Alisya mencebikkan bibirnya. Hampeh dirasakan apabila mengetahui hajat Darius membawanya ke mall hanyalah untuk membeli telefon bimbit yang baharu. Dia hanya memandang sepi perbualan Darius dengan jurujual telefon bimbit itu.
Matanya diliarkan meneroka segenap ruang mall itu. Terpandang paparan kedai bookstore, terus dia membawa diri masuk ke dalam kedai itu. Senyuman tipis terlakar pada bibirnya setelah deria baunya menghidu aroma buku-buku di situ. Kakinya dibuka langkah menapak bersiar-siar melihat buku-buku yang tersusun rapi di atas rak buku.
" Cara-cara menjadi isteri solehah "
Tajuk sebuah buku dibacanya. Tanpa dia sedari tubir matanya bergenang dengan mutiara jernih. Senyuman sayu terlakar pada wajahnya usai membaca bait-bait kata tajuk itu. Tangannya dibawa mengusap buku itu.
" Buku ni, hadiah pertama daripada Darius. Hadiah semasa aku anggap yang Darius tu kejam " Tuturnya. Peristiwa semasa dirinya dan Darius bergaduh dan peristiwa Darius merawatnya semasa kakinya luka berlegar-legar dalam fikirannya. Tidak lupa juga, peristiwa dirinya merajuk dengan Darius disebabkan seekor monyet. Lucu dia rasakan. Senyuman simpul terbit pada bibirnya.
" 123, smile ! "
Cahaya flash kamera telefon menyedarkan dirinya daripada mengingati kenangan lalu itu. Dia menoleh, wajah ceria milik suaminya ditenung.
" Awak ni, curi-curi ambik gambar saya pulak. Tak aci tau, snap gambar saya tanpa mintak kebenaran daripada saya " Alisya menjuihkan bibirnya, tanda merajuk.
" Aik, nak ambik gambar kena mintak permission ea? " Darius tersenyum manis. Badan Alisya dibawa ke dalam pelukannya. Dagunya ditongkatkan ke atas bahu milik Alisya.
" Mestilah kena mintak permission, sebabnya saya ni tak ready apa lagi tau bila awak snap gambar saya tu. Kalau hudoh ker buruk ker, hahh macam mana? " Kornea matanya dikerlingkan melihat telefon iphone yang berada dalam genggaman tangan sasa Darius.
" Awak beli phone baru ni, sebab phone awak rosak ker? " Aju Alisya.
" Abang beli sebabnya abang tertinggal phone lama abang masa nak kejar sayang hari tu. Lagi pun, bila ada phone ni, boleh la abang snapkan memori-memori kita yang sedang syok honeymoon kat sini " Senyuman tipis terlakar pada bibirnya.
" Membazir je la awak ni, dah la beli iphone 11 pro max. Baik awak beli telefon nokia yang tekan-tekan tu jer, kalau awak nak guna untuk call mommy ker, papa ker, atau Rudy. Lagi pun, phone lama awak okay lagi kan? Just tertinggal dekat hospital, so mesti Rudy, tak pun mommy atau papa tolong bawak balik ke KL tu " Omel Alisya.
Darius tersenyum tipis. Pelukan antara dirinya dengan Alisya dilepaskan. Dia memegang bahu Alisya dan memalingkan tubuh Alisya agar berhadapan dengan dirinya.
" Abang kan dah cakap, yang abang nak snapkan memori-memori kita sepanjang kita honeymoon kat sini. Abang rasa, kalau untuk kenangan, rasanya tak membazir kan? " Dagu milik Alisya dicubit lembut usai itu tangannya pula menarik lembut hidung milik Alisya.
Alisya berdecit manja. Belum sempat dia ingin membalas tindakan suaminya itu, terlebih dahulu Darius menapak pergi menjauh daripadanya.
Alisya berdeham kecil. Matanya menangkap perlakuan Darius yang termenung sambil merenung tajam ke arah buku yang dibacanya sebentar tadi.
Lama dia melihat Darius merenung buku itu, matanya terbeliak luas setelah melihat sepuluh biji buku yang mempunyai tajuk yang sama diambil oleh Darius, lalu dibawa ke kaunter pembayaran.
" Awak, buku tu semua buku yang sama tau. Kenapa awak beli sampai sepuluh ni? " Aju Alisya. Tangannya ligat membawa semula kesemua buku-buku itu menjauh daripada kaunter pembayaran.
" Abang nak gantikan balik buku sayang yang kena curi dengan monyet tu " Jawab Darius polos.
" Awak, kalau nak gantikan, tak payah la sampai sepuluh biji buku awak nak beli. Lepastu semua buku tu tajuk yang sama pulak. Membazir tau awak " Omel Alisya. Hairan pulak dirasakannya apabila melihat kerenah suaminya itu.
" Alaa, setakat sepuluh buah buku, apa yang nak dibazirkannya. Sepuluh buah buku cara-cara menjadi isteri solehah. Satu untuk sayang, selebihnya untuk.."
" Untuk apa? Hmmm? Untuk bini-bini lain? Macam tu?" Aju Alisya. Tangannya mencubit lembut lengan sasa milik Darius hingga Darius menjerit kecil.
" Untuk sayang la. Welkkk! " Jeliran lidah diberikan kepada Alisya. Matanya dikenyitkan, usai itu dia membuka langkah seribu meninggalkan Alisya.
Alisya yang mendengar usikan daripada Darius tersenyum kecil. Kepalanya digelengkan beberapa kali, cukup terhibur dengan kerenah Darius yang sudah macam budak-budak gayanya tu.
**************************
Bunga merengus geram. Pakaian milik Melissa digonyohnya dengan rasa marah yang meluap-luap di dalam hati. Baldi yang berada disisinya ditendang kuat.
" Arghhhhh !! Stress aku ! Siap la kau Melissa, dasar mata sepet ! Nanti bila Alisya balik sini, aku fitnah-fitnah kau biar Alisya pun bencikan kau sama macam Alisya bencikan anak jantan kau tu ! " Bentak Bunga melepaskan rasa marah dalam hatinya itu.
Sabun yang berada pada tangannya ketika itu dicurahkan dengan banyak. Berbuih-buih lantai jubin bilik mandi itu.
" Biar habis sabun dalam rumah ni ! Biar korang semua jatuh miskin macam aku yang miskin nak mampus ni ! Padam muka ! Baru puas hati aku ! " Hembur Bunga geram. Botol sabun itu dipicitnya hingga habis isinya. Senyuman bahagia terlakar pada wajahnya.
" Bunga " Panggil Mak Tam yang ketika itu sedang membawa sebuah bakul ditangannya. Bakul yang penuh dengan baju milik Melissa.
" Bunga, kenapa Bunga habiskan sabun tu? Ya Allah, membazir la Bunga ni " Terbeliak luas biji matanya usai melihat botol sabun itu sudah habis isinya, ditambah lagi keadaan bilik mandi itu yang sudah dipenuhi dengan buih-buih sabun.
Bunga tersenyum sinis. Jelingan mata dihadiahkan buat Mak Tam.
" Aku buat semua ni, biar majikan kau yang sombong nak mampus tu jatuh bankrupt. Jadi miskin macam aku ni haaa "
Mak Tam yang mendengar ungkapan jatuh miskin dan bankrupt itu tergelak kecil.
" Asal kau gelak ni? Kena sampuk dengan hantu? Dasar orang tua ! " Hembur Bunga sinis.
" Saya rasa yang kena sampuk tu Bunga, sebab apa? Sebab terlampau bodoh. Ye la, setakat sabun yang tak seberapa mahal harganya ni, takkan mampu la nak buat majikan aku jatuh bankrupt ! Nasib baik dasar orang tua, daripada dasar orang bodoh yang takda otak ! " Bidas Mak Tam menjawab ungkapan biadap Bunga itu.
Bunga yang mendengar bidasan Mak Tam berdecit geram.
" Woi ! Kau nak pergi mana haahh?! " Teriak Bunga setelah melihat Mak Tam ingin beredar daripada situ. Terus dirinya bangkit, langkah kaki dibuka, tangannya cuba untuk merentap kasar pergelangan tangan milik Mak Tam. Entah di mana silapnya, terus dia terjelopok jatuh di atas lantai.
" Auuuu ! Sakitnya ! " Adu Bunga mengetap gigi. Terasa sengal punggungnya, tangannya yang terlipat dek daripada kejatuhannya itu mula membengkak.
Mak Tam menoleh, senyuman mengejek diberikan kepada Bunga.
" Balasan ! Padam muka ! " Tanpa ada rasa ingin menolong Bunga yang sudah terjelopok di atas lantai itu, dia membuka langkah menapak pergi beredar meninggalkan Bunga yang sedang mengaduh kesakitan itu.
Share this novel