BAB 20

Romance Completed 175736

Pintu bilik haidan diketuk oleh seseorang dari luar.. Dia yang sibuk mengancingkan butang dilengannya berpaling.

"siapa" tanyanya.

"bonda.."

"Boleh bonda masuk? " tanya mahira diluar pintu bilik anak lelaki sulungnya.

Haidan berjalan ke pintu.. Lalu membuka pintu biliknya. Membenarkan bondanya untuk masuk kedalam biliknya.

Mahira memandang anaknya yang sudah segak berkemeja.. Kakinya melangkah masuk kedalam bilik anak lelaki sulungnya. Lalu duduk di sofa yang terdapat di dalam bilik tersebut.

"bonda dengar dari marwan.. Idan nak ke luar negeri..? " tanyanya..

"iya bonda.."jawap haidan lalu duduk disebelah bondanya.

"lama ke..berapa hari..? " tanya mahira lagi..

"tak lama bonda.. Selesai urusan disana idan balik.. Kenapa bonda..? " tanya haidan. Memandang bondanya.. Yang seperti mahu menyampaikan sesuatu..

Mahira memandang anak lelaki sulungnya yang mengalas beban keluarga sepenuhnya sejak kematian suaminya.. Anak yang bertanggungjawab menjaga setiap ahli rumah di usia yang muda.. Tangannya mengambil tali leher yang berada di kepala sofa tersebut.. Lalu mengenakan kepada haidan.

"bonda pikir.. Kita kena jumpa dengan bakal mertua idan.. Tentukan sama ada hendak teruskan hubungan ni.. Atau sebaliknya.." jelas mahira dengan lemah lembut kepada haidan.

Haidan menarik nafasnya, dalam... Dan menghembuskannya.. Dengan mata yang tertutup rapat.. Dia diam seketika.. Namun bibirnya perlahan-lahan mula tersenyum, begitu juga matanya mula terbuka memandang wajah cantik mahira.

" bonda.. Idan akan selesaikan hal ini selepas idan pulang nanti. Harap bonda dapat bersabar.." kata haidan.. Seraya menyentuh tangan bondanya.. Memberi jaminan.

"bonda.. Akan sokong setiap keputusan yang idan buat nanti.. Dan berharap semuanya baik-baik sahaja.." kata mahira.. Tersenyum tidak memaksa anak tersebut segera membuat keputusan..

"baik bonda..ada yang bonda inginkan.. idan akan belikan sepanjang idan berada disana.." idan sudah mula bangun.. Lalu memakai kotnya.

"iya ya.. Bawakan bonda sesuatu yang manis atau buah dari sana.." kata mahira sambil membetulkan kot di bahu anaknya.

Haidan tersenyum mendengar permintaan dari bondanya.. Selalunya setiap kali dia ada urusan luar kawasan .. Hanya itu permintaan dari bondanya.. Selain meminta dirinya agar menjaga kesihatan dan keselamatannya.

"jaga diri.. Makan ikut waktunya..." tegur mahira.. Dengan nada yang lembut.. Haidan mendengar dengan anggukan kecil setiap kata yang keluar dari bibir merah bondanya.

Haidan dan ibunya turun kebawah diikuti oleh pelayan dibelakang mereka.. Sarapan pagi..

Marwan yang sudah sampai menunggu kehadiran tuannya di halaman utama rumah tersebut. Sebaik melihat haidan datang dengan diiringi oleh pelayan dibelakangnya.. Marwan segera menghampiri.. Membuka pintu untuk haidan.. Dan mengambil beg haidan dari pelayan lalu diletakkan di bonet.

Mereka memulakan perjalanan ke lapangan terbang.. Dan menaiki pesawat menuju ke destinasi mereka..

Sebaik saja kapal terbang selamat mendarat di lapangan terbang.. Marwan mencari seseorang yang ditugaskan untuk menjemput mereka..
Marwan mendekat kearah seorang lelaki yang memegang tanda nama syarikat milik keluarga zayn.. Iaitu Zayn Holding.

"selamat berkenalan.. Saya marwan.. Pembantu peribadi tuan muda zayn haidan.." katanya.. Seraya menyuakan tangan untuk berjabat dengan lelaki itu.

"saya.. Kamil.. Yang ditugaskan untuk menjemput tuan muda" katanya memperkenalkan diri.

Mereka bertiga sudah memasuki kereta.. Haidan yang duduk berseorangan di belakang memandang permandangan di luar tingkap kacanya.

"kita ke pejabat MegahRaya.." arah haidan.. Marwan yang berada di depannya mengangguk.. Dan berpaling kearah kamal..

"baik.. Kita bertolak sekarang.." kata kamil sudah memasukkan gear kereta..lalu menekankan pedal minyak.. Kereta mula berjalan keluar dari kawasan lapangan terbang.

Lima belas minit perjalanan.. menjadi satu perjalanan yang sunyi sepi.. Haidan menumpukan sepenuh perhatiannya kepada telefon bimbitnya..

"kita dah sampai.." kata kamil mula memasuki perkarangan kawasan pejabat MegahRaya.. Dan berhenti betul-betul di hadapan pintu utama bagunan tersebut.

Lalu kamil berlari anak membuka pintu bahagian belakang.. Memberi laluan untuk haidan keluar.. Marwan sudah keluar dari kereta lalu berjalan mendekat kearah haidan.

Haidan mengancingkan butang baju kotnya dibahagian hadapan sambil memerhati kawasan bagunan tersebut.

Keluar dua orang lelaki dari pintu kaca automatik berjalan tergesa-gesa kearahnya..

"selamat datang tuan muda.. Ke pejabat MegahRaya cawangan utara.." kata lelaki tersebut ramah. Dia sendiri teragak-agak menyuakan tangan untuk bersalaman. Namun dia gagahi juga.

Haidan menyambut tangan lelaki itu.. Kemudian bersamaan pula dengan lelaki di sebelahnya..

" saya naim.. Pegawai yang bertanggungjawab menguruskan projek antara MegahRaya dan Zayn Holding melalui projek pembangunan Hotel.." terang naim.. Sambil mereka melangkah masuk kedalam..

Haidan memerhati sahaja, dia merasa kesal kerana tak dapat melihat insan yang bakal membuatkan hatinya berbunga-bunga.. Dia melihat dua wanita yang datang mengiringi mereka.. Kemudian dia berpaling dan memasang wajah dingin semula.

'aku ingat akan berjumpa dengan si mata bundar.. Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke MegahRaya..' haidan menggaru pelipisnya.. Dengan perasaan hampa.

Marwan yang berjalan dibelakang, mengiringi haidan.. Dapat membaca.. Apa yang difikirkan oleh tuannya..tuannya seperti mencari-cari seseorang.. Siapa lagi kalau bukan cik muda Shofie.

Mereka diiringi berjalan menuju ke ruang bilik mesyuarat.. Dan membincangkan tentang hotel yang akan dibina bersama syarikat milik Zayn holding.

Selesai mesyuarat.. Ada beberapa pekerja wanita masuk menghidangkan makanan kepada tetamu. Perbincangan dilanjutkan secara santai sehingga haidan meminta diri untuk mengundurkan diri..

Sekumpulan pekerja yang baru selesai bermesyuarat di ruangan sebelah dengan ruangan mesyuarat bilik mesyuarat utama, keluar bersamaan dengan haidan.

Keadaan ketika itu mencadi canggung.. Namun dengan renungan daripada Naim.. Para pekerja mula beransur meninggalkan ruang tersebut..

Shofie orang yang terakhir keluar dengan membawa beberapa gulungan kertas dalam pelukannya keluar dan menutup pintu bilik mesyuarat tanpa memandang kiri dan kanan.

Sampai dia merasakan seseorang melanggar belakangnya sampaikan semua gulungan kertasnya terlepas.. Jatuh bergolek-golek di lantai.

"ma.. aff.." kata shofie.. Baru berpaling.. Dan melihat siapa yang melanggarnya.

Apabila melihat lelaki itu.. Shofie mula membeliakkan matanya.. Dengan tatapan tidak percaya.. Namun hujung bibir haidan mula naik.. Tersenyum kearahnya.

'akhirnya.. Kau muncul..' haidan memandang shofie didepannya.. Hatinya puas dapat menatap gadisnya.

Naim melihat situasi itu segera memohon maaf atas situasi yang tak disangka itu.. Dia turut memohon maaf kepada haidan secara langsung..

Shofie melayangkan senyum sebarisnya dan menunduk sedikit.. Sebelum tunduk mengutip kertas yang bergolek di lantai. Haidan segera membongkok menolong mengutip kertas dan beberapa alatulis milik shofie.

Tingkah haidan membuatkan beberapa mata melotot seperti mahu berguguran ke lantai.. Marwan menunduk sahaja.. Namun bibirnya. Mencuri untuk tersenyum.

'tuan muda.. Kalau dah jumpa cik muda shofie.. Boleh berubah jadi orang lain.. Dalam dingin-dingin.. Boleh jadi baik didepan cik muda shofie..' kata marwan.. Dan dia juga berharap tuan mudanya tak melakukan perkara yang akan memalukan dirinya dan cik shofie.. Memandangkan masih banyak mata yang memandang mereka.

"jumpa lagi.. Kita." kata haidan perlahan.

"nampaknya kita berjodoh.." bisik haidan sambil menyuakan alatulis shofie.

Shofie mengambil barangannya.. Tanpa membalas ucapan haidan.. Dia mula berpaling.. Melangkah.. Kemudian.. Berpaling semula menunduk sedikit kepada haidan.

"terima kasih tuan.." balas shofie sebelum berlalu pergi dengan pantas.

'kau tahu tak.. Kau nampak sangat menarik bila kau gugup..' haidan memandang ke arah shofie yang sudah menghilang.

"siapa tu encik naim" tanya haidan..

"oh.. Itu Arkitek kami.. Shofie namanya.." terang naim. Haidan merenung tajam wajah naim yang memberi penerangan tentang shofie.

' kenapa lelaki ni.. Berani-berani sebut nama cik mudanya..'

Marwan yang mengerti tatapan mata tuanya mula berjalan ke hadapan dekat dengan haidan. Dia perlu melakukan sesuatu agar tak terjadi insiden yang tak diingini. Agar imej tuannya sentiasa terjaga.

" tuan.. Saya rasa elok kita beredar dahulu.." kata marwan sopan.

Mendengar kata marwan.. Haidan mula berjalan keluar.. Marwan tahu hati tuan mudanya tidak baik ketika itu..jadi dia mengarahkan agar kamil segera menghantar mereka balik ke hotel.

Sementara di satu ruang.. Muka shofie kelihatan pucat. Peluh mula memenuhi ruang wajahnya.. Dengan dada yang berdebar-debar.. Nafas yang tercungap-cungap.

'kenapa boleh jumpa lelaki sengal tu disini.. Mati aku.. Kalau identiti aku terbongkar..' shofie mengaru kepalanya.. Sampaikan rambutnya mula berserabut. Lalu dia berlari pula ke bilik air.. Merapikan semula rambutnya.

Share this novel

Jamiah Kampil
2021-07-15 14:19:58 

penceritaan kurang menarik bagi setiap episod

Jamiah Kampil
2021-07-15 14:19:57 

penceritaan kurang menarik bagi setiap episod

Jamiah Kampil
2021-07-15 14:19:56 

penceritaan kurang menarik bagi setiap episod


NovelPlus Premium

The best ads free experience