" Semua sekali berapa? " Soal Mak Cik Salmah. Mendengar jawapan daripada cashier di hadapannya itu, terus duit seratus ringgit dihulurkan.
" Untunglah orang tu kan, duit jatuh dari kayangan, beli beras, beli gula, ehh macam-macam la yang dibelinya " Perli Kalsom kepada Salmah.
Kalsom merupakan ketua untuk membawangkan pasal Salmah dan Bunga. Ye la, mana tak dibawangnya, Salmah dan Bunga tu bukannya orang senang, mati suami pulak tu. Tiba-tiba berduit bagai, sedangkan anaknya, Bunga tu terperuk dekat rumah jer. Mestilah nampak pelik. Fikir Kalsom sendiri.
" Tu la kan, orang dah ada duit sekarang. Kau tengok la tu, tongkat yang dia guna pun tongkat baru tau " Sampuk pula Melur cuba menambah perisa.
" Eh eh eh, tapi kan, aku dengar, anak dia tu dah lama tanam anggur kat rumah. Duduk termenung jer dekat jendela rumah kayu dia tu. Tapi, kalau tanam anggur kan, dari mana la agak-agaknya orang tu dapat duit kan " Kini Timah pula menyampuk cuba menghangatkan lagi situasi.
Salmah yang mendengar sindiran daripada mulut-mulut mak cik bawang itu beristighfar di dalam hati. Senyuman manis diberikan cuba untuk tidak bertengkar.
" Kalau saya beli barang-barang dapur ni semua, ada saya guna duit kamu semua ker? Takda kan " Bidas Salmah pulak.
" Ehh, yang kau tu Salmah, tiba-tiba menyampuk perbualan kami ni dah kenapa? Ada ke kami semua ni sebut nama engkau? Ada ker?! Takda kan !! " Bidas Melur sambil mencebikkan bibirnya. Rasa menyampak pulak melihat Salmah ni.
Kalsom dan Timah masing-masing menganggukkan kepala, mengiakan bidasan sahabatnya itu.
" Bak kata pepatah la kan, siapa makan cili dia yang rasa pedas !! " Hembur ketiga-tiga mereka serentak terhadap Salmah.
" Bila-bila, kalau kau tak nak orang cakap buruk pasal kau, baik kau jaga elok-elok anak kau tu. Bertudung bagai, entah kerja apa yang anak kau tu buat kau pun tak tahu kan?!! Tetiba ada duit banyak, wahh kayangannya hidup kau dua beranak kan !! " Tempelak Kalsom sinis yang sememangnya juara anugerah mak cik bawang di kampungnya itu.
Belum sempat Salmah ingin membidas, ketiga-tiga mulut longkang itu telah berlalu pergi meninggalkan dirinya. Perasaan marah meluap di dalam hati, belum sempat cashier di kaunter ingin memulangkan duit baki, terus dia membuka langkah pulang ke rumah. Dia mesti meminta penjelasan semua ni daripada Bunga kerana perlian daripada Kalsom dengan geng-geng mak cik bawangnya itu ada benarnya.
****************************
Bunga mendongak ke arah langit. Kilauan cahaya sang mentari langsung tidak menghentikan aksinya melihat beberapa ekor burung layang-layang berterbangan di langit biru itu.
" Bunga !! Bunga !! " Laung Mak Cik Salmah memanggil anaknya.
Bunga yang terkejut dengan laungan maknya itu cepat-cepat membuka langkah pergi menuruni tangga menuju ke arah maknya.
" Mak ni dah kenapa? Salam tak diberi, lepastu tiba-tiba jerit nama Bunga ni dah kenapa? Kalau yer pun nak panggil Bunga, janganlah panggil dekat tengah-tengah jalan tu ha, masuk la dulu dalam rumah ke apa. Malu la Bunga ni mak " Omel Bunga yang langsung tidak berpuas hati dengan perlakuan emaknya itu.
" Kau tahu malu, habis tu, kau ingat muka aku ni tak reti malu ker? Kau tahu tak, semua orang kampung duk bercakap pasal kita berdua. Pasal duit dari kayangan semua ni. Kau tahu tak Bunga?! " Soal Mak Cik Salmah. Wajahnya sudah lagak seperti harimau kelaparan.
" Tak tahu, dan Bunga tak nak langsung ambik tahu " Jawab Bunga selamba. Langkah kaki dibuka mahu beredar dari situ. Tidak tahan la nak menghadap bebelan maknya itu.
Belum sempat dia ingin membuka langkah, Mak Cik Salmah terlebih dahulu memukul kaki anaknya itu menggunakan tongkat.
" Sakitlah mak !! " Adu Bunga sebal.
" Tahu pun sakit, ni aku ni dah sakit hati tengok muka kau. Kau ni kerja apa? Duit banyak-banyak yang kau beri dekat aku ni, kau dapat dari mana? Bagi tahu aku !! Bagi tahu !! " Jerkah Mak Cik Salmah. Dadanya sudah berombak berapi menahan sabar.
Bunga yang melihat emaknya sudah meruap-ruap dengan api kemarahan menelan air liur. Ingin membuka mulut untuk bersuara, tapi entah tiba-tiba suaranya itu tersekat pulak di kerokongnya, mungkin kerana rasa takut teramat mendengar jerkahan emaknya itu.
" Kenapa kau diam?! Sebab kau tak kerja kan?! Sebab kau dapat duit semuanya dari sumber yang haram kan?!! " Tempelak Mak Cik Salmah. Sudah tiga bulan lebih Bunga terperuk di rumah, tapi duit gaji Bunga still lagi masuk ke dalam akaun bank. Siapa yang tak curiga kan? Duit yang masuk bukannya sikit, tapi banyak pulak tu.
" Apa ni mak, main tuduh-tuduh Bunga pulak. Bunga kerja la, cuma Bunga kerja dari rumah " Dalih Bunga cuba menyembunyikan hal yang sebenar. Wajahnya dibawa ke bawah, tidak sanggup melihat wajah emaknya yang sudah seperti gunung berapi itu.
" Kerja dari rumah? Kerja apa yang kau buat dari rumah tu Bunga oi?!! Kalau kau berniaga online tak ada pulak barang-barang yang kau nak kena hantar ke pejabat pos apa. Berniaga apa kau ni?! " Lengan anaknya itu ditarik kasar, agar melihat wajahnya.
" Berniaga DOA !! Bunga duduk dekat rumah, Bunga selalu doakan isteri bos Bunga yang kena tinggal dekat pulau tu. So, itu la kerja Bunga !! Jawab Bunga selamba.
" Berniaga doa?!! Kau ni ikut ajaran sesat mana pulak ni?!! Berniaga doa apa kau ni Bunga?!! " Dicucuk jari telunjuknya itu ke bahu Bunga meminta penjelasan daripada Bunga tentang ungkapan berniaga doa itu.
" Bunga cakap, yang Bunga berniaga doa !! Bos Bunga suruh tengokkan bini dia dekat Pulau Rawa tu. Tapi Bunga malaslah, kat pulau tu bukannya ada apa-apa pun. Bukannya ada Encik Darius pun kat situ, yang ada cuma Cik Alisya yang sudah meroyan, melalak, meraung, meratap menunggu suami yang langsung tak cintakan dia tu, datang ambik dia. Eee menyampah pulak !! " Hembur Bunga yang sudah lama menyimpan perasaan dendam dan tidak puas hati terhadap Alisya. Sengaja dia membuat cerita pada Alisya bahawa emaknya perlukan dirinya, padahal dia yang memang dah lama ingin bebas daripada pulau tu.
Mak Cik Salmah yang mendengar hemburan Bunga terbeliak biji matanya. Sungguh dia berasa terkejut dengan bait-bait kata yang keluar daripada mulut anak perempuannya itu. Bait-bait kata yang penuh dengan rasa dengki terhadap isteri Encik Darius.
" Bunga !! Kau ni dah kenapa?! Sanggup kau cakap macam tu !! Sanggup kau terima duit gaji kau, tapi kau tak jalankan amanah bos kau. Ya Allah, kenapa kau boleh berubah jadi jahat macam ni?! Mana Bunga yang aku kenal, yang baik orangnya. Mana?!! " Dia terduduk. Langsung tidak menyangka Bunga tega menyuapkannya makan dengan hasil yang haram.
" Siapa cakap Bunga tak jalankan amanah? Bunga jalankan amanah oky !! Bunga doa pada tuhan, biar tuhan jagakan Cik Alisya dalam lindungan dia. Tu pun dah dikira amanah la mak !! " Bidas Bunga masih tetap dengan pendiriannya. Hati dia sudah lama bersabar melayan karenah Alisya yang mengada-ngada tu. Cukuplah dia menjadi talam dua muka selama ini.
Mak Cik Salmah yang terkejut dengan ungkapan anaknya yang seolah-olah memutar belitkan agama Islam, terus menampar kuat pipi Bunga.
" Aku besarkan kau dengan didikan agama. Aku terapkan nilai-nilai agama Islam dalam diri kau. Sungguh aku tak sangka, kau sanggup ungkapkan perkataan berniaga doa tu !! Sanggup kau suapkan aku dengan rezeki yang haram ni !! Aku menyesal lahirkan kau Bunga !! Aku menyesal sebab terlalu percayakan kau, menyesal sebab terlalu anggap kau ni anak yang baik, tapi rupanya tak !! Aku kecewa dengan kau !! " Hembur Mak Cik Salmah meluahkan rasa kecewa di hati.
Bunga yang mendengar hemburan emaknya hanya tersenyum nipis. Diusap lembut pipinya yang sudah berbekas telapak tangan emaknya itu.
" Rezeki haram? Mak, Bunga dah jalankan amanah Bunga tau, Bunga dah doakan keselamatan bini bos Bunga dekat pulau tu. Apa yang haramnya?!! Bunga pun dah siap pesan dekat Mamat suruh doakan jugak untuk Alisya tu !! Bunga pun dah siap buat pahala lebih lagi tau, Bunga suruh Mamat tak payah pergi kerja, suruh dia rehatkan diri dekat rumah, tapi duit gaji still masuk. See !! Bunga siap buat pahala tambahan lagi la mak !! " Tengking Bunga yang masih tetap ingin mempertahankan pendiriannya itu.
Puas hatinya memikirkan kejadian di mana dia sengaja membuat cerita palsu pada Alisya, bahawa Darius telah memecat dirinya dan Mamat. Ditabur fitnah tentang Darius kepada Alisya, bahawa motif Darius memecat dirinya dan Mamat kerana ingin menyeksa dan mendera Alisya di pulau. Dia juga yang memberitahu kepada Mamat bahawa bosnya itu melarang Mamat untuk pergi ke pulau menjenguk Alisya dan jika Mamat ingkar serta merta Darius akan memecat Mamat. Ugutan itulah yang menyebabkan Mamat akur, tunduk akan arahannya itu.
Sengaja dia menciptakan penipuan ini, dia ingin melihat Alisya terkapai-kapai keseorangan di Pulau Rawa terpencil itu.Senyuman sinis terpancar di wajahnya. Dia yakin, kalau Darius datang ke pulau sekali pun, pasti bosnya itu, sudah mendapat tempat api kebencian di hati Alisya.
" Kau cakap tu kebaikan?!! Bunga !! Apa yang kebaikannya?!! Kau tak jalankan amanah, lepastu kau heret sekali Mamat ikut kau tak jalankan amanah bos kau tu!! Tu namanya kebaikan?!! Kau sedar tak, yang kau tu dah makan gaji buta!! Kau sedar tak, bila kau tinggalkan bini bos kau tu, bahaya bila-bila masa akan datang dekat dia. Pulau Rawa tu, pulau yang orang lain langsung tak pergi tau. Lebih-lebih lagi, pulau hak persendirian bos kau. Memang tak ada orang la yang akan pergi. Kau tak takut kalau bini bos kau tu mati kelaparan ke apa?! Kau tak takut?!!! " Tengking Mak Cik Salmah.
" Buat apa nak takut? Lagi happy adalah. Baguslah kalau dia mati. Boleh la Bunga dapatkan kembali cinta pertama Bunga " Ungkap Bunga selamba.
" Dah la, Bunga nak naik atas. Nak sapu ubat dekat pipi Bunga ni, lepastu nak sapu ubat jugak dekat telinga Bunga yang dah bernanah dengar suara mak yang asyik duk cakap pasal Alisya tu. Pot pet pot pet, dah macam itik bunyinya tau tak?!! " Jelingan dan senyuman sinis dihadiahkan kepada emaknya yang masih terbungkam dengan ungkapannya tadi.
" Hishhh !! Dia ingat dia tu cantik sangat ker, sampai dua jejaka nak datang dekat dia?!! Eeee geramnya aku !! " Ungkapnya lagi melayan godaan iblis yang seronok mengapikan-apikan dirinya agar terus berdendam terhadap Alisya.
" Oh yer, sebelum Bunga terlupa, duit yang Bunga bagi tadi tu, kalau mak rasa duit tu haram, sila pulangkan balik dekat Bunga yer. Termasuk duit yang Bunga bagi dekat mak sebelum-sebelum ni. Duit tu hasil daripada Bunga berniaga doa tau mak. Maklumlah haramkann.." Perli Bunga sinis. Bibirnya dicebikkan ke arah raut wajah tua emaknya itu.Terus dibuka langkah kaki beredar dari situ. Panas, itu yang dia rasakan.
Mak Cik Salmah menghantar pandang kelibat Bunga yang sudah masuk ke dalam rumah. Hatinya sebak, matanya berkaca-kaca. Sungguh dia tidak pernah menyangka anaknya berubah menjadi seperti orang yang hilang pertimbangan agama. Apa yang didendam sangat terhadap isteri bosnya itu? Apa Bunga?! Desusnya di dalam hati.
Share this novel