Tengku Shahril melihat tajam ke arah wajah Melissa. Keluhan panjang terbit daripada bibir tuanya. Dia mengurutkan dahinya cuba untuk menghilangkan segala kekusutan yang berada dalam fikirannya. Lambat-lambat dirinya menutur kata.
" You ni kan, kalau yer pun you nak kenakan Bunga tu, jangan la sampai you sakitkan dia"
Melissa yang mendengar ungkapan daripada sahabatnya itu berdecit. Dijelingkan bebola matanya, geram melihat sikap yang terlampau baik daripada Tengku Shahril itu.
" I tak kenakan dia. Dia yang jatuh dalam bilik air tu, dia yang tak pandai nak jaga diri dia. So, you please ea jangan nak salahkan I " Bidas Melissa cuba untuk mempertahankan dirinya.
" Kalau you tak suruh dia pergi basuh baju you, pasti dia takkan jatuh tergelincir dalam bilik air tu "
" Oo, so sekarang ni you nak marahkan I? Nak salahkan I sebab I yang suruh dia basuh baju? Macam tu? Shahril, Bunga sendiri yang cakap dekat I yang dia nak tolong Mak Tam buat kerja rumah, so apa yang salah I nya? " Bidas Melissa. Tegang sudah mukanya ketika itu, cuba untuk bersabar dengan tuduhan daripada Tengku Shahril.
Bunga yang berada tidak jauh daripada Melissa dan Tengku Shahril tersenyum sinis. Tangannya yang membengkak itu dipandang, usai itu dia menapak pergi mendekati Melissa dan Tengku Shahril.
" Uncle... emm..Aunty Mel yang buat Bunga macam ni. Aunty Mel yang suruh Bunga basuh baju. Aunty Mel yang paksa Bunga, kalau ikutkan Bunga taknak pun buat semua tu " Ungkap Bunga, cuba untuk meraih simpati daripada Tengku Shahril. Kalau Melissa dia tak boleh nak jinakkan, why not dia try pulak ayah kepada Alisya ni?
" Bunga ! You jangan nak reka cerita ea. You yang cakap yang you sudi nak tolong Mak Tam tu, so I suruh la you basuh baju I. Yang you tiba-tiba menipu pulak ni dah kenapa?! " Hembur Melissa. Wajahnya yang berkulit putih itu sudah menegang. Cukup panas hatinya mendengar omongan daripada Bunga yang langsung tidak ada benarnya.
" Enough la Melissa, dan kamu pun Bunga, boleh tak kalau saya sedang bercakap dengan Melissa, kamu jangan masuk campur? Tak beradap namanya ni " Tegur Tengku Shahril. Tiada ungkapan dirinya ingin membela Melissa atau Bunga. Entah, kusut fikirannya ketika itu, sudah la dirinya pening memikirkan rumah tangga anaknya, kini ditambah pula dengan pergaduhan antara Bunga dan Melissa. Makin bertambah kusut la fikirannya, terus dia membuka langkah menaiki anak tangga. Tidak betah ingin menghadap Bunga dengan Melissa.
Bunga dan Melissa menghantar pergi kelibat Tengku Shahril yang sudah beredar daripada situ. Melissa merenung tajam ke arah wajah Bunga. Sinis senyuman yang terlakar pada bibirnya ketika itu. Perlahan-lahan dia menapak merapati Bunga sambil berpeluk tubuh.
" You tau tak, yang you ni tak ubah macam syaitan yang bertopengkan manusia?! Nama you pun tak sesuai la dengan nama Bunga tu. Sepatutnya nama you adalah SAMPAH !! Mesti mama you kecewa dengan diri you, ye la, nak suruh anak dia jadi bunga yang indah, tapi tak !! Anak dia jadi bunga yang langsung takda seri, takda bau, yang ada cuma bau sampah dan bau bangkai !! Sebab you ni adalah bunga yang tak mekar sampai ke sudah. Ingat tau, setiap apa yang you buat, suatu hari nanti Tuhan akan balas balik !! You jangan ingat I tak tahu, yang you adalah dalang anak I dan Alisya bergaduh. I tak bodoh la Bunga " Ungkap Melissa sinis. Jari telunjuknya tidak henti mencucuk-cucuk bahu Bunga sehingga Bunga terdorong merapati dinding. Setelah puas menghemburkan kata-kata, terus dia berlalu pergi meninggalkan Bunga yang terpempam mendengar ungkapannya itu.
Bunga tergamam, dirinya terketar-ketar mendengar ungkapan sinis daripada Melissa. Bibirnya digigit, tangannya menggenggam penumbuk. Cukup marah dengan ungkapan kurang ajar daripada Melissa itu. Takpe, aku ada Alisya la !! Gerutunya cuba untuk menghilangkan rasa gugup dalam dirinya itu.
*****************************
Mamat tersenyum sambil tangannya tidak henti membelai kucing peliharaannya itu. Sesekali matanya diliarkan melihat ke arah halaman rumahnya itu, takut-takut sekiranya Darius akan datang ke rumahnya. Namun hampa, setelah langsung tiada kelibat mana-mana kereta mewah akan berhenti masuk ke halaman rumahnya itu.
" Tompok, nanti kalau ada siapa-siapa datang sini, kau panggil aku tau. Kau jangan halau dia pulak. Aku nak pergi mandi kejap " Tutur Mamat seolah-olah kucingnya itu mampu memahami percakapannya. Lantas dia bangkit dan menuju masuk ke dalam rumah.
Syaza dan Rudy yang baru sahaja sampai ke Kuala Besut, Terengganu itu melafazkan rasa syukur di hati.
Sign board yang tertera nama kampung milik Mamat dibaca. Pantas sahaja stereng kereta Audi TT 2.0 miliknya dipulas ke kanan untuk memasuki simpang menuju ke kampung Mamat.
" Rudy, betul ker, ni laluan nak pergi rumah Mamat tu? " Soal Syaza ingin meminta kepastian. Lorong yang agak sempit dan jalan yang sedikit berbatu-batu cukup membuatkan dirinya tertanya-tanya benarkah jalan ini menuju ke rumah Mamat?
" Betul la kak. Apa yang tak betulnya? Dah waze tunjuk suruh lalu jalan ni, takkan waze nak tipu kita kot " Mulutnya dijuihkan menunjuk ke arah iPhonenya yang menunjukkan aplikasi waze itu, manakala matanya diliarkan memerhati segenap suasana.
Syaza yang mendengar ulasan daripada Rudy hanya diam. Tiada modal untuk dirinya membantah, lagipun ulasan Rudy itu ada benarnya juga.
" Tu ker rumah Mamat? " Soal Syaza setelah matanya menangkap sebuah rumah kayu yang tidak bercat.
" Mungkin kot " Jawab Rudy perlahan. Kini keretanya itu dipandu memasuki halaman rumah kayu itu. Tanpa dia berfikir panjang, terus dia membuka langkah menapak keluar daripada perut kereta.
Syaza yang berada di seat penumpang turut menapak keluar daripada kereta Audi TT 2.0. Kornea matanya diliarkan melihat ke arah halaman rumah itu, cuba untuk mencari bayangan susuk tubuh Mamat, namun hampa apabila bayangan Mamat langsung tidak kelihatan, yang ada hanyalah seekor kucing yang enak sedang beradu.
Rudy berdeham kecil. Dia menoleh ke arah Syaza sambil tangannya dibawa menyeluk ke dalam poket seluar.
" Kita bagi salam jom. Daripada duduk tercegat dekat sini, macam mana kita nak tahu yang ni rumah Mamat ke tak. Jom, Kak Syaza " Cadang Rudy. Melihat Syaza menganggukkan kepala tanda setuju, terus salam diberi.
" Assalamualaikum. Mamat !! Mamat !! " Laungnya. Rudy menapak ke arah muka pintu, door bell dicarinya.
Syaza yang melihat tingkah Rudy menggelengkan kepalanya.
" Ni la akibatnya, bila jadi terlampau bandar, sampai kat kampung pun kau cari door bell yer. Kau ingat ni rumah papa kau ker nak ada door bell bagai. Ketuk la pintu tu Rudy oi. Takkan tu pun nak suruh aku ajar "
Rudy tersengih kerang busuk. Kepalanya yang tidak gatal itu digaru. Pantas pintu kayu yang tidak bercat itu diketuknya.
Tok ! Tok !! Ketukan pintu bergema, salam turut diberi.
Mamat yang baru sahaja selesai mandi cepat-cepat menyarungkan baju pada tubuhnya. Dengan langkah seribu dia meluru pergi ke arah muka pintu.
Sampai sahaja di depan muka pintu, matanya menangkap kelibat Syaza yang cukup dikenalinya. Kornea matanya kini dikerlihkan pula melihat ke arah gerangan insan yang berada di sisi Syaza. Siapa lelaki ni? Tak pernah nampak pun. Persoalan muncul dalam benak fikirannya. Belum sempat dia ingin membuka kata, terlebih dahulu satu tumbukan dihadiahkan buatnya. Dia terjelopok di atas lantai. Cukup padu tumbukan yang hinggap pada pipinya itu.
Rudy tersenyum sinis. Akhirnya, syaitan segala syaitan dalam hal ni aku dah jumpa!
Syaza yang melihat tingkah Rudy tergamam. Pantas sahaja tangannya menarik kasar lengan sasa Rudy, cuba untuk memberhentikan perlakuan Rudy yang terburu-buru itu.
" Lepaskan saya la kak. Saya nak ajar sikit orang yang hati busuk ni. Ada hati nak rosakkan rumah tangga Darius. Dia ingat dia ni siapa?! " Hembur Rudy.
" Maaf encik. Saya rasa encik silap orang ni. Bukan saya la yang bertanggungjawab nak rosakkan rumah tangga Encik Darius " Mamat mengungkapkan kata-kata. Dirinya bangkit, duduk berdiri berhadapan dengan Rudy.
" Kau bukan Mamat? " Soal Rudy ingin meminta penjelasan. Matanya meningkam tajam melihat wajah lelaki yang ditumbuknya itu.
Syaza mengeluh. Dahinya ditepuk, cukup pelik dia rasakan, apa yang rosakkan rumah tangga ni? Apakah?! Dia langsung tidak mengerti.
" Saya Mamat, tapi bukan saya yang nak rosakkan rumah tangga Encik Darius. Saya tak pernah ada niat jahat macam tu. Tolong jangan tuduh saya encik " Mamat mengungkapkan kata-kata, cuba untuk menjelaskan hal yang sebenar.
Rudy mengerutkan dahi, tidak mengerti dengan apa yang diperkatakan oleh Mamat. Kalau bukan Mamat terus siapa? Takkan Bunga? Tebaknya di dalam hati.
" Bunga dalang dalam semua hal ni. Bunga yang jahat. Bunga yang busuk hati " Ungkap Mamat lagi, menerangkan hal yang sebenar.
" Apa?! BUNGA?!! " Soal Rudy tidak mampu untuk mempercayai ungkapan daripada Mamat. Terbeliak luas biji matanya, memberi tanda bahawa sulit untuk dirinya menerima kata-kata yang disampaikan oleh Mamat.
Mamat menganggukkan kepalanya. Cukuplah sampai di sini sahaja kejahatan kau Bunga. Cukuplah semua orang jadi mangsa perangai syaitan kau tu. Desusnya di dalam hati.
Rudy terduduk. Sungguh dirinya langsung tidak mampu untuk mempercayai bahawa Bunga, gadis yang ayu, yang berhijab, yang cukup lemah-lembut sikapnya itu adalah dalang dalam hal menfitnah Darius? Dalang dalam hal cuba untuk merosakkan rumah tangga sahabatnya itu? Tapi kenapa?!
Syaza yang mendengar perbualan antara Rudy dan Mamat menjongketkan keningnya. Drama sinetron apakah yang sedang berlaku ni?
Share this novel