Alisya melabuhkan punggungnya di atas sebuah bangku. Matanya diliarkan ke kiri dan ke kanan, memerhati sekeliling persekitaran mall itu. Keluhan dilepaskan, jam ditangannya dikerling setelah berasa bosan kerana lama menunggu Darius yang sudah pergi beredar ke tandas. Apa yang dibuat oleh suaminya itu, dia sendiri tidak tahu. Mungkin, Darius sakit perut kot, tebaknya monolog di dalam hati.
Senyuman bahagia terlakar pada raut wajahnya, setelah melihat sepasang suami isteri sibuk melayani kerenah anak mereka, bermain di taman playground di mall itu. Anak itu mungkin berumur dalam lingkungan empat tahun dan jelas terpancar pada raut wajah suami isteri itu bahawa mereka bahagia melayari bahtera perkahwinan mereka.
" Tak sabarnya nak tunggu aku dengan suami aku hidup bahagia macam tu. Ada anak, bawak anak pergi jalan-jalan, bestnya " Ungkap Alisya tersenyum sumbing. Fikirannya sudah menerawang terbang, berimaginasi bahawa dia dan Darius sedang melalui saat bahagia seperti itu. Girang hatinya tidak terkata.
Darius melihat daripada jauh tatapan wajah Alisya yang sedang ralit memerhati keluarga kecil di taman mini playground itu. Helaan nafasnya dihembus panjang sebelum dia menapak pergi ke arah Alisya. Usai berada di sisi isterinya itu, jari-jemarinya meraih lembut jari-jemari milik Alisya.
Alisya menoleh setelah menyedari kehadiran Darius. Kornea matanya dikerlih melurut ke bawah, melihat jari-jemarinya kini sedang berada dalam genggaman tangan sasa Darius. Senyuman manis dihadiahkan buat Darius.
" Awak, tengok tu. Bahagia jer kan pasangan suami isteri tu. Ada anak, lepastu spend time together " Mulutnya dimucungkan menunjuk ke arah keluarga bahagia itu.
Darius tersenyum tipis. Hujung bibirnya digigit lembut, usai itu dia memeluk Alisya daripada belakang. Ciuman di pipi dihadiahkan buat Alisya.
" Awak..saya cakap dengan awak ni. Awak komenlah sikit pasal keluarga bahagia tu " Ungkap Alisya setelah Darius hanya menyepi. Malahan dirinya dipeluk oleh Darius. Melihat tiada ura-ura Darius akan membuka bicara, terus dia memusingkan badannya melihat suaminya itu.
" Awak..kenapa nangis ni? Hmmm, saya ada buat salah ea? " Soal Alisya setelah melihat mutiara jernih gugur membasahi pipi Darius. Belum sempat tangannya ingin menyeka air mata yang membasahi pipi milik Darius, terlebih dahulu tangan sasa Darius memegang pergelangan tangannya.
Darius tersenyum hambar. Tangan milik Alisya dikucupnya. Matanya memandang redup ke dalam anak mata milik Alisya. Wajah polos isterinya itu ditatap sayu.
" Awak..kenapa ni? Saya ada buat salah ker? Kenapa awak nangis ni? " Soal Alisya. Matanya turut membalas pandangan mata hazel milik Darius.
" Sayang tak buat salah pun dan abang tak nangis pun, cuma mata abang masuk habuk je ni " Dalih Darius. Matanya dikenyitkan manja buat Alisya.
Alisya mencebikkan bibirnya. Dia memalingkan kembali tubuhnya dan wajahnya melihat ke arah keluarga bahagia itu.
" Suatu hari nanti, pasti dan sepastinya saya dan awak, kita berdua akan hidup bahagia macam pasangan suami isteri tu "
Darius yang mendengar kata-kata daripada Alisya hanya menyepi. Matanya dilirikkan melihat ke arah keluarga bahagia yang dimaksudkan oleh Alisya.
" Nanti, saya mengandung, lepas saya mengandung, saya bersalin, lepastu awak jaga saya masa pantang, awak jaga baby kita, lepastu saya habis pantang. Lepas saya habis pantang, anak kita pun membesar, and then kita bawak anak kita pergi taman, lepastu saya mengandung balik. Lepastu saya pun bersalin, lepastu anak kita pun membesar, lepastu saya mengandung balik..lepastu sa.." Percakapan Alisya terhenti di situ, setelah jari telunjuk milik Darius menyentuh lembut bibirnya. Matanya dikerdipkan beberapa kali tanda tidak mengerti dengan perbuatan tiba-tiba daripada suaminya itu.
" Macam banyak sangat jer mengandung ni. Sayang larat ke nak mengandung banyak kali ni? Hmmm? " Aju Darius.
" Hello, ni Tengku Alisya Riana la, setakat mengandung ni apalah sangat kan. Lagi pun, bukan ker dulu-dulu awak pernah cakap yang kita nak ada anak sepuluh orang? So tak salah la kan kalau saya cakap mengandung banyak kali " Jawab Alisya polos.
Darius menjongket kening usai mendengar jawapan daripada Alisya. Tiada kata mahu diungkapkannya.
Alisya yang melihat Darius hanya menyepi, memandang geram raut wajah milik Darius. Dicubit lembut perut milik Darius.
" Awak ni kan memang tak ada angan-angan ea pasal masa depan rumah tangga kita ni? Asyik saya jer yang cakap pasal anak, pasal keluarga bahagia. Tapi awak, menyepi jer. Dah la, saya nak merajuk la kalau macam ni " Rajuk Alisya. Mukanya sudah cemberut, mulutnya dimuncungkan. Dia berpeluk tubuh berlalu pergi meninggalkan suaminya itu.
Darius mengeluh kecil. Matanya redup memandang susuk tubuh Alisya yang sedang merajuk dengan dirinya. Bukan abang taknak berangan sayang, cuma abang takut, jika angan-angan abang tak kesampaian. Desusnya di dalam hati. Terus dia membuka langkah menuju ke arah Alisya.
" Jom sayang. Temankan abang, pergi cari barang abang " Tangannya meraih tangan milik Alisya.
Alisya hanya menuruti. Hampa dirasakan apabila Darius tidak memujuknya dan langsung tiada kata maaf diungkapkan oleh Darius mengenai omongan keluarga bahagia itu.
******************************
Mamat melihat daripada jauh rumah Mak Cik Salmah yang terkatup rapat pintu dan tingkap. Berasa pelik pula melihat rumah Mak Cik Salmah yang seolah-olah tidak berpenghuni itu. Takkan Mak Cik Salmah pergi ke pekan, kaki dia kan sakit? Persoalan itu tergantung tiada jawapan.
Kalsom yang baru sahaja balik daripada membawang mengecilkan biji matanya apabila melihat kelibat Mamat. Tanpa berfikir panjang, terus dia membuka langkah pergi ke arah Mamat.
" Hoi ! Khusyuk sangat kau tengok rumah Salmah tu ea. Kenapa, kau nak pergi balas dendam ker dekat Bunga setelah apa yang Bunga buat kat kau? " Bahu Mamat ditepuk. Keningnya dijongketkan tinggi melihat ke arah Mamat.
Mamat terkejut dengan sergahan tiba-tiba daripada Kalsom. Nasib baik dirinya bukan jenis kaki melatah. Dia memalingkan tubuhnya ke arah Kalsom. Belum sempat dia ingin membuka kata, terlebih dahulu Kalsom bersuara.
" Kau jangan nak balas dendam sangat la Mamat oi. Bunga takda kat sini, Bunga dah lari tinggalkan kampung ni. Riuh tau bila anak Timah yang kerja dekat hospital tu cakap, yang Bunga tinggalkan mak dia sorang-sorang kat hospital tu. Hmmm, memang sah-sah la Bunga tu dah lari daripada kampung ni. Dasar anak tak guna! " Hembur Kalsom menceritakan gosip yang didengarinya semalam.
" Bunga ada urusan kot, sebab tu dia tak ambik mak dia dekat hospital tu. Kita tak boleh tuduh yang bukan-bukan Mak Cik Kalsom. Tak baik, berdosa " Tutur Mamat.
Kalsom yang mendengar nasihat free daripada Mamat membuat muka mengejek.
" Emmm, tapi Mak Cik Kalsom tahu tak, Mak Cik Salmah pergi mana? Pintu macam tertutup je tu. Risau la saya " Aju Mamat, sambil matanya dilirikkan melihat ke arah rumah Mak Cik Salmah.
" Entah la aku. Tapi, semalam masa aku balik dari warung Abu, aku tengok Salmah termenung dekat jendela rumah dia tu. Tengok bulan dan bintang lepastu nangis-nangis. Dia ada je kot kat rumah tu, mungkin dia sengaja tutup pintu sebab taknak orang-orang kampung datang rumah dia tanya pasal kes nak rogol anak dia tu " Tebak Kalsom. Matanya turut dilirikkan melihat ke arah rumah Salmah.
" Kau pergi la bagi salam ke apa. Aku dah nak balik rumah, nak memasak pulak " Cadang Kalsom. Usai itu dia membuka langkah berlalu pergi meninggalkan Mamat.
Mamat tersenyum tipis. Lama dirinya berfikir sama ada ingin pergi atau tak ke rumah Mak Cik Salmah, terus dia mengorak langkah menuju pulang ke rumahnya. Esok je la aku pergi. Bisiknya di dalam hati.
Share this novel