latte dihirup cuba untuk meredakan gelokan rasa marah di jiwa.

"Papa mintak maaf. Papa sangat-sangat mintak maaf Darius. Papa, dah insaf, papa dah tahu segalanya dan papa amat menyesali akan apa yang telah berlaku. Papa kejam. Papa tak pernah cuba beri ruang kepada arwah mama untuk jelaskan hal yang sebenar dan kini, papa dah tahu semuanya. Maafkan papa Darius " Luah Tengku Syahril dengan nada penuh kemaafan. Dia akui dirinya bersalah, dirinya terlalu mengikut rasa dendam di hati. Tangan Darius cuba diraih namun Darius pantas menepis.

" Kau tak perlu nak mintak maaf dengan aku. Orang yang selayaknya mendengar ungkapan maaf daripada mulut kau adalah arwah mama. Maaf kau tu dah terlambat, mama dah takda, mama dah pergi dari hidup ni. You know what,apa yang aku rasa aku tak boleh nak maafkan kau? aku tak boleh nak maafkan kau bila aku tahu kau la penyebab mama kemalangan. Kau yang merancang semua kemalangan ngeri lima tahun yang lepas. Kau kejam! Kau sanggup bunuh wanita yang pernah ada di hati kau hanya kerana harta duniawi!! dan kau didik anak perempuan kau jadi seperti kau! taksub, obses dengan harta dunia ni!! kalau mama hidup dan mama tengok Alisya anak perempuan dia jadi manusia yang tidak kenal erti Islam, aku dapat rasakan, betapa remuk dan hancurnya hati mama sebagai seorang ibu!! kau jahat! kau setan! maaf kau tu langsung tak mampu nak sembuhkan luka di hati aku! maaf kau tu tak mampu padamkan semua memori hitam itu!! " Hembur Darius meluahkan apa yang dirasanya selama ini. Air matanya tumpah apabila dirinya mengenangkan setiap memori hitam itu. Sakit, perit, yer dia rasa semua itu. Sebab itu dia tidak mampu untuk memaafkan insan yang berada di hadapannya itu. Dibuka langkah kakinya beredar dari situ.

"Maafkan papa Darius, maafkan papa boy, papa dah menyesal " laungnya dengan harapan Darius berpaling, namun hampa apabila Darius tetap meneruskan langkah kakinya beredar dari situ.

Dia menyesal,dia akui dirinya sungguh kejam. Disebabkan dia mempercayai berita-berita palsu yang kononnya bekas isterinya menikam belakangnya yang cuba menghancurkan perniagaannya, dia telah melakukan kesilapan yang besar. Syarifah yang dia sayang,yang dia cinta dengan sepenuh hati terluka kerananya. Cerai dan menghalaunya keluar dari rumahnya dua puluh empat tahun yang lalu tanpa apa-apa persiapan,tanpa apa-apa harta,hanya sehelai sepinggang. Tidak cukup itu, dia melarang bekas isterinya itu melihat dan melawat Alisya dengan kuasa pangkat Dato nya. Kejamnya dia! Dan yang lagi kejam apabila dialah dalang peristiwa kemalangan ngeri yang meragut nyawa isterinya itu lima tahun lalu. Allahu, macam mana dia ingin menceritakan kisah sebenar ini kepada Alisya? Fikirannya buntu.

************************
Alisya melihat kembali buku-buku yang dihadiahkan Darius kepadanya itu. Dipandang buku-buku itu dengan satu perasaan yang aneh, hatinya sebak setiap kali membaca bait-bait tajuk buku-buku itu. Mampukah dia menjadi seperti itu? Muslimah sejati? Isteri solehah? Kenali indahnya Islam? Air mata membasahi pipinya. Adakah ini hidayah yang diberikan oleh Allah kepadanya?

Bunga yang melihat kelakuan isteri majikannya itu tersenyum kecil. Hatinya berdetik bahawa masa itu sudah tiba. Alisya akan berubah menjadi yang lebih baik. Melihat Alisya mula teresak-esak menangis,terus dibuka langkah kakinya meluru ke arah Alisya. Dibawa tubuh Alisya ke dalam pelukannya.Diusap lembut belakang Alisya cuba menenangkan isteri bosnya itu.

"Saya banyak dosa. Saya tidak layak digelar wanita Islam Bunga. Saban hari, saya selalu meneguk arak, saya berfoya,saya berclubing, saya tak pernah solat, saya tak pandai mengaji, saya tidak tahu apa-apa tentang Islam. Jiwa saya kosong. Saya bukan hambanya yang baik. Saya jahat Bunga. Layak lagi ker syurga untuk saya? Layak ker Bunga? Layak ker? " Luah Alisya berserta esakan tangisnya. Dia kotor, dia jijik mengenangkan gaya hidup dia yang konon-kononnya budak bandar itu. Memang patut Darius menghukumnya. Memang patut Darius menciptakan penjara buatnya. Aku redha Ya Allah, jika ini jalan untuk aku kembali semula kepadaMu, rintihnya sayu.

"Shuhhhh, Cik Alisya tak patut cakap macam ni. Allah itu maha Pengasih, maha Penyayang, Allah tidak kejam . Allah akan maafkan hambanya yang betul-betul ingin bertaubat,yang betul-betul menyesal akan setiap kesalahan yang dilakukan hambanya pada masa lalu. Jadinya, Cik Alisya jangan fikir bukan-bukan yer " Pujuk Bunga dengan nada yang lembut. Tersentuh hatinya mendengar setiap tutur bicara Alisya yang sememangnya betul-betul menyesal.

Alisya hanya mengangguk kecil. Lega rasanya apabila Bunga berkata sebegitu.

"Dah, jom ikut Bunga solat. Waktu asar dah masuk tadi " Ajak Bunga. Tangannya mengesat air mata di pipi Alisya. Sebenarnya dari tadi niat dia ingin mengajak Alisya turut serta solat zuhur,tapi dia tidak berani dan takut Alisya menolak. Tapi, kali ini dia berani dan dia yakin Alisya tidak akan menolak ajakannya.

Alisya yang mendengar ajakan Bunga rasa terkasima. Tidak tahu ingin memberi respon apa, dia tidak tahu macam mana nak solat, bacaan pun dia tidak tahu.

Bunga yang seakan tahu apa yang difikirkan Alisya mula bersuara
"Cik Alisya jangan risau, saya kan ada. Saya akan ajar Cik Alisya macam mana nak solat, dan bab-bab lain yang Cik Alisya perlu tahu. Sementara kita tunggu Encik Darius balik sini, baik kita gunakan masa yang ada dengan berkongsi dan menuntut ilmu agama ni kan.Jom Cik Alisya " Ajak Bunga berserta senyuman manis dihadiahkan kepada Alisya. Disebabkan bosnya itu ada urusan dan tak balik sini selama seminggu, lebih baik dia berkongsi ilmu dekat Alisya, masa pun diisi dengan benda yang lebih baik. Gerutunya di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience