BAB 25

Romance Completed 175736

Taufiq pulang ke kampung dalam keadaan tergesa-gesa.. Sebaik sampai di terus memandu menuju ke hospital yang telah diberitahu oleh tarnisha...

Dalam hati dia berdoa agar uminya baik-baik sahaja.. Sungguh dia menjadi cemas mendapat panggilan telefon dari adiknya tarnisha, mengenai uminya.. Yang uminya cedera parah.. dipukul oleh ayah mereka sendiri..

"Mana umi.. Macam mana keadaan umi.." tanyanya cemas melihat adik perempuannya duduk di kerusi menunggu sedang menagis teresak-esak..

"abang.." panggil adik perempuannya.

"nisha.. Mana umi.." taufiq mengoncang bahu adiknya.. Tarnisha.

"umi.. Umi.. ma.. sih di.. dalam.." ucap tarnisha gagap..

Taufiq meraup wajahnya kasar.. Membawa rambut-rambutnya ke belakang.. Lalu dia duduk disamping adiknya.

"cerita dekat abang.. Apa yang jadi sebenarnya.." pinta taufiq.

" ayah.. Abang.. Dia datang cari kami.. Minta duit.. Bila umi tak bagi.."

"Dia mula pukul umi.. Sampai umi pengsan.. Ayah masih pukul umi.. "terang tarnisha.. Mengengam erat baju kemeja abangnya.

" LELAKI TU..!! "marah taufiq..

Mahu saja di belasah lelaki yang dikenali sebagai ayahnya.. Seorang lelaki yang tak bertanggungjawab.. Selepas puas bersenang lenang.. Dengan duit yang orang lain dapatkan dengan bersusah payah..

" dia berjudi lagi... Abang.. Di mabuk" tambah tarnisha lagi.. Tangan gadis muda itu mengeletar.. Wajahnya basah akibat tangisannya sendiri.

Taufiq melihat sisa darah yang berada ditangan tarnisha.. Dia sendiri, takut untuk bertanya darah itu sebenarnya milik siapa..

"nisha.. Jangan risau.. Abang akan uruskan hal lelaki itu.. Ni nisha.. Ada sakit dimana-mana.. Dia ada pukul nisha ke" tanya taufiq. Sambil membolak balik tubuh tarnisha.. Tarnisha mengeleng.

"nisha tak ada apa-apa.. Tapi.. Umi.." tangisannya yang tadi sudah reda mula kedengaran semula.. Taufiq memeluk tarnisha dan mengusap belakangnya..

"tapi abang.." tangisannya terhenti bila teringatkan sesuatu.

"kenapa.."

"ada satu lelaki datang.. Dia yang bagi duit dekat ayah.. Lepas tu bawa kami ke hospital .." terang tarnisha..

Taufiq menelan air liur mendengar kata tarnisha.. Patutlah uminya dan tarnisha sekarang berada di hospital swasta.. Tapi siapa yang bawa mereka ke sini..

"siapa nisha.." tanyanya.. Dalam hati berdoa agar bukan orang-orang bakal mertuanya yang membantunya.. Dia malu.. Sudah banyak dia berhutang budi kepada keluarga itu. Kemana lagi dia perlu sorokkan wajahnya.. Kalau perkara itu benar benar terjadi..

"tak tahu.." jawap nisha..

Sedang mereka sibuk mencaritahu gerangan lelaki yang menolong mereka.. Lampu bilik operasi terpadam. Keluarlah seorang doktor wanita yang masih menutup wajahnya dengan penutup mulut. Taufiq bergegas bangun mendapatkan doktor wanita itu.

"doktor.. Macam mana dengan umi saya.." tanya taufiq cemas.

"alhamdulillah.. Ibu kamu baru lepas waktu kritikalnya.. Sekarang sudah stabil.. Tapi dia masih dalam keadaan lemah.. Dengan penyakit yang telah dia ada sebelum ini, yang anda sendiri tahu kan.. Penyakit berangkainya.." taufiq mengangguk..tahu dengan penyakit ibunya..

"mungkin akan makan masa untuk dia pulih seperti sediakala.. " sambung doktor wanita itu lagi. Taufiq memandang sayu doktor itu..

"saya minta diri dahulu" pinta doktor wanita itu.

"terima kasih doktor.." ucap taufiq kepada doktor wanita itu..

Kemudian ketika mereka menunggu.. Katil uminya ditolak keluar dari ruang operasi.. Mereka mengekori saja katil tersebut dari belakang.. Taufiq mengintai wajah ibunya yang lebam-lebam akibat dipukul oleh ayahnya.

Katil tersebut ditolak masuk ke wad vip.. Terdiam taufiq seketika.. Kenapa ditolak ke wad tersebut.. Pikirannya bertambah serabut..

Dalam keadaannya sedang bingung dengan segala yang berlaku dihadapannya.. Bunyi deringan telefonnya lantang kedengaran.. Dia memerhati paparan telefon bimbitnya.. Nama shofie terpampang di paparan tersebut.

"waalaikummusalam fie.."

"ya.. Fiq baik-baik sahaja.. Fie dah balik.."

"baguslah.. Fiq mungkin disini lama sedikit.. Boleh.."

"terima kasih fie.. Fiq janji... Sebaik selesai fiq akan segera balik kesana.."

"terima kasih sebab faham.. Fie tak perlu ke sini.. Nanti tunggu fiq balik.. Fiq jemput fie..ok"

"take care.. Assalamualaikum"

Panggilan dimatikan.. Untung saja dia mendapat tunang sebaik shofie.. Senang untuk memahaminya, tanpa perlu dia menerangkan dengan lebih lanjut..

"siapa abang.. Kak shofie ke.." tanya tarnisha..

"ya.. Kakak ipar kamu.. Eh.. Bakal kak ipar kamu.. " jawap taufiq..

"Tarnisha.. Jaga umi.. Abang cari makanan buat kita kejap.." kata taufiq.. Mencium tangan uminya yang terbaring kaku di atas katil.. Sebelum keluar..

"hati-hati abang.." kata Tarnisha.

Taufiq hanya keluar dari bagunan hospital tersebut.. Menyeberangi jalan dan menghampiri beberapa deretan gerai makanan yang berada di seberang jalan.

Taufiq ke hospital semula sebaik saja selesai membeli makanan untuk tarnisha dan dirinya.

Sebaik menolak pintu bilik vip yang menempatkan uminya. Kelihatan satu susuk tubuh seorang lelaki asing yang berpakaian kemas.. Menunduk sedikit kearahnya. Spontan taufiq juga turut menunduk sedikit.

"encik taufiq.." tegur lelaki asing itu.

"abang.. Ini lah lelaki yang nisha katakan tu.." terang nisha.. Menunjuk kearah lelaki asing tadi.

Lelaki itu menyuakan tangannya untuk bersalaman.. Taufiq menyambut huluran tangan tersebut..

"terima kasih kerana membantu keluarga saya.." ucap taufiq..

"bukan saya yang membantu.. Saya hanya menyampaikan bantuan kepada encik taufiq dari seseorang.. " Kata lelaki itu.

Sungguh hati taufiq begetar mendengar ayat itu.. Dia tertanya-tanya siapa yang sebenarnya yang menolong keluarganya itu.. Ataupun ada perkara lain disebalik semua ini..

"boleh kita berbincang diluar.." pinta taufiq. Lelaki itu hanya mengangguk sahaja. Menurut.

"nisha.. Abang keluar sekejap.. Tolong tengokkan umi.. Kalau ada apa-apa.. Call abang.. Faham.." jelas taufiq kepada tarnisha.. Dia menyuakan plastik makanan kepada adiknya.

Dua jejaka itu memilih untuk berbual di kawasan taman hospital dengan dibekalkan dua cawan kopi segera yang dibeli di kantin hospital.

" saya badrul.. "kata lelaki itu sebaik mereka sampai ditaman.. Menyuakan tangannya. Sekali lagi.. Kali ini dia menyuakan tangan untuk pengenalan.

" taufiq "..balasnya.. Badrul mengangguk.

" boleh saya.. Tanya.. Kenapa encik tolong keluarga saya.. Sedangkan.. "

" bukan saya.. Seperti yang saya kata semasa diatas tadi.. Saya hanya menyampaikan.." potong badrul..

"boleh saya tahu.. Siapa yang menolong saya.." pinta taufiq.

"saudara akan tahu nanti.. Bila masanya tiba.. Saya rasa urusan saya telah selesai disini.. Saya ingin mohon diri.." pinta badrul.

"tapi.. Macam mana saya nak tahu encik.. Tolong beritahu saya.. Saya perlu tahu siapa yang tolong keluarga saya.." rayu taufiq.

"sampai masa nanti.. Encik taufiq akan tahu juga.. Tuan saya akan berhubung terus dengan encik taufiq.." kata badrul sebelum dia melangkah pergi.

Taufiq terduduk sendiri di kerusi taman tersebut.. Sungguh dia dalam dilema.. Apakah bayaran yang perlu di jelaskan nanti.. Apa yang perlu dia korbankan nanti.. Cukuplah ayahnya saja mempergunakan dirinya sebelum ini..menjual dirinya, untuk menjadi hamba kepada seseorang..

Dia cukup bersyukur, berjumpa dengan seseorang yang baik.. Dan dijadikan anak angkat oleh keluarga itu.. Kemudiannya dihantar menjadi peserta Kursus Pengawal Keselamatan dan Pengiring.. Dengan berkat gigihnya dia berjaya menamatkannya dengan cemerlang..

Dia merasa lega seketika.. Masih ada insan yang sudi menyelamatkan keluarganya.. Di saat-saat genting begini.

Badrul pergi meninggalkan taufiq dengan penuh tanda tanya.. Seperti yang diarahkan kepadanya.. Telefon bimbit didalam kocek seluarnya begegar..

" Saya sudah selesaikannya.. Seperti yang diminta.. Semuanya berjalan seperti yang diminta.."

"baik.. Saya akan terus memantau keluarga ini.."

"terima kasih.."

Panggilan dimatikan.. Dia masuk kedalam kereta.. Dia memandu pulang untuk merehatkan diri.. Pulang kerumah kecilnya.. Disamping keluarganya tercintanya.

Sementara disana.. Seseorang sedang menulis sesuatu di dalam buku cacatan yang berwarna biru...

"selesai.." katanya sambil tersenyum.. Lalu dia berjalan ke bilik tuannya..

Membisikkan berita baik yang dia perolehi oleh badrul tadi..Tersenyum lelaki itu mendengar kata pembantunya..

" bagus.. Kerja yang baik.." pujinya.. Lalu dia menyandarkan badannya agar lebih selesa..

" saya keluar dahulu" pinta lelaki tadi.. Lalu lelaki itu keluar meninggalkan tuannya.. Untuk berehat.

"hari yang indah.. Semuanya berjalan dengan lancar.."

"hanya perlukan langkah terakhir.." tangannya mencapai sesuatu dari kocek jubah tidurnya..

Satu aksesori rambut wanita.. Berwarna perak.. Yang dihiasi dengan manik-manik berearna merah.. yang disusun menjadi bentuk bunga diperhatikan..

"she will be mine"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience