Tengku Shahril tersenyum melihat Alisya dan Melissa sedang rancak berbual. Syukur dirasakannya apabila melihat penerimaan baik antara dua gerangan insan itu.
Usai itu dia menapak pula ke arah Rudy dan Darius yang sedang bersiap sedia memasang umpan untuk menangkap ikan untuk dijadikan laut makan tengah hari nanti.
" Tekunnya kamu berdua ni. Sampai papa datang kat sini masing-masing tak perasan " Ungkap Tengku Shahril berpura-pura merajuk.
Rudy dan Darius saling berpandangan. Sengihan terpacul di bibir mereka.
" Darius.. " Lembut Tengku Shahril memanggil nama anak sahabatnya itu.
" Rawatan penyakit kamu macam mana? Kamu duduk sini, kamu bawak ubat tak? " Soal Tengku Shahril prihatin.
Rudy yang berada disitu memerhati sahabatnya. Menunggu jawapan apa yang meniti keluar daripada mulut Darius.
Darius terdiam. Tangannya yang sebentar tadi lincah memasang umpan terhenti aksinya. Wajahnya berubah menjadi keruh, seolah-olah sulit untuk dirinya menjawap pertanyaan Tengku Shahril.
Lama masing-masing berdiam diri, tangan tuanya meraih tangan sasa Darius, lalu diusapnya lembut.
" Papa tahu, Darius sekarang ni tengah cuba usaha untuk dapatkan semula cinta Alisya. Tapi, kesihatan kamu, kamu tak boleh ketepikan. Kita balik KL yer, kita bawak Alisya balik KL sekali " Pujuk Tengku Shahril lembut. Idea ini sudah lama dia fikirkan, dan baru hari ini dia mampu melontarkan ideanya itu. Cukuplah pasangan suami isteri itu terus tinggal di pulau ini.
" Kita balik KL yer " Pujuknya lagi.
Darius menyepi. Tiada ungkapan dilontarkan daripadanya. Rudy yang melihat wajah sugul sahabatnya itu, menepuk lembut bahu Darius.
" Bro, jom balik KL. Kalau kau dan Alisya still lagi duduk kat sini, kau susah tau nak pergi dapatkan rawatan. Takkan kau pergi dapatkan rawatan, Alisya pulak terkial-kial duduk kat pulau ni sorang-sorang. Nanti, lagi bertambah benci Alisya dekat kau "
Lama Darius menyepi, perlahan-lahan kepalanya dianggukkan tanda setuju. Senyuman hambar diberikan kepada Tengku Shahril dan Rudy.
" Kita terus terang dekat Alisya dan mommy pasal penyakit Darius boleh? " Soal Tengku Shahril lagi.
" NO !! Jangan pa, jangan bagitahu pasal penyakit Darius dekat Alisya dengan mommy. Please, tolong jangan.. " Rayu Darius. Tidak sanggup dirinya melihat mommynya sedih dan tertekan kerana dirinya, dan Alisya pula, dia tidak mahu asbab sakit yang dihadapinya itu isterinya akan memaafkan dirinya. Biarlah Alisya memaafkan dirinya atas usahanya sendiri, bukan disebabkan penyakit yang dihadapinya itu.
" Tapi bro, bini kau, mommy kau, mereka semua ni berhak tahu. Kalau kau terus rahsiakan benda ni, aku rasa lagi bertambah sedih mommy kau, dan Alisya pun sama. Tolong jangan sia-siakan sisa baki masa yang kau ada ni "
Usai mendengar ungkapan sahabatnya itu, Darius tergamam. Matanya redup memandang wajah Rudy dan Tengku Shahril.
Rudy menekup mulut setelah menyedari ketelanjuran ungkapannya itu.
Tengku Shahril berdecit melihat ke arah Rudy. Dibawa Darius ke dalam dakapannya. Diusap lembut belakang Darius cuba untuk menenangkan hati Darius yang mungkin sudah runsing memikirkan tahap kesihatannya itu.
" Kita tak boleh ramal masa depan kita, tapi kita boleh ubah untuk menentukan masa depan kita. Ajal maut semuanya ketentuan Allah. Apa yang penting kita usaha, doa dan tawakkal dalam mengubati penyakit Darius ni. Jangan fikir yang bukan-bukan yer " Tutur lembut Tengku Shahril. Menenangkan hati Darius.
********************************
Mak Cik Salmah mengorak langkah perlahan menuju ke arah rumah Mamat iaitu kawan sekerja Bunga. Kebenaran harus dia rungkaikan. Cukuplah penipuan Bunga terhadap Mamat yang mengatakan Encik Darius melarangnya pergi ke pulau. Tambah-tambah lagi, isteri Encik Darius mesti keseorangan disana. Rasa kasihan hadir di dalam hati, setiap kali memikirkan nasib isteri Encik Darius yang ditinggalkan keseorangan di Pulau Rawa itu.
" Kau nak pergi mana ni Salmah? " Tegur Kalsom setelah berselisih dengan Salmah.
" Tongkat kau mana? Kau larat ke nak berjalan tanpa ada tongkat kat kaki kau tu? " Dahinya dikerutkan berasa pelik, melihat Salmah berjalan kaki tanpa ada tongkat ditangannya.
" Aku nak pergi kampung sebelah kejap. Aku ada urusan kat sana " Jawab Mak Cik Salmah menutupi hajat sebenarnya.
Kalsom tersenyum sumbing. Kalau itu yang diberitahu oleh Salmah, malaslah dia nak ambik port, lainlah kalau nak pergi bergosip ke apa.
" Hmmm, suka hati kau la nak pergi mana. Hati-hati la yer. Aku gerak dulu " Langkah kaki dibuka meninggalkan Salmah.
Salmah tersenyum hambar. Matanya mengekori kelibat Kalsom yang sudah menonong meninggalkan dirinya.
Share this novel