Tangannya lincah mengenakan tudung bawal di atas kepalanya itu. Satu persatu pin tudung diambilnya lalu disematkan. Berasa puas hati dengan tata riasnya, satu senyuman manis terukir pada wajahnya. Notes yang tertampal pada cermin meja solek itu diambil dan dibacanya buat kali kedua.
' Morning my princess..Abang ada belikan baju dan tudung untuk sayang. Abang nak sayang pakai baju dan tudung tu yer, abang tunggu sayang dekat bawah tau.. Nanti, kita breakfast sama-sama.
Daripada Darius, suamimu yang tercinta '
Usai membaca notes itu, buat kali kedua hatinya turut berbunga riang dan tubir matanya bertakung dengan mutiara jernih, lalu ia gugur membasahi pipi.
" Semoga, hati yang terluka ini sudah mampu untuk diubati " Desusnya di dalam hati. Diseka mutiara jernih itu berserta satu senyuman yang sukar untuk digambarkan.
**************************
Dirinya mengatur langkah menuju ke bawah. Baju yang tersarung pada tubuhnya itu cukup menyerlahkan keyakinannya bahawa dia kini kelihatan cantik jelita. Tanpa sepatah kata dibicarakannya, terus dia menapak ke arah ruangan makan. Meja makan bercorak klasik mewah itu ditujunya, lalu dilabuhkan punggungnya.
" Good morning aunty, uncle " Sapa Bunga bernada ceria. Terasa seolah-olah kini, dia merupakan anak gadis Tengku Shahril dan Melissa pula, riang hatinya itu tidak terkata, terus tangannya mencapai roti sandwich yang terhidang di atas meja.
Tengku Shahril dan Melissa terkejut. Tidak sampai sehari Bunga berada di rumah itu, dia seolah-olah sudah berlagak seperti tuan puteri pula disitu. Lambat-lambat kedua-duanya membalas ucapan morning daripada Bunga. Itu pun dengan nada yang tidak ikhlas.
Tengku Shahril berdeham. Kaca mata yang dipakainya itu diperbetulkan, seolah-olah cuba untuk melihat sama ada betul atau tidak baju yang sedang dipakai oleh Bunga itu, adalah baju kurung moden milik Alisya.
" Bunga.." Panggil Tengku Shahril.
Bunga yang sedang mengunyah sandwich di dalam mulutnya, hanya menjongket kening.
" Itu baju anak aku tu. Baju Alisya kan yang kamu pakaikan tu? Kamu ambik dari mana baju anak aku ni? " Soal Tengku Shahril tidak berpuas hati. Cukup marah dirasakannya apabila sesuka hati orang asing mengenakan baju anak perempuannya itu.
Melissa yang mendengar pertanyaan Tengku Shahril melirikkan matanya melihat ke arah Bunga.
" You pakai baju Alisya? " Soal Melissa pula.
Bunga tersenyum tipis. Sebelum dia ingin membuka mulut, sempat lagi dirinya itu menyisip air tea yang berada di atas meja. Dikesat mulutnya itu menggunakan napkin yang disediakan.
" Ha'ah..Bunga pakai baju Alisya. Ops, Cik Alisya. Sorry, terlajak kata pulak. Hehehe " Ditekup mulutnya itu dengan gaya mak-mak datin. Melihat tiada respond daripada Tengku Shahril dan Melissa, terus dirinya bersuara lagi.
" Bunga takda baju, Bunga kan datang sini tak bawak apa-apa. Sebab tu Bunga pakai baju Cik Alisya. Lagi pun, Bunga tengok baju ni ada dekat dalam almari bilik tetamu tu haa, sebab tu Bunga pakai. Sebab, Bunga ingat Cik Alisya dah taknak pakai baju ni dah " Ungkap Bunga bersahaja.
" Alisya memang tak suka pakai baju kurung, baju kurung moden ker baju kebaya ker dia memang tak suka. Tapi, aku kenal anak aku macam mana, dia takkan sesekali letak baju dia dekat bilik orang lain selain daripada bilik dia, walaupun baju tu dia tak suka ker apa, dia tetap akan letak dalam bilik dia, dan bukannya letak dalam bilik tetamu ke apa " Bidas Tengku Shahril. Riak mukanya terkejut setelah mendengar omongan daripada Bunga itu.
" Tapi...Bunga jumpa baju ni dekat bilik tetamu. Jangan-jangan bilik tetamu yang Bunga maksudkan tu..adalah bilik Cik Alisya?! " Ungkapnya berpura-pura terkejut. Sedangkan dirinya memang sengaja menceroboh masuk ke dalam bilik Alisya, well bilik tetamu tu kosong, takde apa-apa, yang ada cuma katil, almari baju, dan jugak rak-rak buku yang memang jauh berbeza dengan bilik Alisya yang cantik, yang serba lengkap la! Sebab tu dirinya sengaja menceroboh masuk bilik Alisya dan tidur dekat bilik tu.
Tengku Shahril dan Melissa serentak menjegilkan biji matanya setelah mendengar ungkapan bersahaja daripada Bunga. Belum sempat kedua-duanya ingin membidas percakapan Bunga, terlebih dahulu Bunga bersuara.
" Alaaa aunty, uncle, kalau Bunga tersilap bilik sekali pun, tak salahkan kalau Bunga tidur dekat bilik Cik Alisya? Lagipun, Cik Alisya bukannya balik sini pun kan? So takpelah kalau Bunga tidur dekat bilik Cik Alisya tu " Tutur Bunga bersahaja. Matanya memandang ke arah Tengku Shahril dan Melissa, melihat tiada respond daripada kedua-duanya, sekali lagi dirinya bersuara.
" Bunga nak pergi bersiar-siar kejap dekat halaman depan tu. Jadinya Bunga pergi dulu yer " Senyuman tipis dihadiahkan buat Tengku Shahril dan Melissa, sebelum dirinya mengorak langkah menuju ke arah tempat yang dimaksudkannya itu.
Tengku Shahril berdecit. Diurut dahi tuanya, cuba menghadam setiap apa yang diperkatakan oleh Bunga.
Melissa menggenggam penumbuk. Bibirnya diketap, melepaskan rasa sebal dan marah terhadap perlakuan Bunga yang biadap itu.
" Sekarang ni kan, I memang seratus peratus yakin yang punca perbalahan anak-anak kita, semuanya adalah disebabkan perempuan yang tak tahu malu tu. You tengoklah sikap dia tu, I tengok pun rasa macam nak pecah-pecahkan je kepala dia tu " Omel Melissa geram.
" You jangan nak buat fitnah Melissa. Kita takda bukti nak tuduh dia tu adalah dalang disebalik semua ni. Mana tahu kot-kot yang jahatnya adalah..siapa tu..Mamat? Hah Mamat ker? " Ungkap Tengku Shahril yang tidak berkenan dengan apa yang diperkatakan oleh Melissa. Dirinya sudah serik untuk membuat tuduhan tanpa apa-apa bukti. Cukuplah apa yang terjadi dahulu, adalah yang pertama dan yang terakhir.
" Kalau kita takde bukti, why not kita yang pergi cari bukti? Hmmmm?! Susah la cakap dengan you ni, yang terlampau baik sangat ni " Bidas Melissa. Rasa geram pulak melihat sahabat baiknya itu, sikit-sikit nak bukti ke apa. Terus dia mengangkat punggung untuk beredar dari situ.
" You nak pergi mana? Ni sandwich you tak habis lagi ni " Soal Tengku Shahril usai melihat Melissa ingin menapak pergi.
" I nak bagi hadiah dekat perempuan yang tak tahu malu tu " Tanpa memandang ke arah Tengku Shahril dirinya menjawab soalan daripada sahabatnya itu. You just wait and see la Bunga! Gerutunya di dalam hati.
**********************
Haji Embong melihat gerak-geri Mamat yang sedang mengemas bilik tidurnya. Satu senyuman terlakar pada bibirnya. Perlahan-lahan dia menapak ke arah ke Mamat, lalu ditepuk lembut bahu Mamat itu.
Mamat yang berasa terkejut terus menoleh. Melihat Haji Embong tersenyum kepadanya, terus dia turut membalas senyuman daripada Haji Embong.
" Kamu betul-betul nak balik rumah kamu ke Mamat? Kamu dah rasa sihat ker untuk tinggal dekat rumah kamu sorang-sorang tu? " Aju Haji Embong prihatin. Sayu pula rasa hatinya memikirkan Mamat tidak lagi akan tidur di rumahnya itu.
" Yup, Haji. Saya dah buat keputusan untuk balik rumah saya. Lagi pun saya taknak susahkan Haji, dan kucing saya dekat rumah tu pun mesti tengah tunggu saya . Jadinya, saya memang kena balik dan saya sendiri memang nak balik. Saya pun dah sihat la Haji. Tengok ni, muka saya ni dah tak bengkak-bengkak dah " Tangannya menunjukkan ke arah wajahnya itu, cuba meyakinkan hati Haji Embong bahawa dirinya sudah betul-betul pulih sepenuhnya. Lagipun memang sepatutnya dirinya pulang ke rumah. Dia yakin, bosnya itu pasti akan datang ke rumahnya untuk mengetahui apa yang telah berlaku setelah perbualan antara dirinya dan Darius tiba-tiba terputus pada hari kejadian dirinya difitnah oleh Bunga itu.
" Kalau itu yang kamu cakap, saya dah tak boleh nak bangkang apa dah " Ungkap Haji Embong sambil menganggukkan kepala.
" Haji, terima kasih sebab benarkan saya tumpang tidur dekat rumah Haji, lepastu tolong bayarkan bil rawatan hospital untuk saya. Terima kasih banyak-banyak Haji " Tangannya menyalami tangan tua milik Haji Embong itu. Terasa sebak dadanya memikirkan apa yang telah berlaku pada dirinya. Nasib baik, ada Haji Embong yang tidak terlalu cepat menghukum dan pandai membuat keputusan dengan bijak.
Haji Embong tersenyum manis. Ditepuk lembut bahu milik Mamat.
" Sama-sama. Semoga awak sentiasa dalam lindungan rahmatNya. Aamiin "
Usai Mamat mendengar doa daripada Haji Embong itu, terus dia memeluk erat Haji Embong. Melepaskan rasa sebak, dan berterima kasih buat Haji Embong.
Share this novel