Bab 43.

Romance Completed 86682

Darius membuang pandang melihat lukisan-lukisan yang telah dilukisnya. Ditatap wajah cantik isteri kesayangannya yang elok tersenyum manis.

" I miss you so much, Tengku Alisya Riana " Diusap lembut gambaran wajah Alisya yang dilukisnya. Lukisan itu dibawa di dalam dakapan melepaskan rasa rindu di hati.

Mak Tam berlari laju menaiki anak tangga menuju ke arah bilik Darius. Berita yang didengarinya itu harus disampaikan kepada Darius, tambah-tambah lagi Tengku Shahril outstation, maka kepada siapa lagi harus dia laporkan berita ini kalau tak lain tak bukan kepada Darius.

Ketukan pintu bilik bergema memberi isyarat menyuruh bibirnya mengungkapkan arahan untuk masuk.

" Encik Darius !! Encik Darius tak baca berita? Encik Darius tak tengok fac, instagram, twitter semua tu? " Soal Mak Tam cemas.

" Berita apa ni? Saya tak main la benda-benda tu semua. Cuba Mak Tam bagitahu pada saya, berita apa yang dimaksudkan oleh Mak Tam ni? " Aju Darius pula. Hatinya tiba-tiba berdebar, seolah-olah perkara yang buruk telah berlaku.

" Pulau peranginan, pulau perhentian dekat Besut Terengganu tu, ramalan cuaca mengatakan bahawa hari ni ribut petir akan berlaku. Kerajaan pun dah arahkan mana-mana individu yang ingin pergi bercuti kat sana, mesti berpatah balik. Cik Alisya macam mana? Pulau Rawa tu, bukan terletak berhampiran dekat area situ ke Encik Darius? " Muka Mak Tam sudah berpeluh, rasa bimbang terhadap diri Alisya membuak-buak di dalam dirinya.

" Papa kan ada. Papa boleh pergi tengokkan anak dia tu " Ungkap Darius bersahaja. Dihenyakkan punggungnya ke atas katil.

Mak Tam yang mendengar ungkapan Darius membungkam. Dia sudah tidak kisah, ingin diberi label orang gaji yang tidak beradab atau apa, kerana sekarang ini perbuatan Darius itu sudah melampau. Terus hemburan sinis dan pedas di berikan buat Darius.

" Encik Darius ni suami jenis apa?! Kenapa Encik Darius ni terlalu pentingkan diri?! Tak pernah ke Encik Darius fikirkan perasaan Cik Alisya yang sedang menanti kepulangan Encik Darius dekat pulau tu?!! Kalau yer pun Encik Darius sakit, tolong, tolong jangan sakitkan hati Cik Alisya. Inilah kali pertama Mak Tam hidup dekat dunia ni selama lima puluh lima tahun, Mak Tam jumpa orang yang kejam macam Encik Darius !! Nampak gaya, bukan Encik Darius yang pergi dulu dari dunia ni, tapi Cik Alisya. Sebab apa? Sebab Cik Alisya ada suami yang tak berperikemanusiaan macam Encik Darius !! " Hembur Mak Tam sinis. Terus langkah kaki dibuka pergi meninggalkan Darius.

Darius membatukan diri. Ibarat satu das tembakan tepat mengenai dirinya. Segala apa yang dihemburkan oleh Mak Tam betul-betul ditujukan untuk dirinya.

************************

Angin kuat meniup rambutnya yang ikal mayang itu. Baldi yang berisi air terlepas dari genggaman. Niat di hati ingin membersihkan diri terbantut. Segala apa yang ingin dilakukannya tidak dapat ditunaikan. Ingin memasak, angin ombak tidak henti memukul, ombak pantai pula tidak henti membadai pasir-pasir pantai.

" Auchhh !! " Adu Alisya menahan sakit di perut. Segugut datang menyinggah mencucuk-cucuk perutnya itu. Diusap perutnya itu berharap rasa sakit akan hilang.

Dikuatkan langkah kakinya ingin pulang ke pondok setelah melihat awan bertukar mendung. Baldi yang jatuh menyembah tanah dibiarkan sahaja. Apa yang penting dia harus bergerak pulang ke pondok, berteduh, kerana awan memberi isyarat hujan akan turun bila-bila masa sahaja.

" Arghhhh !! " Perutnya sakit, lemah luntut dirasakannya kerana menanggung kesakitan period pain itu.

Perlahan-lahan matanya kabur. Tiada tenaga untuk berdiri dan meneruskan langkah. Maklumlah daripada pagi dia tidak menjamah makanan disebabkan cuaca buruk yang melanda, lepastu ditambah pula dengan kesakitan segugut itu.

" Maafkan Alisya papa. Andai diri Alisya sudah tidak bernyawa lagi, mohon papa maafkan Alisya. Sampaikan salam rindu buat Darius. Maafkan aku Ya Allah. Maafkan aku insan pendosa ini " Usai mengungkapkan kata-kata, dirinya sudah terbaring tidak sedarkan diri. Hujan datang menyapa. Titisan air hujan yang lebat sudah pun membasahi badannya itu.

" Awak !! " Ungkap Alisya apabila wajah insan yang dirinduinya datang mejengah ke dalam pandangannya yang kabur.

Dirasakan ciuman hangat pada bibirnya itu. Benarkah Darius datang kepadanya? Ini bukan mimpi kan? Bisiknya di dalam hati.

Dirasakan lagi, satu ciuman syahdu hinggap di leher jinjangnya. Pelukan hangat dirasakan seolah-olah Darius mendakapnya.

" Awak, awak " Tubir matanya berkaca-kaca apabila melihat Darius tidak henti memberi senyuman manis buat dirinya. Dapat dirasakan bibirnya dikucup lembut oleh bibir Darius. Andai ini adalah realiti, aku berharap ini hanyalah sekadar mimpi. Rintih Alisya di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience