" Cik Alisya, marilah duduk dekat pondok. Tu matahari terpacak atas kepala ni. Panas, meh la sini Cik Alisya " Pujuk Bunga mengharap Alisya akan menunggu Darius di bawah pondok. Sejak pagi tadi Alisya setia berdiri menunggu kepulangan suaminya itu.
Alisya yang mendengar pujukan daripada Bunga hanya mendiamkan diri. Setiap saat, setiap masa, matanya tidak akan pernah berhenti merenungi laut biru di hadapannya. Berharap, agar Darius akan pulang. Berharap akan ada sebuah bot yang akan datang singgah ke pulau ini.
" Cik Alisya, jom kita tunggu bos dekat pondok ea? Tak pun kita tunggu bos dekat bawah pokok-pokok yang redup. Jom Cik Alisya " Pujuk Bunga lagi. Bahu Alisya diusap lembut. Berharap Alisya akan menuruti permintaanya itu.
" Saya nak tunggu suami saya kat sini. Nanti bila dia dah balik sini, saya nak, sayalah orang pertama yang ada di depan mata dia. Kalau saya duduk dekat pondok, nanti saya tertidur macam mana? Siapa yang nak sambut kepulangan Darius? " Luah Alisya jujur. Hatinya tetap bersabar untuk setia menanti kepulangan insan yang dicintainya.
Dipandang sayu bekal makanan di tangannya itu yang disediakan sememangnya khas untuk Darius. Ingin memberitahu kepada suaminya bahawa dia betul-betul dah pandai masak.
" Awak, saya tunggu awak ni. Kalau hari ni awak tak balik sebab busy uruskan kerja company awak, saya tak kisah. Saya akan tetap sabar dan tetap setia menunggu awak balik sini " Luah Alisya bersama esakan kecil.
Bunga yang mendengar luahan hati Alisya hanya mampu menyepi. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Dia tidak sanggup menceritakan hal yang sebenar kepada Alisya, bahawa Darius tidak akan pernah datang dan tidak akan pernah pulang ke pulau ini lagi.
****************************
Tengku Shahril yang melihat Darius hanya mendiamkan diri daripada tadi mula memberanikan diri untuk membuka bual-bicara.
" Darius sihat? " Soalnya ramah.
Darius yang mendengar pertanyaan daripada Tengku Shahril hanya mengangguk memberi isyarat bahawa dia sihat sahaja.
" So, Darius dah baca pesanan whatsaap yang papa hantar tu? Sebab tu Darius datang sini kan? " Soal Tengku Shahril lagi. Hatinya berasa sangat bersyukur apabila Darius datang ke rumahnya. Padahal baru semalam dia menghantar pesanan whatsaap tu. Nampak gaya ini permulaan yang baik. Desusnya di dalam hati.
" Darius tak tahu apa yang papa cuba sampaikan ni. Pesanan whatsaap tu semua, langsung Darius tak baca. Darius datang sini sebab nak bagitahu sesuatu kepada papa. That's why I'm coming here " Tutur Darius jujur. Sungguh dia tidak menahu langsung tentang pesanan whatsaap semua tu.
Tengku Shahril tersenyum senang selepas mendengar tutur kata Darius yang sudah membahasakan dirinya dengan panggilan papa. Tiada lagi kau dan aku.
" Darius datang sini sebab Darius nak bagitahu yang anak papa ada dekat pulau yang Darius beli. Darius kurungkan Alisya kat sana. Darius dera dia cukup-cukup " Ungkap Darius bersahaja.
" Papa dah tahu yang Darius kurung Alisya dekat Pulau Rawa tu. Terima kasih Darius, sebab Darius dah ubah Alisya. Darius berjaya guide anak papa, isteri kamu, kenal apa itu agama Islam " Ucap Tengku Shahril berterima kasih. Dia sudah menyuruh Zikri, anak buahnya pergi menyiasat ke mana Darius membawa Alisya pergi. Pada permulaannya memang dia marah, tapi setelah tahu motif Darius yang sebenar, dia berasa sangat berterima kasih.
" Papa dah tahu? Papa dah tahu semua ni? " Soal Darius tidak percaya.
Tengku Shahril mengangguk kecil. Mengiakan pertanyaan Darius.
" Baguslah kalau papa dah tahu dekat mana Darius kurung Alisya. Tak perlulah Darius nak explain panjang-panjang kan? So daripada kita membuang masa, baik Darius bagitahu hajat sebenar Darius datang ke mari " Ungkap Darius lagi. Matanya dipejam rapat, nafasnya ditarik cuba mencari kekuatan untuk meluahkan hajatnya itu.
" Hajat apa? Apa maksud kamu Darius? " Aju Tengku Shahril yang tidak mengerti hajat apa yang dimaksudkan oleh Darius.
" Darius nak papa pergi ke Pulau Rawa. Jemput Alisya balik sini. Papa buatlah apa yang papa rasa nak buat. Darius sikit pun taknak ambil peduli pasal Alisya lagi. Darius serahkan kembali Alisya, anak kesayangan papa ke pangkuan papa " Ungkap Darius bersahaja. Terus dia bangun membuka langkah ingin beredar dari situ.
Tengku Shahril yang mendengar bait-bait kata daripada Darius tergamam. Langsung tidak menyangka hajat yang dimaksudkan oleh Darius itu adalah memulangkan kembali anaknya. Terus dia merentap kasar pergelangan tangan Darius.
" Apa maksud kamu ni Darius?!! Apa maksud kamu, yang kamu nak serahkan kembali Alisya kepada papa?! Kalau kamu sekalipun berdendam dengan papa, jangan pernah libatkan anak papa dalam hal ni. Papa tahu yang Alisya sayangkan kamu. Papa dah intip segala gerak-geri kamu dengan Alisya " Hembur Tengku Shahril yang berasa sungguh terkejut dan marah kepada Darius. Apakah dia ingat anak perempuannya itu barang ke? Yang boleh serahkan kembali macam tu!!
" Darius dah maafkan papa. Dendam Darius terhadap papa, sudah lama Darius buang. Tak ada istilah Darius buat semua ni disebabkan dendam " Luah Darius jujur. Yer dia sudah pun menghapuskan segala dendam yang bersangkar di hatinya. Siapa dia untuk terus menghukum kesilapan dan dosa manusia lain? Dia cuma manusia biasa, dia bukannya Tuhan.
" Habistu, kalau bukan disebabkan dendam, terus disebabkan apa? Sebab Darius tak cintakan Alisya? Macam tu? " Soal Tengku Shahril lagi.
" Yup. Darius tak cintakan Alisya. Hati Darius langsung tak ada sekelumit rasa cinta dan kasih terhadap Alisya. Papa sendiri tahu kan, yang Darius dan Alisya menikah disebabkan konflik kita dulu tu. Dah la, Darius nak balik " Ungkap Darius bersahaja. Disalami tangan tua milik Tengku Shahril sebagai tanda hormat.
" Kalau kamu tak cintakan dia, tak sayangkan dia, ceraikan dia. Jangan kamu terus ikat dia dalam perkahwinan yang bagi kamu tak ada apa-apa erti ni. Bebaskan Alisya, Darius " Pinta Tengku Shahril sayu. Sudah itu yang dikatakan oleh Darius. Cinta tak boleh dipaksa. Sangkanya Darius cintakan anaknya, namun sebaliknya pula yang terjadi.
Darius yang mendengar permintaan Tengku Shahril terdiam. Langkahnya terhenti sebaik sahaja papa Alisya menyuruhnya menceraikan isterinya itu. Mampukah dia melafazkan talak buat Alisya?
" Boy, mommy is here. I'm here right now " Ungkap Melissa sebak. Perbualan antara anaknya dan Tengku Shahril sudah dia dengari. Tidak pernah langsung dia menjangkakan anaknya sudah menikah dengan anak perempuan sahabat baiknya itu, dan pernikahan pula dibina tanpa dasar cinta.
Darius terpanar. Apa yang sedang berlaku sekarang ini? Mommy? Wanita chinese yang dia jumpa di perkarangan rumah Tengku Shahril adalah mommy nya?
" Listen, I know You are not in a good mood right? Sini mommy peluk boy " Ungkap Melissa sebak. Terus Darius di bawa ke dalam pelukannya. Air mata membasahi pipinya. Akhirnya, rindu yang menggunung di dalam hatinya dapat dilepaskan hari ini.
Darius yang masih keliru akan apa yang telah berlaku hanya membisu. Fikirannya mula bercelaru, selepas satu persatu masalah yang dihadapinya.
" Boy, boy, are you oky? Boy? " Soal Melissa cemas setelah dirinya dapat merasakan Darius seolah-olah jatuh pengsan.
Tengku Shahril yang melihat Darius tidak sedarkan diri di dalam dakapan Melissa mula membuka langkah besar meluru ke arah mereka.
" Kita bawak boy masuk bilik. Nanti I call Doktor Saiful datang sini " Arah Tengku Shahril kepada Melissa.
#Jangn lupa follow ig nash yer : nash_1412_writer
#Thanks semua. Teruskan beri kecaman pada Darius, hihihi
Share this novel