Bab 72.

Romance Completed 86682

Fail-fail sudah berselerak memenuhi ruangan stor itu. Tangannya lincah menggeledah semua fail yang ada, dibuka dan dibacanya. Usai itu keluhan terbit daripada bibirnya setelah maklumat yang ingin dicarinya itu masih tidak dijumpai.

" Mana pulak resume Mamat ni? Aduhh daripada semalam lagi aku cari, tapi tak jumpa-jumpa jugak. Ishh geramnyaa " Leternya bersama seribu kerutan di dahi.

Rudy yang baru sahaja selesai daripada meeting menoleh ke arah bilik stor yang bersebelahan bilik meeting itu. Dahinya berkerut, setelah melihat pintu bilik stor terbuka. Tanpa berfikir panjang, terus dia membuka langkah menuju ke arah bilik stor itu.

" Kak Syaza? " Sergah Rudy setelah melihat Syaza sedang ralit mengeledah fail-fail.

" Oh mak kau ayam hijau biru !! " Melatah Syaza dibuatnya setelah mendengar sergahan tiba-tiba daripada Rudy. Dia memalingkan wajahnya sambil bercekak pinggang, matanya dijegilkan melihat ke arah Rudy yang sakan ketawakan dirinya.

" Dah puas kau ketawakan aku? Haaaa ketawa la, ketawa sampai satu ofis ni tahu yang aku melatah " Omel Syaza.

Rudy mengetap bibir, terasa lucu dan geli hatinya melihat wajah cemberut setiausaha sahabatnya itu.

" Kak Syaza tu, yang tekun sangat geledah fail buat apa? Saya panggil nama Kak Syaza je pun, bukannya saya menjerit ke apa " Ungkap Rudy selamba. Saja dirinya ingin mengusik Syaza.

" Aku tekun la, sebab kawan baik kau tu suruh aku pergi Terengganu hari ni jugak "

" Pergi Terengganu? Untuk? " Soal Rudy pelik.

" Untuk pergi rumah Mamat " Jawab Syaza sambil tangannya lincah mencari fail resume milik Mamat.

" Encik Darius suruh aku cari alamat rumah Mamat, sebab apa, aku tak tahu. Lepastu aku suruh la Encik Darius call Mamat ker apa, ye la sebab nak cari resume Mamat tu satu kerja pulak kan? Lepastu aku ingat kalau aku dapat cari alamat rumah Mamat, aku nak bagi jer dekat Encik Darius tu, takyah susah-susah aku pergi Terengganu ke apa. Tapi, tu la, Encik Darius pulak tak bawak phone dia. Sebab hari tu dia cakap dekat aku yang dia call aku guna phone orang lain. So, nak tak nak, aku kena pergi Terengganu " Jelas Syaza dengan panjang lebarnya, namun tangannya masih ligat mencari fail resume milik Mamat.

Rudy diam. Lama dirinya berfikir, perlahan-lahan kepala dianggukkan tanda dirinya mengerti dengan apa yang disampaikan oleh Syaza. Nampaknya kebenaran akan terungkai. Desusnya. Terus dirinya turut ikut serta mencari fail resume milik Mamat.

Syaza tersenyum nipis. Entah ribut apa yang datang dirinya tidak tahu, setelah melihat Rudy ikut serta melaksanakan tugasnya itu.

" Dah jumpa !! Alhamdulillah !! " Teriak Syaza tersenyum girang. Akhirnya, daripada semalam dan sampai hari ni, akhirnya dia dah jumpa fail resume milik Mamat.

" Buka la cepat, cari alamat rumah Mamat tu " Arah Rudy yang berasa tidak sabar. Terus dirinya menapak ke arah Syaza.

Usai kedua-duanya membaca fail resume Mamat, kedua-duanya serentak mengukir senyum. Tanpa berfikir panjang, terus Syaza mengambil phone nya, carian tiket flight dilakukannya.

" Alamak !! Aduhh mati aku !! " Keluh Syaza.

" Kenapa pulak ni? Kan dah jumpa fail Mamat, kenapa Kak Syaza mengeluh pulak ni? " Aju Rudy.

" Tiket flight dah habislah. Aku lupa nak book awal, aduh macam mana ni? Nanti kawan kau marahkan aku " Screen phone nya itu dihalakan ke arah Rudy. Memberitahu tentang paparan maklumat mengenai tiket yang sudah habis.

" Takpe, saya bawak Kak Syaza pergi Terengganu. Saya pun nak pergi jugak ni, nak jumpa jugak dengan Mamat. Kita naik kereta saya. Kita pergi sekarang. Okay? " Cadang Rudy. Dirinya memang sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan Mamat yang sememangya pasti dalang dalam semua penipuan terhadap sahabat baiknya itu.

Syaza menerima cadangan Rudy. Langkah kaki diatur menapak keluar daripada bilik stor itu, sebelum itu dirinya sempat snapkan alamat Mamat yang tertera pada resume itu.

" Siap la kau Mamat !! Kau dah tak boleh lari dah, selepas apa yang kau buat dekat kawan aku !! " Gerutu Rudy, menahan rasa amarah dihatinya. Kakinya turut mengorak langkah keluar daripada bilik stor.

*******************************

Bunga berdecit, senyuman sinis terpancul di bibirnya setelah melihat kelibat Mak Tam yang sedang berseronok menyanyikan lagu di ruangan santai istirehat yang terletak di taman rumah Tengku Shahril. Terus dirinya menapak ke arah Mak Tam.

" Mak Tam " Panggilnya.

" Ehhh, Bunga. Maaflah Mak Tam tak perasan Bunga ada dekat sini " Tutur Mak Tam.

" Huhhh !! Macam mana nak perasan, kalau diri tu dah sibuk menyanyi daripada buat kerja kan?! " Tempelak Bunga sinis. Dijelingkan biji matanya kepada Mak Tam sambil berpeluk tubuh.

Mak Tam yang mendengar ungkapan sinis daripada Bunga tergamam. Tidak tahu apa salah dirinya, tiba-tiba sahaja Bunga memberi sindiran buatnya.

" Mak Tam memang macam ni la Bunga, kalau Mak Tam buat kerja dekat ruangan santai ni, memang Mak Tam biasanya menyanyi sambil buat kerja, yang Bunga tiba-tiba nak perli Mak Tam ni dah kenapa? " Aju Mak Tam yang tidak berpuas hati dengan sikap Bunga yang over, yang acah-acah macam mem besar pulak dekat situ.

" Saya bukan perli, saya cuma tegur sikap Mak Tam tu, yang sibuk duk mencuri tulang, tak reti nak buat kerja. Sebab tu saya tegur. Mak Tam tolong la ea, jangan makan gaji buta. Pleasa la jadi baik sikit " Ungkap Bunga sinis. Keningnya dijongketkan ke arah Mak Tam dengan riak muka mengejek.

Melissa yang melihat dari jauh perbualan Bunga dengan Mak Tam mengetap gigi. Geram hatinya melihat sikap Bunga yang berlagak nak mampus tu. Dia ingat, bila dia duduk sini, dia tu dah jadi sebahagian daripada keluarga besar ni?! Terus langkah kaki dibuka meluru ke arah Bunga.

" Bunga !! Apa masalah you, yang you nak marah-marah dekat Mak Tam ni?! " Soal Melissa. Matanya tajam meningkam raut wajah Bunga.

" Emmmm, Bunga bukan marah dekat Mak Tam pun, Bunga cuma bagitahu dekat Mak Tam, kalau nak buat kerja, boleh jer panggil Bunga suruh Bunga tolong mana yang patut " Tipunya, cuba untuk menyembunyikan hal yang sebenar.

Mak Tam terpempam usai mendengar ungkapan Bunga yang langsung tidak ada benarnya. Dilirikkan matanya melihat ke arah Melissa cuba untuk memberitahu bahawa apa yang diperkatakan oleh Bunga itu langsung tidak benar.

Melissa tersenyum, dia berdecit perlahan. Rambutnya dikuak, lalu dirinya merapati diri Bunga. Jari-jemarinya menyentuh lembut pipi milik Bunga.

" Baiknya perempuan yang bernama Bunga ni kan? Nak tolong orang gaji dekat rumah ni buat kerja. So kind, so sweet, aunty suka " Senyuman manis dihadiahkan buat Bunga.

Bunga yang mendengar ungkapan Melissa tersipu malu. Usai itu jelingan sinis dihadiahkan buat Mak Tam.

" So, since you nak tolong Mak Tam buat kerja kan? Why not, you tolong Mak Tam basuhkan baju I. Baju I ada dekat bilik laundry tu, you just ambik dalam lima bakul maybe jumlah baju-baju busuk I tu " Perintah Melissa sinis.

Bunga terkejut, namun cuba dikawal riak mukanya itu. Lama-lama dia menganggukkan kepalanya menuruti arahan daripada Melissa.

" Good girl. Oh yer sebelum I lupa, baju-baju I tu, semua kena pakai tangan tau. Sebab, baju I semua branded-branded. So yes, selamat membasuh baju menggunakan tangan " Ungkap Melissa. Puas hatinya melihat wajah cemberut Bunga itu. Padam muka kau!!Kau ingat bila kau duduk sini, kau boleh senang lenang?!

Bunga tersenyum tipis. Lambat-lambat kakinya menapak untuk beredar dari situ.

" Bunga, satu lagi, lepas you dah basuh baju I, I nak you tolong kemaskan ruang tamu yer. Kalau boleh I nak semua nampak clear and nampak bersih. Oh yer satu lagi, vacuum rosak tau. So yes, you kena cuci and lap semua debu-debu tu guna kain buruk. Maksudnya, you buat semua kerja tu dengan cara manual " Arah Melissa lagi. Senyuman tipis terbit pada bibirnya. Silap orang la kau nak main api !

Bunga berpura-pura tersenyum manis. Lambat-lambat kepalanya dianggukkan tanda mengerti akan arahan Melissa.

Mak Tam ketawa di dalam hati. Puas juga hatinya melihat Melissa mengenakan Bunga tu.

" Tapi Puan, baju busuk Puan semua saya dah basuh "

" Takpe, just bagi je dekat perempuan tak tahu malu tu. Mak Tam just buat konon-konon baju saya tu semuanya masih lagi tak dibasuh. Okay Mak Tam? "

Mak Tam hanya mengangguk kecil tanda mengerti arahan daripada Melissa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience