Bab 85.

Romance Completed 86682

Mundar-mandir Alisya dihadapan dewan bedah itu. Tengku Shahril, Melissa dan Rudy pula hanya menyepi. Mungkin melayani perasaan gelora resah di jiwa.

Alisya menggigit bibir. Resah hatinya tiada siapa yang tahu. Alunan zikir serta doa-doa kepada Allah sentiasa terbit daripada bibir merahnya itu. Sungguh, dia berharap agar pembedahan itu berjalan dengan lancar.

Setelah hampir empat jam pintu dewan bedah itu tertutup, kini ia dikuak daripada dalam. Kelihatan seorang doktor datang menghampiri semua insan yang sedang gundah-gulana itu.

" Macam mana dengan pembedahan anak saya doktor? " Aju Melissa. Debaran hatinya kian memuncak. Wajah si doktor ditatapnya dengan penuh pengharapan di dalam hati.

" Sukacita dimaklumkan, pembedahan patient yang bernama Eric Darius Arrayan bin Abdullah berjalan dengan lancar. Tumor dapat dibuang, cuma.."

" Cuma apa doktor? Cuma apa doktor? " Aju Alisya cemas. Terasa jantungnya pada ketika itu sudah berada pada tahap maksimum debarannya. Tidak sanggup jika ungkapan negatif terbit daripada bibir si doktor itu.

" Cuma, Encik Darius masih berada dalam pemantauan kami, takut sekiranya ada apa-apa kesan sampingan hasil daripada pembedahan "

Serentak itu kesemuanya melafazkan rasa syukur di hati. Syukur kerana pertamanya, pembedahan berjalan dengan lancar dan keduanya.. pasti dan tentu Darius sudah bebas daripada penyakit berbahaya dalam senyap ini. Alhamdulillah Ya Allah.

******************************************

Angin malam menemani pasangan suami isteri yang cukup hebat diuji itu. Kedua-duanya melayani perasaan di balkoni bilik wad pesakit vvip itu.

Alisya menoleh ke sisi, wajah insan yang dicintainya itu ditatap dengan rasa lega di hati. Meskipun kini Darius sudah dibotakkan kepalanya, suaminya itu tetap masih kelihatan tampan di matanya.

Darius yang menyedari sepasang mata melihat ke arahnya turut menoleh ke sisi. Wajah insan yang dicintainya itu ditatap dengan pandangan sinar cinta. Bibir pucatnya mengukir senyuman manis buat Alisya. Tanpa menunggu lama, dia memagut lembut bibir milik Alisya dengan rasa cinta di jiwa.

Alisya membalas ciuman daripada suaminya itu. Desahan keasyikan berlagu setelah kedua-dua bibir itu melepaskan rasa yang terbuku dalam hati mereka. Lama kedua-duanya berciuman, perlahan-lahan Darius melepaskan pagutan bibir munggil Alisya.

" Abang sayangkan Alisya. Selamanya cinta abang adalah untuk diri sayang " Tutur Darius romantik. Bibirnya mengukir senyuman, pantas sahaja tangan sasanya memegang erat tangan milik Alisya.

" Saya pun sayangkan awak. Selamanya cinta Tengku Alisya Riana adalah untuk Eric Darius Arrayan " Tutur pula Alisya. Bibirnya turut mengukir senyuman manis buat suaminya itu.

" Kenapa Alisya cintakan abang? " Soal Darius. Mata hazelnya menatap ke dalam anak mata milik Alisya. Ingin mengetahui sebab apa isterinya itu boleh terjatuh hati dan cinta terhadap dirinya.

" Alisya cintakan abang disebabkan agama yang ada dalam diri abang. Abang telah memberi erti hidup yang sebenar dalam diri Alisya dan abang juga telah mengajar Alisya mengenali apa itu Islam. Kebebasan yang Alisya inginkan, abang telah gantikannya dengan kebahagian yang tidak pernah Alisya rasai dan kebahagian itu cukup indah buat Alisya " Ungkap Alisya romantik. Matanya membalas pandangan mata daripada Darius.

Darius tersenyum gembira. Tidak pernah menyangka bahawa isterinya itu akan melontarkan luahan hati yang begitu gramatis sekali. Usai itu, dia membawa tangan sasanya mengusap lembut perut Alisya yang masih kempis itu.

" Anak daddy dekat dalam ni membesar dengan sihat tau. Kalau daddy takde.. anak daddy jaga mommy boleh? "

Alisya terdiam usai mendengar ungkapan daripada Darius. Bibirnya yang mengukir senyuman automatik menjadi muram kembali.

" Kenapa abang cakap macam tu? Abang nak pergi mana pulak? " Soal Alisya polos.

" Abang tak pergi mana-mana pun. Abang akan sentiasa ada dalam hati milik Tengku Alisya Riana "

" Bukan dalam hati jer tau, tapi Alisya nak abang sentiasa ada di sisi Alisya " Pinta Alisya sambil matanya memandang redup ke arah Darius.

Darius mengukir senyuman. Kepalanya dianggukkan, setelah itu tangannya yang dipenuhi dengan wayar-wayar hospital itu dibuat gaya lagak seperti orang yang sedang berjanji.

Alisya tersenyum. Tangannya turut dibuat gaya seperti sedang berjanji. Cup ! Satu ciuman dilabuhkan pada pipi milik Darius.

Darius tersenyum nakal. Cup! Satu ciuman turut dilabuhkan pada pipi Alisya. Setelah itu, dia melihat ke arah langit malam yang dipenuhi dengan bintang-bintang yang berkelipan.

Alisya melakukan hal yang sama seperti Darius. Lama dirinya termenung, perlahan-lahan dia rasakan Darius menyandarkan kepalanya di atas bahunya.

" Abang..abang rasa letih sangat hari ni. Abang rasa penat..abang nak berehat kejap boleh? "

Alisya mengerlih ke arah Darius. Usai itu, matanya dikerlihkan pula melihat ke arah tangannya yang kini sedang berada dalam genggaman tangan sasa milik Darius. Lambat-lambat dia menutur kata.

" Awak rehat kejap jer tau. Jangan lama-lama. Nanti..saya rindu " Ungkap Alisya. Matanya melihat ke arah pemandangan kelip-kelip kota.

" Kejap jer sayang. Abang janji..."

Senyuman terlakar pada bibirnya setelah mendengar ungkapan daripada Darius. Dia menghela nafas, lega mendengar sahutan daripada suaminya itu.

Angin malam hadir meniup lembut rambutnya. Duduk berehat di atas bangku balkoni ini cukup nyaman dia rasakan. Setelah merasakan lama suaminya itu terlelap di atas bahunya, perlahan-lahan dia menepuk lembut bahu milik Darius.

" Awak..awak... Bangunlah..kita masuk dalam bilik yer. Sejuk la duduk lama-lama dekat balkoni ni " Tutur Alisya lembut. Namun hampa, apabila tiada sahutan daripada Darius. Dia cuba beriak tenang, senyuman manis terlakar pada bibirnya.

" Awak..jom..kita masuk dalam. Dekat sini sejuk..kalau awak penat, kita pergi berehat dekat dalam yer.."

Sepi dan sunyi. Darius tetap masih tidak menyahut perbualannya itu. Perlahan-lahan kornea matanya melihat ke arah tangannya yang sedang berada dalam genggaman tangan sasa milik Darius.

" Okay. Saya..saya izinkan awak untuk berehat lama sikit. Sebab awak mesti penat sangat hari ni kan? Penat sebab buat operation tu, jadinya..saya izinkan awak untuk berehat lama sikit. Tapi janji..janji yang awak akan selalu ada di sisi saya dan kalau ini, yang terbaik untuk awak..saya..saya redha. Terima kasih awak. Terima kasih untuk penjara cinta yang awak ciptakan untuk saya. Terima kasih Eric Darius Arrayan bin Abdullah... terima kasih.. Penjara Cinta ini terlalu indah untuk diri saya. Selamanya cinta Tengku Alisya Riana adalah untuk Eric Darius Arrayan " Tuturnya sayu. Dia mengukir senyuman manis terpaksa buat dirinya sendiri.

" Waktu berlalu.. bahagiaku bersamamu. Sesaat berfikirku bahawa kita takkan pernah miliki waktu. Dunia hanya sementara dan berdua tak mungkin selamanya. Percaya bila memintaNya untuk jadikan kita teman sampai syurga " Lirik lagu teman sampai syurga oleh penyanyi ' Dengarkan Dia ' terungkap keluar daripada bibir munggilnya itu.

Mutiara jernih membasahi pipinya. Angin malam menemani dirinya serta memberi kekuatan untuk dirinya agar menjadi kuat dan tabah untuk mengharungi hari-hari mendatang. Terima kasih Eric Darius Arrayan bin Abdullah. Tidur la..pasti awak terlampau penat mengharungi penyakit awak ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience