BAB 89

Romance Completed 175736

"nenda.." panggil haidan. Memasuki bilik nendanya..

"masuk duduk disini" arah wadhiah.

Haidan masuk dan duduk di kerusi bersama nendanya.. Wadhiah menutup buku yang dibacanya.. Dan membuka kaca mata bacanya. Kedua barang tersebut diletakkan keatas meja kecil di depannya

"nenda dengar yang shofie mahu tinggal disini.. Adakah itu betul?" tanya wadhiah..

"ya nenda.." kata haidan.. Mengangguk lemah...

"baguslah, boleh dia tinggal dengan nenda disini.." kata wadhiah.. Sengaja memancing emosi haidan.

"nenda nak pisahkan shofie dari haidan.. Lepas tu nenda akan ambil anak kami.....?" tanya haidan dengan penuh emosi.

"hahahaha...." wadhiah ketawa besar..

"kamu takut nenda ambil anak kamu.. Jangan lupa.. Tradisi keluarga kita haidan.. Setiap pewaris zayn akan berada disini.. Belajar dan membesar disini.. Seperti kamu..!!" wadhiah meyulurkan tangannya menunjuk ke dada haidan.

"tahu nenda.. Tapi kali ini.. Haidan minta pengecualian.. Hanya pada anak-anak haidan.." rayu haidan.

"kenapa.. Tak sanggup berpisah dengan bakal anak kamu..?" wadhiah tersenyum sinis memandang haidan. Dia mahu mendengar apa jawapan dari haidan..

"ya nenda.. Haidan tidak sanggup.. Haidan akan lepaskan jawatan yang disandang haidan sebagai C.E.O..Zayn Holding.." putus haidan.

"jadi.. Siapa yang akan sandang jawatan tu haidan..?" tanya wadhiah.

"nenda masih ada seorang cucu lelaki.. Tuan muda kedua Zayn.. Iaitu Haikal.." haidan mencadangkan adiknya.

"hemmm... Jiwa haikal tak sesuai dengan dunia korporat.. Begitu juga dengan Iskandar.. Mereka tak di didik seperti kamu dari kecil untuk menjadi pewaris zayn holding.." terang wadhiah.

"Iskandar..??" tanya haidan.

"iskandar adalah calon terakhir.. Tapi keluarga Tengku farhan sendiri mempunyai syarikatnya sendiri.. Dan dia bukannya yang patut kamu risaukan.. Tanggung jawab dia sendiri sudah banyak dalam syarikat yang didirikan tengku farhan bersama bonda huraiyah... Sejak bonda huraiyah meninggal.. Nama farid, telah tertulis didalam salah satu anak yang lahir dengan aset yang melimpah ruah.. "terang wadhiah.

" tapi.. Haidan tak mahu shofie.. "

" kamu rasa.. Nenda sempat mendidik anak-anak kamu.. Yang bakal menjadi pewaris dan penerus keluarga zyan.. Dengan usia nenda yang sudah lanjut begini.. "kata wadhiah sambil ketawa kecil..

" bukan maksud haidan begitu nenda.. "

" sudah.. Mungkin sebelum ni kamu tak suka berada jauh dari keluarga kamu.. Bukannya nenda tak tahu.. Kamu membenci nenda kan.. " kata wadhiah masih tersenyum.

" maafkan haidan.. Haidan salah sangka.. "

" dengan anak yang belum lahir pun kamu nak cemburu.. Nenda tak akan ambil anak kamu.. Entah belum sempat pun.. Nenda lihat dia membesar.. Nenda dah pergi.. "kata wadhiah.

" nenda jangan cakap begitu.. "haidan memeluk nendanya..

" terima kasih besarkan haidan.. "kata haidan..

" cuma... Nenda harap kamu selesaikan masalah pernikahan kamu.. Nenda tahu kamu tak suka siapa tahu isteri kamu.. Tapi.. Kamu patut terangkan kepada keluarganya.. Macam mana dengan tunang kamu yang.. Namanya rania.. Adakah sudah selesai.. Atau masih tergantung.. Atau apa statusnya sekarang.. "tanya wadhiah

" hmm.. Sebelum ni haidan dan bonda sudah berjumpa dengan keluarga itu untuk memutuskan.. Tapi.. Shofie dari keluarga yang sama.. Shofie adalah kakak kepada rania.. " terang haidan.

" hmmm... "wadhiah mengaru kepalanya..

" jangan risau nenda.. Haidan akan selesaikan urusan disana.. Tapi hal yumna.. "

" hal yumna.. Kamu jangan risau.. Nenda akan uruskan.. Lagipun itu hanya kesepakatan perniagaan.. "kata wadhiah.

" terima kasih nenda.. "ucap haidan..

Haidan mengemas pakaiannya.. Esok dia akan kembali ke Malaysia.. Haidan meletakkan beg diatas katil dan meletakkan pakaian dalam beg pakaian tersebut ..

Tok.. Tok.. Tok.. Pintu biliknya diketuk dari luar..

" masuk.. Pintu tak kunci.. "jawap haidan.. Sambil tangannya sibuk mencari pakaian yang mahu dipakainya esok..

Kreeekkk...pintu dibuka..

" kemas baju..? "tanya satu suara. Haidan mendongak.. Dia menarik bibirnya keatas, tersenyum.

" sayang.. Nak tolong kemaskan baju ke..? "tanya haidan..

Shofie melihat baju yang disumbat oleh haidan kedalam beg.. Shofie duduk di birai katil lalu menarik baju haidan keluar dari beg.. Satu persatu..

" bukan macam ni caranya.. "kata shofie.. Tangannya mula melipat baju baju haidan.

" terima kasih sayang....betul sayang tak nak balik malaysia dengan hubby..?" tanya haidan sekali lagi..

Shofie diam.. Dia meneruskan kerjanya melipat baju..

" hubby tak paksa.. Take your time sayang.. Hubby akan tunggu..hubby sekadar bertanya." balas haidan.. Haidan bangun lalu mengambil beberapa lagi barang peribadinya..

Shofie diam saja melihat haidan mundar mandir mengambil beberapa barangnya.

"nak fiya, tidur sini malam ni..?" tanya shofie.

"hah!?" haidan kehairanan.. Di tak percaya apa yang didengarinya tadi..

"dah siap lipat baju.." kata shofie.. Shofie menyambung menyimpan barangan peribadi yang haidan bawakan tadi kedalam beg.

"sayang ulang lagi sekali.. Apa yang sayang cakap tadi" kata haidan.

"hmmm.. Dah siap lipat baju..?" kata shofie..

"bukan yang itu.. Sebelum tu"

"fiya dah mengantuk.."balas shofie. Dia bangun dan melangkah berjalan keluar..

" sayang.. Please.. Temankan hubby. .. Hanya temankan.. Tak buat lebih dari tu.. Promise.. " kata haidan mengangkat tangan berikrar..

Shofie mengangguk lalu menunduk.. Entah kenapa dia merasa sangat malu..

"kejap.." haidan mengemaskan begnya. Lalu meletakkan begnya di bawah sebalik menzipkannya.. Kemudian haidan mengemas katilnya.. Mengibas ngibas kain cadarnya..

"ok siap sayang.." kata haidan.. Shofie tersenyum lalu naik keatas katil dan masukkan kakinya kedalam selimut.

"sebelum tidur.. Minum susu dulu sayang. Kejap hubby turun ambilkan susu" kata haidan.. Dia pergi meninggalkan shofie..

Haidan kembali ke biliknya dengan segelas susu ditangannya.. Dan memberikan kepada shofie.. Shofie menyambut dan meminumnya sehingga habis..

"sayang dah solat?" tanya haidan.. Shofie mengangguk..

"tidurlah.. Hubby nak solat sekejap.." kata haidan... Mengurut kepala shofie..

"ok.. Selamat malam.." shofie memejamkan matanya.. Dia mendengar bunyi air yang datangnya dari bilik air..

Shofie tersedar semula bila merasa perutnya sedang disentuh lembut oleh seseorang.. Sayup sayup shofie mendengar seperti suara orang megalunkan ayat suci Al-quran.. Shofie membuka matanya perlahan lahan.. Dan melihat haidan sedang duduk bersila diatas katil, sambil memegang Al-quran ditangannya dan sebelah tangan lagi memegangnya perutnya yang berlapik..

"belum tidur?" tanya shofie..

"belum.. Kenapa? Terjaga.. Maaf.. Hubby nak luangkan masa dengan baby" kata haidan..

Shofie bangun dan duduk.. Menenyeh matanya..

"sudah.. Tidurlah..." kata shofie.

"sikit saja lagi.. Sayang tidur lah. Hubby boleh tidur dalam flight esok" balas haidan..

Shofie membaringkan semula badannya.. Mengiring kearah haidan..dia menghayati alunan indah bacaan ayat suci Al Quran dari haidan.. Terasa tenang dan damai..

Keesokkan paginya.. Shofie tersedar dari lenanya.. Tidurnya semalam amat nyenyak sekali.. Tambah pula dia tidur berbantalkan lengan haidan dan dalam pelukan hangat haidan sampai ke pagi..dia bangun pagi ini dengan nyaman.. Tak ada lagi mual-mual..

'adakah mual tu dah hilang..'

"Honey bump.. Assalamualaikum sayang.. Selamat pagi.." shofie menegur bayinya sambil mengelus lembut perutnya seperti selalu.

"waalaikummusalam.. Selamat pagi sayang.." haidan menjawap.

"sayang.."

Shofie mendongak memandang kearah haidan..

"jaga diri.. Ya sayang. Jaga makan.. Jangan buat kerja yang berat-berat........" haidan mula membebel dengan panjang lebarnya..

"dengar tak ni?"

"ya dengar.." jawap shofie.

Haidan mencium dahi shofie.. Shofie membalas dengan memeluk haidan.. Entah kenapa dia selesa dan suka memeluk haidan..

Selesai sarapan.. Farid menghantar haidan ke lapangan terbang..

"kenapa shofie tak ikut hantar aku kesini.." tanya haidan..

"dia cakap.. Dia tak nak tengok kau buat drama air mata di sini nanti.. Tu dia tak nak hantar kau.." kata farid.

"huh.. Mana ada aku buat drama air mata.." bangkang haidan.

"betul la, apa aku kata.." kata farid lagi.

"kau tolong jaga dia.. Jaga anak aku.. Kalu apa apa call aku cepat cepat.." pesan haidan lagi.

"yealah.. Yealah.. Dah sakit telinga aku dengar benda yang sama saja.. Kau asyik ulang dari tadi.. Dari rumah sampai ke airport.. Dan sampai airport pun masih ulang yang sama.."rungut farid.

Mereka bersamaan dan berpelukan..

" terima kasih atas semuanya is.. "kata haidan..

" sama-sama bro.. Apa gunanya cousin.."kata farid.

" pergilah balik Malaysia cepat.. Serah saja shofie dekat aku.. Jangan risau semuanya akan baik-baik saja.. " kata farid..sambil tayang senyumannya.

" pergi cepat sana..!!! "farid menunjukkan ke arah gerbang pintu pelepasan..

Haidan berjalan pergi dengan perasaan sebal.. Terasa mahu saja dia tarik balik ucapan terima kasihnya tadi.. Kemudian dia tersenyum sendiri dan berpaling.. Mengangkat tangan dan melambai kearah farid.. Farid juga turut melambai kearahnya.. Sambil tersenyum.

'fiya.. Kenapa.. Dah la masa makan tadi fiya tak turun makan.. Bersama.. Sekurang-kurangnya.. Dia perlu bersalaman dengan suaminya kan.. Dah nak balik malaysia ni.. New York dengan Malaysia bukannya dekat..' haidan mengeluh..

Selesai urusannya di kaunter.. Di berjalan masuk kedalam pesawat. Peramugari menunjukkan tempat duduknya.. Dimana ada dua kerusi dan disebelahnya sudah ada seseorang yang duduk disitu..

Pesawat pun berlepas.. Peramugari menghantar makanan yang sudah dipesan kepada penumpang.. Haidan melihat pesanan jirannya...

'ice cream...dan semangkuk kacang..' bekerut dahi haidan.. Manakala haidan meminta makanan berat.. Kerana dia akan tidur selepas ini sepanjang penerbangan..

Selesai makan.. Haidan memasang headphones dan terus tidur.. Seketika dia mengintai semula, tapi dia tak melihat juga siapa jirannya.. Kerana orang itu memakai hoodie.. Bahkan dia tidak tahu.. Sama ada lelaki ataupun perempuan.

Belum sempat dia melelapkan mata.. Dia melihat Peramugari menghantar lagi makanan kepada jirannya..dan kali ini, adalah pemanis mulut..

'kenapa rasa tak senang hati sangat ni.. Lagi tak tahu siapa yang duduk disebelah ni..' haidan tak boleh melelapkan matanya.. Orang itu sangat menarik perhatiannya.. Walaupun dia x melihat wajah orang itu.

Haidan akhirnya duduk kembali.. Dan menongkat dagunya dan memandang kearah jiran disebelahnya.. Dia kekal membeku dengan posisi itu menunggu jirannya berpaling kearahnya.. Tapi orang itu masih menyuapkan makanan.. Haidan menunggu lagi sampai dia selesai makan.. Sekilas orang itu berpaling.. Membuatkan haidan berdebar-debar..

"sayang..!!!!"

Terdengar suara orang itu ketawa kecil.. Lalu membuka hoodie dan cermin matanya....

"assalamualaikum hubby.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience