Bab 30.

Romance Completed 86682

Alisya tersenyum ceria melihat lima kuntuman bunga yang diberikan oleh Darius, masih mekar dan subur. Pasu yang dibeli oleh Bunga diambilnya dijadikan tempat untuk meletakkan bunga yang diberikan oleh Darius.

" Amboi Cik Alisya!! Happy nampak!! " Sergah Bunga tersenyum manis.

" Mestilah saya happy, tengok ni, bunga yang suami saya bagi dekat saya masih subur tau. Tak sabar saya nak tunggu bos awak tu balik sini " Luah Alisya. Tangannya tidak henti membelek kuntuman bunga yang diberikan oleh Darius pada minggu lalu. Walaupun hanya sekadar bunga tahi ayam, tapi bunga ini sangat bernilai dan berharga untuk dirinya. Maklumlah inikan pemberian daripada insan yang dicintainya.

" Sabar yer Cik Alisya. Bos pergi KL sekejap jer tu. Ni pun dah masuk seminggu tau bos pergi KL, esok lusa bos balik la sini. Takkan bos tak rindu isteri dia kan " Ungkap Bunga.

" Esok lusa tu, bagi saya tempoh yang sangat lama tau. Ni, hati saya ni dah tak sabar sangat-sangat tau nak jumpa dengan suami saya. Nak peluk, nak cium, arghhh macam-macam lagi la " Jelas Alisya dengan raut wajah excitednya.

Bunga yang melihat keterujaan bini bosnya itu tersenyum kecil. Mungkin inilah yang dikatakan angau bercinta.

" Bos tu dah jatuh cinta ke dekat Cik Alisya? " Soal Bunga ingin mencungkil rahsia.

" Apa maksud awak Bunga? " Aju Alisya mengerutkan dahi tidak mengerti akan pertanyaan Bunga.

" Maksud Bunga, Cik Alisya dah yakin ker yang bos dah jatuh cinta dekat Cik Alisya? Ye la, kan selama ni Cik Alisya juga yang beritahu dekat Bunga yang bos tu tak sweet la, tak caring la, sebab tu Bunga tanya ni " Luah Bunga ingin mengetahui perihal percintaan majikannya dengan Alisya.

" Entahlah Bunga, saya pun tak tahu. Tapi, kalau berdasarkan nasihat-nasihat cinta daripada awak sebelum-sebelum ni, emm macam suami saya dah ada hati dekat saya. Pasal caring pulak, memang Darius caring pun dekat saya, tengok masa kejadian saya sesat hari tu, dia sanggup masuk hutan balik semata-mata nak cari saya " Jawab Alisya yakin. Yup, dia sudah yakin, bahawa Darius itu dah jatuh cinta terhadap diri dia, cuma ego dan tak nak mengaku.

Bunga yang mendengar jawapan daripada Alisya terus menepuk tangan. Terus dia mendepakan tangannya untuk memeluk Alisya. Rasa gembira di hati apabila usaha Alisya untuk memikat hati majikannya itu berhasil.

" Yeayyy!! Tahniah Cik Alisya. Nampaknya rancangan Cik Alisya nak pikat hati bos dah berhasil. Bunga tumpang gembira tau "

" Thanks Bunga. Semua ni disebabkan awak jugak yang bagi perancangan dekat saya macam mana cara nak pikat hati suami. Thanks sangat-sangat Bunga " Ucap Alisya berterima kasih. Pelukan dirinya dengan Bunga dikemaskan.

*******************************

" Encik Darius, sebenarnya bunga-bunga yang Encik Darius nak suruh saya tempah tu untuk apa ea? " Soal Syaza selaku setiausaha kepada Darius. Kepalanya sudah pening memikirkan tahap kecerewetan majikannya itu. Sekejap mahu bunga mawar, sekejap mahu bunga ros, aish siapa yang tak pening kan?

Darius yang mendengar pertanyaan Kak Syaza setiausahanya itu hanya mendiamkan diri. Tiada keinginan untuk menjawab kerana apa yang lebih dia berkeinginan adalah untuk melihat artikel di laman web tentang cara-cara untuk menjadi romantik dan bagaimana ingin meluahkan rasa cinta pada seseorang yang dicintai.

Syaza yang melihat Darius mendiamkan diri dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada screen komputer, mengeluh kecil.

" Encik Darius, kalau Encik Darius nak jadi romantik, nak pikat isteri Encik Darius, nak lafazkan kalimah cinta pada isteri Encik Darius tu, saya rasa tak perlu kot nak tengok web site tentang perkara ni " Ungkap Syaza yang dapat menebak akan apa yang dilakukan oleh majikannya itu.

Darius yang mendengar ungkapan Kak Syaza terus mengangkat muka. Dikerutkan wajahnya cuba menghandam bait-bait kata setiausahanya.

" Maksud saya, kalau kita nak jadi romantik nak jadi sweet-sweet, kita cuma perlu jadi diri kita sendiri. Just buat perkara yang Encik Darius rasa sweet. Kalau Encik Darius buat semua tu, ini akan menyerlahkan lagi keikhlasan kita dalam misi melafazkan cinta and lain-lain. Kalau tengok lama web, cari dekat google, hmm langsung tak ada kelainan tau " Ungkap Syaza bersahaja.

" Ooo, macam tu ea. So, anything yang I nak buat, semuanya berdasarkan apa yang I rasa I nak buat? dan apa yang I nak buat, sama ada sweet ke tak sweet ker, itu atas diri I sendiri? Macam tu? " Aju Darius yang sudah macam rojak pertanyaan tu.

Syaza yang mendengar soalan daripada Darius yang tunggang-terbalik ayat majikannya itu hanya mengangguk kecil. Maklumlah hati batu, langsung tak pernah buat sweet-sweet, terus K.O. la jadinya.

" Oky, kalau macam tu, I nak You buat tempahan seribu bunga mawar, seribu bunga ros, and then lilin-lilin yang boleh hadirkan feel romantik, and then, emmm You buat je la apa yang You rasa nampak macam ada aura romantik kat situ. Oky? " Arah Darius yang sudah mati akal mahu menjadi romantik. Nasib Alisya la dapat suami yang tak romantik ni kan.

" Saya tempah candle light dinner je la, yang mewah-mewah sikit, yang menjadi idaman para wanita, boleh? " Soal Syaza disamping memberi pendapat.

" Up to you la, sebab semua tu just untuk sampingan jer. Ye la, nanti I yang akan jadi watak utama pada malam candle light dinner tu and I akan pastikan wife I akan terkejut dengan perubahan I nanti. Eric Darius Arrayan yang dingin, yang hati batu ni, akan jadi ais yang akan mencairkan hati seorang wanita yang bernama Tengku Alisya Riana " Ungkap Darius dengan bangganya.

Dia sudah berjanji dia akan meluahkan isi hatinya yang selama ini dia ragu-ragu, bahawasanya dia sudah jatuh cinta pada isterinya iaitu Tengku Alisya Riana. Setelah mendengar ungkapan sahabatnya itu dia rasa tercabar atau lebih tepat cemburu? dan rasa inilah yang meyakinkannya bahawa dia sudah jatuh cinta pada Alisya.

Pen dan kertas kecil dicapainya, menulis alamat di mana candle light dinner itu harus dibuat. Syaza yang menerima arahan daripada Darius mengangguk tanda mengerti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience