" Boy, boy dah sedar?" Soalnya prihatin. Mangkuk yang berisi bubur nasi diletakkan di atas meja katil.
Melissa yang melihat Darius cuba untuk berdiri terus pergi menghampiri anaknya.
" Boy jangan bangun lagi " Larang Melissa apabila melihat Darius cuba untuk bangun.
" Doktor cakap badan boy lemah sebab tu boy jatuh pengsan. Boy tak makan lagi ea daripada pagi tadi? " Diusap lembut tangan anaknya itu dan ditatap wajah Darius melepaskan rasa rindu di hati.
Darius yang mendengar soalan daripada wanita chinese di hadapannya hanya menyepikan diri. Dirinya cuba menghandam setiap apa yang telah berlaku. Sungguh dia tidak menyangka bahawa dirinya telah dipertemukan dengan emak kandungnya sendiri.
" Boy, I know yang boy mesti rasa benci tengok muka mommy kan? Ye la, selama hampir dua puluh tujuh tahun mommy hilangkan diri. Lepastu tiba-tiba munculkan diri depan boy sewaktu boy ada masalah dengan rumah tangga boy. Mommy mintak maaf yer " Luahnya sebak. Diseka air mata yang jatuh membasahi pipinya itu.
" Kalau boy tak boleh terima mommy di sisi boy, mommy faham. Tapi, mommy nak boy tahu, yang mommy sayangkan boy. Kasih sayang mommy terhadap boy tidak pernah berubah. I love you so much my son " Luahnya lagi sambil mengusap lembut kedua-dua belah pipi Darius.
" Mommy pun dah terima dengan sepenuh hati mommy, tentang penghijrahan boy ke arah agama Islam. Cuma, mommy harap, boy jangan pinggirkan mommy, jangan pernah anggap mommy sebagai orang asing dalam hidup boy hanya kerana disebabkan mommy berbeza agama dengan boy. Mommy keluar dulu. Jangan lupa makan bubur tu yer, penuhkan perut boy yang kosong tu " Pesan Melissa sebelum dia berdiri ingin beredar dari situ.
Darius yang mendengar bait-bait luahan kata daripada mommynya terus mencapai pergelangan tangan mommynya itu. Cuba menghentikan niat Melissa yang ingin beredar dari situ.
" Boy tak pernah bencikan mommy. Boy dah tahu sebab apa mommy tinggalkan boy. Sebelum mama tinggalkan boy, mama dah beritahu dekat boy, yang mommy pergi tinggalkan boy sebab mommy nak dapatkan rawatan penyakit mommy. Boy sayangkan mommy. Jangan tinggalkan boy mommy " Ungkap Darius yang cuba menghalang Melissa keluar daripada bilik. Sebelum ini mama iaitu ibu kepada isterinya itu sudah pernah menceritakan semua hal ini. Cuma mama tidak pernah menunjukkan gambar macam mana rupa mommynya itu. Maklumlah, dia dan arwah mama, telah dihalau keluar daripada rumah bangglo mewah ini, lepastu dihalau keluar sehelai sepinggang pulak tu.
" Terima kasih boy, sebab boy tak pernah bencikan mommy. Thanks boy " Dipeluk erat tubuh badan anaknya itu sebagai tanda berterima kasih di samping melepaskan rasa rindu yang masih berbaki di dalam hatinya.
Darius tersenyum manis. Pelukan mommynya itu dibalas. Alhamdulillah, akhirnya dia sempat jugak untuk bertemu dengan mommynya.
Tengku Shahril yang mengintai di luar kamar meluahkan rasa syukur di hati. Alhamdulillah, akhirnya bebanan yang berat di bahunya sudah dapat dikurangkan. Sekarang dia perlu mencari jalan pula, bagaimana ingin menyelesaikan masalah rumah tangga Darius dan Alisya.
**********************
Air matanya tidak henti berjuraian membasahi pipinya. Bunga tahi ayam yang diberikan oleh Darius padanya ditatap sayu.
" Awak, bila awak nak balik sini? Saya rindukan awak. Saya sangat-sangat rindukan awak Eric Darius Arrayan. Kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa awak? " Ungkap Alisya meluahkan rasa sedih dan rindu di hati.
Bunga yang mendengar luahan hati Alisya hanya mampu mengeluh kecil. Apa yang harus dilakukannya? Perlukah dirinya menceritakan hal yang sebenar kepada Alisya, bahawa suami yang dirinduinya itu sudah tidak akan menjejakkan kaki ke sini lagi?
" Cik Alisya, Cik Alisya jangan la sedih-sedih macam ni. Cik Alisya tak makan lagi kan hari ni? Jom kita makan, Bunga dah masak makanan yang sedap-sedap untuk Cik Alisya " Pujuk Bunga.
Alisya yang mendengar pujukan Bunga hanya mendiamkan diri. Terus dia memeluk Bunga melepaskan rasa sedih di hati.
" Dah, Cik Alisya jangan nangis yer. Nanti, esok lusa bos balik la tu. Jangan nangis yer Cik Alisya " Pelukan antara dirinya dan Alisya dieratkan.
" Esok lusa tu bila? Bila esok lusa tu? Bunga, dah seminggu tau saya tunggu kepulangan bos awak tu daripada tarikh dia tak jadi balik. Sekarang ni awak cakap dekat saya esok lusa? Apa ni Bunga?! " Hembur Alisya sebaik sahaja Bunga mengeluarkan bait-bait kata esok lusa itu.
Bunga yang mendengar hemburan Alisya hanya mampu mengetap bibir. Dia mati akal untuk terus berdolak-dalik, untuk terus menipu Alisya bahawa bosnya akan pulang ke sini, tapi sebaliknya yang berlaku.
" Darius!! " Nama suami yang dirinduinya itu terpacul di bibirnya setelah mendengar bunyi enjin bot menyapa di gegendang telinga. Pelukan antara dirinya dan Bunga dilepaskan.Tanpa berfikir panjang, terus Alisya membuka langkah berlari menuju ke arah lokasi kebiasaan Darius menaiki dan menuruni bot.
Bunga yang terkejut akan aksi Alisya hanya mengikuti daripada belakang. Sungguh dia tidak percaya bahawa bosnya akhirnya akan pulang ke sini. Syukur itu yang dia rasakan.
Share this novel