Bab 31.

Romance Completed 86682

Langkah kakinya dibuka seluas mungkin. Rasa bimbang dan cemas semuanya bergelumang di dalam hati. Bibir tuanya itu tidak henti-henti berdoa kepada Allah agar sahabat baiknya Melissa berada dalam keadaan baik.

" Melissa !! Mel !! You tolong bukakan pintu ni " Panggilnya cemas. Pintu bilik hotel lima bintang itu diketuknya bertalu-talu.

" Mel !! Shahril is here right now !! Please la, You jangan menyendiri macam ni " Panggilnya lagi dengan nada yang cemas. Fikirannya buntu ingin melakukan tindakan apa. Sungguh dia tidak menyangka Melissa akan mengurungkan dirinya di dalam hotel berminggu-minggu sejak kejadian dia menceritakan hal sebenar tentang Darius.

" Tan Sri, saya boleh tolong panggilkan security ke atau siapa-siapa yang boleh tolong bukakan pintu ni " Pinta Pak Mat selaku driver kepada Tengku Shahril.

Shahril tunduk tanda setuju akan permintaan drivernya itu. Tangannya tidak henti memulas tombol pintu hotel berharap pintu dapat dibuka.

" Melissa !! Kenapa You kurungkan diri You dalam gelap macam ni? " Soal Shahril cemas setelah pintu dapat dibuka daripada luar hasil pertolongan drivernya yang telah memanggil pihak managment hotel.

" Melissa, please, I tak sanggup tengok You jadi macam ni " Ungkap Shahril sayu.

Sungguh dia langsung tidak menyangka Melissa akan mengurungkan dirinya di dalam bilik ditambah lagi tidak dibuka lampu dan tingkap. Gelap itulah suasana bilik hotel sahabatnya itu. Ini pun dia dapat tahu setelah pihak hotel menelefonnya memberitahu Melissa enggan membuka pintu untuk memberi laluan kerja mengemas bilik dan tarikh untuknya tinggal di hotel sudah tamat tempoh.

" Melissa, You dengar tak apa yang I cakapkan ni? You dengar tak yang I tanya You, kenapa You kurungkan diri You dalam bilik, lepastu tak buka lampu, langsir You tak selak. Kenapa ni Mel? " Ajunya lagi. Nak tak nak dia terpaksa membawa sahabatnya itu kedalam pelukannya. Ini sahaja cara untuk menenangkan Melissa yang seolah-olah seperti mula berubah ke arah penyakitnya yang dulu.

" I, I rindu Richard. I rindu anak I. I tak boleh percaya yang You dah Islamkan anak I. I rindukan boy sangat-sangat " Luahnya sayu setelah lama mendiamkan diri. Wajahnya disebamkan ke atas dada bidang sahabat baiknya.

" I nak jumpa boy. I nak bagitahu dekat boy yang I ni mummy dia. I nak peluk dia. Cuma I takut, I takut kalau boy tak boleh terima I. I kan tak seagama dengan boy " Esakan kecil menemani setiap tutur katanya.

Sungguh jiwanya, hatinya, begitu merindui anaknya, Eric Darius Arrayan. Tapi, dia takut sekiranya anaknya tidak dapat menerima kehadirannya. Dia tak seagama dengan anaknya. Boy mungkin benci padanya.

Shahril yang mendengar luahan isi hati sahabatnya hanya mampu mengeluh kecil. Sungguh dia tidak menyangka sampai begini sekali kesan penangan terhadap sahabatnya itu setelah dia menceritakan hal yang sebenar. Bagaimana pula jika nanti dia memberitahu perihal Darius sudah menikah dengan anaknya? Bagaimana pula jika nanti Melissa tahu bahawa dia dan Darius selama ini bertegang urat dan Darius benci pada dirinya? Ingin mewujudkan hubungan yang baik antara Melissa dengan Darius, sedangkan dirinya dibenci oleh anak sahabat baiknya itu.

" Tengok !! You tak mampu nak pujuk I Shahril !! You sendiri pun fikirkan benda yang sama macam apa yang I fikir !! You pun setuju jugak kan yang boy pasti akan benci I? Yang boy takkan mampu terima I kan?! " Aju Melissa dengan esakan tangis yang kuat. Pelukannya bersama sahabatnya itu dilepaskan. Rambutnya diramas kuat meluahkan rasa sedih di hati.

Shahril yang melihat aksi Melissa seperti sudah hilang kewarasan akal cepat-cepat membuka langkah menghampiri Melissa. Dipeluk erat sahabatnya itu cuba menenangkan hati dan minda Melissa yang sudah dirasuki api kemarahan.

" Shuhhhhh, please, jangan fikir benda yang bukan-bukan. I yakin boy akan terima You. You tak jumpa boy lagi kan? Jadinya jangan cepat buat kesimpulan awal, buat kesimpulan yang bukan-bukan. I kenal boy macam mana. Dia tak akan pernah sisihkan You sebagai mummy dia " Pujuk Shahril lembut. Digosok lembut belakang sahabatnya, cuba menenangkan Melissa.

Dia yakin, Darius tidak akan menolak kehadiran Melissa, walaupun Darius dan Melissa berlainan agama. Darius anak yang baik. Syarifah, arwah bekas isterinya itu pasti dan tentu sudah menerapkan ajaran Islam yang sebenar pada diri Darius. Meskipun berlainan agama, Islam tetap menyuruh umatnya untuk sentiasa sayang dan hormat kepada orang tua meskipun masing-masing berlainan agama.

" Dah, nanti I suruh boy datang jumpa You. I sendiri yang akan bagitahu dekat boy, yang mummy yang dia rindukan sangat tu dah balik Malaysia. Oky? Jangan nangis-nangis macam ni. Jangan sedih-sedih macam ni. Oky Melissa? " Pujuk Shahril lagi.

Berharap dengan apa yang diperkatakannya itu sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa sedih sahabatnya. Nak tak nak, dia sebagai orang yang bertanggungjawab dalam hal ni, dia mesti memainkan peranan, menyatukan kembali Melissa dengan anaknya, meskipun Darius benci pada dirinya, dia tetap akan cuba untuk berbaik. Anggaplah ini ujian dan balasan untuk dirinya yang selama ini jahat dan jahil pada agama Islam.

Melissa yang mendengar ungkapan Shahril mengangguk tanda setuju. Raut wajah bahagia terpancar di wajahnya. Berasa gembira mendengar ungkapan sahabatnya itu. Akhirnya insan yang dirinduinya, dapat dia jumpa.

" Dah, You kemas barang-barang You. You tinggal dengan I. Nanti ada Mak Tam boleh jadi peneman untuk You, sementara You nak tunggu boy datang jumpa You " Arah Shahril. Berharap apabila Melissa tinggal bersamanya, at least ada Mak Tam mampu untuk dijadikan teman buat sahabatnya. Mampu menghilangkan tekanan fikiran Melissa.

Melissa yang mendengar arahan daripada sahabatnya mengangguk tanda setuju. Mungkin bila dia tinggal dengan Shahril, dia akan cepat-cepat dapat berjumpa dengan boy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience