Helaan nafas dihembus kasar. Baldi di bawah kakinya itu ditendang kuat, melepaskan rasa geram dan sebal memikirkan bekasan gigitan love bite suaminya itu.
" Ishh !! Geram aku !! Kenapa a bekasan gigitan mamat dayus tu tak hilang?!! " Omel Alisya sambil tangannya tidak henti membelek bekasan love bite di lehernya. Dibuka langkah untuk keluar daripada kamar mandi, namun alangkah terkejut dirinya apabila melihat kepala Darius tiba-tiba terjolol keluar di depan muka pintu.
" Arghhhhhhhh !!! " Teriak Alisya. Entah di mana silapnya, dia tidak mampu mengimbangi badan, terus matanya dipejam rapat apabila menyedari dirinya bila-bila masa sahaja akan terjatuh.
Darius yang melihat Alisya mahu terjatuh itu, terus menghulurkan tangan sasanya memeluk erat pinggang ramping Alisya.
Bukk !! Ibarat sebiji nangka jatuh ke tanah, itulah nasib Darius dan Alisya, apabila kedua-duanya jatuh menyembah bumi.
" Fuhhhh, lega " Ungkap Alisya. Matanya yang terpejam rapat itu kini dibuka. Gulp, air liur ditelan setelah menangkap panahan tajam mata Darius.
" Awak, a..wak kenapa ni? " Soal Alisya takut-takut.
Darius yang mendengar soalan daripada mulut Alisya menyepi. Hanya matanya dilirikkan ke bawah dadanya, memberi isyarat kepada Alisya.
Alisya yang seolah-olah mengerti akan isyarat mata suaminya itu turut melihat ke bawah. Terbeliak biji matanya apabila kedua-dua tangannya statistik memegang dada bidang Darius dan kini, dia dan Darius sudah saling berpelukan dan dirinya sekarang sudah berada di atas badan sasa suaminya itu.
" Kalau yer pun, dah tak tahan, dah rindu dekat dada abang ni. Janganlah sayang ramas dada abang kuat-kuat macam ni. Sakit tauu " Adu Darius manja. Dimuncungkan mulutnya meminta simpati daripada Alisya.
" Sa..sa..saya langsung tak ada niat la nak pegang, nak ramas dada awak tu. Eeeuuu, awak ingat saya ni lapar sangat dengan dada awak tu? Eeeee, saya pun ada dada laa !! " Bidas Alisya tergagap-gagap. Serta merta tangannya dialihkan daripada terus memegang dada bidang suaminya. Terus dia berdiri tegap, bangkit daripada pembaringan yang berbahaya itu.
" Dah la, saya dah siap mandi. Saya pergi dulu " Langkah kaki dibuka, ingin cepat-cepat berlalu dari situ. Tidak tahan dengan situasi memalukan yang diciptakan oleh dirinya sendiri.
Belum sempat dia ingin beredar, tangannya ditarik lembut oleh Darius. Badannya terdorong ke depan, lagi seinci dadanya dan badan Darius akan bertemu.
" Abang tahu, sayang malu nak bagitahu dekat abang kan, yang sayang nak sentuh, nak rasa, nak belai dada seksi abang ni. Jadinya, abang bagi keizinan untuk tangan sayang ni, sentuh dan pegang lama-lama dada abang yang berotot ni " Tangan Alisya dibawa ke dadanya. Memberi ruang kepada Alisya untuk memegang lama dada seksinya itu.
Alisya yang terkasima dengan aksi selamba suaminya itu, terus merentap kasar tangannya.
" Awak ni kan, boleh tak jangan perasan?! Eee, tak ada maknanya la saya nak sentuh dada awak tu yang dah macam batu-bata tu !! " Bidas Alisya. Jelingan tajam diberikan kepada Darius.
Darius yang mendengar bidasan Alisya tersenyum kecil. Diangkat keningnya dengan gaya the king of the ulat bulu, perlahan-lahan baju t-shirt hitam di badannya itu ditanggalkan.
" Tada !! Mempersembahkan, dada abang yang berbatu-bata ni. Jeng jeng jeng !! " Badannya dibuat aksi seperti peserta bina badan. Dengan tidak berbaju, selamba sahaja dia menari-nari di hadapan Alisya.
" So macam mana? Seksi tak? Tergoda tak? Kali ni mesti dah tak macam batu-bata kan, tapi kali ni mesti dah macam..."
" Dah macam roti gardenia !! " Celah Alisya memintas percakapan Darius. Tidak betah untuk berlama di situ dan untuk terus melihat keseksian badan Darius, terus dia membuka langkah seribu meninggalkan Darius yang terpinga-pinga dengan ungkapan roti gardenia yang terpacul keluar daripada mulutnya.
" What?!! Roti gardenia?! Tadi batu-bata, ni roti gardenia pulak?! Badan aku yang tegap, sado dan sasa ni disamakan dengan benda-benda alah tu? " Desus Darius.
Alisya yang sudah berada di hadapan laut biru itu, menampar lembut kedua-dua belah pipinya. Cuba untuk menyedarkan dirinya agar jangan mudah terjatuh dengan perbuatan Darius yang seratus peratus dah berubah menjadi romantik nak mampus tu.
" Arghhhhh !! " Teriak Alisya kecil, cuba melepaskan rasa sebal di hati. Pasir-pasir pantai digenggamnya lalu dilemparkan ke arah air laut.
Sebal, geram dan marah semuanya dah bergelumang di dalam hatinya.
*********************
Bunga yang leka termenung di jendela rumahnya terperanjat, apabila emaknya tiba-tiba sahaja menepuk lembut bahunya.
" Mak ni, terkejut Bunga tau. Ingatkan Bunga nak kena culik ke apa. Kalau yer pun, mak bagilah salam ke apa " Leter Bunga yang sangat tidak bersetuju dengan perlakuan emaknya itu.
" Aku dah puas bagi salam kat kau. Ni, sampai anak tekak aku ni, nak tercabut dibuatnya " Bidas Mak Cik Salmah pulak.
" Aku nak ke kedai ni. Nak beli barang-barang dapur. Kau ada duit tak? Kalau tak ada aku nak korek tabung aku "
" Ada jer. Mak nak berapa? Bunga bagi lima ratus ea dekat mak. Jap ea, Bunga pergi ambik " Langkah kaki dibuka naik ke bilik. Mengambil duit daripada dompetnya itu.
" Nah, ambiklah. Mak beli jer, apa yang mak nak beli yerr. Bunga tak kisah, asalkan keperluan untuk mak dapat ditunaikan " Not RM 100 sebanyak lima keping dihulurkan kepada emaknya. Senyuman manis dihadiahkan buat emaknya itu.
Mak Cik Salmah yang mendengar ungkapan daripada anak perempuannya itu tersenyum gembira. Rasa syukur, kerana telah dikurniakan seorang anak yang begitu baik terhadap dirinya.
" Mak pergi dulu yer Bunga. Kamu kunci rumah ni " Pesan Mak Cik Salmah. Tongkat yang tersandar di pintu diambil sebagai alat untuk dia mengukuhkan kakinya itu. Dia mampu untuk berjalan dan berdiri, tapi tu la, apabila adanya bantuan tongkat, rasa lebih gah dan kukuh kudrat tuanya itu untuknya berjalan.
Bunga yang melihat emaknya sudah berlalu pergi tersenyum kecil kerana berasa puas hati dapat menggembirakan hati emaknya itu.
Share this novel