" Kau menangislah air mata darah sekalipun, kau takkan pernah dapat rasa simpati dari aku. Nah makan. Anak cacing dalam perut kau tu dah lapar! " Ungkap Darius kepada Alisya yang dari tadi tidak berhenti esakan tangisnya. Diambil tempat duduk di hadapan isterinya itu.
"Kau kejam!! By the way, aku tak nak makan! Makanan hutan bukan taste aku. Aku budak bandar, bukan budak hutan,so aku nak makanan bandar! " Ungkap Alisya apabila melihat Darius membawa pinggan yang berisi nasi apa entah. Eeeuuu terasa loya tekaknya melihat makanan hutan itu.
" Camnelah makanan ni dimasak, nak dapat kualiti air bersih mesti susah so, mesti kotor cara memasak makanan ni, mati hidup balik, aku tak nak makan eeeuuu" Gerutu Alisya sambil mimik mukanya seperti melihat sesuatu benda yang menjijikan.
Darius yang mendengar kata-kata Alisya itu hanya membuat muka toya. Terus dijentik dahi Alisya itu sekuat mungkin sebagai tanda melepaskan amarahnya setelah Alesya mengkutuk masakannya itu.
"Aku masak dengan harapan kau akan makan. Sebab aku takut kau kebuluran pulak! Lepastu jatuh sakit, kalau kau sakit tak susahkan aku takpe, ni tak, aku kena bawak kau pergi hospital laa, bayar kos rawatan kau la! Kau ingat aku ada masa nak buat seme tu untuk kau?! Daripada aku habiskan duit aku dekat tenuk macam kau, baik aku gunakan duit tu untuk benda yang lebih baik dari tenuk macam kau! " Hembur Darius. Dibuka langkah kakinya beredar dari situ. Sakit pulak mendengar kata-kata Alisya yang tak reti bersyukur tu.
"Woi!! Sakitlahh!! Tu tangan ke tukul besi?! Ingat dahi aku ni getah belacan kerr nak jentit-jentit!" Hembur Alisya menahan marah. Digosok dahinya itu cuba mehilangkan rasa sakit.
Lima minit dia menatap makanan yang dibawa Darius sebentar tadi. Dirinya masih berkira-kira ingin makan ke tidak, tapi lepas difikirkan, dengan keadaan macam ni, perut pun lapar, takkan tak nak makan kan?
"Arghhh makan je la" Gerutunya.
Terus diambil sudu lalu disuapkan nasi berlauk ikan itu. Baru dua sudu makanan itu dijamah terus makanannya itu diambil oleh Darius.
" Kau cakap makanan ni kotor kan? So kenapa kau makan? Sebab kotor aku nak buang je la, bye-bye sayang " Ungkap Darius sinis. Terus dibawa makanan itu meninggalkan Alisya yang masih terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.
"Kejammm!!!!!" Jerit Alisya menahan marah.
"Arghhhhhhhh!!!! Aku laparlahhhhh dasar mamat tahik hidung masin!! " jerit Alisya dengan harapan Darius mendengar teriakannya itu dan memberi kembali makanannya itu.Namun hampa, Darius hanya buat muka toya dan tidak mengendahkan teriakannya itu.
Share this novel