Bab 50.

Romance Completed 86682

Rudy meliarkan matanya ke arah segenap penjuru ruang tamu mewah milik Tengku Shahril. Dihenyakkan punggungnya di atas sofa.

" Jemputlah minum " Ungkap Mak Tam tersenyum manis. Cawan tea di tangannya dihulurkan kepada Rudy.

Rudy hanya menganggukkan kepala. Kini cawan tea itu sudah bertukar tangan. Baru seteguk air tea dihirupnya, kedengaran suara mommy Darius menyapa gegendang telinganya.

" Rudy, Rudy tahu tak, yang boy dah pergi Pulau Rawa? " Soal Melissa. Dihenyakkan punggungnya duduk di atas sofa berhadapan dengan kawan baik anaknya itu.

" Darius pergi Pulau Rawa? Bila? Darius tak bagitahu apa-apa pun dekat Rudy. Ni pun, Rudy datang sini sebab nak jumpa Darius la ni " Cawan ditangannya diletakkan di atas meja. Wajahnya beriak terkejut mendengar pertanyaan daripada Melissa itu.

" Boy pergi dua hari yang lepas " Jawab Melissa pendek.

" Bukan ker cuaca tak elok kat sana? Macam mana Darius boleh pergi sana? " Soal Rudy lagi.

Mak Tam yang masih tercegat di situ terus membuka mulut untuk menceritakan semuanya.

" Hari tu, Mak Tam baca fac pasal cuaca tak elok dekat Besut Terengganu tu. Lepastu Mak Tam bagitahu pada Encik Darius, sebab Cik Alisya keseorangan dekat sana. Mula-mula Encik Darius cakap dia taknak pergi sana, tapi tengok-tengok Encik Darius dah pergi sana pun " Jelas Mak Tam menceritakan hal yang sebenar.

Belum sempat Rudy dan Melissa ingin membuka mulut, tiba-tiba suara Tengku Shahril mencelah perbualan mereka.

" Baguslah kalau Darius pergi sana. At least, dia masih tahu tanggungjawab dia sebagai seorang suami. Jaga dan lindungi isteri dia kat pulau tu " Ungkap Tengku Shahril yang baru sahaja sampai di rumah setelah tiga hari pergi outstation. Kot di tangannya diletakkan di atas sofa. Tie di lehernya dilonggarkan.

" You ni kan, I tahu la yang Darius tu nak jalankan tanggungjawab dia. Tapi you sedar tak, yang sekarang ni anak kita, boy dan Alisya ada dekat pulau tu. I risau la, tambah-tambah lagi cuaca kat sana tak okay. Ribut petir, hujan lebat semua tu, I takut kalau mereka tak boleh survive kat sana " Bidas Melissa meluahkan rasa bimbang di hati.

" Cuaca tak elok apa pulak ni? " Soal Tengku Shahril. Dikerutkan dahi tuanya tanda tidak mengerti dengan bidasan Melissa itu.

" Ramalan cuaca mengatakan ribut petir melanda di Besut Terengganu. Kerajaan pun dah arahkan mana-mana pihak yang ingin bercuti di pulau perhentian semua tu, mesti berpatah balik dan Pulau Rawa terletak berhampiran situ jer uncle. So, well mestilah pulau yang Alisya dan Darius pergi tu terkena tempias sekali " Jelas Rudy setelah lama mendiamkan diri.

" You ni, kenapa informasi penting macam ni pun you tak tahu Shahril?! " Hembur Melissa geram. Rasa sebal pulak dengan sahabatnya itu yang langsung tidak tahu apa-apa.

" Kenapa kamu semua tak bagitahu awal-awal pasal cuaca buruk semua ni? " Soal Tengku Shahril kesal. Sungguh dia langsung tidak tahu pasal ramalan cuaca buruk semua ni, dan kalau dia tahu, sudah pasti dia akan balik awal daripada outstationnya itu. Terus dia berdiri. Ingin memanggil Pak Samad drivernya itu untuk menghantarnya pergi ke Terengganu.

" You nak pergi mana? " Tanya Melissa.

" Pergi Terengganu. Jenguk Alisya dan Darius dekat Pulau Rawa sana tu " Jawab Tengku Shahril.

" I nak ikut " Pinta Melissa. Langkah kaki dibuka pergi menghampiri sahabatnya itu.

" Saya pun nak ikut " Pinta Rudy pula.

Melihat Tengku Shahril menganggukkan kepalanya tanda setuju, terus Rudy dan Melissa sama-sama membuka langkah mengikuti Tengku Shahril.

Mak Tam menghantar pandang kelibat Tengku Shahril, Melissa dan Rudy yang sudah menghilang disebalik pintu.

" Ya Allah, engkau permudahkanlah urusan mereka. Engkau lindungilah mereka. Aamiin " Doa Mak Tam kepada Tuhan, berharap agar semuanya berjalan dengan lancar.

*****************************

Peluh di dahi hasil daripada dia mencangkul tanah menggali pokok ubi kayu dikesatnya. Senyuman gembira terpancar diwajahnya melihat ubi-ubi kayu yang masih elok.

" Akhirnya, dapatlah aku rebus kau ubi kayu " Ungkap Alisya bernada gembira. Dipandang ubi-ubi kayu yang berada di tangannya itu dengan rasa berpuas hati. Tak sia-sia dia belajar menanam daripada Bunga. Sekarang hasil tanaman pokok ubi kayu dapat dimakannya, mengisi perutnya yang sudah lapar itu.

Langkah kaki dibuka menuju pulang semula ke pondok.

" Bot? Hmm ni mesti bot Darius " Matanya terpandang kelibat sebuah bot tersadai di persisir pantai. Lama matanya tercatap pada bot itu, terus satu senyuman sinis terpancar di wajahnya.

Darius yang sedang berehat di pondok tersenyum setelah melihat gerangan insan yang dicintainya itu datang padanya. Rasa kasihan terbit di hatinya melihat baju Alisya sudah kotor dengan debu-debu tanah. Kalau bukan disebabkan rasa sakit kepalanya itu, sudah tentu dia akan turut serta menemani Alisya pergi melihat tanaman.

" Sayang.. " Tangannya didepakan cuba untuk memeluk isterinya itu, namun ditepis kasar oleh Alisya.

" Jangan nak sayang-sayang sangatlah. Ni saya ada bawakkan ubi kayu ni, nanti saya rebus untuk awak makan " Ungkap Alisya bersahaja.

" Wahh, tak sangka, isteri abang sekarang ni dah pandai tanam ubi kayu, lepastu nak tolong rebuskan untuk abang. Auuu so sweet my baby bucuk tayang ni " Puji Darius sambil menepuk tangannya seolah-olah meraikan kejayaan isterinya itu.

" Saya dah lama kena tinggal dekat pulau ni, mestilah dah pandai tanam-menanam ni. Ibarat kucing belaan, kalau ditinggalkan di pasar pun mampu cari makanan sendiri, inikan manusia yang dah lama kena tinggal, kena dera, duduk sorang-sorang dekat sini, memang jadi tarzan la !! " Perli Alisya sinis. Dibuka langkah menuju ke arah beg pakaian suaminya itu.
Darius terdiam. Ibarat satu panahan tertusuk tepat di hatinya mendengar ungkapan perlian daripada isterinya itu.

" Sayang nak buat apa dengan beg baju-baju abang tu? " Soal Darius apabila matanya menangkap aksi Alisya yang sedang khusyuk mengemas beg pakaiannya itu.

" Saya nak buang. Awak kan selesa tak pakai baju semua tu " Jawab Alisya selamba. Setelah siap memasukkan baju-baju suaminya ke dalam beg, terus dibuka langkah pergi menuju ke arah bot Darius yang tersadai di persisir pantai.

Darius yang masih belum dapat menangkap niat sebenar isterinya itu tersenyum ceria. Tak menyangka, bahawa Alisya ingin menatap tubuh badannya yang sado itu. Dia turut membuka langkah mengekori Alisya.

" Sayang, kenapa sayang letak beg baju abang kat sini? " Tanya Darius hairan, apabila Alisya menghempaskan beg bajunya secara kasar di atas bot yang disewanya ketika datang ke pulau tempoh hari.

" Kan saya dah cakap, yang saya nak buang baju-baju awak ni, dan.. saya pun nak buang awak sekali keluar dari pulau ni !! Sakitlah mata saya bila asyik duk menengok muka orang yang kejam macam awak ni. Sakit sangat-sangat. Tau tak?! " Hembur Alisya sinis sambil berpeluk tubuh.

" Sayang, kenapa sayang sanggup halau abang? Kalau yer pun sayang benci tengok muka abang, please jangan pernah buang abang dari hidup sayang. Jangan buat abang macam ni " Rayu Darius meminta kemaafan daripada isterinya itu. Tangannya cuba meraih jari-jemari Alisya, tapi Alisya lebih sempat merentap kasar tangan sasanya itu.

" Darius, saya jadi macam ni, semuanya disebabkan awak. Saya sanggup untuk buang awak dari hidup saya, semuanya disebabkan awak !! Sudahlah, saya nak awak pergi dari sini " Halau Alisya. Dipandang wajah suaminya dengan rasa benci di hati. Dibuka langkah ingin beredar dari situ. Tidak tahan untuk terus berada di situ.

Belum sempat Alisya ingin beredar dari situ, terlebih dahulu Darius memeluknya daripada belakang. Tangan sasanya dilingkarkan pada dada isterinya itu.

" Please, jangan buat abang macam ni. Maafkan abang. Maafkan abang " Wajahnya disebamkan pada bahu Alisya. Air matanya membasahi pipinya. Air mata yang penuh dengan rasa penyesalan di hati.

Alisya yang merasakan bahunya sudah basah dengan tangisan suaminya itu hanya menyepi. Perlahan-lahan kelopak matanya turut bergenang dengan cecair mutiara jernih.

Entah, setiap ungkapan maaf daripada Darius begitu sukar untuk dirinya memaafkan. Masih terngiang-ngiang kata-kata Bunga padanya tiga bulan yang lalu, bahawa Darius sengaja meninggalkan dirinya keseorangan di sini adalah untuk mendera dan menyeksa dirinya. Apa salah dia sehingga Darius tega memperlakukan sebegitu?? Dan kerana itulah, luka di hatinya semakin dalam dan dalam, hingga akhirnya begitu sukar untuk disembuhkan.

" Dah la, saya nak pergi rebus ubi kayu dulu. Sebelum awak keluar daripada pulau ni, jamah la dulu perut awak dengan ubi kayu yang tak seberapa tu. At least, awak ada tenaga untuk pandu bot awak ni " Air mata dipipinya diseka. Lingkaran tangan sasa Darius di dadanya itu dilepaskan. Terus dia membuka langkah meninggalkan Darius.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience