Darius melangkah longlai memasuki biliknya. Fail di tangannya dihempas kasar. Rasa sebal bergelumang di hatinya, apabila teringatkan Rudy tidak munculkan diri semasa meeting dengan client. Seronok sangat ker berjumpa dengan isteri aku di pulau? Sampai meeting dengan client pasal projek baharu ni pun kau lupa? Desus Darius sendiri.
Butang lengan baju kemejanya dibuka. Tie di lehernya dilonggarkan. Dibawa dirinya menuju ke arah pantry di dalam bilik ofisnya itu yang sememangnya khas untuk dirinya sahaja. Dicapai mug untuk mengambil air sebelum dia memulakan rutin baru hariannya itu, iaitu menelan pil tahan sakit yang sememangnya khas untuk pesakit yang menghidapi penyakit barah otak.
" Arghhhhhhhhhh !! " Mug kaca ditangannya terlepas. Dia terduduk. Sungguh kepalanya sakit, rasa sakit yang mencanak-canak telah menyerang kepalanya itu. Air mata kesakitan berjuraian di pipinya.
" Sakit !! Sakit !! Ya Allah, sakit !! Arghhhhhhh sakit !! Alisya aku sakit !!!! Mommy boy sakit !! SAKITTTTT !!!! " Teriaknya kuat. Dirinya cuba untuk berdiri namun gagal.
Rudy melangkah ke bilik Darius dengan perasaan marah membuak-membuak di hati. Pintu bilik sahabatnya itu dikuak dengan kasar.
" Yang kau dah terlentang dekat bawah lantai di dah kenapa?! Ke sebab kau rasa seronok sangat dapat dera bini kau kat pulau tu?!! " Tempelak Rudy sinis yang masih tidak mengetahui kondisi Darius yang sedang sakit.
Darius yang melihat Rudy berada di hadapannya mengenggam penumbuk besar. Dirinya cuba untuk berdiri untuk menumbuk wajah sahabatnya itu yang pergi ke pulau melawat Alisya tanpa meminta izin daripadanya.
" Kenapa, kau nak tumbuk aku? Kau nak pukul aku? Pukul lah !! Pukul !! " Gertak Rudy sinis.
" Bish !! " Satu tumbukan dihadiahkan buat sahabatnya itu.
" Bish !! " Rudy membalas. Tidak cukup sekali, lima tumbukan dihadiahkan buat Darius. Puas hatinya, akhirnya rasa marah di hatinya dapat dilepaskan.
Darius terbaring di lantai. Kudratnya tiada untuk membalas tumbukan padu sahabatnya itu. Bibirnya sudah mula mengalirkan cecair merah.
" Hahahahahahaha !! Tak sangka yang kau sanggup pukul aku disebabkan isteri aku. Kau dah jatuh cinta dekat isteri aku? Kalau kau dah jatuh cinta aku boleh bagi free jer dekat kau " Ungkap Darius bersahaja.
Rudy yang mendengar kata-kata daripada Darius yang tidak masuk akal itu membeliakkan biji matanya. Dicengkam kuat kolar baju kemeja Darius.
" Kau ni suami jenis apa?! Kau ni kejam !! Kau ni dah gila ker?!! Sanggup kau perlakukan Alisya macam tu !! " Hembur Rudy.
" Memang aku dah gila !! Memang aku dah gila !! Gila sebab kau !! Yang kau tiba-tiba pergi jenguk isteri aku dekat pulau tu kenapa?!! Sebab kau nak mengorat bini aku?!! Sebab kau nak caras wife aku?!! " Tempelak Darius. Perasaan cemburu dan marah semuanya sudah bercampur aduk di dalam hatinya.
Rudy tersenyum sinis. Akhirnya perancangan untuk menguji perasaan cinta Darius terhadap Alisya telah berhasil.
Darius yang melihat Rudy tersenyum sinis padanya terus menghadiahkan satu tumbukan kepada sahabatnya itu.
" Apa hak kau nak jenguk isteri aku?!! Siapa yang bagi kebenaran untuk kau pergi ke pulau tu!! SIAPA?!! " Soal Darius.
Belum sempat Rudy ingin membalas pertanyaan Darius, tiba-tiba Tengku Shahril datang mencelah.
" Papa yang bagi keizinan. Kamu dah serahkan Alisya kepada papa. Jadinya, suka hati papa la nak buat apa kan?!! Kalau Rudy nak caras bini kamu pun, apa kamu kisah kan?! Kamu bukannya cinta pun dekat Alisya !! " Tempelak Tengku Shahril. Memang dia yang arahkan Rudy untuk melawat Alisya di pulau Rawa itu. Sengaja ingin menduga perasaan Darius, apakah benar hati Darius langsung tiada sekelumit rasa cinta buat anaknya.
" Hahahahahahahahaha !! Memang Darius tak cintakan Alisya pun. MEMANG !! " Bidas Darius. Mulutnya berkata tidak, tapi hatinya berkata yer!! Dia memang cintakan Alisya, tersangat cinta, tapi apakan daya? Dia sakit. Bila-bila masa sahaja dia akan pergi.
" Uwekkk !! " Tiba-tiba mulutnya memuntahkan isi di dalam perutnya. Pandangan matanya mula kabur. Perlahan-lahan dia rebah jatuh ke lantai.
Rudy dan Tengku Shahril yang melihat Darius tidak sedarkan diri itu cepat-cepat membuka langkah pergi menghampiri Darius.
" Bro bangun !! Kau kenapa ni?! " Soal Rudy cemas.
" Boy, bangun la !! Bangunlah Darius !! " Pinta Tengku Shahril. Ditampar lembut kedua belah pipi Darius mengharapkan Darius akan bangun.
Rudy yang melihat tiada tindak balas daripada Darius, terus mengeluarkan phone di poketnya. Nombor emergency hospital ditekan dan didail.
Masih ada yg nk kecam Darius ke? Kesian Darius :)
Share this novel