Alisya membuang pandang melihat ke arah laut biru dihadapannya itu. Angin pantai tidak henti meniup tudung yang dipakainya.
" Pantai oo pantai. Kuatkan jodoh aku dengan kau " Tutur Alisya yang sungguh tidak menyangka Darius akan membawanya ke pantai Batu Buruk yang terletak di negeri Terengganu itu.
Darius yang melihat Alisya elok sedang termenung tersenyum ceria. Kedua-dua tangannya diseluk ke dalam poket seluar menyerlahkan lagi ketampanan dan kemachoan dirinya. Perlahan-lahan dia menapak ke arah Alisya.
Alisya tergamam apabila melihat Darius tiba-tiba datang menghampirinya, dan yang membuatkan dirinya lebih tergamam apabila tiba-tiba Darius berbaring meletakkan kepala di atas ribanya. Belum sempat dia ingin membuka suara, terlebih dahulu Darius menutup mulutnya.
" Dua puluh minit please " Pinta Darius sambil matanya terpejam rapat. Dia perlukan rehat ketika ini, badannya sudah letih setelah agak lama dia memandu tambahan pula dirinya tidak begitu sihat. Kepalanya itu sedikit sebanyak masih berdenyut.
Alisya hanya diam. Tiada kata mahu diungkapkan buat Darius. Dipandang raut wajah suaminya itu. Angin bayu ombak menemani dirinya melihat Darius yang sudah lena membuai mimpi di atas ribanya itu. Mungkin letih sangat kot? Soalnya di dalam hati.
***************************************
Haji Embong yang baru sahaja siap menemani Mamat membuat medical check-up disebabkan kesan luka dan lebam ditubuh Mamat kerana dipukul oleh penduduk kampung terhenti langkahnya, setelah melihat Salmah tersedu-sedu sedang menangis di lobi hospital. Kerusi roda yang diduduki oleh Mamat ditolaknya menapak ke arah Salmah.
Mamat yang berada di atas kerusi roda hanya mampu menyepi. Seolah-olah dirinya sudah dapat meneka apa yang telah berlaku terhadap Salmah, terus dia membuka bicara usai dirinya dan Haji Embong betul-betul berada disisi Salmah.
" Mak Cik Salmah..Jom kita balik. Dah nak masuk waktu maghrib ni, takkan mak cik taknak balik lagi "
Salmah tersenyum nipis. Air mata yang membasahi pipinya diseka. Direnung jam di dinding usai itu terus air matanya spontan berjuraian membasahi pipi tuanya.
Haji Embong terkedu apabila melihat Salmah menangis. Lambat-lambat dirinya membuka bicara.
" Jom la balik Salmah. Kamu tunggu anak kamu dekat rumah pulak yer. Mungkin Bunga ada urusan penting kot, sebab tu dia tak boleh ambik kamu. Kita balik yer, Mamat dengan aku pun nak balik jugak ni. Kau boleh tumpang aku " Ungkap Haji Embong sayu.
Salmah hanya tersenyum nipis. Air mata yang tidak henti membasahi pipi tuanya itu diseka. Matanya dilirikkan melihat ke arah Mamat yang sudah lebam mukanya ditumbuk oleh penduduk kampung tempoh hari.
" Maafkan anak aku Mamat. Maafkan anak aku yer " Tuturnya sebak. Setelah itu matanya dilirikkan melihat ke arah Haji Embong pula.
" Mamat tak salah Haji, yang salah anak aku. Mamat ni budak baik, yang tak baik anak aku Haji. Haji cakaplah dekat penduduk kampung pasal ni yee. Haji bersihkan balik nama Mamat ni " Tuturnya lagi mendedahkan hal yang sebenar. Biarlah dirinya bakal diumpat oleh penduduk kampung kerana tidak pandai mendidik anak. Sudah itu yang terjadi, takkan dia mahu membiarkan Mamat yang tidak bersalah terus dan menerus menjadi mangsa hinaan penduduk kampung.
Haji Embong mengangguk kecil. Dirinya sudah lama mendapat tahu bahawa kes mahu merogol anak Salmah itu, sebenarnya bukan salah Mamat, tapi salah Bunga berdasarkan apa yang ditelitinya tempoh hari. Sengaja dia tidak memberitahu tentang perkara ini kepada Salmah, kerana dia ingin menduga Salmah dan anaknya. Alhamdulillah, Salmah membuat keputusan yang tepat.
" Jom kita balik mak cik " Ajak Mamat tersenyum manis.
" Kau bagitahu dekat bos kau yer pasal apa yang Bunga telah buat " Pinta Salmah.
Mamat hanya mengangguk kecil. Digagahkan dirinya cuba untuk berdiri dan berjalan. Biarlah dia masih muda dan kudratnya lebih kuat daripada Mak Cik Salmah, terus dia menyuruh Mak Cik Salmah duduk di atas kerusi roda itu.
Haji Embong tersenyum syukur. Syukur melihat perilaku baik daripada Mamat itu. Mak Cik Salmah menatap sayu wajah Mamat, sedih bila diingatkan nasibnya yang tidak mendapat cakna oleh anak gadisnya. Bunga, sampai hati kau. Desusnya di dalam hati.
Share this novel