BAB 96

Romance Completed 175817

Haidan memandang kearah shofie..Sakit hatinya.. Dengan kata yang baru diucapkan oleh taufiq tadi..

' Tenang,haidan..dia sengaja nak umpan emosi kau.. Yang penting, shofie selamat sekarang..'

"sabar tuan.." tegur anggota polis tersebut.

Sementara hayfa didalam rumah sendang menyembunyikan dirinya.. Sakit di kepalanya akibat terhantuk tadi bagaikan tak terasa lagi..

"cik sila ikut kami ke balai.." kata seorang anggota polis wanita kepadanya.

"eh kenapa saya.. Saya tak salah..dia yang buat semua ni.. Lelaki itu..bukan saya... " pegawai polis wanita itu langsung tak menghiraukan penjelasan dari hayfa.. Mereka tetap mengheret hayfa keluar dari rumah tersebut.

"mana boleh kamu heret saya macam ni..kamu berkasar dengan saya.. Saya.." bicaranya terhenti bila melihat kelihat haidan ada disitu.

"sayang.. Sayang.. Tengok apa mereka buat ni sayang.. Cakap dekat mereka... Mereka salah bawa orang.. Sayang, I tak salah" rayu hayfa.. Bila dia dibawa pergi melintasi haidan.

Haidan langsung tak berpaling untuk melihat wanita yang bernama hayfa itu.

"hey sayang.. Dengar tak apa yang I cakapkan ni.. Sayanngggg" panggilnya.

'aku pernah buat kau naik hayfa.. Kau menggunakan aku untuk naik..dan aku juga boleh kau jatuh menjunam.. Biar semuanya yang kau bina kini terkubur dalam-dalam sampai kau sendiri tak sanggup menggunakan nama kau lagi, bila ada yang bertanyakan siapa kau..'

Haidan memberi isyarat kearah marwan.. Marwan sudah bersedia dengan semua itu. Marwan tersenyum puas..

' esok.. Akan ada berita tergempar.. Habis lah semuanya hayfa.. Bukan hanya nama kau.. Karier kau.. Semuanya lah akan berakhir.. Kau bermain dengan orang yang salah hayfa..' marwan mengirimkan video yang baru dirakam nya kepada salah seorang wartawan yang dikenalinya..

"wan.." haidan memanggil..

"saya nak ke hospital dulu.. Ikut dengan shofie.. Terima kasih ya.. Kamu dan kawan kawan kamu boleh balik dulu.. Atau tempahkan saja hotel area sini..bermalam saja disini.. Esok baru bertolak balik.." kata haidan.

"nak saya tempahkan hotel untuk tuan.." tanya marwan.

"tak perlu.. Saya akan menjaga shofie malam ini.." kata haidan.. Lalu berjalan naik dengan ambulans yang membawa shofie..

Haidan melihat shofie yang terbaring lemah. Dia mengengam jari jemari shofie erat.

"hu..bbby"... Panggil shofie....

"ssshh... Tidur saja sayang.. Jangan cakap apa-apa.." haidan mengelus ngelus tangan shofie.. Lalu mencium jari jemari shofie itu..

'jahanam.. Apa yang dia dah buat..dengan shofie..'

Haidan melihat wajah shofie yang bengkak.. Lengan shofie yang kebiruan berbekas luka..

'dia pukul shofie sampai begini..!!' haidan mengepal penumbuknya..

'kau akan bayar semua ni.. Aku akan balas kau dengan belipat lipat kali ganda atas perbuatan kau..' giginya diketap rapat.. Sampai menampak kan urat-urat hijau timbul di leher san rahangnya.

Mereka sampai di hospital.. Haidan setia menunggu shofie melakukan semua proses dari mula.. Sehingga dia ditempatkan kedalam wad vip..

"doktor.. Macam mana keadaan isteri dan anak saya.." tanya haidan.

"puan dan bayi.. Dalam keadaan baik-baik sahaja.. Puan ada beritahu dia kerasakan kekejangan di perutnya.. Kami akan terus, memantaunya dari masa ke semasa.. Tapi semuanya stabil.. Dia cuma mengalami luka di bahagian tubuhnya..terutamanya di bahagian leher yang memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya" terang doktor tersebut..

"baiklah doktor terima kasih.." kata haidan.

Haidan masuk kedalam wad yang menempatkan shofie.. Dimana shofie sedang duduk bersandar..

"sayang.. Kenapa tak baring.." tegur haidan.. Shofie menarik bibirnya, tersenyum.

"tak selesa.." haidan mengelus rambut shofie.. Dan mencium dahi shofie.. Kemudian tangannya turun ke perut shofie.. Tapi dia menarik kembali tangannya..

"ada apa disini.." haidan menyelak selimut shofie.. Dimana dia melihat ada alat yang menempel di perut shofie.

"apa ni.."

"doktor cakap untuk pemantauan.. Hubby tak perlu risau..tak ada apa-apa" kata shofie sambil menutup matanya.. Menarik nafasnya dalam-dalam.

"tak ada apa-apa.." haidan ketawa mengejek.

Shofie membuka matanya semula.. Memandang kearah haidan.. Yang sedang mengeleng kepalanya.

"kenapa..?"

"dia buat sayang, sampai macam ni..dan sayang kata.. 'tak ada apa-apa'!" marah haidan.

Ketika itu.. Satu ayat yang dituturkan oleh taufiq bergema kembali di mintanya.

'dia.. Dia.. Sungguh.. Nikmat.. Aku.. Dah.. Rasa dia..'

"dia perlu dibalas atas apa yang dia telah buat sayang.. Hubby akan pastikan dia merana.. Sepanjang hayat dia..!!" haidan menumbuk dinding bilik tersebut.

"biar undang-undang yang menghukum dia hubby.." kata shofie.

"kenapa... Tak sanggup tengok dia terseksa.. Atau masih sayangkan dia..!!" pandangan mata haidan menikam mata shofie..

"shofie sedang mengandung sekarang ni.. Wajarkah rasanya.. Kalau ayah kepada anak yang belum dilahirkan ini melakukan kekerasan.. Terhadap orang lain.." kata shofie sambil mengelus perutnya.

"jangan gunakan alasan ANAK! .. dia, tiada kaitan dengan perbincangan kita.."

"shofie nak balik..!" shofie mencabut apa saja yang melekat ditubuhnya..baik ditangan mahupun perutnya.. Semuanya dibuang dalam sekelip mata.. Haidan cemas lalu menangkap tangan shofie.. Menghalang shofie dari turun dari katil..

"ok.. Ok.. Hubby ikut apa yang sayang katakan tadi.. Jangan buat macam ni..ok..sorry, tadi.. Hubby terlalu ikutkan perasaan.. Sorry ok.." rayu haidan. Perlahan lahan haidan melepaskan pegelangan tangan shofie.

"tunggu sini.. Hubby panggilkan nurse.." shofie diam sahaja.. Melihat haidan keluar dari bilik.. Dia kembali mengelus perutnya yang terasa mengeras..

'kenapa terasa ada seperti yang berbeza dengan dia..sepertinya ada sesuatu yang dia selindung kan..' pikir shofie.

Seketika, haidan masuk semula dengan seorang jururawat berjalan di belakangnya.. Jururawat itu memasangkan semula.. Semuanya seperti asalnya.

" puan..tolong jangan terlampau mengikut emosi.. Jangan terlampau tertekan ya puan.. Tak bagus untuk bayinya.. Tenang tenang saja, puan .." nasihat jururawat tersebut.

"terima kasih" hanya itu yang dibalas oleh shofie. Jururawat itu kemudiannya keluar dari bilik tersebut.

Haidan melihat sahaja shofie dari sofa. Dia tak sengaja membuatkan shofie marah.. Tambah pula tadi dia melihat ada bekas kebiruan, kesan gigitan di bahu shofie. Haidan meraup wajahnya..

'apa yang aku pikir ni..' dia membuang perasaan buruk itu jauh-jauh..

"sayang lapar..? Baby nak makan apa.."tanya haidan lembut dan cuba untuk senyum.

Shofie memangnya lapar.. Tapi..seleranya terbang pergi entah kemana.. Rasa sakit mula menguasai dirinya.. Apa yang dia rasakan kini hanyalah sakit dan tidak selesa...

" sayang.. "haidan megelus pipi shofie. Bila soalannya tak dijawap oleh shofie. Shofie mengeleng lemah..

" fiya nakkan susu.. Hanya susu"balas shofie.

"kenapa susu.. Sayang belum makan kan...makan sikit ya.." pujuk haidan..

"tak tahu nak makan apa.. Tak berselera.."

"sayang.. Kalau hal tadi buat sayang tak berselera.. Hubby betul-betul minta maaf.." haidan duduk di katil lalu memeluk shofie. Shofie turut balas, memeluk haidan.. Menyandarkan kepalanya didada haidan..mendengar detik jantung haidan pada tika itu ..

"ada perkara yang menganggu hubby kan.. Baik hubby luahkan saja.. Kalau ada yang tak selesai di hati hubby.." shofie menunjukkan jarinya.. Didada haidan..

" I want to know everything.. Semuanya yang berlaku.. Sepanjang sayang bersama dengan dia.." kata haidan.

Shofie pun menceritakan semuanya, yang terjadi kepada haidan.. Shofie melihat setiap mimik wajah yang ditunjukkan haidan.. Berubah dari satu wajah ke satu wajah yang lain.

'jadi lelaki itu hanya sekadar memancing emosinya.. Dan dia, menyalahkan shofie..'

"maafkan hubby.." kata haidan sambil menunduk.

"tengok.. Kan tangan ni yang jadi mangsa.." kata shofie sambil menyentuh tangan haidan yang terluka akibat bertinju dengan dinding tadi.

"sikit saja ni.. Tak sakit pun.." balas haidan.

Manakala di satu tempat yang lain.. Iaitu di rumah utama rahimi.

"mama.. Mengenai kehilangan shofie.. Lebih baik mama mengaku.. Adakah mama yang lakukan semua itu" tanya rania.

"buat apa mama nak campur tangan.. Kalau papa tahu.. Entah apa nasib mama.. Tapi kan.. Baguslah dia kena culik semua tu.. Biar lama-lama.. Biar kamu yang akan jadi pengganti shofie di majlis resepsi mereka nanti ..ahh.. untungnya.."

"mama masih mengharapkan perkara itu terjadi???" tanya rania.

"mestilah.,selagi ada peluang.. Apa salahnya, kita mencuba.. Mana tahu,untung nasib kita kali ini.." kata ainun tanpa merasa bersalah sedikit pun.

"mama.." panggil rania..

"ya.. Kenapa?" tanya ainun.

"nia akan berusaha mendekati haidan.." kata rania nekad..

"macam tulah.. Itu baru anak mama" puji ainun.

Mereka sama sama tersenyum puas.

'aku akan pikat kau kembali haidan.. Dengan apa saja caranya.. Aku akan cuba' tersuing segaris senyuman di bibirnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience