Darius membuka langkah dengan perasaan sebal di hati. Fail-fail yang ada di tangannya dihempaskan ke atas meja setiausaha Rudy.
" Mana bos kau?! Bos kau mana?! " Soal Darius dengan nada yang tinggi.
Lily yang terkejut dengan sergahan Darius hanya mampu mendiamkan diri. Sungguh inilah kali pertama dirinya melihat Darius berubah menjadi raksasa the hulk.
" I'm asking you right now !! Where is your bos?!! Mana Rudy Haikal?!! Mana?!! " Soal Darius lagi setelah melihat tiada balasan daripada setiausaha sahabatnya itu.
Syaza yang mendengar tengkingan Darius di bilik Rudy cepat-cepat berdiri meluru ke arah majikannya.
" Encik Darius, kenapa ni? " Soal Syaza cemas. Dilihat Lily sudah menunduk ke bawah sedang menangis, mungkin disebabkan takut atau malu dengan tengkingan Darius.
" I nak tahu dan nak pastikan betul ke yang Rudy pergi ke Pulau Rawa? Betul ke?! Betul ke?! " Tengking Darius lagi kepada Lily. Hatinya dipenuhi dengan perasaan marah. Sungguh dia tidak percaya bahawa Rudy pergi ke pulau yang dibelinya itu, tanpa memberitahu kepada dirinya terlebih dahulu.
Syaza yang melihat Darius tidak menghiraukan pertanyaannya mengeluh kecil. Rasa geram pulak melihat majikannya itu yang sejak akhir-akhir ini sentiasa sahaja berubah angin. Sekejap baik, sekejap garang. Jauh betul dengan sikap Darius yang dulu-dulu.
" Betul Encik Darius. Encik Rudy memang ambil cuti dan pergi ke pulau " Ungkap Lily setelah lama menyepi.
Darius yang mendengar jawapan daripada Lily terdiam. Sungguh dia tidak menyangka, kenapa Rudy pergi ke pulau. Adakah untuk memikat hati isterinya?
" Arghhhhhhh !! " Rambutnya diramas kasar. Terus dibuka langkah beredar dari situ.
Syaza yang melihat Darius beredar dari situ menjelirkan lidahnya. Rasa geram di hati mengenangkan sikap bosnya yang saban hari selalu sahaja menyakitkan hati.
" Dah, jangan nangis. Encik Darius dia ada banyak masalah tu, sebab tu dia tak sengaja tengking awak " Pujuk Syaza. Tisu dihulurkan kepada Lily cuba meredakan esakan tangis Lily.
*************************
Alisya yang melihat Rudy tersenyum-senyum ke arahnya hanya berlagak selamba. Langsung tiada keinginan untuk membalas senyuman cicak kering itu. Dibuka langkah kakinya pergi melihat bunga yang diberikan oleh Darius. Diambil cedokan air, ditabur baja ke atas bunga tahi ayam itu.
" Sayang betulkan awak terhadap bunga yang tak berapa nak cantik ni " Sapa Rudy setelah lama dia memerhatikan gerak-geri Alisya. Mengapalah Darius tega memperlakukan sebegini rupa kepada isterinya itu? Sedangkan Alisya ni baik jer orangnya, lepastu cantik pulak tu. Desusnya di dalam hati.
" Mungkin bunga ni nampak tak cantik di mata awak. Tapi di mata saya, bunga ni cantik, sebab bunga ni adalah pemberian dari orang yang saya cinta, dan orang yang saya rindu " Ungkap Alisya sayu. Tangannya membelek kuntuman bunga yang berada di hadapannya. Bibirnya mengukir senyuman, memikirkan kenangan dirinya bersama Darius.
" Maksud awak, bunga ni pemberian daripada Darius? " Soal Rudy.
" Awak kenal Darius? Awak kenal suami saya? " Kini soalan dibalas dengan soalan. Alisya mengerutkan wajahnya cuba mencari jawapan siapa cicak kering ini.
" Saya Rudy. Saya kawan baik Darius " Jawab Rudy sambil tersenyum manis. Tidak ingin la dia menuruti permintaan Bunga itu, menyuruhnya tidak memperkenalkan dirinya. Lagi pun, dia ada sebab untuk datang ke sini. Kalau dirahsiakan identitinya, tidak dapatlah dia laksanakan hajatnya ke mari.
" So, mana kawan baik awak tu? Suami saya mana? Kenapa awak sorang jer yang datang sini? Mana Darius?! " Aju Alisya bertubi-tubi ingin mengetahui keberadaan suaminya.
" Darius dia tak boleh datang sini. Dia, dia ada banyak projek kena handle. So, awak faham-faham la yer " Tipu Rudy menutup cerita yang sebenar.
Alisya yang mendengar jawapan daripada Rudy melepaskan baja di tangannya dengan kasar.
" Kalau awak datang sini, bagitahu dekat saya, benda yang sama macam apa yang Mamat dan Bunga bagitahu dekat saya, rasanya awak boleh balik kot. Sebab jawapan awak tu saya dah muak dengar !! " Hembur Alisya. Langkah kaki dibuka ingin beredar dari situ. Sakit pulak telinganya apabila jawapan yang sama selalu didengarinya.
Rudy yang melihat Alisya sudah pergi menjauh darinya hanya mampu mengeluh kecil. Dihenyakkan punggungnya di bawah pondok kecil itu.
" Tu la, saya dah pesan dekat awak, jangan perkenalkan diri awak sebagai sahabat bos. Tengok Cik Alisya dah marah, nanti saya jugak yang kena pujuknya " Sampuk Bunga sebal. Gelas di tangannya dihulurkan kepada Rudy.
" Air apa ni? " Kini gelas yang berisi air kosong itu telah bertukar tangan.
" Air kosong la. Air apa lagi?! Tengoklah warna jernih macam tu, mesti la air kosong " Dijelingkan lirikan matanya kepada Rudy. Rasa menyampah pulak bila Rudy bertanyakan kepadanya soalan macam budak-budak tu.
" Ouhh, saya ingatkan I love You tadi " Ungkap Rudy tersenyum gatal.
Bunga yang mendengar ungkapan Rudy hanya beriak selamba. Dibuka langkah kakinya pergi mendapatkan Alisya. Tidak betah ingin berbual lama-lama dengan makhluk asing di hadapannya itu.
Share this novel