Salmah meliarkan matanya ke segenap ruang lobi hospital itu. Lenguh sudah tulang belakangnya itu menunggu insan yang ditungguinya itu masih tidak munculkan diri.
Nurse-nurse yang berada disitu berbisik sesama sendiri setelah melihat Salmah masih tidak pulang ke rumah sejak daripada pagi tadi dia datang ke hospital itu.
" Kau tengok mak cik tu, kesian dia wei. Agak-agak dia tunggu siapa ea? Aku tengok sejak pagi tadi tau dia menunggu macam ada orang nak ambik dia " Ungkap seorang nurse yang berada disitu.
" Tu la, aku perasaan macam tu jugak. Kalau azan zuhur ker, asar ker, dia pergi surau. Lepastu datang balik sini, macam tengah tunggu seseorang " Tutur seorang nurse satu lagi yang turut berada disitu.
Doktor Juwita yang sedang bersiap untuk pulang ke rumah melirikkan matanya melihat ke arah mak cik yang dibicarakan oleh nurse-nurse disitu. Tidak tahan melihat wajah sugul mak cik itu, terus langkah kaki dibuka menapak ke arah Salmah.
" Mak Cik okay? Dah petang ni, mak cik tunggu anak mak cik ea? " Lembut tutur katanya menyapa Salmah. Senyuman manis dipamerkan kepada Salmah.
" Ha'ah. Mak Cik tunggu anak mak cik. Dia cakap nanti dia datang sini, sebab dia pergi tandas " Ungkap Salmah yang turut tersenyum manis ke arah doktor perempuan dihadapannya itu.
" Mak Cik...emmm sekarang dah pukul lima tau. Saya bukan apa, tadi nurse-nurse kat sini cakap, yang mereka semua tengok mak cik daripada pagi tadi lagi duduk kat sini. Kalau betul anak mak cik pergi tandas, kenapa lama sangat? Kalau mak cik nak balik, saya boleh order grab, suruh hantarkan mak cik balik rumah. Tak pun saya tumpangkan mak cik balik naik kereta saya " Pelawa Juwita. Hiba dirasakannya melihat wajah sugul mak cik dihadapannya itu. Siapa yang sanggup buat mak dia macam ni? Dia tidak tahu ke syurga itu terletak di bawah telapak kaki seorang ibu? Bisiknya di dalam hati.
" Tapi..dia cakap, dia nak datang sini balik. Dia yang suruh mak cik tunggu sini, sebab dia nak pergi tandas " Ungkap Mak Cik Salmah mengulangi arahan daripada anak gadisnya itu yang menyuruhnya tunggu disitu dan jangan pergi kemana-mana kerana Bunga akan datang balik sini. Inilah yang menyebabkan dirinya yakin, anaknya itu akan datang sini semula dan bawak dia balik rumah. Takkan Bunga sanggup meninggalkan dirinya keseorangan kat sini. Takkan!! Bunga tak sekejam itu kan? Monolognya di dalam hati.
Juwita yang mendengar tersenyum nipis. Handbang dibahunya itu dibuka zipnya. Purse miliknya diambil lalu not kertas RM 100 tiga keping dihulurkan kepada Salmah.
" Mak Cik, saya tahu yang anak mak cik akan datang jemput mak cik macam apa yang mak cik bagitahu dekat saya. Cuma, kalau andai kata...anak mak cik tak datang ke, atau maybe dia ada urusan lain tak boleh nak ambik mak cik ke apa, mak cik gunalah duit ni untuk bayar tambang teksi yer " Duit kertas itu sudah bertukar tangan. Sudah itu yang diungkapkan oleh mak cik dihadapannya itu, nak tak nak dia kena akur.
" Saya balik dulu yer " Tangannya menyalami tangan tua milik mak cik itu. Dapat dirasakan mak cik dihadapannya ingin memulangkan kembali duit kepadanya ketika dirinya bersalaman dengan mak cik itu, namun cepat-cepat dia menolak lembut.
" Saya ikhlas mak cik " Ungkap Juwita tersenyum manis sebelum dia manapak beredar dari situ.
Salmah terkedu. Pilu dan sebak hatinya melihat not duit kertas ditangannya itu. Memori Bunga selalu memberinya duit belanja mula terbayang dimindanya. Tanpa dia sedari, perlahan-lahan air matanya tumpah membasahi pipi. Tumpah kerana dirinya rindu akan diri Bunga yang dahulu.
" Mak tunggu kau Bunga. Meh la ambik mak kat sini " Luahnya sayu. Jam dinding ditatapnya sebelum air mata terus dan menerus membasahi pipi tuanya itu.
*****************************
Punat telefon bimbit jenama oppo ditangannya ditekan beberapa kali. Sudah banyak nombor yang didailnya, namun semua nombor yang didailnya itu tersilap panggilan. Entah macam mana pulak dia boleh terlupa nombor setiausahanya itu, sedangkan sebelum ini segala maklumat pekerja yang rapat dengan dirinya dia akan ingat. Keluhan kecil terbit daripada bibirnya. Kak Syaza, please this is your number.
" Hello, siapa ni? "
Suara yang cukup dikenalinya menyahut panggilan telefonnya itu.
" Darius. Eric Darius Arrayan, your bos "
" La..Encik Darius. Yang Encik Darius call saya pakai nombor lain dah kenapa pulak ni? Encik Darius tukar nombor ea? " Aju Syaza.
" I tak tukar nomber la, I pinjam phone someone untuk call you " Matanya dilirikkan melihat ke arah dua orang gadis remaja yang salah seorang daripadanya adalah owner telefon oppo yang dipinjamnya itu. Sengihan gatal dan manja daripada dua gadis remaja itu dibalasnya dalam keadaan terpaksa.
" Ouh. Okay, saya faham. Lepastu apa hajat Encik Darius call saya ni? " Soal Syaza.
" I nak you pergi rumah Mamat. You ada kan biodata or resume Mamat yang dulu-dulu masa dia kena interview nak kerja dengan I dekat pulau tu? I nak you pergi rumah dia, and suruh dia datang rumah my step father merangkap rumah papa isteri I. Tak pun you bagi dekat I alamat rumah Mamat. I nak pergi rumah Mamat sebab ada benda yang nak kena settle " Arah Darius serius.
" Saya boleh je bagi. Cuma..ambik masa sedikit la Encik Darius, sebab Mamat kan dah lama bekerja dengan Encik Darius, lepastu fail-fail resume pekerja semua saya kena geledah balik, so lambat sikitlah. Emmm apa kata kalau Encik Darius call Mamat? Tanya alamat rumah dia, tak pun saya yang call " Cadang Syaza.
" Kalau I dah boleh call Mamat, memang I takkan call you la. Sekarang ni nombor Mamat deactivate. I tak tahu kenapa, sebab tu I nak you pergi rumah dia takpun you bagi alamat rumah Mamat dekat I " Jelas Darius.
" Dah la, you buat je apa yang I suruh buat. Datang sini or bagi alamat rumah Mamat dekat I ke apa, I tak kisah. Okay? You guna duit syarikat untuk beli tiket flight. Kalau boleh hari ni atau esok, you kena datang Terengganu. I taknak lusa baru you datang sini atau minggu depan ker baru you nak datang. Because this is very important " Arah lagi Darius.
Syaza yang berada di hujung talian cepat-cepat mencatat arahan intipan majikannya itu. Nak tak nak, kena patuh la arahan majikannya itu.
Usai sudah siap dirinya berbicara dengan setiausahanya itu, kini phone oppo sudah bertukar tangan. Senyuman beriak terima kasih dihadiahkan buat dua remaja perempuan itu. Setelah itu, terus dia menapak ke arah isterinya.
" Omaigod !! So hensem la!! "
" Kalau macam ni, aku sanggup dia pinjam phone aku ni sampai bila-bila tau " Dua remaja itu terpegun dengan ketampanan milik Darius. Mata mereka sahaja menghantar pergi kelibat Darius yang sudah beredar dari situ.
Share this novel